Pusat Sumber – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 May 2024 02:33:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pusat Sumber – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pusat Sumber SJKC pemangkin pendidikan sekolah luar bandar https://sabahmedia.com/2024/05/16/pusat-sumber-sjkc-pemangkin-pendidikan-sekolah-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2024/05/16/pusat-sumber-sjkc-pemangkin-pendidikan-sekolah-luar-bandar/#respond Thu, 16 May 2024 02:33:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54465
Read Time:1 Minute, 6 Second

Sindumin: Pusat Sumber Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Boon Sindumin mampu menjadi pemangkin kepada pengembangan pendidikan khususnya sekolah-sekolah di luar bandar.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah berkata, projek kerjasama Republik China dengan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) itu secara tidak langsung dapat menyuntik semangat murid-murid untuk menanam budaya membaca.

“Dengan penubuhan pusat sumber di sekolah ini, dapat meningkat lagi semangat para guru bagi memartabatkan lagi pendidikan meskipun jumlah murid hanya 47 orang sahaja.

“Malah, kesudian Toh Puan datang ke sekolah ini juga menunjukkan keprihatinan pemerintah tertinggi di Sabah terhadap pendidikan tanpa mengira kaum dan bangsa,” katanya ketika ditemui media dalam Majlis Perasmian Pusat Sumber SJK (C) Sin Boon Sindumin, di sini

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang diiringi Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr. Huang Shifang.

Turut mengiringi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dan isteri,
Datin Azizah Beniaman, Isteri Matbali, Datin Norain Kipleh, Penolong Setiausaha Yayasan Nur Jauhar Al Hana Juhar, Pegawai Daerah Sipitang AK. Raimy Pg. Abd Rahman serta Guru Besar SJK (C) Sin Boon, Yip Sing Song.

Pada majlis itu, Toh Puan Norlidah yang juga Penasihat Yayasan Nur Jauhar (YNJ) turut menyampaikan sumbangan kepada 47 orang murid dan 10 orang guru di sekolah berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/16/pusat-sumber-sjkc-pemangkin-pendidikan-sekolah-luar-bandar/feed/ 0 54465
SK Tobobon terima sumbangan naik taraf kemudahan Pusat Sumber https://sabahmedia.com/2023/05/17/sk-tobobon-terima-sumbangan-naik-taraf-kemudahan-pusat-sumber/ https://sabahmedia.com/2023/05/17/sk-tobobon-terima-sumbangan-naik-taraf-kemudahan-pusat-sumber/#respond Wed, 17 May 2023 01:24:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34562
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Sekolah Kebangsaan (SK) Tobobon, Menggatal di sini menerima sumbangan dari sebuah syarikat swasta F&N Beverages Marketing Sdn Bhd sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Sumbangan berupa buku bacaan bernilai RM5,000 dan dua set unit penyaman udara, tikar lantai getah dan langsir adalah untuk membantu pihak sekolah menaik taraf kemudahan pusat sumber sekolah untuk keselesaan semua pelajar di sekolah berkenaan.

Penyerahan sumbangan oleh syarikat berkenaan berlangsung di sekolah tersebut pada 10 Mei lalu.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang baharu, Raisin Saidin dan menyaksikan Pengarah Jualan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Frederick Hi menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tobobon, Ag. Ghani Ag. Bakar.

Sementara itu, Frederick berkata, jumlah keseluruhan sumbangan yang telah diberikan itu bernilai RM14.000.

“Semoga sumbangan yang kami berikan ini dapat memberi manfaat dan impak yang positif pada semua murid SK Tobobon di sini,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Majlis turut disaksikan oleh Pengurus, Perhubungan Korporat & Perhubungan Kerajaan, Valerian H Petrus, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Suhaimi Matshah dan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tobobon, Datuk Fadilah Sarbi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/17/sk-tobobon-terima-sumbangan-naik-taraf-kemudahan-pusat-sumber/feed/ 0 34562