Pulau Gaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 May 2026 03:33:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pulau Gaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes mayat terapung di Pulau Gaya selesai, suspek didakwa bunuh https://sabahmedia.com/2026/05/22/kes-mayat-terapung-di-pulau-gaya-selesai-suspek-didakwa-bunuh/ https://sabahmedia.com/2026/05/22/kes-mayat-terapung-di-pulau-gaya-selesai-suspek-didakwa-bunuh/#respond Fri, 22 May 2026 03:33:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97117
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Polis berjaya menyelesaikan kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki tidak dikenali di perairan Kampung Lobong, Pulau Gaya, pada 5 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, hasil tindakan pantas polis, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun berjaya dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian mangsa.

Katanya, kejayaan itu hasil operasi bersepadu Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama IPD Lahad Datu menerusi “Op Kejam/Op Kesan”.

“Suspek utama berjaya ditahan pada 7 Mei lalu ketika menaiki sebuah bas di Terminal Bas Reno Fajar, Lahad Datu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menikam mangsa beberapa kali menggunakan sebilah pisau sebelum mengikat kaki mangsa dan membuangnya ke laut berhampiran rumah suspek,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan berkaitan kehilangan barang milik keluarga suspek.

Beliau berkata, polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui di dasar laut berhampiran lokasi kejadian dan dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes berkenaan.

“PDRM merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi ini serta orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga kes berjaya diselesaikan dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/22/kes-mayat-terapung-di-pulau-gaya-selesai-suspek-didakwa-bunuh/feed/ 0 97117
COVID-19 : Penduduk Pulau Gaya Lari PKPD Diarah Balik Semula Atau Berdepan Tindakan Tegas https://sabahmedia.com/2021/07/06/covid-19-penduduk-pulau-gaya-lari-pkpd-diarah-balik-semula-atau-berdepan-tindakan-tegas/ https://sabahmedia.com/2021/07/06/covid-19-penduduk-pulau-gaya-lari-pkpd-diarah-balik-semula-atau-berdepan-tindakan-tegas/#respond Tue, 06 Jul 2021 12:21:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2639
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Penduduk yang telah melarikan diri dari Kampung Pondo Pulau Gaya yang mengelak daripada berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diminta untuk kembali ke kampung dengan kadar segera.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia adalah bagi memastikan tidak berlaku jangkitan kepada komuniti lain.

“Balai Polis Pulau Gaya pada ketika ini juga sedang mempergiat usaha mengesan semua 69 suspek yang dipercayai melarikan diri ketika berangkat ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Kegagalan mereka kembali ke Kampung Pondo dan jika tertangkap oleh pihak berkuasa, mereka boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, mereka juga akan dikenakan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No.4) (Pindaan) (No.16) 2021.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan penduduk dari Kampung Pondo, Pulau Gaya yang mengelak daripada dikenakan PKPD digesa supaya menyalurkan maklumat tersebut ke balai polis terdekat,”katanya.

Terdahulu, Ahad lalu, Kota Kinabalu mencatatkan kes positif COVID-19 sebanyak 120 kes dimana daripada jumlah itu, sebanyak 92 kes adalah hasil saringan besar-besaran di Pulau Gaya iatu Kampung Pondo (30 kes) dan Kampung Laban Pulau Gaya (62 kes).

Semalam, Pulau Gaya turut merekodkan angka kes sebanyak 58 kes hasil saringan bersasar yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/06/covid-19-penduduk-pulau-gaya-lari-pkpd-diarah-balik-semula-atau-berdepan-tindakan-tegas/feed/ 0 2639
Kes Positif Meningkat, Perluasan PKPD di Perkampungan Pulau Gaya https://sabahmedia.com/2021/07/06/kes-positif-meningkat-perluasan-pkpd-di-perkampungan-pulau-gaya/ https://sabahmedia.com/2021/07/06/kes-positif-meningkat-perluasan-pkpd-di-perkampungan-pulau-gaya/#respond Tue, 06 Jul 2021 12:01:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2633
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pondo, Pulau Gaya yang dilaksanakan pada 30 Jun lalu kini diperluaskan ke beberapa buah Kampung sekitarnya.

Antara Kampung yang terlibat Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai dan Kampung Pulau Gaya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perluasan Lokaliti PKPD Perkampungan Pulau Gaya, Kota Kinabalu berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di perkampungan terbabit bahawa terdapat peningkatan kes yang ketara di mana 215 kes positif telah direkodkan hasil dari 1,339 ujian saringan yang dilakukan dengan 25 sampel saringan masih menunggu keputusan.

Kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perkampungan Pulau Gaya, Kota Kinabalu, berkuat kuasa 8 Julai sehingga 21Julai 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan keluar dan masuk ke lokaliti ini sekaligus mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 keluar dari lokaliti tersebut,”jelasnya.

Turut dikenakan PKPD 14 hari bermula khamis ini iaitu Kampung Sri Menanti, Tawau, Sabah.

“KKM melaporkan terdapat peningkatan kes yang ketara di lokaliti ini di mana 15 kes positif telah direkodkan hasil dari 36 ujian saringan yang dilakukan dengan kadar positiviti 41.67%,” tambah Masidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/06/kes-positif-meningkat-perluasan-pkpd-di-perkampungan-pulau-gaya/feed/ 0 2633