pulau pinang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Dec 2021 11:53:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pulau pinang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah,Pulau Pinang Cadang Wujudkan Bandaraya Persahabatan https://sabahmedia.com/2021/12/22/sabahpulau-pinang-cadang-wujudkan-bandaraya-persahabatan/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/sabahpulau-pinang-cadang-wujudkan-bandaraya-persahabatan/#respond Wed, 22 Dec 2021 11:53:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10201
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah dan Pulau Pinang bercadang untuk mewujudkan hubungan Bandaraya Persahabatan bagi mempromosikan industri pelancongan di kedua-dua negeri berkenaan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai, berkata inisiatif itu dilihat sesuai dilaksanakan memandangkan Sabah dan Pulau Pinang kini berusaha membina semula dan mengukuhkan sektor pelancongan masing-masing.

“Memandangkan kedua-dua negeri mempunyai lapangan terbang antarabangsa paling sibuk, inisiatif sebegini merupakan pendekatan strategik untuk membantu membawa masuk lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa di samping meningkatkan pendapatan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas delegasi yang diketuai Joniston mengadakan pertemuan dengan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang (PETACE) Yeoh Soon Hin di Pulau Pinang.

Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan potensi mewujudkan Bandaraya Persahabatan antara Kota Kinabalu dan George Town.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Pemasaran Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Tay Shu Lan, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang, dan pegawai penyelaras PETACE, Grace Teoh.

Sabah dan Pulau Pinang dihubungkan melalui laluan udara dengan Air Asia mengendalikan penerbangan dua kali sehari dan Malaysia Airlines mengendalikam penerbangan empat kali seminggu.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, kedua-dua negeri itu menawarkan produk destinasi pelancongan berbeza, dimana ia boleh saling membantu mempromosikan oleh rakyat dan pelancong masing-masing.

“Walaupun kita mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Sabah, kita juga menggalakkan mereka untuk melawat ke negeri-negeri yang lain.

“Pelancong yang datang ke Sabah untuk melihat budaya unik dan menikmati pulau-pulau yang cantik, kekayaan hidupan marin, kehijauan alam semula jadi, dan hidupan liar terancam yang hanya terdapat di Borneo.

“Mereka boleh terbang ke Pulau Pinang dengan mudah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk melihat tempat-tempat menarik di sana seperti seni jalanan, bangunan warisan, serta merasai makanan tempatan. Pelancong kemudian boleh pergi ke negeri-negeri yang lain,” katanya.

Beliau berkata inisiatif Bandaraya Persahabatan itu juga mampu meningkatkan hubungan kedua-dua kerajaan, sambil menambah lawatan suai kenal media boleh dianjurkan untuk membantu mempromosikan Sabah dan Pulau Pinang.

“Saya berharap untuk bertemu dengan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dalam masa terdekat untuk membincangkan cadangan ini dengan lebih lanjut,” kata Joniston.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/sabahpulau-pinang-cadang-wujudkan-bandaraya-persahabatan/feed/ 0 10201
Sabah Dipilih Lokasi Kejohanan Golf TYT Pulau Pinang, Perkukuh Hubungan Baik https://sabahmedia.com/2021/12/17/sabah-dipilih-lokasi-kejohanan-golf-tyt-pulau-pinang-perkukuh-hubungan-baik/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/sabah-dipilih-lokasi-kejohanan-golf-tyt-pulau-pinang-perkukuh-hubungan-baik/#respond Fri, 17 Dec 2021 12:16:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10029
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Sabah dipilih menjadi lokasi penganjuran Kejohanan Golf Piala Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang.

Kejohanan anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai itu akan diadakan di Sutera Harbour Golf Resort Club.

Setiausaha Sulit Kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Mohd Abdul Rahman Ismail berkata, penganjuran kejohanan ini adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan baik antara kerajaan Pulau Pinang dan Sabah.

“Menjunjung kasih kepada TYT Sabah kerana menyambut rombongan kami ke negeri ini.

“Bagi mengeratkan hubungan kedua-dua negeri, kita memilih Sabah sebagai lokasi Kejohanan Golf Piala TYT Pulau Pinang 2021 anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai di Sutera Harbour Golf Resort Club.

“Kejohanan ini pada kebiasaanya kita adaka di luar Pulau Pinang dan pada kali ini kami memilih Sabah sebagai lokasi kejohanan bagi meraikan hari jadi rasmi ke-72 TYT Pulau Pinang pada Selasa depan,”katanya.

Beliau ditemui media ketika mengiringi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak serta  isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Noor yang mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, disini hari ini.

Abdul Rahman berkata, kunjungan ke Istana Seri Kinabalu itu juga adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pulau Pinang dan Sabah.

“Kunjungan ini juga adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara dua buah negeri dimana TYT sendiri berhasrat untuk melawat Sabah yang indah ini,”katanya.

Pada kunjungan itu, Tun Ahmad Fuzi menerima darjah kebesaran tertinggi Negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Majlis pengurniaan itu  disempurnakan Tun Juhar Mahiruddin, sambil disaksikan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dewan Kunjungan Utama Istana Seri Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/sabah-dipilih-lokasi-kejohanan-golf-tyt-pulau-pinang-perkukuh-hubungan-baik/feed/ 0 10029