pru – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Jun 2026 09:49:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pru – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 GRS perkukuh jentera, lantik enam pengerusi zon hadapi PRU https://sabahmedia.com/2026/06/18/grs-perkukuh-jentera-lantik-enam-pengerusi-zon-hadapi-pru/ https://sabahmedia.com/2026/06/18/grs-perkukuh-jentera-lantik-enam-pengerusi-zon-hadapi-pru/#respond Thu, 18 Jun 2026 09:49:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98424
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mula memperkemaskan persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan melantik enam pengerusi zon bagi menyelaras gerak kerja dan kesiapsiagaan jentera di seluruh negeri.

Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang berlangsung di sini, pada Khamis.

Menurutnya, pelantikan pengerusi zon bertujuan melaksanakan naziran serta memantau laporan persiapan parti-parti komponen di setiap kawasan Parlimen mengikut zon yang ditetapkan.

“Walaupun tempoh Parlimen hanya akan berakhir pada penghujung tahun depan, kita di Sabah mesti bersedia lebih awal.

“Perkara yang paling dititikberatkan ialah kerjasama dan perpaduan dalam kalangan parti-parti komponen GRS serta rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan di Sabah,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Enam zon yang diwujudkan melibatkan semua kawasan Parlimen di Sabah dengan setiap zon diketuai pemimpin kanan gabungan tersebut.

Hajiji sendiri mengetuai Zon 1 yang merangkumi Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.

Zon 2 yang meliputi Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dipengerusikan Timbalan Pengerusi Parti GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, manakala Zon 3 melibatkan Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang diketuai Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman.

Bagi Zon 4 yang merangkumi Ranau, Keningau, Pensiangan dan Tenom, ia dipengerusikan Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Zon 5 melibatkan Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Beluran dan Kinabatangan dipimpin Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin, manakala Zon 6 yang merangkumi Tawau, Kalabakan, Lahad Datu dan Semporna diketuai Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah(PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah.

Hajiji berkata, semua presiden parti komponen akan memainkan peranan penting dalam memastikan kesiapsiagaan jentera di zon masing-masing.

Katanya, matlamat utama GRS adalah memastikan kemenangan besar pada PRU akan datang.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi, Hajiji berkata GRS akan menggunakan logo gabungan itu dan akan memilih calon yang mempunyai peluang terbaik untuk menang.

“Kita akan cari siapa yang boleh menang. GRS tetap GRS, guna logo GRS,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sasaran kerusi Parlimen, beliau berkata GRS berhasrat bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah selain satu kerusi di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Insya-Allah, 26 termasuk Labuan,” katanya.

Hadir sama pada mesyuarat itu Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali dan ahli-ahli majlis tertinggi GRS lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/18/grs-perkukuh-jentera-lantik-enam-pengerusi-zon-hadapi-pru/feed/ 0 98424
Gagasan Rakyat bersedia hadapi PRU selaras pindaan perlembagaan – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/05/17/gagasan-rakyat-bersedia-hadapi-pru-selaras-pindaan-perlembagaan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/05/17/gagasan-rakyat-bersedia-hadapi-pru-selaras-pindaan-perlembagaan-hajiji/#respond Sun, 17 May 2026 07:41:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96840
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selaras pindaan perlembagaannya bagi menjadikan 26 kawasan Parlimen di Sabah dan Labuan sebagai bahagian baharu parti.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Gagasan Rakyat, berkata persediaan jentera parti itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat.

“Kita bersedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang, menyusun strategi parti dan mengemaskan jentera mengikut Parlimen. Kebetulan kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum Parlimen, ini amat sesuai dengan pindaan yang kita buat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai Persidangan Agung Khas Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Ahad.

Persidangan khas yang dihadiri perwakilan dari seluruh Sabah dan Labuan itu bertujuan untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan bahagiannya ditetapkan mengikut kawasan Parlimen, berbanding Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, usul itu disokong sebulat suara oleh semua pembahas dari sayap Wanita, Pemuda, Beliawanis dan Bahagian Gagasan Rakyat serta perwakilan yang hadir.

Mengulas lanjut mengenai pindaan itu, Hajiji berkata usul yang diluluskan pada persidangan khas itu akan dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk kelulusan jabatan berkenaan.

“Pindaan perlembagaan parti telahpun selesai dan diberi sokongan sebulat suara. Ini bererti pindaan kita daripada 74 bahagian kepada 26 telah diluluskan dan akan dikemukakan kepada ROS untuk kelulusan. Jadi, kita akan membuat pengemaskinian struktur parti kita selepas ini menggunakan kawasan Parlimen,” katanya.

Mengenai kerjasama menghadapi PRU16, Hajiji berkata Gagasan Rakyat akan melihat seluas- luasnya kemungkinan untuk bekerjasama dengan parti lain jika membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri.

“Dalam politik semua kita mesti tengok seluas-luasnya. Kalau ia mendatangkan kebaikan kepada negeri, perpaduan rakyat, apa salahnya? Itu yang baik. Kerana matlamat kita, perjuangan kita ialah untuk bersatu padu dan membangunkan negeri kita,” katanya.

Sementara itu, pada persidangan berkenaan, Hajiji berkata Gagasan Rakyat turut menerima kemasukan ahli baharu parti itu dari bekas ahli Parti Warisan di bahagian Keningau.

“Saya amat senang hati, gembira kerana sempena dengan Perhimpunan Agung Khas ini, kita juga menerima kemasukan beramai-ramai ahli daripada Warisan di bahagian Keningau untuk sama-sama berjuang dengan Gagasan Rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/17/gagasan-rakyat-bersedia-hadapi-pru-selaras-pindaan-perlembagaan-hajiji/feed/ 0 96840
Tamu rabu Tamparuli meriah, calon PRU Sabah edar risalah https://sabahmedia.com/2025/11/19/tamu-rabu-tamparuli-meriah-calon-pru-sabah-edar-risalah/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/tamu-rabu-tamparuli-meriah-calon-pru-sabah-edar-risalah/#respond Wed, 19 Nov 2025 12:44:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86419
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Raul G

TAMPARULI: Suasana meriah penuh warna-warni di Tamu Rabu Tamparuli hari ini apabila para calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 mengambil peluang memperkenalkan diri kepada orang ramai menjelang hari mengundi pada 29 November.

Antara calon yang turun bertemu pengunjung ialah Dr Bonaventure Boniface (GRS), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO), Dr Gaim @ James Lunkapis (KDM) dan Joseph Lee @ Lee Han Kyun (Warisan) — empat calon yang bakal bersaing merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli.

Turut kelihatan ialah dua calon DUN Kiulu, Joisin Romut (UPKO) dan Henry Saimpon (KDM), yang tidak melepaskan peluang beramah mesra serta memperkenalkan diri kepada masyarakat setempat.

Tinjauan mendapati calon Warisan, Joseph Lee, tiba paling awal di tamu berkenaan sekitar jam 7 pagi, diikuti Dr Bonaventure, Dr Gaim serta Henry. Madius dan Joisin pula hadir kemudian, ketika sebahagian besar calon lain hampir selesai bertemu peniaga dan pengunjung.

Seperti kebiasaan musim pilihan raya, semua calon bukan sahaja bersalaman dan memperkenalkan diri, tetapi turut mengedarkan risalah kempen kepada orang ramai yang memenuhi tamu mingguan itu.

Tamparuli, yang terkenal dengan ikonik Jambatan Tamparuli terus menjadi tumpuan setiap Rabu sejak lebih lapan dekad, menjadi nadi ekonomi komuniti setempat.

Pada PRN17 ini, DUN Tamparuli menyaksikan persaingan 13 calon daripada pelbagai parti politik dan calon bebas.

Mereka adalah Dr Bonaventure Boniface (GRS), Jinitoh Sontori (STAR), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO), Julia Ongkili (Parti Impian Sabah), Joseph Lee @ Lee Han Kyun (Warisan), Dr Gaim @ James Lunkapis (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat).

Selain itu, Parti Kerjasama Anak Negeri meletakkan Arthur Erik Lee manakala Parti Rumpun mencalonkan @ Abdul Aziz.

Lima calon Bebas lain memberi tentangan masing-masing Vun Yun Fook, Samson S. Koroh @ Razali Suffian, Johan Jahid, Andrew Mali, serta Raymond Alfred @ Jenry.

Sementara itu, DUN Kiulu yang bersebelahan daerah kecil itu turut menyaksikan persaingan ramai calon, melibatkan Datuk Joniston Bangkuai (GRS), Terence Sinti (STAR), Henry Saimpon (KDM), Niyky @ Niky J Bosikol (PIS), Joisin Romut (UPKO), Dusi Gingging (Parti Kebangsaan Sabah), Trevor Maringking (Parti Kerjasama Anak Negeri) dan Saibin Gunsari (Warisan).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/tamu-rabu-tamparuli-meriah-calon-pru-sabah-edar-risalah/feed/ 0 86419
Statistik Jumlah Pengundi Mengikut DUN PRU DU Sabah Ke-17 https://sabahmedia.com/2025/11/07/statistik-jumlah-pengundi-mengikut-dun-pru-du-sabah-ke-17/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/statistik-jumlah-pengundi-mengikut-dun-pru-du-sabah-ke-17/#respond Fri, 07 Nov 2025 04:24:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85154
Read Time:27 Second

KOTA KINABALU – Statistik pengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Secara keseluruhan, seramai 1,784,843 orang pemilih berdaftar layak untuk mengundi pada PRU DU Sabah ke-17 nanti melibatkan 1,760,417 orang pengundi biasa, 11,697 orang pengundi Tentera dan Pasangan serta 12,729 orang pengundi Polis dan Pasangan Polis PGA.

Jumlah tersebut termasuk 28,455 orang OKU dijangka akan menunaikan tanggungjawab mereka di 940 pusat mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/statistik-jumlah-pengundi-mengikut-dun-pru-du-sabah-ke-17/feed/ 0 85154
Jentera BERSATU Sabah Perlu Lebih Kreatif & Inovatif Dalam Berkempen https://sabahmedia.com/2021/11/28/jentera-bersatu-sabah-perlu-lebih-kreatif-inovatif-dalam-berkempen/ https://sabahmedia.com/2021/11/28/jentera-bersatu-sabah-perlu-lebih-kreatif-inovatif-dalam-berkempen/#respond Sun, 28 Nov 2021 10:56:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9011
Read Time:1 Minute, 4 Second

BELURAN : Semua jentera pilihan raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di negeri ini perlu lebih kreatif dan inovatif dalam berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pendekatan berkempen corak baru melalui media sosial dan dalam talian pada musim pandemik COVID-19 ini dilihat lebih mencabar.

Katanya, ini berikutan  capaian internet di negeri ini dilihat masih rendah terutamanya di kawasan pedalaman.

“Meskipun PRU belum ditentukan tapi kepimpinan parti semua peringkat harus bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan PRU yang boleh dipanggil bila-bila masa.

“Semua jentera pilihan raya parti perlu lebih inovatif bagi mendekati pengundi khususnya ketika era kempen dalam talian, ianya perlu diselami, perlu diberi perhatian oleh semua jentera dan ahli parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Tahunan BERSATU Bahagian Beluran disini hari ini.

Dr Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan turut mengajak setiap ahli parti untuk terus bersiap sedia kearah kempen yang lebih berinovatif.

“Kita di luar bandar Sabah ini akan berdepan masalah dengan kempen, tetapi itu bukan pilihan kita dan sebagai ahli parti dan pemimpin parti kita mesti terus mampu mencorakkan kempen bentuk baru.

“Jentera perlu harus menggunakan apa juga platform sedia ada untuk mendapat sokongan yang diperlukan untuk parti dalam PRU akan datang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/28/jentera-bersatu-sabah-perlu-lebih-kreatif-inovatif-dalam-berkempen/feed/ 0 9011