Pulih – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Sep 2025 11:20:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pulih – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bekalan elektrik daerah Sandakan pulih sepenuhnya https://sabahmedia.com/2025/09/14/bekalan-elektrik-daerah-sandakan-pulih-sepenuhnya/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/bekalan-elektrik-daerah-sandakan-pulih-sepenuhnya/#respond Sun, 14 Sep 2025 11:14:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81239
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang turut melanda daerah Sandakan telah pulih sepenuhnya.

Kontena yang membawa ERS tiba di Kampung Sarumpung. – Foto ihsan Sabah Electricity

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) Datuk Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, kerja-kerja pemulihan gangguan bekalan di daerah itu dilaksanakan secara berperingkat sejak Sabtu dan pulih sepenuhnya pada jam 3.11 petang Ahad.

Daerah Sandakan adalah antara daerah yang terjejas apabila berlaku gangguan ke atas talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud pada jam 5.05 petang Sabtu lalu.

Hasil pemeriksaan dan siasatan yang dilaksanakan oleh pasukan teknikal Sabah Electricity mendapati punca gangguan adalah disebabkan oleh tiang menara yang terletak di Kampung Sarapung tergelincir daripada kedudukan asal disebabkan tanah runtuh dan mengakibatkan gangguan kepada talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud.

Kejadian itu turut menjejaskan pengguna di daerah Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran.

Mohd Yaakob juga menjelaskan Sabah Electricity telah menggerakkan 27 genset ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu. Semporna dan Tawau.

Penempatan genset ini adalah di lokasi strategik iaitu Hospital, Balai Polis, Balai Bomba, Klinik Kesihatan.

Dalam pada itu, usaha pemasangan Menara Pengalihan Sementera atau Emergency Restoration System (ERS) akan dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Kontena yang membawa ERS telah tiba di lokasi di mana tiang menara tumbang pada jam 2.00 petang hari ini.

Kerja-kerja pemasangan ERS akan dilaksanakan oleh pasukan teknikal Sabah Electricity bagi mengganti tiang menara kekal yang tumbang.

Sabah Electricty menghargai kesabaran dan keprihatinan semua pengguna di daerah Pantai Timur Sabah yang terjejas dan memohon maaf di atas gangguan bekalan yang berlaku.

Mohd Yaakob turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta Kerajaan Negeri Sabah di atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan kepada Sabah Electricity terhadap insiden yang berlaku.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/bekalan-elektrik-daerah-sandakan-pulih-sepenuhnya/feed/ 0 81239