pti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 26 Oct 2024 08:15:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Laporan Statistik Jenayah Malaysia 2024: Kes Jenayah di Sabah dan Kebanjiran Penduduk Bukan Warganegara Harus Diambil Perhatian https://sabahmedia.com/2024/10/26/laporan-statistik-jenayah-malaysia-2024-kes-jenayah-di-sabah-dan-kebanjiran-penduduk-bukan-warganegara-harus-diambil-perhatian/ https://sabahmedia.com/2024/10/26/laporan-statistik-jenayah-malaysia-2024-kes-jenayah-di-sabah-dan-kebanjiran-penduduk-bukan-warganegara-harus-diambil-perhatian/#respond Sat, 26 Oct 2024 08:15:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62805
Read Time:2 Minute, 19 Second


Kuala Lumpur – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini menerbitkan laporan Statistik Jenayah Malaysia 2024, yang memaparkan data terkini mengenai insiden jenayah di seluruh negara termasuk kategori seperti jenayah komersil, keganasan seksual, dadah, rasuah, maritim, trafik, dan pematuhan alam sekitar.

Peningkatan Sederhana Nisbah Jenayah Indeks di Peringkat Nasional
Menurut laporan ini, nisbah Jenayah Indeks negara – yang menunjukkan kes jenayah per 100,000 penduduk – mencatatkan peningkatan kecil dari 146 (2022) kepada 149 (2023).

Tahun202120222023
Nisbah Jenayah Indeks: Malaysia153146149
Jenayah Indeks: Malaysia52,97450,81352,444
    
Nisbah Jenayah Indeks: Sabah809695
Jenayah Indeks: Sabah3,4284,1014,117

Lima negeri melebihi nisbah nasional iaitu W.P. Kuala Lumpur (221), Selangor (196), Kedah (193), Pulau Pinang (193), dan Negeri Sembilan (159). Walaupun begitu, Sabah mencatatkan Nisbah Jenayah Indeks paling rendah di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut, dengan nisbah 95 pada 2023, sedikit menurun daripada 96 pada 2022.

Jenayah Kekerasan dan Harta Benda di Sabah
Walaupun nisbah rendah, jumlah kes jenayah di Sabah masih tinggi, dengan 4,117 kes pada 2023, menduduki tempat kelima tertinggi di Malaysia selepas Selangor (13,739), Johor (5,330), Kedah (4,567), dan W.P. Kuala Lumpur (4,540). Sebahagian besar jenayah kekerasan di Sabah pada 2023 melibatkan kes rogol (42%) dan kes mencederakan (33%).

Di samping itu, kes jenayah harta benda meningkat hampir 20%, dengan kes pecah rumah dan curi mencatatkan jumlah kedua tertinggi di negara ini selepas Selangor.

Isu Kebanjiran Penduduk Bukan Warganegara di Sabah

Penduduk: SabahPendudukWarganegaraBukan Warganegara
Jumlah3.742 juta orang2.698 juta orang1.043 juta orang
Peratusan100 %72.1 %27.9 %

Laporan DOSM juga mengetengahkan isu demografi di Sabah, yang memiliki peratusan penduduk bukan warganegara tertinggi di Malaysia, iaitu hampir 30% daripada keseluruhan 3.742 juta penduduk negeri itu.

Beberapa daerah mencatatkan peratusan penduduk bukan warganegara yang melebihi penduduk warganegara, seperti Kinabatangan (78%) dan Kalabakan (67%).

Populasi bukan warganegara ini, yang sebahagian besarnya terdiri daripada individu tanpa dokumen, menghadapi cabaran pekerjaan tetap dan pendapatan mencukupi, yang mendorong segelintir mereka beralih kepada aktiviti jenayah sebagai cara bertahan.

Malah, keberadaan mereka turut memberi tekanan kepada kemudahan awam seperti air dan elektrik serta menimbulkan isu koloni setinggan dan tunggakan bil rawatan kesihatan.

Langkah Keselamatan dan Kewangan untuk Memperkasa Keselamatan Sabah
Kerajaan telah mengambil langkah tegas bagi menangani isu keselamatan di Sabah, termasuk pembinaan dua pos sempadan baharu di Bantul dan Serudung yang diumumkan dalam Belanjawan Negara 2025.

Kerajaan memperuntukkan RM19.5 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri dan RM21.2 bilion kepada Kementerian Pertahanan, bertujuan untuk meningkatkan keselamatan, khususnya di kawasan sempadan dan pantai timur Sabah.


Walaupun nisbah jenayah indeks Sabah adalah yang terendah di Malaysia, jumlah kes yang dicatatkan masih memerlukan perhatian. Kebanjiran penduduk bukan warganegara yang tinggi boleh mendatangkan cabaran serius terhadap keselamatan dan kestabilan sosial di Sabah. Peruntukan kewangan dan pelan keselamatan terkini oleh kerajaan diharap akan membawa kestabilan yang lebih kukuh di masa hadapan

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/26/laporan-statistik-jenayah-malaysia-2024-kes-jenayah-di-sabah-dan-kebanjiran-penduduk-bukan-warganegara-harus-diambil-perhatian/feed/ 0 62805
51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap https://sabahmedia.com/2024/07/23/51-rumah-setinggan-dirobohkan-6-pti-ditangkap/ https://sabahmedia.com/2024/07/23/51-rumah-setinggan-dirobohkan-6-pti-ditangkap/#respond Tue, 23 Jul 2024 13:55:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57923
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 51 buah rumah setinggan berjaya dirobohkan dan enam PTI warga Filipina ditangkap dalam satu operasi perobohan rumah setinggan dan Op PTI Bersepadu Mega bertempat di sebuah penempatan dalam sekitar Daerah Kota Kinabalu.

Operasi tersebut dijalankan oleh pihak Polis Kota Kinabalu dengan kerjasama agensi bantuan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Eletricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rumah setinggan yang telah dirobohkan dalam operasi tersebut.- Foto ihsan IPD Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, operasi yang dilaksanakan pada jam 3.30 petang dan berakhir jam 5.20 petang tadi (23 Jul) selain berjaya merobohkan 51 buah rumah setinggan, pasukan polis juga berjaya menangkap enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Filipina.

“Dalam operasi ini juga, polis Kota Kinabalu berjaya menangkap enam orang warga Filipina terdiri dua lelaki dewasa dan empat perempuan dewasa berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun.

“Tangkapan PATI akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi ini akan berterusan pada masa akan datang, dalam usaha membenteras jenayah, PATI, dadah dan gejala sosial di Daerah Kota Kinabalu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/23/51-rumah-setinggan-dirobohkan-6-pti-ditangkap/feed/ 0 57923
7 Diburu, 7 Lagi Berjaya Diberkas Di Kimanis https://sabahmedia.com/2021/11/10/7-diburu-7-lagi-berjaya-diberkas-di-kimanis/ https://sabahmedia.com/2021/11/10/7-diburu-7-lagi-berjaya-diberkas-di-kimanis/#respond Wed, 10 Nov 2021 05:42:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8309
Read Time:1 Minute, 5 Second

PAPAR – Seramai tujuh tahanan dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kimanis berjaya diberkas semula manakala tujuh lagi sedang diburu polis selepas melarikan diri pada awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, semua tahanan warga Filipina berusia 22 hingga 43 tahun terbabit melarikan diri melalui bumbung tandas bangunan depoh berkenaan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, selepas menerima laporan berhubung kejadian itu pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Setakat jam 10.45 pagi ini, seramai tujuh orang tahanan berjaya ditahan semula kira-kira dua kilometer dari depoh berkenaan.

“Baki tujuh orang masih bebas dan kami percaya mereka masih berada di sekitar Papar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini

Menurut Batholomew, berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, kesemua tahanan berjaya melarikan diri dari depoh berkenaan selepas mereka mengumpil atap zink tandas di bangunan terbabit.

“Tahanan berkenaan tinggal di blok tengah dan mereka umpil atap zink tandas lalu memanjat bumbung setinggi hampir dua meter. Kemudian mereka memotong pagar dengan alat pemotong dan melarikan diri. Bagaimanapun sebahagian daripada mereka berjaya ditahan semula seawal kira-kira jam 5 pagi tadi,” katanya.

Tambah Batholomew, usaha mengesan semua suspek masih dilakukan dengan melakukan sekatan jalan raya di tiga lokasi iaitu Kinarut, Papar dan Bongawan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/10/7-diburu-7-lagi-berjaya-diberkas-di-kimanis/feed/ 0 8309
Jawatankuasa teknikal negeri tangani masalah pendatang haram di Sabah – Bung Moktar https://sabahmedia.com/2021/04/28/jawatankuasa-teknikal-negeri-tangani-masalah-pendatang-haram-di-sabah-bung-moktar/ https://sabahmedia.com/2021/04/28/jawatankuasa-teknikal-negeri-tangani-masalah-pendatang-haram-di-sabah-bung-moktar/#respond Wed, 28 Apr 2021 06:41:48 +0000 http://sabahmedia.com/?p=381
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kerajaan negeri Sabah menubuhkan jawatankuasa teknikal peringkat negeri bagi menangani masalah pendatang haram, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata jawatankuasa teknikal itu yang dipengerusikannya sendiri, dibahagikan kepada Jawatankuasa  Keselamatan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali, dan Jawatankuasa Pendatang Haram dan Pekerja Asing dipengerusikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta dianggotai jabatan dan agensi berkaitan.

“Isu pendatang haram, pekerja asing dan keselamatan di sempadan di negeri ini merupakan isu yang tertunggak sejak sekian lama yang hingga kini belum ada penyelesaian sepenuhnya… ia memerlukan usaha bersepadu pemimpin-pemimpin persekutuan, negeri dan orang ramai.

“Diharap melalui jawatankuasa ini, kata putus dapat dicapai dalam pelbagai isu berbangkit melibatkan pendatang haram dan keselamatan,” katanya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah dalam kenyataan di sini hari ini.

Bung Moktar juga meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada sesiapa sekiranya mereka mahu isu pendatang haram dan keselamatan di Sabah diselesaikan.

Sebaliknya kata beliau semua pihak perlu bekerjasama tanpa mengira fahaman politik, bangsa, agama dan status bagi memastikan Sabah bebas daripada isu itu.

“Sekarang adalah masa paling sesuai untuk menangani masalah berkenaan kerana kerajaan persekutuan juga turut menyokong penghantaran pendatang haram ke negara asal masing-masing,” katanya.

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/04/28/jawatankuasa-teknikal-negeri-tangani-masalah-pendatang-haram-di-sabah-bung-moktar/feed/ 0 381
Esscom Kesan 10 Kawasan Pendaratan Aktif PTI di Tawau https://sabahmedia.com/2021/02/19/esscom-kesan-10-kawasan-pendaratan-aktif-pti-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2021/02/19/esscom-kesan-10-kawasan-pendaratan-aktif-pti-di-tawau/#respond Fri, 19 Feb 2021 06:36:10 +0000 http://18.136.128.23/?p=273
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengesan 10 kawasan pendaratan aktif, bagi pendatang tanpa izin menyusup masuk ke Tawau kata, Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman.

Beliau berkata, 10 lokasi itu adalah Kampung Titingan Icebox, Batu 2 Jalan Apas, Kampung Aman Jaya, Kampung Kurnia Jaya, Kampung Hidayat, Kampung Kinabutan, Kampung Batu Payung, Kampung Wakuba, Inderasabah dan Kampung Tanjung Batu.

“Ia menjadi lokasi aktif pendaratan sindiket membawa masuk atau keluar pendatang tanpa izin…ESSCom melalui Op Cegah Pati (OCP), akan sentiasa memperketatkan kawalan dan memperkasa rondaan sama ada di laut, darat mahupun udara bagi mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan,” katanya kepada Bernama.

Katanya, operasi membabitkan kerjasama semua agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, berjaya menumpaskan banyak cubaan warga asing memasuki negara ini secara haram melalui Tawau.

Ini termasuklah dua hari lepas di mana tiga kenderaan membawa lima wanita dan dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai baru mendarat di sungai Kampung Batu 5, ditahan pasukan keselamatan yang dalam operasi OCP Daratan di Kampung Kinabutan Tiku Jalan Chung Hwa di sini, pada 10.30 malam.

Ahmad Fuad berkata orang ramai diharap dapat melaporkan atau memberi maklumat berhubung penyeludupan pendatang haram ke negara ini, dengan menghubungi Pusat Operasi ESSCom di talian 089-863181.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/02/19/esscom-kesan-10-kawasan-pendaratan-aktif-pti-di-tawau/feed/ 0 273
Lori Treler Muatan PATI Ditahan https://sabahmedia.com/2021/02/18/lori-treler-muatan-pati-ditahan/ https://sabahmedia.com/2021/02/18/lori-treler-muatan-pati-ditahan/#respond Thu, 18 Feb 2021 09:12:29 +0000 http://18.136.128.23/?p=236
Read Time:2 Minute, 1 Second

Seramai 28 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan dalam operasi Ops Serkap yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam sekatan jalan di kilometer 38 Jalan Lahad Datu, kelmarin.

Dalam operasi jam 9 malam itu, semua pati yang dipercayai cuba keluar dari negeri ini ditahan ketika menaiki sebuah lori treler hasil maklumat orang awam.

Pengarah JIM Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, berdasarkan maklumat awam, pasukan operasi JIM mengekori lori berkenaan bermula dari Jalan Asam Lahad Datu sehingga Sekatan Jalan Raya (SJR) Kilometer 38 Jalan Lahad Datu.

Katanya, pasukan penguatkuasa JIM yang mengejar lori berkenaan kemudiannya mendapatkan bantuan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkawal di sekatan jalan itu untuk menyekat perjalanan lori berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, lori berkenaan dipandu oleh seorang lelaki dipercayai warga tempatan manakala 28 lagi individu di dalamnya adalah warga asing.

Katanya, pasukan penguatkuasa JIM yang mengejar lori berkenaan kemudiannya mendapatkan bantuan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkawal di sekatan jalan itu untuk menyekat perjalanan lori berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, lori berkenaan dipandu oleh seorang lelaki dipercayai warga tempatan manakala 28 lagi individu di dalamnya adalah warga asing

“Semua 29 orang tahanan itu kemudiannya dibawa ke Pusat Kurantin Transit Dewan Tun Datu Haji Mustapa, Lahad Datu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dr Muhamad Sade berkata, semua pati yang ditahan membabitkan 16 lelaki dewasa, tiga wanita dan enam kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, seorang lagi lelaki bersama dua wanita pula ditahan selepas didapati pas tamat tempoh.

“Kes disiasat mengikut Sekysen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen yang sah dan Sekysen 15(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan sudah tamat tempoh pas.

“Manakala warganegara yang ditahan pula disiasat mengikut Sekysen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Sade berkata, objektif utama operasi itu dilaksanakan adalah untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penyeludupan migran.

Katanya, JIM Negeri Sabah memberi amaran kepada warga asing supaya menyerah diri kepada JIM sekiranya melakukan sebarang kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Warganegara jni juga tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya terbabit dalam aktiviti berkenaan,” katanya.

Muhamad Sade berkata, orang ramai juga dinasihatkan supaya memberikan kerjasama dan melaporkan kepada pihak berkuasa khususnya jabatan ini sekiranya mendapati wujudnya aktiviti seumpama ini.

“Jabatan ini berterima kasih atas kesedaran rakyat yang semakin tinggi dalam memberikan maklumat kepada penyeludupan migran dan pemerdagangan orang di Negeri Sabah,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2021/02/18/lori-treler-muatan-pati-ditahan/feed/ 0 236