program – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Mar 2024 04:19:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png program – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Jetama Underwater Cleanup 2024: 12.1 tan sampah berjaya dikutip https://sabahmedia.com/2024/03/27/program-jetama-underwater-cleanup-2024-12-1-tan-sampah-berjaya-dikutip/ https://sabahmedia.com/2024/03/27/program-jetama-underwater-cleanup-2024-12-1-tan-sampah-berjaya-dikutip/#respond Wed, 27 Mar 2024 04:18:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51709
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 12.1 tan sampah dasar laut berjaya dikutip menerusi program Jetama Underwater Cleanup 2024 anjuran Jetama Sdn Bhd (Jetama) anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Program empat hari bermula 23 hingga 26 Mac itu melibatkan 60 penyelam, penduduk kampung, selain agensi kerajaan dan swasta.

Dilaksanakan serentak di tiga lokasi berasingan iaitu Pulau Mabul, Semporna, Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, dan Kampung Serusup, Tuaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama, Ahmad Naim Uddang berkata, objektif utama penganjuran program adalah bertujuan sebagai usaha mencapai sasaran plastik sifar dalam memastikan kelestarian alam sekitar khususnya di dasar laut.

Katanya, pembuangan sampah di laut antara masalah yang masih belum dapat diatasi sepenuhnya ketika ini.

“Malahan 90 peratus sampah yang dibuang dan tenggelam ke dasar laut adalah plastik.

“Justeru, jetama mengambil inisiatif seumpama ini agar dapat melestarikan alam sekitar selain mahu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga keindahan laut kita.

“Selain itu, komitmen Jetama bukan hanya sekadar usaha pembersihan semata-mata tetapi kita berpendapat keterlibatan syarikat di dalam program sebegini juga berkait rapat dengan inisiatifnya untuk menangani pencemaran plastik dan mempromosikan kelestarian melalui konsep kredit plastik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Naim berkata, pihaknya mensasarkan 10 tan plastik untuk dikumpulkan dari dari laut namun berjaya mengutip 12.1 tan sepanjang program berlangsung dan ia sekali gus menunjukkan jumlah plastik yang terdapat di dasar laut terlalu banyak.

Oleh itu katanya, Jetama akan meneruskan program seumpama ini dengan memastikan sasaran plastik sifar mampu dicapai setiap tahun selari dengan matlamat yang lebih luas dalam kelestarian dan tanggungjawab Jetama kepada alam sekitar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/27/program-jetama-underwater-cleanup-2024-12-1-tan-sampah-berjaya-dikutip/feed/ 0 51709
UPSI laksana program pemindahan ilmu dalam pendidikan alternatif di Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/31/upsi-laksana-program-pemindahan-ilmu-dalam-pendidikan-alternatif-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/31/upsi-laksana-program-pemindahan-ilmu-dalam-pendidikan-alternatif-di-sabah/#respond Tue, 31 Oct 2023 08:52:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44460
Read Time:2 Minute, 29 Second

SEPANGGAR: Kumpulan penyelidik daripada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengambil inisiatif menjalankan aktiviti program pemindahan ilmu yang berfokus kepada Perantis Tenaga Pengajar Sukarelawan dan Komuniti Sekolah Alternatif di Sabah.

Program yang berlangsung selama seminggu bermula pada 24 sehingga 30 Oktober 2023 ini dijalankan di Pusat Pengajian Pascasiswazah, UMS dan Sekolah Alternatif Teluk Layang, Sepanggar dengan kerjasama daripada Persatuan Produksi Teater dan Pengurusan Kesenian Sabah (STAGE Production), Persatuan Pelajar Pascasiswazah (PSA), UMS dan Eva Foster Enterprise.

Menurut kenyataan media UPSI hari ini, program pemindahan ilmu ini dijalankan secara berfasa, bermula daripada Fasa I dengan pelaksanaan webinar wacana ilmu tentang topik Dramatika Kreatif sebagai Didik Hibur, kemudian diikuti oleh fasa II dengan pelaksanaan Bengkel Didik Hibur bersama Perantis Sukarelawan dan Komuniti Sekolah Alternatif serta fasa III melibatkan program Simulasi Didik Hibur Bersama Murid-Murid Sekolah Alternatif Negeri Sabah.

Ketiga-tiga fasa pelaksanaan program ini saling berkaitan untuk mendapatkan gambaran besar tentang matlamat dan tujuan ilmu yang dipindahkan kepada khalayak komuniti sekolah alternatif di negeri ini.

Komuniti ini dipilih berdasarkan hasil dapatan tinjauan awal yang dilakukan terhadap sistem pendidikan alternatif yang berpusatkan kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran improvisasi dalam menangani kadar buta huruf pelajar-pelajar di sekolah ini.

Sebagai sebuah institusi terkemuka di Malaysia yang terkenal dengan komitmennya terhadap kecemerlangan pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut mengambil langkah penting dalam menangani keperluan pendidikan alternatif di negeri Sabah.

Dengan tumpuan pada penyediaan pendidikan berkualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, UPSI telah mengiktiraf permintaan untuk pendekatan pendidikan alternatif di Sabah dan berazam untuk memenuhi keperluan ini selari dengan hasrat penubuhan sekolah ini ditubuhkan.

Para peserta program dipecahkan kepada dua kumpulan pelaksanaan yang berbeza di mana, dalam program Fasa II, modul pendekatan didik hibur diaplikasikan terus kepada tenaga pengajar sukarelawan yang terdiri daripada pelajar program Seni Kreatif, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (AsTiF), Ahli Persatuan Pelajar Pascasiswazah, UMS dan ahli daripada persatuan-persatuan kemanusiaan di sekitar Sepanggar melibatkan 50 orang penyertaan keseluruhannya. Seterusnya program diteruskan lagi pada Fasa III dengan melibatkan simulasi pengajaran dan pembelajaran terus kepada komuniti Sekolah Alternatif Teluk Layang yang melibatkan modul pendekatan didik hibur: 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) yang dijalankan ke atas 39 orang murid di sekolah tersebut.

Projek ini yang ahlinya terdiri daripada Amsalib Pisali selaku ketua penyelidik di bantu oleh Mohamad Naquiddin Tajul Ariffin, Dr. Nor Shuradi Nor Hashim dan Dr. Fara Dayana Muhd. Jufry mengambil langkah ini kerana melihat prospek ini sebagai satu usaha murni yang membuktikan ahli akademik dan universiti awam terutamanya UPSI mengambil berat akan permasalahan dasar dalam menjana perkembangan pendidikan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, tetapi Sabah khususnya.

Projek ini mendapat peruntukan di bawah Geran Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Program-KTP) yang telah diharap dalam penyelidikan agar komuniti atau kelompok sasar menerima manfaat daripada hasil penyelidikan ini.

Harapan penyelidik bagi projek ini adalah dapat mendedahkan didik hibur sebagai salah satu pedagogi yang berkesan diguna pakai untuk segenap kelompok dan bersifat terbuka, menyeronokkan serta memberikan impak positif kepada murid-murid dan dunia pendidikan di Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/31/upsi-laksana-program-pemindahan-ilmu-dalam-pendidikan-alternatif-di-sabah/feed/ 0 44460
Anugerah SERASI bentuk sekolah-sekolah tingkatkan program, aktiviti alam sekitar – Christina https://sabahmedia.com/2023/10/27/anugerah-serasi-bentuk-sekolah-sekolah-tingkatkan-program-aktiviti-alam-sekitar-christina/ https://sabahmedia.com/2023/10/27/anugerah-serasi-bentuk-sekolah-sekolah-tingkatkan-program-aktiviti-alam-sekitar-christina/#respond Fri, 27 Oct 2023 07:58:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44255
Read Time:3 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) telah membentuk sekolah-sekolah di Negeri Sabah dalam meningkatkan program dan aktiviti berkaitan alam sekitar, aktiviti ko-kurikulum serta inovasi yang berkaitan,” kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Katanya, tahun ini Majlis Anugerah SERASI menyambut ulangtahunnya yang ke-20. Dalam tempoh 20 tahun ini, Anugerah ini telah berjaya mengiktiraf sebanyak lebih 200 buah sekolah seluruh Sabah di dalam pelbagai kategori pengiktirafan.

“Anugerah SERASI merupakan penganugerahan tertinggi di Sabah berkaitan dengan alam sekitar yang melibatkan sekolah. Ianya mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program pendidikan alam sekitar,” katanya pada Majlis Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) buat kali yang ke-12, Sesi 2022/2023 sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di sini pada Khamis (21 Okt).

Teks ucapan Christina dibacakan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Sr. Mohd. Yusrie Abdullah.

Christina berkata, program ini adalah merupakan program yang diilhamkan bersama oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (Persekutuan) dengan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (Kerajaan Negeri), dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Sabah Wetlands Conservation Society (SWCS) dan disokong oleh PTT Exploration and Production (PTTEP) Malaysia sebagai Rakan Strategik.

“Anugerah ini adalah di bawah naungan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2003.

“Majlis Penganugerahan SERASI ini dihoskan secara bergilir-gilir di antara JPAS dan JAS Negeri Sabah, sekali setiap dua tahun.

“Pada tahun pertama, program dan aktiviti SERASI akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dan sekolah akan dinilai pada tahun kedua untuk melayakkan sekolah ke Majlis penganugerahan seperti yang diadakan pada hari ini (Khamis) ,” katanya.

Menurutnya, objektif utama penganjuran Anugerah SERASI adalah untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah.

“Ia juga untuk memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat amnya

“Selain, mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program Pendidikan Alam Sekitar,” katanya.

Beliau berkata, anugerah ini juga telah berjaya membolehkan sekolah-sekolah di Sabah memenangi pertandingan alam sekitar di peringkat kebangsaan malahan peringkat rantau Asia Tenggara.

“Yang kita banggakan adalah pencapaian seperti Sekolah Menengah St Michael Penampang telah menjadi Johan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Alam Sekitar Malaysia pada tahun 2017 dan pemenang ASEAN Eco-Schools Award pada tahun 2018 bagi kategori sekolah menengah.

“Berdasarkan rekod juga, SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, dan SJKC Chi Hwa, Sandakan juga telah menerima Anugerah Sekolah Lestari (Emas) Peringkat Kebangsaan bagi sesi 2005/2006, termasuk SM St. Michael, Penampang bagi sesi 2009/2010.

“Selain muncul sebagai pemenang keseluruhan (Emas), beberapa sekolah di Sabah juga telah menerima Anugerah Khas misalnya SM St. Michael Penampang dalam kategori Kepimpinan dalam Pengurusan Alam Sekitar sesi 2007/2008 dan Pembudayaan Hidup Lestari di kalangan Warga Sekolah sesi 2009/2010, SK Babagon Toki dalam kategori Anugerah Khas Kesedaran Lestari Yang Tinggi dan Anugerah Khas Sekolah Harapan Lestari sesi 2011/2012, dan SMK Majakir Papar dalam kategori Anugerah Khas Bilik Lestari & Anugerah Khas Sekolah Harapan Lestari sesi 2011/2012.

“Dan terbaharu adalah SM St Patrick Tawau yang telah memenangi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Kategori Sekolah Menengah pada Sesi 2018/2019, malahan turut memenangi ASEAN Eco-Schools Award pada tahun ini.

“Ini adalah bukti amat jelas menunjukkan bahawa Anugerah SERASI telah membentuk sekolah-sekolah di Negeri Sabah dalam meningkatkan program dan aktiviti berkaitan alam sekitar, aktiviti ko-kurikulum serta inovasi yang berkaitan,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu Christina turut berbangga dengan pencapaian sekolah-sekolah di Sabah, yang secara tidak langsung meletakkan Sabah sebagai antara negeri yang kehadapan dalam inisiatif kesedaran alam sekitar di Malaysia.

“Saya amat berbangga kerana inisiatif-inisiatif penjagaan alam sekitar di bawah Anugerah SERASI ini telahpun berkembang subur bukan setakat di dalam kawasan sekolah malahan turut berlaku di luar kawasan sekolah.

“Saya difahamkan bahawa proses penilaian SERASI semakin mencabar kerana banyak sekolah di seluruh Sabah melaksanakan pelbagai inisiatif yang lebih kreatif dalam memberi kesedaran alam sekitar kepada warga sekolah termasuk juga kepada komuniti setempat,” ujarnya

Menurut beliau lagi, ada sekolah yang menjadi pusat pengumpulan barang kitar semula, menyediakan perkhidmatan menghantar sampah penduduk ke pekan, membantu membina perangkap sampah di sungai, mengadakan bengkel kitar semula untuk penduduk sekitar, mengadakan kempen kesedaran alam sekitar di pasar, tamu serta kawasan perumahan, mewujudkan program pantai angkat, promosikan “acara tanpa sampah” (Litter Free Event), dan menganjurkan kempen seperti International Coastal Clean Up Day di peringkat sekolah atau kampung.

“Amalan-amalan mesra alam seperti 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle misalnya telahpun dilaksanakan hampir di semua sekolah yang dilawati,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/27/anugerah-serasi-bentuk-sekolah-sekolah-tingkatkan-program-aktiviti-alam-sekitar-christina/feed/ 0 44255