pru sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Nov 2025 03:07:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pru sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial digalakkan sepanjang tempoh PRU Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/16/pemakaian-pelitup-muka-penjarakan-sosial-digalakkan-sepanjang-tempoh-pru-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/16/pemakaian-pelitup-muka-penjarakan-sosial-digalakkan-sepanjang-tempoh-pru-sabah/#respond Sun, 16 Nov 2025 03:07:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86007
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan langkah pencegahan khususnya sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17).

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam satu kenyataan memaklumkan, pilihan raya secara umumnya sering melibatkan perhimpunan orang ramai dan agihan makanan yang akan berlaku sepanjang tempoh berkempen, pada dan selepas hari pengundian.

Menurut JKNS, situasi itu boleh meningkatkan risiko penularan penyakit berjangkit seperti penyakit sebaran udara atau penyakit bawaan makanan dan air.

“Justeru, individu yang bergejala dinasihatkan untuk berehat di rumah dan mengelakkan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai sepanjang tempoh kempen.

“Pemakaian pelitup muka amat digalakkan kepada petugas pilihan raya dan semua pengundi terutamanya bagi yang bergejala atau ketika berada di tempat tertutup, sempit dan sesak.

“Selain itu, orang ramai turut digalakkan untuk mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan penggunaan cecair pembasmi kuman serta memastikan kebersihan persekitaran terjaga,” menurut kenyataan itu di sini.

JKNS turut menasihati orang ramai agar patuh kepada cadangan masa mengundi yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat pengundian.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan untuk mendapatkan vaksin Influenza bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan influenza semasa, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi.

“Pengendalian dan penyediaan makanan dan minuman perlu mematuhi standard kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selain orang ramai dinasihatkan supaya memastikan makanan / minuman yang dimakan / minum dimasak dengan sempurna dan dalam keadaan yang baik,” tambah kenyataan itu di sini pada Sabtu.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi kawasan larangan merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Kerjasama semua pihak termasuk individu dan masyarakat dalam bersama-sama menangani penularan penyakit berjangkit dan pematuhan peraturan-peraturan lain yang berkait adalah sangat dihargai. JKNS sentiasa memantau situasi semasa penularan penyakit berjangkit selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/16/pemakaian-pelitup-muka-penjarakan-sosial-digalakkan-sepanjang-tempoh-pru-sabah/feed/ 0 86007
LDP tidak bertanding PRU Sabah, fokus sokong GRS demi kestabilan politik https://sabahmedia.com/2025/11/10/ldp-tidak-bertanding-pru-sabah-fokus-sokong-grs-demi-kestabilan-politik/ https://sabahmedia.com/2025/11/10/ldp-tidak-bertanding-pru-sabah-fokus-sokong-grs-demi-kestabilan-politik/#respond Mon, 10 Nov 2025 04:39:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85413
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) mengumumkan parti itu tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17).

Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin berkata, parti itu akan memberi sokongan penuh kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memastikan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi negeri.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan mendalam terhadap landskap politik dan ekonomi semasa, baik di peringkat negeri mahupun antarabangsa.

“LDP berpendapat bahawa pertukaran kerajaan yang kerap tidak semestinya menjamin tadbir urus yang lebih baik atau kemakmuran ekonomi.

“Sebaliknya, ketidakstabilan politik yang berterusan sering menjejaskan keyakinan pelabur dan menghalang kemajuan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Chin menegaskan bahawa perpaduan rakyat Sabah merupakan kunci utama untuk membina masa depan yang stabil dan sejahtera.

“Kami akan menumpukan usaha untuk membantu GRS pada pilihan raya kali ini. Kestabilan politik adalah asas kepada pembangunan jangka panjang dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Menurut beliau, LDP turut mengambil kira keseimbangan kuasa antara parti-parti politik di Sabah, sambil menyatakan bahawa kekuatan sebenar Sabah hanya dapat dijamin melalui peningkatan pengaruh di peringkat Parlimen.

“Walaupun WARISAN memiliki beberapa kerusi DUN, keterbatasannya di Parlimen mengekang keupayaannya untuk mempengaruhi dasar persekutuan atau pengagihan sumber.

“Oleh itu, memperkukuh kekuatan Parlimen Sabah adalah satu-satunya cara untuk menjamin manfaat sebenar kepada rakyat,” katanya.

Dengan keputusan itu, LDP akan berperanan sebagai rakan strategik dalam gabungan GRS, memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perpaduan politik dan pembangunan ekonomi Sabah secara menyeluruh. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/10/ldp-tidak-bertanding-pru-sabah-fokus-sokong-grs-demi-kestabilan-politik/feed/ 0 85413
PRU Sabah : Hanya pengundi berdaftar sehingga Ogos layak mengundi pada 29 November – SPR https://sabahmedia.com/2025/10/28/pru-sabah-hanya-pengundi-berdaftar-sehingga-ogos-layak-mengundi-pada-29-november-spr/ https://sabahmedia.com/2025/10/28/pru-sabah-hanya-pengundi-berdaftar-sehingga-ogos-layak-mengundi-pada-29-november-spr/#respond Tue, 28 Oct 2025 08:42:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84352
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU :  Rakyat Sabah yang berdaftar sebagai pengundi sehingga Ogos lalu layak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah Ke-17) yang dijadualkan pada 29 November depan.

Ketua Program Latihan (Akademi Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Nik Aminudin Nik Shahar Shah berkata, daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2025, yang dikemas kini setakat 5 Oktober 2025.

“Mereka yang baru berdaftar selepas bulan Ogos, termasuk individu yang baru mencapai umur 18 tahun pada September atau Oktober, tidak tersenarai dalam daftar pemilih bagi pilihan raya ini.

“Ini kerana nama mereka tidak disenarai dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya  (DPPR) yang digunakan oleh SPR bagi PRU DU Sabah Ke-17. Perkara ini perlu dijelaskan bagi mengelak kekeliruan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung proses PRU DU Sabah Ke-17 di Auditorium Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, pada Selasa.

Nik Aminudin  berkata, penggunaan daftar pemilih tersebut adalah selaras dengan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 6 Oktober lalu, seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, nama pemilih yang meninggal dunia selepas senarai tersebut dikemas kini masih kekal dalam daftar sedia ada dan hanya akan disemak semula dalam proses kemas kini seterusnya.

“Penjelasan ini penting bagi mengelak kekeliruan, terutama apabila ada yang sudah layak mengundi dari segi umur tetapi nama mereka belum dimasukkan ke dalam daftar pilihan raya,” katanya.

SPR turut memaklumkan bahawa 1,784,843 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRU kali ini.

Ia merangkumi 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera dan pasangan, serta 12,729 anggota polis dan pasangan.

DPPR bagi PRU DUN Sabah Ke-17 akan mula dijual sebagai rujukan kepada parti politik dan calon bermula 1 November ini. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/28/pru-sabah-hanya-pengundi-berdaftar-sehingga-ogos-layak-mengundi-pada-29-november-spr/feed/ 0 84352