Pusat jantung sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 14 Apr 2025 05:21:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pusat jantung sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerja naik taraf Pusat Jantung Sabah dijangka bermula September ini https://sabahmedia.com/2025/04/14/kerja-naik-taraf-pusat-jantung-sabah-dijangka-bermula-september-ini/ https://sabahmedia.com/2025/04/14/kerja-naik-taraf-pusat-jantung-sabah-dijangka-bermula-september-ini/#respond Mon, 14 Apr 2025 05:21:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71922
Read Time:52 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Kerja-kerja projek naik taraf Pusat Jantung Sabah (PJS) dijangka dimulakan pada bulan September tahun ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, pelaksanaan projek tersebut kini berada dalam fasa penyediaan dokumen Schedule of Accommodation (SOA) dan Preliminaries Detailed Abstract (PDA) oleh agensi pelaksana, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKRM).

“Setakat ini, JKRM telahpun membuat lawatan tapak ke Hospital Queen Elizabeth II pada 22 hingga 23 Januari 2025 untuk membuat semakan skop kerja serta tinjauan tapak projek.

“Kita menjangkakan PJS yang beroperasi di Hospital Queen Elizabeth II ini akan memulakan kerja-kerja pada bulan September ini, kerana untuk makluman, pada bulan Mei ini PDA akan diserahkan kepada JKRM untuk dimuktamadkan harga,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Alias Sani (Sekong – Warisan) di Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini mengenai status PJS yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada April tahun lepas, Anwar mengumumkan RM80 juta akan diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan untuk menubuhkan pusat jantung di Hospital Queen Elizabeth II.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/14/kerja-naik-taraf-pusat-jantung-sabah-dijangka-bermula-september-ini/feed/ 0 71922
PJN Sabah perlu dilengkapi peralatan canggih, kakitangan mencukupi https://sabahmedia.com/2024/08/12/pjn-sabah-perlu-dilengkapi-peralatan-canggih-kakitangan-mencukupi/ https://sabahmedia.com/2024/08/12/pjn-sabah-perlu-dilengkapi-peralatan-canggih-kakitangan-mencukupi/#respond Mon, 12 Aug 2024 11:24:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58913
Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Pusat Jantung Negara (PJN) Sabah perlu dilengkapi dengan kelengkapan canggih termasuk bilangan kakitangan yang mencukupi  seperti mana yang terdapat di Hospital Jantung Sultan Idris Shah Serdang.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah merangkap Exco Kesihatan Negeri, Datuk James Ratib berkata, ia akan memudahkan lagi pesakit jantung di negeri ini mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan selain mampu mengurangkan risiko kepada pesakit.

“Di Sabah ketika ini kita berhadapan dengan kekurangan fasiliti dan kakitangan khasnya doktor pakar jantung yang mampu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit jantung di negeri ini.

“Justeru, diharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khasnya kerajaan Persekutuan menyegerakan penyaluran peruntukan kepada PJN Sabah untuk melengkapkan fasiliti perubatan serta menambah kakitangan agar pesakit jantung dapat diberikan rawatan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Jantung Sultan Idris Shah Serdang di sini hari ini.

James yang juga Exco Kesihatan Sabah berkata, pengumuman Perdana Menteri mengenai PJN Sabah baru-baru ini turut disambut baik Kerajaan Negeri dan ianya perlu dibina segera.

Ini kerana katanya, kos rawatan jantung bagi seorang pesakit menelan belanja yang tinggi apabila dirujuk ke pakar jantung di Semenanjung.

Dalam pada itu, James berkata, pihaknya turut menyarankan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula gred jawatan bagi doktor-doktor pakar yang berkhidmat di negeri Sabah.

Katanya, ia adalah agar selari dengan jawatan yang dipegang bagi mengelak mereka keluar daripada perkhidmatan awam.

“Selaras dengan cabaran kesihatan semasa, gred jawatan bagi doktor pakar di Sabah juga perlu dikaji semula.

“Saya difahamkan gred jawatan bagi doktor pakar jantung di Sabah masih pada tahap UD 56 walhal bebanan tugas yang dijalankan amat berat,” katanya.

Pada April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Sabah telah mengumumkan Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2), dijenamakan semula sebagai PJN Sabah bagi memenuhi keperluan rawatan jantung di negeri ini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM 80 juta untuk menarik taraf hospital berkenaan serta menambah tiga orang doktor pakar jantung dan 120 orang tenaga sokongan terlatih.

Terdahulu, dalam lawatan itu, James turut dibawa meninjau beberapa bilik rawatan jantung yang dilengkapi pelbagai peralatan canggih selain mendengar taklimat daripada beberapa doktor pakar di hospital tersebut. – SABAH MEDIA / FOTO KPMKR

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/12/pjn-sabah-perlu-dilengkapi-peralatan-canggih-kakitangan-mencukupi/feed/ 0 58913
HQE 2 dijenamakan semula sebagai Pusat Jantung Sabah https://sabahmedia.com/2024/04/20/hqe-2-dijenamakan-semula-sebagai-pusat-jantung-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/04/20/hqe-2-dijenamakan-semula-sebagai-pusat-jantung-sabah/#respond Sat, 20 Apr 2024 06:14:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52810
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 dijenamakan semula sebagai Pusat Jantung Sabah (PJS) bagi memenuhi keperluan rawatan jantung di negeri ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM80 juta bagi tujuan menaik taraf HQE 2 sebagai sebagai hospital pakar jantung.

“Maka dengan ini saya umumkan supaya kemudahan khas atau lot khas untuk jantung negara yang disebut Pusat Jantung Negara Sabah disediakan di Sabah.

“Dengan ini ia akan menjadikan Sabah memiliki kemudahan rawatan pakar jantung yang kedua di negara selepas Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“Perkhidmatan ditawarkan menerusi seramai tiga orang pakar dan 120 orang tenaga sokongan terlatih sedia ada membabitkan peruntukan sebanyak RM 80 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta Kabinet Persekutuan dan negeri.

Anwar berkata, kerja-kerja awal untuk menaik taraf HQE 2 sebagai PJN Sabah akan bermula pada tahun ini dan kemudahan itu adalah bagi menambah baik Perkhidmatan Kardiologi sedia ada di HQE 2

Pada masa ini, perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik dewasa dan kanak-kanak disediakan di HQE 2.

Dalam pada itu, Anwar berkata, antara fasiliti yang disediakan adalah 107 katil pesakit, klinik pakar, Makmal Kateterisasi Invasif dan Bukan Invasif (Invasive and Non-Invasive Catheterization Laboratory – ICL); dan Dewan Bedah Kardiotorasik.

“Perkhidmatan ditawarkan adalah melalui tiga orang pakar iaitu seorang masing-masing pakar kardiologi, pakar bedah jantung dan pakar bius jantung; dan 120 orang jururawat terlatih,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/20/hqe-2-dijenamakan-semula-sebagai-pusat-jantung-sabah/feed/ 0 52810