projek naik taraf – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Jul 2026 07:50:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png projek naik taraf – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek naik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo-Kinarut-Papar bermula, siap dalam tempoh dua tahun https://sabahmedia.com/2026/07/28/projek-naik-taraf-jalan-lok-kawi-sabindo-kinarut-papar-bermula-siap-dalam-tempoh-dua-tahun/ https://sabahmedia.com/2026/07/28/projek-naik-taraf-jalan-lok-kawi-sabindo-kinarut-papar-bermula-siap-dalam-tempoh-dua-tahun/#respond Tue, 28 Jul 2026 07:50:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100696
Read Time:2 Minute, 58 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo-Kinarut-Papar yang sekian lama dinantikan akhirnya memasuki fasa pelaksanaan apabila kerja pembinaan dimulakan dengan sasaran siap dalam tempoh 24 bulan, sekali gus dijangka mengurangkan kesesakan trafik yang semakin kritikal di laluan berkenaan.

Armizan bersama Alexander semasa sidang media selepas majlis itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek bernilai RM70 juta itu melibatkan pembinaan jalan sepanjang 1.5 kilometer, termasuk kos pembinaan, pengambilan tanah, pampasan kepada pemilik premis yang terjejas serta kerja pengalihan utiliti.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM48 juta diperuntukkan bagi kerja pembinaan, RM17 juta pampasan untuk 41 lot pengambilan tanah dan premis, manakala RM9.6 juta lagi bagi kerja pengalihan utiliti.

“Projek ini pada asalnya diluluskan sepanjang 1.3 kilometer, namun kita akan melaksanakan keseluruhan jajaran sejauh 1.5 kilometer bagi memenuhi keperluan semasa.

“Kos RM70 juta itu bukan hanya bagi pembinaan jalan, malah meliputi pampasan kepada pemilik tanah dan premis serta kerja pengalihan utiliti. Mereka yang terkesan akan menerima pampasan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek itu di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali; serta pemimpin Persekutuan dan negeri.

Alexander berkata, projek itu telah bermula sejak Mac lalu dan pelaksanaannya dipantau oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah selaku agensi pelaksana dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan JKR Malaysia.

Menurutnya, kementerian turut mengadakan sesi penyelarasan bersama pengurusan tertinggi JKR Malaysia, JKR Sabah dan JKR Sarawak bagi mengenal pasti serta menyelesaikan isu yang menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek-projek Persekutuan di Sabah.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa kekangan dan langkah penambahbaikan telah dirangka supaya projek dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Mengulas projek Bypass Pengalat-Papar, Alexander berkata, projek bernilai RM538 juta itu kini berada di peringkat akhir penyediaan reka bentuk serta proses penilaian nilai (value engineering) dan penilaian di Kementerian Ekonomi.

Beliau berkata, kementerian menyasarkan proses tender dapat dilaksanakan menjelang hujung tahun ini sebelum Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya pada awal 2027.

“Projek ini sudah lama dimohon oleh pemimpin tempatan dan kini semua proses utama sedang diselesaikan. Kita berharap tender dapat dibuka hujung tahun ini sebelum SST dikeluarkan pada awal tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Armizan berkata, pelaksanaan projek berkenaan membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani kesesakan trafik yang semakin serius di Papar.

Beliau berkata, perjalanan dari Lok Kawi ke Papar yang sepatutnya mengambil masa kira-kira 45 minit kini boleh mencecah hampir tiga jam pada waktu puncak berikutan jumlah trafik melebihi 25,000 kenderaan sehari.

Menurutnya, komponen pertama projek melibatkan jajaran dari Bulatan Sabindo ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut berjaya dikekalkan selepas rayuan dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya memandangkan laluan itu merupakan lokasi kesesakan paling kritikal.

“Komponen kedua iaitu Projek Bypass Pengalat-Papar dijangka memasuki proses tender pada November 2026. Apabila kedua-dua projek ini siap, kesesakan atau bottleneck utama di Papar dijangka dapat diselesaikan,” katanya.

Armizan berkata, projek Bypass Pengalat-Papar di bawah Kerajaan Persekutuan turut merangkumi pembinaan sebuah jambatan baharu yang menghubungkan laluan ke Pekan Papar melalui Sungai Padang.

Beliau menjelaskan jambatan itu berbeza daripada Jambatan Papar Kedua yang diumumkan kelulusannya oleh Ketua Menteri Sabah pada majlis sama, yang akan menghubungkan Kampung Buang Sayang dengan Pekan Papar di bawah peruntukan Kerajaan Negeri.

“Dengan pelaksanaan kedua-dua projek ini, Papar akan mempunyai tiga jambatan utama iaitu jambatan sedia ada, sebuah jambatan baharu menerusi projek Bypass Pengalat-Papar di bawah Kerajaan Persekutuan, dan sebuah lagi jambatan baharu yang dibiayai Kerajaan Negeri menghubungkan Kampung Buang Sayang ke Pekan Papar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/28/projek-naik-taraf-jalan-lok-kawi-sabindo-kinarut-papar-bermula-siap-dalam-tempoh-dua-tahun/feed/ 0 100696
Masidi lancar projek naik taraf jalan menghubungkan 3 kampung di Ranau https://sabahmedia.com/2024/08/17/masidi-lancar-projek-naik-taraf-jalan-menghubungkan-3-kampung-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2024/08/17/masidi-lancar-projek-naik-taraf-jalan-menghubungkan-3-kampung-di-ranau/#respond Sat, 17 Aug 2024 12:18:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59225
Read Time:1 Minute, 15 Second

RANAU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, hari ini melancarkan projek naik taraf jalan sepanjang 6 kilometer yang menghubungkan tiga kampung iaitu Kg Mohimboyon, Kg Lipantai dan Kg Pahu, disini.

Projek ini menaiktaraf jalan kerikil sedia ada kepada jalan berturap yang menghubungkan tiga kampung berkenaan.

Sebelum ini, jalan tersebut merupakan suatu cabaran bagi penduduk tempatan yang melalui jalan itu terutama semasa musim hujan apabila ia menjadi sangat licin dan berbahaya.

Masidi berkata projek yang bermula pada 25 Mac 2024 ini adalah projek menyeluruh melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan jambatan baru serta pembangunan sistem perparitan dan perlindungan cerun.

Selain itu, katanya, projek ini juga merangkumi pemasangan ciri-ciri kselamatan jalan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua pengguna. Projek ini dijadualkan siap pada 24 Mac 2027.

“Projek ini adalah sangat penting untuk komuniti tempatan. Penaiktarafan ini bukan sekadar penambahbaikan infrastruktur tetapi merupakan langkah penting ke arah meningkatkan kualiti hidup penduduk Ranau.

“Jalan baru ini bukan sahaja akan menyediakan perjalanan yang lebih selamat untuk penduduk, tetapi juga akan memudahkan akses yang lebih cepat ke pasar, sekolah, dan perkhidmatan penting sekali gus meningkatkan peluang ekonomi bagi komuniti luar bandar,” kata Masidi sambil menambah jalan yang dinaiktaraf ini juga akan menjadi laluan alternatif ke bandar Ranau, terutama semasa kesesakan jalan.

“Ia mampu mengurangkan kesesakan dan memastikan aliran trafik yang lebih lancar di sekitar sekolah dan kawasan bandar,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu pegawai kerajaan, pemimpin tempatan, dan ahli komuniti yang menyatakan sokongan kuat mereka terhadap projek ini dan manfaat yang dijanjikan untuk Ranau.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/17/masidi-lancar-projek-naik-taraf-jalan-menghubungkan-3-kampung-di-ranau/feed/ 0 59225
Penduduk rayu projek naik taraf Jalan Siantan Kg Kota Klias dipercepatkan https://sabahmedia.com/2023/05/03/penduduk-rayu-projek-naik-taraf-jalan-siantan-kg-kota-klias-dipercepatkan/ https://sabahmedia.com/2023/05/03/penduduk-rayu-projek-naik-taraf-jalan-siantan-kg-kota-klias-dipercepatkan/#respond Wed, 03 May 2023 12:14:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33770
Read Time:2 Minute, 4 Second

BEAUFORT: Kira-kira 50 orang penduduk di Kampung Kota Klias merayu kepada pihak berwajib supaya segera menyiapkan projek pembinaan naik taraf Jalan Siantan sepanjang 5 kilometer yang mengalami kerosakan teruk pada ketika ini.

Seorang penduduk Hanisah Roslan, 30, berkata projek naik taraf Jalan Siantan di Kampung Kota Klias bermula tahun lepas (2022) tetapi sejak Februari lalu jalan mulai rosak, jalan berturap hancur dan hanya tinggal tanah sahaja.

“Pada mulanya saya tidak juga risau tapi apabila musim hujan lebat, jalan semakin teruk berlumpur dan kenderaan ahli keluarga yang melalui jalan tersebut menjadi mangsa terkubur di tengah jalan,” katanya yang kesal dengan pihak kontraktor projek naik taraf Jalan Siantan yang membawa masuk lori-lori besar menambah kerosakan jalan yang lebih teruk lagi.

Menurut Hanisah, lori-lori besar keluar dan masuk di jalan tersebut menyebabkan laluan semakin rosak dan berlubang teruk apabila hujan.

“Sehubungan dengan itu, saya sudahpun meminta inisiatif tabur batu oleh pihak pekerja menaik taraf tetapi tidak dipedulikan oleh mereka. Jalan tersebut juga digunakan laluan pekebun sawit dan ini juga menyusahkan penduduk di sini.

“Laporan sudah dibuat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui emel, aplikasi whatsapp untuk membuat aduan di biro pengaduan awam, sudah sebulan aduan dibuat tapi sampai sekarang jalan tersebut sama juga,” katanya.

Hanisah juga turut meluahkan rasa sedih pada musim perayaan Aidilfitri ini kerana tiada saudara mara atau sahabat handai yang mahu ke rumah kerana memikirkan keadaan jalan masuk ke rumahnya yang rosak teruk.

“Musim Hari Raya, orangpun tidak mahu datang ke rumah kami disebabkan jalan rosak. Malah ada sebahagian tempat dalam pembinaan tiada tanda amaran diletakkan oleh kontraktor naik taraf jalan dan ia sangat membahayakan pengguna jalan raya. Manakala pembinaan naik taraf jalan juga tidak dipantau,” jelasnya.

Murid-murid sekolah terpaksa berjalan kaki ke sekolah mengelak dari kenderaan terkubur di tengah jalan. – Foto ihsan Hanisah.

Manakala pada hari persekolahan, Hanisah berkata, murid-murid yang tinggal di kawasan Jalan Siantan, Kampung Kota Klias terpaksa berjalan kaki untuk elak kenderaan terkubur.

“Mereka terpaksa memakai baju biasa sebelum tukar kepada seragam sekolah untuk mengelakkan baju kotor terkena lumpur. Ada juga yang tidak hadir ke sekolah tetapi tidaklah kerap tidak hadir ke sekolah,” katanya.

Tambah beliau, pihak pasukan perubatan yang menaiki ambulan juga menghadapi kesukaran untuk masuk ke kawasan berkenaan sekiranya berlaku kecemasan dan ini akan menyusahkan penduduk malah penduduk yang sakit juga sukar untuk keluar bagi mendapatkan rawatan.

Hanisah berharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah tersebut dan JKR juga diminta memantau jalan-jalan yang rosak untuk mengambil tindakan sewajarnya demi menjamin keselamatan penduduk setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/03/penduduk-rayu-projek-naik-taraf-jalan-siantan-kg-kota-klias-dipercepatkan/feed/ 0 33770