Pusat Dialisis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 21 Sep 2024 04:23:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pusat Dialisis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pusat Dialisis buah pinggang dicadang diwujudkan di Beaufort https://sabahmedia.com/2024/09/21/pusat-dialisis-buah-pinggang-dicadang-diwujudkan-di-beaufort/ https://sabahmedia.com/2024/09/21/pusat-dialisis-buah-pinggang-dicadang-diwujudkan-di-beaufort/#respond Sat, 21 Sep 2024 04:23:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60981
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Sebuah Pusat Dialisis dicadang untuk diwujudkan di daerah Beaufort bagi membantu pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan lebih dekat tanpa perlu ke ibu negeri.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, cadangan itu juga dilihat mampu mengurangkan kos perbelanjaan pesakit terlibat khususnya golongan B40.

“Di peringkat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), kita akan mewujudkan satu Pusat Dialisis yang akan dapat membantu golongan B40 yang dicadangkan di daerah Beaufort dan perkhidmatan ini akan diberi secara percuma.

“Ini adalah kerana daerah Beaufort merupakan satu kawasan strategik dimana pesakit- pesakit kita datang daripada Sipitang, Kuala Penyu, Membakut dan daerah sekitar.  Ini kerana saya difahamkan perbelanjaan para pesakit sebulan ke ibu negeri untuk rawatan boleh mencecah sehingga lebih RM1,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program ‘Fun Run For Waqf Fund’ di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini pagi tadi.

Ruslan berkata, urusan bagi pemilikan bangunan selain menilai lokasi sesuai akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum diserahkan cadangan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, pusat ini akan dikendalikan dibawah Pusat Zakat Sabah (PZS) yang menjadi pemegang amanah kepada pembayar zakat yang turut melaksakan ibadah wakaf kepada yang memerlukan.

“Pusat ini adalah dibawah tanggungjawab MUIS melalui PZS, kerana kita yakin bukan saja kepada wakaf tetapi kepada pembayar- pembayar zakat itu sudah tentu mengharapkan wang-wang zakat yang dikumpul itu dapat diberi manfaat kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan.

“Yang ini saya nampak memang sangat kritikal bukan sahaja di daerah Beaufort tapi mungkin di seluruh Sabah.  Jadi kita akan melihat perkara ini supaya ianya dapat dikembangkan ke seluruh negeri Sabah,” katanya.

Terdahulu, program julung kali anjuran Bahagian Wakaf MUIS itu berjaya menarik lebih 700 penyertaan masyarakat di sekitar kota kinabalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/21/pusat-dialisis-buah-pinggang-dicadang-diwujudkan-di-beaufort/feed/ 0 60981
Wujudkan Pusat Dialisis Di Tenom – Riduan https://sabahmedia.com/2023/02/09/wujudkan-pusat-dialisis-di-tenom-riduan/ https://sabahmedia.com/2023/02/09/wujudkan-pusat-dialisis-di-tenom-riduan/#respond Thu, 09 Feb 2023 08:24:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29290
Read Time:1 Minute, 42 Second

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin menyokong penuh hasrat dan cadangan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk James Ratib melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) untuk mewujudkan Pusat Dialisis di daerah-daerah yang mempunyai bilangan pesakit buah pinggang yang tinggi, termasuk di Tenom.

Riduan berkata, beliau selalu menerima aduan dan keluhan daripada warga Tenom yang sukar mendapatkan rawatan dialisis di daerah Tenom, yang berpunca daripada mesin rawatan sedia ada di Hospital Daerah Tenom tidak dapat menampung permintaan yang begitu ramai di daerah itu.

“Memandangkan daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong mempunyai ramai pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis (tiga hari rawatan dalam seminggu), namun akibat kekurangan mesin dialisis di hospital kerajaan telah menyebabkan ramai pesakit tidak dapat menerima rawatan yang sewajarnya.

“Kekangan itu telah menyebabkan kebanyakan pesakit buah pinggang terpaksa ke Hospital Keningau, mahupun klinik swasta di Keningau untuk mendapatkan rawatan itu. Namun dengan kos rawatan yang sangat tinggi sehingga pesakit perlu membayar sebanyak RM200 untuk satu sesi sahaja, amat membebankan pesakit buah pinggang dan keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Riduan, perkara yang paling teruk ada dikalangan pesakit buah pinggang tidak meneruskan rawatan akibat kekangan dan masalah kewangan sehingga mereka menanggung kesakitan dan akhirnya meninggal dunia.

“Saya sedia memberikan kerjasama kepada jabatan dan agensi kerajaan berkaitan dan membantu sedaya yang mungkin agar sebuah Pusat Dialisis dapat segera diwujudkan di daerah Tenom,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu hasil pertemuannya dengan Datuk James Ratib semasa menghadiri Majlis Hari Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri, Stanley Chong baru-baru ini, bahawa Datuk James Ratib telah bersetuju secara dasarnya agar Tenom diberikan keutamaan untuk mewujudkan Pusat Dialisis pertama dibawah Kementerian beliau.

“Saya berharap usaha ke arah mewujudkan Pusat Dialisis oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri di Tenom dapat disegerakan, demi rakyat dan pesakit yang amat memerlukan rawatan hemodialisis,” tambahnya. 

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk James Ratib yang peka dan tuntas menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya di daerah Tenom.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/09/wujudkan-pusat-dialisis-di-tenom-riduan/feed/ 0 29290