Pusat Islam Sandakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Sep 2025 01:43:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pusat Islam Sandakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pusat Islam Sandakan capai 75 peratus siap, dijangka beroperasi hujung tahun ini https://sabahmedia.com/2025/09/27/pusat-islam-sandakan-capai-75-peratus-siap-dijangka-beroperasi-hujung-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2025/09/27/pusat-islam-sandakan-capai-75-peratus-siap-dijangka-beroperasi-hujung-tahun-ini/#respond Sat, 27 Sep 2025 01:42:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82083
Read Time:56 Second

SANDAKAN: Lebih 100 pekerja giat melaksanakan kerja pembinaan Pusat Islam Sandakan yang dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Projek Arkitek Pusat Islam Sandakan, Mir Zafriz Mior Zawar berkata, sehingga September 2025 projek itu telah mencapai 75 peratus kemajuan.

“Kompleks berkenaan merangkumi bangunan utama Pusat Islam, pangsapuri, kuarters pekerja dan asrama pelajar.

Mir Zafriz ketika ditemui media.

“Kita lihat sekarang dari segi kemajuan, bilangan pekerja-pekerja di tapak kini adalah sekitar lebih 100 orang seperti pada hari ini. Projek berjalan dengan lancar dan hanya menunggu bahan sahaja.

“Penyiapan dalaman masih berjalan kerana menunggu ketibaan bahan seperti jubin untuk penyiapan bahagian dalaman Pusat Islam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Lawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman ke Pusat Islam Sandakan, di sini pada Jumaat.

Zafriz berkata, Pusat Islam Sandakan merupakan ilham Tun Musa dan akan menempatkan taska, pusat tahfiz, dewan serbaguna serta dewan solat apabila siap kelak.

“Harapan saya dengan adanya Pusat Islam Sandakan ini, syiar Islam di daerah ini akan lebih dekat dengan hati rakyat. Kompleks ini turut dilengkapi masjid, taska tahfiz dan dewan yang menjadikannya fasiliti lengkap untuk masyarakat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/27/pusat-islam-sandakan-capai-75-peratus-siap-dijangka-beroperasi-hujung-tahun-ini/feed/ 0 82083
Pembinaan Pusat Islam Sandakan capai 75 peratus, siap Disember ini https://sabahmedia.com/2025/09/05/pembinaan-pusat-islam-sandakan-capai-75-peratus-siap-disember-ini/ https://sabahmedia.com/2025/09/05/pembinaan-pusat-islam-sandakan-capai-75-peratus-siap-disember-ini/#respond Thu, 04 Sep 2025 23:58:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80640
Read Time:56 Second

Sandakan: Pembinaan Pusat Islam Sandakan di Kampung Sungai Kayu di sini telah mencapai kemajuan 75 peratus dan dijangka siap pada Disember ini.

Menurut Projek Arkitek Pusat Islam Sandakan, Mir Zafriz Mior Zawari dalam taklimatnya berkata, pembinaan projek tersebut bermatlamat untuk meningkatkan syiar Islam di Sabah sekali gus menjadikan kompleks berkenaan sebagai mercu tanda baharu bandar Sandakan.

Taklimat itu dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yeen dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Projek pembinaan Pusat Islam Sandakan telah bermula sejak tahun 2017 dengan kos RM60 juta di tapak seluas 5.2 hektar di Jalan Sungai Kayu, Sandakan namun tertangguh akibat beberapa perkara termasuk pandemik Covid-19 dan pergolakan politik di Sabah.

Apabila siap kelak, bangunan yang dilengkapi pelbagai kemudahan turut menempatkan tadika, pusat tahfiz, pusat pentadbiran JHEAINS, MUIS dan Baitulmal, dewan serbaguna serta dewan solat yang boleh memuatkan sehingga lebih 1,000 jemaah.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/05/pembinaan-pusat-islam-sandakan-capai-75-peratus-siap-disember-ini/feed/ 0 80640
Pusat Islam Sandakan dijangka siap akhir tahun Ini https://sabahmedia.com/2025/07/25/pusat-islam-sandakan-dijangka-siap-akhir-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2025/07/25/pusat-islam-sandakan-dijangka-siap-akhir-tahun-ini/#respond Fri, 25 Jul 2025 00:25:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77883
Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Projek pembinaan Pusat Islam Sandakan kini mencapai kemajuan 66 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir Disember ini.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Walter Kenson berkata, pihaknya komited untuk menyiapkan kompleks moden yang diilhamkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menjelang hujung tahun ini dan boleh digunakan semasa Solat Hari Raya tahun depan.

“Kami cuba jadualkan untuk siapkan pada hujung tahun ini, sebaik-baik hujung tahun ini supaya ia boleh digunakan sepenuhnya pada hari raya pada tahun hadapan.

“Ini disebabkan kita punya sasaran utama ialah pada Hari Raya 2026, Pusat Islam Sandakan boleh dirasmikan dan boleh digunakan sepenuhnya,” katanya.

Mengulas lanjut Walter berkata, pusat tersebut akan menggunakan reka bentuk, motif serta kemasan dari Uzbekistan yang disesuaikan dengan motif tempatan Sabah.

“Setakat ini, kemajuan sangat positif dan itulah sebabnya ada beberapa perkara yang kami memohon perkenan daripada Tuan Yang Terutama Tun untuk mendapat kebenaran beberapa jenis motif, reka bentuk dan kemasan.

“Tun memohon untuk diterapkan beberapa elemen dalam bahagian-bahagian tertentu dalam pusat Islam ini.

“Jadi, beberapa ruang utama terutama sekali kawasan solat, ruang dewan utama dan juga ruang menunggu VIP, Tun memohon untuk diterapkan motif dan juga reka bentuk daripada Uzbekistan disesuaikan dengan motif dan reka bentuk tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Khamis.

Sementara itu, Tun Musa dalam kenyataan amat berbesar hati menyaksikan kemajuan memberangsangkan dalam pembinaan Pusat Islam Sandakan yang bakal menjadi mercu tanda penting bagi pembangunan syiar Islam di pantai timur Sabah.

Menurutnya, projek tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah dan pendidikan, malah akan menjadi pusat penyatuan masyarakat berbilang kaum dan agama melalui pendekatan dakwah yang inklusif dan harmoni.

“Saya menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan kerajaan negeri atas komitmen terhadap pembangunan ummah dan kesejahteraan masyarakat. Semoga Pusat Islam Sandakan menjadi simbol kemajuan rohani dan perpaduan di Sabah,” menurut kenyataan tersebut.

Projek pembinaan Pusat Islam Sandakan telah bermula sejak tahun 2017 lagi dengan kos RM60 juta di tapak seluas 5.2 hektar di Jalan Sungai Kayu, Sandakan namun tertangguh akibat beberapa perkara termasuk pandemik Covid-19 dan pergolakan politik di Sabah.

Apabila siap kelak, bangunan yang dilengkapi pelbagai kemudahan turut menempatkan tadika, pusat tahfiz, pusat pentadbiran JHEAINS, MUIS dan Baitulmal, dewan serbaguna serta dewan solat yang boleh memuatkan sehingga lebih 1,000 jemaah.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/25/pusat-islam-sandakan-dijangka-siap-akhir-tahun-ini/feed/ 0 77883
Pusat Islam Sandakan dijangka jadi mercu tanda ikonik setelah siap https://sabahmedia.com/2025/02/24/pusat-islam-sandakan-dijangka-jadi-mercu-tanda-ikonik-setelah-siap/ https://sabahmedia.com/2025/02/24/pusat-islam-sandakan-dijangka-jadi-mercu-tanda-ikonik-setelah-siap/#respond Mon, 24 Feb 2025 09:57:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69302
Read Time:1 Minute, 9 Second

SANDAKAN: Projek pembinaan Pusat Islam Sandakan yang bermula pada tahun 2017 dengan peruntukan sebanyak RM60 juta di atas tapak seluas 5.2 hektar mengalami kelewatan disebabkan oleh pandemik COVID-19 serta perubahan kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.

Sekiranya tiada halangan utama tersebut, projek yang dirancang sebagai mercu tanda ikonik bagi daerah Sandakan ini dijadualkan siap dalam tempoh empat tahun.

Hari ini, Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, yang mencetuskan idea pembangunan projek ini, melawat tapak Pusat Islam tersebut setelah menerima taklimat daripada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Datuk Jasmine Teo, bersama arkitek dan kontraktor yang terlibat.

Setelah siap, Pusat Islam ini akan menjadi pusat utama bagi aktiviti keagamaan dan kebudayaan, memartabatkan ajaran Islam serta menyediakan ruang untuk solat, program pendidikan, dan perhimpunan komuniti. Pusat ini dijangka memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam di Sandakan dan kawasan sekitarnya.

Reka bentuk seni bina yang unik juga menjanjikan Pusat Islam ini sebagai tarikan pelancong, menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan serta sektor hospitaliti, pengangkutan, dan perniagaan tempatan.

Selain itu, Pusat Islam ini turut berfungsi sebagai platform bagi program kebajikan sosial, inisiatif amal, serta kursus pembangunan kemahiran. Ia akan menawarkan perkhidmatan sokongan seperti kaunseling, program belia, dan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, menyokong usaha pembangunan komuniti di daerah ini.

Projek pembinaan Pusat Islam ini dijangka memberikan impak besar terhadap landskap bandar Sandakan dan diharapkan penyempurnaannya dapat dipercepatkan bagi merealisasikan segala manfaat yang dijangka.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/24/pusat-islam-sandakan-dijangka-jadi-mercu-tanda-ikonik-setelah-siap/feed/ 0 69302