Program Vaksinasi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 29 Aug 2021 11:03:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Program Vaksinasi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Vaksinasi Bandaraya Kota Kinabalu Secara ‘Walk in’ Di Padang Merdeka https://sabahmedia.com/2021/08/29/program-vaksinasi-bandaraya-kota-kinabalu-secara-walk-in-di-padang-merdeka/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/program-vaksinasi-bandaraya-kota-kinabalu-secara-walk-in-di-padang-merdeka/#respond Sun, 29 Aug 2021 11:03:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5486
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Warga bandaraya yang layak dan belum mendapat suntikan vaksin Covid-19 dijemput hadir secara ‘Walk in’ ke Program Vaksinasi Bandaraya Kota Kinabalu di Padang Merdeka dekat sini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjemput semua warga pusat bandaraya di sini yang masih belum menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya dos pertama, untuk mengunjungi Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 30, 31 Ogos dan 1 September ini bagi mendapatkan suntikan vaksin semasa Program Vaksinasi Bandaraya Kota Kinabalu yang diadakan seawal jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Katanya, program ini diadakan bagi mencapai sasaran 100% warga bandaraya Kota Kinabalu divaksin sekurang-kurangnya 1 dos suntikan vaksin dan dialu-alukan untuk mengambil peluang ini.

‘DBKK berharap warga bandaraya memberi kerjasama menjayakan program vaksinasi ini dan memahami kepentingan mendapat suntikan vaksin serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mempercepat proses pemberian vaksin,” kata Noorliza.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/program-vaksinasi-bandaraya-kota-kinabalu-secara-walk-in-di-padang-merdeka/feed/ 0 5486