PRU DU – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 07 Nov 2025 11:47:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PRU DU – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hakim tegur peguam minta tangguh perbicaraan kerana mahu bertanding PRU DU Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/07/hakim-tegur-peguam-minta-tangguh-perbicaraan-kerana-mahu-bertanding-pru-du-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/hakim-tegur-peguam-minta-tangguh-perbicaraan-kerana-mahu-bertanding-pru-du-sabah/#respond Fri, 07 Nov 2025 11:46:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85200
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini menegur seorang peguam yang memohon penangguhan perbicaraan kes rasuah kerana berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, selain mendakwa dokumen berkaitan kes masih belum diserahkan sepenuhnya.

Hakim Elsie Primus membuat teguran itu selepas dimaklumkan mengenai permohonan penangguhan tersebut oleh seorang peguam lain yang hadir bagi pihak peguam terbabit.

Elsie menegaskan bahawa beliau tidak akan menangguhkan perbicaraan itu kerana kes berkenaan sudah berpanjangan sejak 2023.

“Kes ini dari tahun 2023 dan saya percaya semua dokumen telah pun diserahkan…. Jangan berbohong di mahkamah.

“Kalau dia mahu jadi calon, adakah kita perlu tunggu keputusan pilihan raya dahulu baru sambung kes ini? Saya tidak akan menangguhkan perbicaraan ini. Tolong sampaikan pesanan saya kepadanya.

“Jika dia menang, buat permohonan bertulis kepada mahkamah,” katanya semasa prosiding yang dijalankan secara dalam talian (Zoom).

Mahkamah kemudian menetapkan 1 hingga 3 Disember tahun ini untuk tarikh perbicaraan.

Peguam tersebut mewakili seorang pemilik Syarikat Bakruni Juani yang didakwa atas dua pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM556,900 di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) 1.0 dan 2.0

Pada tahun 2023, Bakruni didakwa memasukkan 99 nama pekerja syarikat Aquamiste Legacy ke dalam senarai program tersebut dengan niat untuk memperdayakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif di bawah program itu.

Sebahagian nama yang dikemukakan bukanlah pekerja syarikat Aquamiste Legacy.

Tertuduh dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu kesnya selesai.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/hakim-tegur-peguam-minta-tangguh-perbicaraan-kerana-mahu-bertanding-pru-du-sabah/feed/ 0 85200
PRU DU Sabah peluang rakyat perkukuh perpaduan dan iltizam untuk Sabah maju – Mazlan https://sabahmedia.com/2025/10/26/pru-du-sabah-peluang-rakyat-perkukuh-perpaduan-dan-iltizam-untuk-sabah-maju/ https://sabahmedia.com/2025/10/26/pru-du-sabah-peluang-rakyat-perkukuh-perpaduan-dan-iltizam-untuk-sabah-maju/#respond Sun, 26 Oct 2025 06:58:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84196
Read Time:2 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah bukan sekadar pertarungan untuk meraih undi, sebaliknya medan perjuangan rakyat negeri ini untuk memperkukuh perpaduan dan meneguhkan iltizam membangunkan Sabah yang lebih maju dan sejahtera.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Lumadan, Datuk Mazlan Johari Manan, berkata pilihan raya kali ini merupakan peluang untuk rakyat bersatu hati memperkukuh gabungan parti-parti tempatan agar suara rakyat Sabah bergema lebih lantang di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“Inilah masa untuk kita bersatu hati. Kita tidak mahu lagi dipandang enteng. Kekuatan sebenar Sabah datang daripada penyatuan rakyat dan kestabilan politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kestabilan politik asas kemajuan

Mazlan berkata rakyat tidak mahu lagi melihat perubahan kerajaan berlaku setiap penggal kerana ia hanya menjejaskan kesinambungan pembangunan.

“Rakyat sudah bosan dengan politik yang goyah. Hanya dengan kestabilan politik barulah pembangunan dapat berjalan lancar dan rakyat menikmati hasil kemajuan sebenar,” ujarnya.

Agenda pembangunan progresif

Beliau menegaskan Sabah tidak boleh terus berada di belakang dan perlu melangkah dengan agenda pembangunan progresif yang bersifat adil serta seimbang.

“Halatuju Sabah Maju Jaya sudah menggariskan perancangan jangka pendek dan panjang. Kini masa untuk memastikan pelaksanaannya benar-benar dirasai oleh semua rakyat di bandar, luar bandar, pulau dan pedalaman,” katanya.

Pembangunan modal insan dan peluang anak muda
Mazlan turut menekankan kepentingan melahirkan generasi muda Sabah yang berilmu, berkemahiran dan berjiwa besar.

“Kita tidak mahu anak muda terus merantau kerana tiada peluang di tanah sendiri. Kerajaan GRS telah memulakan langkah membina peluang pekerjaan di Sabah, maka jangan kita salah langkah hingga membantutkan usaha ini,” katanya.

Ekonomi rakyat dan kelestarian hidup

Menurutnya, ekonomi rakyat adalah nadi kepada kemakmuran negeri. Usaha memperkukuh ekonomi akar umbi perlu diteruskan melalui sokongan kepada petani, nelayan, peniaga kecil dan usahawan muda.

“Sabah mesti bangkit dengan ekonomi rakyat yang kukuh supaya setiap keluarga dapat menikmati kehidupan lebih selesa. Orang miskin mesti dibantu keluar dari kepompong kemiskinan, manakala yang berjaya diangkat sebagai contoh teladan,” katanya.

Infrastruktur dan kemudahan asas

Mazlan berkata rakyat Sabah sudah terlalu lama menanti jaringan jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan capaian internet yang stabil.

“Bermula tahun 2026, banyak projek infrastruktur yang sudah dimulakan akan mula siap dan hasilnya dapat dirasai rakyat. Kali ini bukan lagi janji, tetapi realiti,” ujarnya.

Hak Sabah diperkasakan
Dalam pada itu, beliau menegaskan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia mesti dipertahankan dan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan perlu membuahkan hasil nyata.

“Kita mahu hasil, bukan kata-kata manis. Kita mahu maruah Sabah dikembalikan ke tempat sewajarnya. Perjuangan ini bukan perjuangan seorang, tetapi perjuangan kita semua,” tegasnya.

Seruan perpaduan

Mazlan menyeru seluruh rakyat Sabah agar bangkit dan bersatu di bawah panji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan.

“GRS telah membuktikan ketegasan dalam diplomasi membawa hasil kepada rakyat. Sudah tiba masanya kita tolak parti yang tiada hala tuju dan meninggalkan kenangan lama. Kini masa untuk bersama GRS demi Sabah yang lebih maju, makmur dan sejahtera dalam Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/26/pru-du-sabah-peluang-rakyat-perkukuh-perpaduan-dan-iltizam-untuk-sabah-maju/feed/ 0 84196