Punca – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Sep 2021 04:44:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Punca – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gangguan Ekosistem Punca Gajah Pygmy Berhijrah https://sabahmedia.com/2021/09/29/gangguan-ekosistem-punca-gajah-pygmy-berhijrah/ https://sabahmedia.com/2021/09/29/gangguan-ekosistem-punca-gajah-pygmy-berhijrah/#respond Wed, 29 Sep 2021 04:44:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6961
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Aktiviti penerokaan yang dijalankan di kawasan habitat asal Gajah Pygmy Borneo menyebabkan haiwan tersebut berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain.

Pensyarah Kanan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Dr. Nurzhafarina Othman berkata, penghijrahan itu termasuklah ke kawasan yang didiami penduduk sehingga menimbulkan konflik gajah-manusia.

“Sebenarnya gajah ini tidak mempunyai pilihan dan terpaksa berhijrah akibat gangguan ekosistem yang dialami pada habitat mereka,” katanya dalam webinar bertajuk ‘Human and Nature – The Natural Bond’ anjuran My STEM Ambassador UMS dengan kerjasama U-Science.

Webinar secara dalam talian itu berlangsung baru-baru ini bagi memahami ekosistem Gajah Pygmy Borneo dan landskap habitat haiwan berkenaan.

Menurut Nurzhafarina, terdapat lebih seribu gajah kerdil itu di sekitar daerah Kinabatangan, Tabin dan bahagian tengah negeri Sabah.

“Kewujudan haiwan ini sangat penting dalam ekosistem alam semula jadi di negeri ini. Bagi mengendalikan konflik yang berlaku, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan.

“Pasukan ini yang dikenali sebagai Community Elephant Conservation Team bertujuan membantu dalam memberi khidmat nasihat di kawasan Kinabatangan, Beluran dan Telupid.

“Selain itu, usaha bagi merealisasikan Livelihood Insurance for Elephant (LIFE) juga merupakan salah satu langkah untuk memastikan ekosistem Gajah Kerdil Borneo terus terpelihara,” katanya.

Webinar yang berlangsung lebih sejam itu boleh diikuti melalui pautan https://www.youtube.com/watch v=H2BEFmR4APs

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/29/gangguan-ekosistem-punca-gajah-pygmy-berhijrah/feed/ 0 6961
COVID-19: Jumlah Kes Tertunggak Dan Saringan Kontak Rapat Punca Peningkatan Kes Tinggi di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/18/covid-19-jumlah-kes-tertunggak-dan-saringan-kontak-rapat-punca-peningkatan-kes-tinggi-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/covid-19-jumlah-kes-tertunggak-dan-saringan-kontak-rapat-punca-peningkatan-kes-tinggi-di-sabah/#respond Wed, 18 Aug 2021 13:35:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4855
Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu di Sabah terus melonjak ke paras yang amat tinggi iaitu 2,413 kes, dengan peningkatan sebanyak 310 lebih tinggi berbanding semalam (17 Ogos 2021) selain 18 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu enam kes di Tawau, lima kes di Kota Kinabalu, empat kes di Sandakan dan masing-masing satu kes di Penampang, Tuaran dan Kunak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes tinggi adalah meliputi keputusan saringan tertunggak (backlog) sebanyak 258 kes atau 10.7% daripada kumulatif kes hari ini.

Kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri menyatakan bahawa Daerah Kota Kinabalu mencatatkan 594 kes baharu dengan penambahan 127 kes berbanding semalam, Tawau 348 kes, Penampang 177 kes, Tuaran 174 kes, Sandakan 150 kes, Keningau 153 kes, Lahad Datu 125 kes, Sipitang 82 kes, Tenom 82 kes, Kalabakan 47 kes, Ranau 16 kes dan Telupid 18 kes.

Walau bagaimanapun, Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama kepada kes-kes harian di Sabah dengan 1,410 kes atau 58.4%, Saringan Bergejala 538 kes atau 12.3% dan daripada Saringan Kluster sebanyak 233 kes atau 9.6% dari kumulatif kes hari ini.

Mengenai jumlah kes kategori pesakit yang terlibat iaitu 1,363 kes atau 56.5% daripada 2,413 kes hari ini merupakan pesakit Kategori 2, 1026 kes atau 42.5% adalah merupakan Kategori 1, 11 kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan lima kes dalam Kategori 5.

Dalam perkembangan lain, setakat kelmarin, 48.4% penduduk dewasa negeri Sabah telah pun memperolehi satu dos vaksin dan 24.7% telah melengkapkan pengambilan dua dos.

Sementara itu satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Sungai Pin 2, Kinabatangan yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.

Kes indeks merupakan pekerja wanita, 52, warganegara Indonesia di sebuah ladang sawit berdekatan Sungai Pin, Daerah Kinabatangan.

Setelah bergejala sejak 10 Ogos 2021, kes indeks disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) di Klinik Kesihatan Batu Putih, Kinabatangan dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya dan setakat ini, 20 kes positif COVID-19 telah dilaporkan termasuk 19 kes baharu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/covid-19-jumlah-kes-tertunggak-dan-saringan-kontak-rapat-punca-peningkatan-kes-tinggi-di-sabah/feed/ 0 4855
COVID-19: Aktiviti Sukan Punca Penularan Jangkitan Kluster, 6 Lokaliti PKPD di Tawau https://sabahmedia.com/2021/08/16/covid-19-aktiviti-sukan-punca-penularan-kluster-6-lokaliti-pkpd-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2021/08/16/covid-19-aktiviti-sukan-punca-penularan-kluster-6-lokaliti-pkpd-di-tawau/#respond Mon, 16 Aug 2021 14:16:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4733
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Cenderawasih, Lahad Datu melibatkan penularan jangkitan COVID-19 di tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, siasatan awal mendapati kontak-kontak rapat pernah melakukan aktiviti sukan bersama kes indeks namun punca jangkitan masih dalam siasatan.

Menurutnya, kes indeks merupakan anggota keselamatan, lelaki, 39, yang disahkan positif di Klinik Kesihatan Tungku pada 11 Ogos 2021, selepas bergejala sejak 7 Ogos 2021.

Bagaimanapun, pengesanan secara aktif dan saringan terhadap kontak rapat mengesan tujuh lagi kes positif, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak lapan kes termasuk satu kes baharu. Sementara 27 daripada 35 kontak yang disaring, masih menunggu keputusan ujian saringan.

Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Lahad Datu.

Manakala, kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sapagaya, Lahad Datu.

Dalam perkembangan lain, enam lokaliti di Tawau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 18 Ogos 2021 hingga 31 Ogos 2021 iaitu Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik, Kampung Sri Aman, Batu 3 1/2, Jalan Apas, Kampung Hidayat, Batu 4, Taman Semarak Jaya, Lorong Damai, Jalan Damai Lorong Haji Marzuki, Jalan Damai.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/16/covid-19-aktiviti-sukan-punca-penularan-kluster-6-lokaliti-pkpd-di-tawau/feed/ 0 4733
COVID-19: Akibat Gagal Patuhi Arahan Kuarantin Antara Punca Cetus Kluster Baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/15/covid-19-akibat-gagal-patuhi-arahan-kuarantin-antara-punca-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/covid-19-akibat-gagal-patuhi-arahan-kuarantin-antara-punca-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sun, 15 Aug 2021 13:35:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4697
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Akibat kegagalan individu yang tidak mematuhi arahan kuarantin antara punca tercetusnya kluster baharu di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat tiga kluster baharu direkodkan di Sabah iaitu iaitu Kluster Paka Kawiyan, Ranau, Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu dan Kluster Tangkuyan, Kinabatangan.

Menurut Masidi, kes individu yang gagal mematuhi arahan kuarantin mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19 itu mencetuskan satu kluster baharu iaitu Kluster Paka Kawiyan, Ranau.

Katanya, hasil siasatan mendapati kes indeks, wanita, 32, yang disahkan positif RT-PCR hasil saringan rentas negeri hari ke-10, telah berinteraksi dengan penduduk kampung di sebuah kawasan kebun getah ketika cuba mendapatkan akses talian internet.

“Hasil beberapa siri saringan kontak rapat pada 29 Julai hingga 14 Ogos 2021, terdapat pertambahan bilangan kes dalam kalangan kontak rapat dan kontak sosial kes indeks.

“Daripada 132 orang yang disaring, Kluster Paka Kawiyan, Ranau ini merekodkan 41 kes positif COVID-19 termasuk 13 kes baharu pada hari ini,”katanya.

Manakala Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu pula adalah merupakan kluster tempat kerja yang berlaku di sebuah syarikat perusahaan tayar.

Kes indeks adalah pekerja lelaki, bukan warganegara, 40, yang didapati positif COVID-19 (RTK-Ag) hasil saringan tempat kerja pada 12 Ogos 2021 di sebuah klinik swasta.

Bagaimanapun, punca jangkitan dari Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu ini masih dalam siasatan namun risiko jangkitan didapati tinggi seperti keadaan rumah kongsi yang sesak serta aktiviti sosial dalam kalangan pekerja setiap petang.

Dalam pada itu, Kluster Tangkuyan, Kinabatangan adalah penularan jangkitan dalam komuniti, dimana kes indeks merupakan kerani wanita, 27, di sebuah ladang sawit di Beluran dan disahkan positif RTK-Ag (keputusan positif 63%) dalam saringan tempat kerja pada 9 Ogos 2021.

Hasil siasatan mendapati kes indeks mempunyai sejarah menghadiri upacara pengebumian ahli keluarga di Kg Tangkuyan, Kuamut.

Aktiviti siasatan kontak seterusnya mendapati seramai 128 kontak keluarga, sosial dan tanggungan telah didapati positif COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/covid-19-akibat-gagal-patuhi-arahan-kuarantin-antara-punca-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 4697
Leka, tidak patuh SOP punca peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah – Masidi https://sabahmedia.com/2021/07/24/leka-tidak-patuh-sop-punca-peningkatan-kes-positif-covid-19-di-sabah-masidi/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/leka-tidak-patuh-sop-punca-peningkatan-kes-positif-covid-19-di-sabah-masidi/#respond Sat, 24 Jul 2021 12:31:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3533
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif COVID-19 baharu di Sabah pada hari ini sebanyak 712 dan lapan kes kematian dilaporkan melibatkan tiga kes di Sandakan manakala Kota Kinabalu, Penampang, Kudat, Tawau dan Beluran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penyumbang utama kes hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat sebanyak 383 kes atau 53.8% daripada kumulatif kes harian Negeri Sabah.

Katanya, diikuti tambahan kes dari Saringan Kluster Sedia Ada iaitu 112 kes atau 15.7 % dan Saringan Bersasar sebanyak 88 kes atau 12.4%.

“Peningkatan kes menggambarkan masih ramai yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya walaupun kita berada dalam fasa pemulihan, ada kemungkinan masyarakat leka daripada mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk sentiasa berada di rumah dan kurangkan pergerakan kerana mempunyai persepsi bahawa kita dalam status pemuilhan.

“Jumlah yang tinggi di kalangan kategori kontak rapat juga satu petunjuk bahawa lebih ramai telah menjadi pembawa virus dan kemungkinan telah menjangkiti sahabat-sahabat mereka. Ini akan mengakibatkan jumlah jangkitan berganda,” jelas Masidi.

Masidi menyeru kepada seluruh masyarakat supaya mematuhi semua SOP dan mengurangkan perjalanan keluar daripada rumah kecuali perlu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/leka-tidak-patuh-sop-punca-peningkatan-kes-positif-covid-19-di-sabah-masidi/feed/ 0 3533
COVID-19: Dua kluster baharu punca jangkitan dalam komuniti, 10 lokaliti PKPD https://sabahmedia.com/2021/07/19/covid-19-dua-kluster-baharu-punca-jangkitan-dalam-komuniti-10-lokaliti-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/07/19/covid-19-dua-kluster-baharu-punca-jangkitan-dalam-komuniti-10-lokaliti-pkpd/#respond Mon, 19 Jul 2021 12:58:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3290
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Pauh, Kinabatangan dan Kluster Angsana, Papar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Pauh, Kinabatangan adalah kluster dalam kategori komuniti dan berlaku di Kg Pauh Mukim Buang Sayang Kinabatangan.

Katanya, kes indeks merupakan lelaki, warganegara Indonesia, 21, pekerja ladang (penyabit) di sebuah ladang sawit persendirian.

Namun hasil saringan kemasukan ke ladang di Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran pada 12 Julai 2021 mendapati keputusan kes indeks positif COVID-19 RTK- Ag 100% dan telah dirujuk ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Aktiviti saringan kontak rapat kemudian mengesan 23 kes positif COVID-19 dalam kalangan kontak keluarga, sosial dan tanggungan.

Manakala, Kluster Angsana, Papar melibatkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti di daerah Papar.

Kluster ini mula dikesan apabila pesakit buah pinggang, wanita, 66, yang menjalani rawatan di unit dialisis swasta di Jalan Lintas, Kepayan tiga kali seminggu, disahkan positif dalam saringan bergejala pada 10 Julai 2021.

Bagaimanapun, daripada 77 sampel yang diambil, 29 sampel dikesan positif COVID-19 termasuk tujuh kes baharu pada hari ini melibatkan kontak rapat di Kg Seberang Benoni, Kg Takis, Kg Surati dan Taman Aman Suria di Papar. Sementara, 48 sampel didapati negatif dan 19 sampel lagi sedang menunggu keputusan.

Aktiviti pengesanan kontak rapat, kawalan penularan penyakit, disinfeksi dan siasatan punca jangkitan kedua-dua kluster terbabit masih giat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, 10 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 21 Julai 2021 hingga 3 Ogos 2021 melibatkan Kampung Marau, Sipitang, Kampung Pituru Kinarut, Papar, Kampung Meruntum, Putatan, empat Lokaliti dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Jalan Kampung Likas Simpang 3, Api-Api Centre Kota Kinabalu, Taman Ujana Kingfisher, Likas dan Kampung Salut, Telipok, Kampung Kebawang, Sipitang, dua Lokaliti dalam daerah Penampang iaitu Beverly Hills Fasa 2 dan Cybercity Fasa 2.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/19/covid-19-dua-kluster-baharu-punca-jangkitan-dalam-komuniti-10-lokaliti-pkpd/feed/ 0 3290
COVID-19: Lagi punca jangkitan di tempat kerja cetus kluster baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/09/covid-19-lagi-punca-jangkitan-di-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/09/covid-19-lagi-punca-jangkitan-di-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Fri, 09 Jul 2021 14:12:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2848
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Sawit Segama, Lahad Datu merupakan kluster di tempat kerja dan punca jangkitan disyaki dibawa masuk dari Indonesia.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini, kluster ini melibatkan kes indeks, wanita, 48, warganegara Indonesia dikesan positif pada 6 Julai 2021 hasil saringan masuk kerja di sebuah klinik swasta.

Katanya, kes indeks yang masuk ke Sabah pada 25 Jun 2021 bersama dua orang cucu, diarahkan menjalani kuarantin di Ladang Sabah Mas (Division Segama) sebelum dibenarkan bekerja.

“Dia yang mula bergejala batuk dan sakit tekak sejak 3 Julai 2021, kemudian mengambil swab PCR bersama beberapa ahli keluarga lain yang juga sedang dikuarantin di ladang yang sama.

“Susulan penemuan kes positif itu, pengesanan secara aktif dan saringan yang dijalankan terhadap 64 kontak mendapati 14 lagi individu disahkan positif termasuk satu kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 15 kes dan 49 individu didapati negatif saringan pertama,”katanya.

Sementara, semua kes positif dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Lahad Datu, manakala semua kontak rapat juga telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sepagaya, Lahad Datu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/09/covid-19-lagi-punca-jangkitan-di-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 2848
Keganasan Rumah Tangga: Corak, Punca Dan Kaedah Penyelesaian – KESUMBA https://sabahmedia.com/2021/07/02/keganasan-rumah-tangga-corak-punca-dan-kaedah-penyelesaian-kesumba/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/keganasan-rumah-tangga-corak-punca-dan-kaedah-penyelesaian-kesumba/#respond Fri, 02 Jul 2021 08:26:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2380
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Seramai 100 peserta dari dalam dan luar Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengikuti program perkongsian ilmu bertajuk “Keganasan Rumah Tangga : Corak Punca dan Kaedah Penyelesaian”, hari ini.

Program yang dianjurkan Biro Pendidikan dan Pelajaran Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) itu diadakan secara online melalui siaran langsung di aplikasi Webex dan facebook KESUMBA.

Perkongsian ilmu disampaikan Psikologis Klinikal dan Pengerusi Rumah Teratai (Teratak Rahmah Wanita Islam), Hajjah Azlina @Roszy Mohamad Ghaffar.

Pada sesi itu, beliau mengupas pelbagai isu termasuk aspek keganasan rumah tangga.

“Kita sudah melihat pelbagai laporan keganasan rumah tangga di media massa termasuk pada ketika Malaysia sedang dilanda pandemik Covid-19.

“Saya menyeru semua pihak termasuk agensi kerajaan seperti polis, agensi guaman, agensi kesihatan, pejabat agama dan pegawai mahkamah untuk bersama-sama berganding bahu memerangi keganasan rumahtangga,” katanya.

Program selama dua jam itu antara lain bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran khususnya wanita dalam menghadapi cabaran keganasan rumahtangga.

Ia telah dipengerusikan oleh Yang Di Pertua KESUMBA, Datin Dr Amalina Abdullah.

Bagi yang sedang berdepan dengan tekanan, boleh dapatkan sokongan psikososial bersama Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia melalui TalianReachU – 010-2882290.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/keganasan-rumah-tangga-corak-punca-dan-kaedah-penyelesaian-kesumba/feed/ 0 2380
Tidak Patuh SOP Punca Angka Kes Covid-19 Tidak Statik https://sabahmedia.com/2021/06/21/tidak-patuh-sop-punca-angka-kes-covid-19-tidak-statik/ https://sabahmedia.com/2021/06/21/tidak-patuh-sop-punca-angka-kes-covid-19-tidak-statik/#respond Mon, 21 Jun 2021 12:14:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1691
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah mencatatkan peningkatan tiga kes iaitu daripada 163 kes semalam (20 Jun 2021) kepada 166 kes (21 Jun 2021) hari ini.

Dua kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 166 kes jangkitan baharu hari ini, 83 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 49 kes adalah daripada saringan kluster, 19 kes adalah daripada saringan bergejala, empat kes daripada saringan bersasar dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.

“11 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala dua lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Sandakan 16 kes (+14) dan Kota Kinabalu 44 kes (+13), dimana jumlah 17 kes daripada 44 kes di Kota Kinabalu adalah daripada Saringan Kluster,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah dalam kenyataan media hari ini.

Walau bagaimanapun, sembilan daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes.
Tujuh daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala dua daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kunak (-20) dan Keningau (-15).

Manakala lapan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kalabakan, Ranau, Putatan, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan.

Menurut masidi lagi, data keseluruhan pada hari ini ialah, 11 daerah mencatatkan kenaikan kes, sembilan daerah mencatatkan penurunan kes, tujuh daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam dengan kesemuanya adalah daerah sifar kes, lapan daerah mencatatkan sifar kes, satu daerah kekal sebagai Zon Hijau iaitu Beluran, dua kluster baru direkodkan iaitu Kluster Samedra, Kota Kinabalu dan Kluster Serudung Baru Tawau, dan enam kluster merekodkan catatan kes yang agak aktif iaitu Kluster Samedra 15 kes, Kluster Serudung Baru
sembilan sembilan kes, Kluster Nelayan Tengah tujuh kes, Kluster Kampung Gusi lima kes, Kluster Indah empat kes dan Kluster Taman Wawasan empat kes.

Walaubagaimanapun, pelandaian kes baharu hanya akan berlaku sekiranya kes terus menurun namun, dengan jumlah catatan sebanyak 83 kes daripada Saringan Kontak Rapat, perubahan angka yang tidak statik serta hanya satu daerah Zon Hijau, dapat disimpulkan terdapat kebarangkalian tinggi bahawa masih berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/21/tidak-patuh-sop-punca-angka-kes-covid-19-tidak-statik/feed/ 0 1691