Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 20 Aug 2023 11:23:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 15 pakej Fasa 1 Lebuh Raya Pan Borneo Sabah siap Jan 2025 https://sabahmedia.com/2023/08/20/15-pakej-fasa-1-lebuh-raya-pan-borneo-sabah-siap-jan-2025/ https://sabahmedia.com/2023/08/20/15-pakej-fasa-1-lebuh-raya-pan-borneo-sabah-siap-jan-2025/#respond Sun, 20 Aug 2023 11:03:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40412
Read Time:2 Minute, 12 Second

BERNAMA

Papar: Fasa 1 Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah yang melibatkan 15 pakej kerja, kini pada tahap 82 peratus pembinaan dan dijadual siap sepenuhnya pada Januari 2025, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata tiga daripada pakej berkenaan kini telah siap dan boleh digunakan.

“Bagi 19 pakej Fasa 1B…pakej masih belum bermula dan dijangka akan ditender pada suku keempat 2023 setelah Makmal Pengurusan Nilai dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di tapak projek Menaik Taraf Jalan Donggongon ke Papar Spurs Fasa 2 dan 3 dan Pakej Kerja 04 (Bongawan ke Papar) LPB Sabah di sini hari ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua, kiri) membincangkan sesuatu dengan Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya (kanan) ketika melakukan lawatan ke Lebuhraya Pan Borneo Sabah pakej kerja 4 naik taraf Jalan dari Bongawan ke Papar hari ini. —BERNAMA

Turut hadir Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua Menteri Sabah III Datuk Shahelmey Yahya, yang juga Menteri Kerja Raya Sabah.

Projek LPB Sabah melibatkan 35 pakej kerja sepanjang 706 kilometer yang bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin hingga ke Tawau, telah dimulakan pada Julai 2016.

Mengulas lanjut, Alexander berkata kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan pembangunan kepada Sabah sebanyak RM6.503 bilion.

“Peruntukan berkenaan untuk membina jambatan cerun dan sebagainya. Sebanyak RM2.23 bilion daripada peruntukan ini adalah untuk LPB Sabah dan kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju menambah peruntukan untuk menyelesaikan isu jalan raya di Sabah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata antara lain tujuan lawatan kerja ke Sabah adalah untuk berbincang dengan pihak Kementerian Kerja Raya di Sabah mengenai program Kembara Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke LPB di Sabah dan Sarawak bulan depan.

Shahelmey dan Alexander ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek WPC 04 (Bongawan-Papar) Projek Lebuhraya Pan Borneo.

“Oleh itu, saya mahu Kementerian Kerja Raya khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah membuat tinjauan di semua jalan yang bakal dilalui Kembara Borneo berkenaan agar program berjalan lancar,” tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen MYJalan, Alexander berkata ia akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Menurutnya kempen tersebut bakal dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jeti Tasik Awam, Tasik Banding, Perak pada 24 Ogos ini.

“Kempen MYJalan akan membuka ruang dan peluang kepada pengguna membuat aduan secara khusus berkaitan jalan raya, selain memberi pendedahan serta kefahaman kepada rakyat mengenai jenis jalan dan tanggungjawab pihak berkaitan,” tambahnya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/20/15-pakej-fasa-1-lebuh-raya-pan-borneo-sabah-siap-jan-2025/feed/ 0 40412
Shahelmey alu-alukan peruntukan RM20 bilion siapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak https://sabahmedia.com/2023/02/25/shahelmey-alu-alukan-peruntukan-rm20-bilion-siapkan-projek-lebuhraya-pan-borneo-sabah-dan-sarawak/ https://sabahmedia.com/2023/02/25/shahelmey-alu-alukan-peruntukan-rm20-bilion-siapkan-projek-lebuhraya-pan-borneo-sabah-dan-sarawak/#respond Sat, 25 Feb 2023 06:51:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30002
Read Time:2 Minute, 0 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya mengalu-alukan peruntukan RM20 bilion untuk menyiapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak yang telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

“Selaku Menteri Kerja Raya Negeri Sabah saya amat tertarik dengan ucapan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bahawa sebanyak RM20 bilion diperuntukkan untuk menyiapkan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak.

“Kalau kita tahu Sarawak lebuh raya Pan Borneonya sudah hampir siap, jadi fasa satu di Sabah ini lagi yang memerlukan peruntukan untuk kita lengkapkan, justeru pengumuman yang dibuat semalam adalah satu yang amat dialu-alukan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Perpaduan Perumahan Daerah Putatan dan Karnival Perpaduan Komuniti Gerak Rahmah: Jom Sihat daerah Putatan hari ini (25 Feb).

Shahelmey turut mengalu-alukan tentang usaha Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif yang ada di Malaysia ini pada perbahasan titah Duli Yang Amat Mulia Yang Dipertuan Agong tentang keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembaikan sekolah-sekolah daif yang ada di Sabah.

“Seperti yang kita tahu di Sabah ada lebih 400 buah sekolah yang berada dalam keadaan daif dan kenyataan yang diumumkan semalam adalah sesuatu yang kita alu-alukan,” katanya.

Selain daripada sekolah daif, beliau turut menyambut baik usaha kerajaan menitikberatkan untuk memperbaiki klinik kesihatan yang usang khususnya di negeri Sabah. Ia juga termasuk dalam Bajet 2023.

“Begitu juga klinik-klinik kesihatan di Sabah yang banyak dalam keadaan usang dan uzur yang perlu kita pertingkatkan agar komuniti atau masyarakat kita sama ada di bandar, pinggir bandar dan juga luar bandar akan mendapat perkhidmatan yang baik dan selamat dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai Karnival Perpaduan Perumahan Daerah Putatan dan Karnival Perpaduan Komuniti Gerak Rahmah yang di adakan di perkarangan Dewan Sri Putatan pada Sabtu, Shahelmey berkata, Putatan merupakan sebuah daerah yang penuh dengan penduduk dari taman-taman perumahan mahupun di kampung-kampung, justeru program ini adalah untuk memberi penekanan kepada persefahaman dan perpaduan dalam masyarakat.

“Program ini adalah bertepatan dengan konsep Malaysia Madani yang ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan dengan tonggak kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

“Oleh itu perpaduan adalah agenda yang penting sebagai pemangkin negara yang mampan makmur yang hadir melalui pembinaan komuniti rahmah melibatkan pengembelingan inisiatif agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), keluarga dan juga komuniti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/25/shahelmey-alu-alukan-peruntukan-rm20-bilion-siapkan-projek-lebuhraya-pan-borneo-sabah-dan-sarawak/feed/ 0 30002