psks – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 05 Jan 2025 13:25:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png psks – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PSKS rangka pelbagai program kesedaran berkaitan kanser di Sabah https://sabahmedia.com/2025/01/05/psks-rangka-pelbagai-program-kesedaran-berkaitan-kanser-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/01/05/psks-rangka-pelbagai-program-kesedaran-berkaitan-kanser-di-sabah/#respond Sun, 05 Jan 2025 13:21:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66526
Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) akan terus merangka dan melaksanakan pelbagai program kesedaran berkaitan kanser di seluruh negeri Sabah.

Pengerusi Biro Wanita PSKS, Nur Nazlin Abdullah@Carol Salag berkata, menerusi program yang dirancang ianya akan dapat membantu lebih ramai individu yang terkesan kerana terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dengan penyakit kanser.

“Pada program kali ini, PSKS telah berjaya mengumpul dana hampir lebih RM100,000 untuk disalurkan bagi membiayai kos pengendalian Rumah Pesakit Kanser (RPK) yang terletak di Kingfisher, Likas.

“Saya percaya bahawa setiap bantuan yang kita hulurkan adalah tanda kasih sayang kita kepada mereka yang sedang berjuang. Secara realitinya saya tahu betapa sukarnya perjalanan seorang pesakit kanser dan keluarga mereka, dari segi emosi, fizikal dan juga kewangan.

“Kehilangan anak tercinta iaitu Muhammad Haqeem Eduine akibat kanser gastrik pada 19 Julai lepas amat perit bagi saya, tetapi ia juga membakar semangat untuk terus berjuang melalui persatuan ini,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi penganjur program berkenaan berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal PSKS 2025 di sini semalam.

Majlis tersebut disempurnakan Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag merangkap Yang Di-Pertua Mutiara GRS.

Dalam pada itu, Presiden PSKS, Julianah Kurutung berkata, rumah PSKS diwujudkan untuk memberikan tempat tinggal kepada pesakit kanser dari luar bandar yang menjalani rawatan jangka panjang di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

“RPK beroperasi sejak 1 Januari 2023 menyediakan bilik untuk 5 pesakit dan seorang pengiring masing-masing.


“Secara keseluruhan, PSKS telah berjaya melaksanakan program-program seperti ceramah kesedaran penyakit kanser oleh panel penceramah PSKS iaitu Dr Rizin Kusup dan doktor-doktor daripada Jabatan Kesihatan yang berdekatan tempat program diadakan di  Sabah.

“Di samping itu, menyalurkan subsidi mamografi dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi pengesanan awal kanser payudara dan kanser serviks,” katanya.

Beliau juga memaklumkan PSKS telah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Jabatan Kesihatan dalam memberikan suntikan vaksin HPV.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/05/psks-rangka-pelbagai-program-kesedaran-berkaitan-kanser-di-sabah/feed/ 0 66526
PSKS Anjur Program Kesedaran Penyakit Kanser Di Kg Seri Menanti Sook https://sabahmedia.com/2021/11/27/psks-anjur-program-kesedaran-penyakit-kanser-di-kg-seri-menanti-sook/ https://sabahmedia.com/2021/11/27/psks-anjur-program-kesedaran-penyakit-kanser-di-kg-seri-menanti-sook/#respond Sat, 27 Nov 2021 07:54:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8977
Read Time:1 Minute, 30 Second

SOOK: Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) telah menganjur satu program memberi pengetahuan dan kesedaran kepada penduduk tentang bahaya penyakit kanser serta langkah-langkah pencegahan, yang diadakan di Balairaya Kg Seri Menanti di sini, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, usaha untuk menyebar luas kesedaran kanser terhadap penduduk luar bandar harus dipergiatkan , memandangkan kesedaran terhadap penyakit ini dalam kalangan masyarakat masih kurang.

Beliau dalam ucapannya turut memuji Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah kerana telah menjayakan program Kesedaran Kanser di Kg Seri Menanti.

“Meskipun PSKS Sook baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2019 dibawah pimpinan Puan Lucia Kihing selaku penyelaras, namun PSKS Sook telah bergerak secara aktif dan berjaya menganjurkan beberapa program dan salah satunya pada hari ini” tambah Ellron yang juga Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sook semasa beliau menyempurnakan program tersebut.

Beliau turut menyarankan agar usaha murni diteruskan supaya rakyat sentiasa peka terhadap kesihatan masing-masing dan tidak merasa malu untuk tampil ke pusat kesihatan bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Ellron juga turut menyokong penuh terhadap persatuan-persatuan sukarela dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat sukarela kepada masyarakat selaras dengan matlamat penubuhan masing-masing.

Beliau juga berharap agar PSKS terus mendampingi masyarakat dengan menganjurkan lebih banyak program sebegini di masa hadapan.

Difahamkan pada tahun hadapan program kesedaran ini akan diadakan sekali lagi dengan menjemput para ketua-ketua kampung dan JPKK-JPKK kampung di sekitar kawasan DUN Sook dalam usaha PSKS memberikan kesedaran kepada penduduk bandar.

Seramai 50 orang peserta telah menyertai Program Kesedaran Kanser di Kg Seri Menanti Sook. Program yang bermula pada jam 8.00 bertempat di Dewan Kg Seri Menanti itu diisi dengan slot perkongsian pejuang kanser Samsiah Ani daripada Nabawan serta ceramah Kesedaran Kanser daripada Dr Cliff Asher R Ongil.

Program tersebut turut dihadiri oleh Presiden PSKS, Lawrence Imui serta warga penduduk kampung.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/27/psks-anjur-program-kesedaran-penyakit-kanser-di-kg-seri-menanti-sook/feed/ 0 8977
‘Smart Paddle Protective Dispenser’ Rekaan Tempatan Bantu Cegah Penularan COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/07/22/smart-paddle-protective-dispenser-rekaan-tempatan-bantu-cegah-penularan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/smart-paddle-protective-dispenser-rekaan-tempatan-bantu-cegah-penularan-covid-19/#respond Thu, 22 Jul 2021 09:13:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3439
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim menerima sumbangan sebuah ‘Smart Paddle Protective Dispenser’ untuk digunakan meletak cecair pembasmi kuman daripada Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) di pejabatnya, sini kelmarin.

Alat tersebut merupakan hasil rekaan tempatan dengan memperkenalkan konsep ‘Tiada Sentuhan, Tiada Jangkitan’ (No Touch, No Infection) kepada pengguna.

Presiden PSKS Lawrence Imui berkata, selain menghargai Jahid, yang merupakan Penasihat PSKS, sumbangan tersebut juga sebagai sokongan mereka kepada usaha bagi mencegah penularan virus COVID-19.

“PSKS juga merupakan salah satu pengedar yang telah dilantik untuk memasarkan alat-alat yang sesuai digunakan di mana-mana premis kerajaan dan swasta,” katanya.

Katanya, alat berkenaan merupakan hasil rekaan tempatan oleh rakan NGO mereka dari Persatuan Inovasi Sabah.

Semasa kunjungan tersebut, Lawrence memaklumkan bahawa, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak program mengenai kesedaran kanser terpaksa ditangguhkan.

Bagaimanapun, PSKS akan tetap meneruskan aktiviti pengesanan awal Kanser Payudara melalui program Subsidi Mammogram yang disediakan oleh kerajaan.

“Kita akan teruskan program ini dengan mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard (SOP), dan selagi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah mempunyai peruntukan untuk program tersebut,” ujar beliau.

Sementara itu, Jahid menghargai kunjungan tersebut, dan menyifatkan PSKS sebagai sebuah NGO yang selama ini banyak membantu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit kanser.

Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Bendahari PSKS, Rufinah Koting.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/smart-paddle-protective-dispenser-rekaan-tempatan-bantu-cegah-penularan-covid-19/feed/ 0 3439