pusingan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Apr 2022 13:21:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pusingan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Johan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan 2022 Milik Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/01/johan-bahas-guru-kebangsaan-milik-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/johan-bahas-guru-kebangsaan-milik-sabah/#respond Fri, 01 Apr 2022 11:36:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13766
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Johan Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Peringkat Kebangsaan 2022 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sah menjadi milik pasukan Sabah selepas menewaskan pasukan Kelantan di peringkat akhir perbahasan.

Jurulatih Pasukan Bahas Sabah Dexter Silam berkata, selepas 18 tahun, sirih pun pulang ke gagang, Johan Bahas Guru Kebangsaan sah menjadi milik Sabah.

“Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan buat pasukan Bahas Guru Sabah. Kita hanya berusaha, mengangkat doa dan selebihnya berserah pada yang Maha Esa,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Pertandingan Bahas Guru yang berlangsung selama tiga hari pada 27 hingga 29 Mac baru-baru ini di Terengganu menyaksikan pasukan Sabah memenangi pusingan separuh akhir menentang pasukan Selangor dengan membahaskan usul, Arus Kecil di Aliran Perdana, Ibarat Abu di Atas Tunggul.

Katanya, kemenangan ini membawa pasukan Sabah ke peringkat akhir menentang pasukan Kelantan dengan membahaskan usul, Generasi Alfa Umpama Tikus Jatuh ke Beras.

Pasukan Sabah membawa watak sebagai Kerajaan memenangi keseluruhan pertandingan sekali gus menjadi juara dalam pertandingan itu.

Manakala kategori Pembahas Terbaik dinobatkan kepada pembahas Kamarudin Ismail juga daripada pasukan Sabah.

Dalam pada itu, naib johan dimiliki oleh Kelantan, diikuti Selangor tempat ketiga dan Putrajaya tempat keempat.

Barisan Pembahas Sabah diwakili oleh Cikgu Mohd Redzwan Abd Majid (SK Kg. Suan Lamba, Kinabatangan), Cikgu Inra Darmensa (Kolej Vokasional Beaufort), Cikgu Kamarudin Ismail (SMK Desa Kencana, Lahad Datu), Cikgu Abd Wahab Abd Hamid (Sekolah Agama Suria, Tuaran) dan Cikgu Avralinetine Epin (SK Pekan Pitas II).

Turut mengiringi pasukan Bahas Guru Sabah iaitu dua orang jurulatih, Jamilah Ahmad (SK Bahagia, Tawau) dan Dexter Silam (IAB Cawangan Sabah) serta Pengurus Pasukan Awang Jaya Awang Damit dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/johan-bahas-guru-kebangsaan-milik-sabah/feed/ 0 13766
4 Lokasi ‘Jalan Tikus’, 3 Pusingan ‘U’ Ditutup Serta Merta https://sabahmedia.com/2021/06/09/4-lokasi-jalan-tikus-3-pusingan-u-ditutup-serta-merta/ https://sabahmedia.com/2021/06/09/4-lokasi-jalan-tikus-3-pusingan-u-ditutup-serta-merta/#respond Wed, 09 Jun 2021 01:55:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=830
Read Time:58 Second

9 Jun 2021

Normimie Diun

[email protected]

PENAMPANG: Polis Daerah Penampang bertindak menutup beberapa lokasi yang dikenalpasti laluan ‘Jalan Tikus’ dan pusingan ‘U’ yang dijadikan akses menghubungkan jalan di Daerah Penampang dengan Bandaraya Kota Kinabalu.

Ini berikutan dengan kenyataan media oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun bertarikh 6 Jun 2021 menetapkan bahawa Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu tidak lagi di dalam daerah yang sama berkuatkuasa mulai 7 Jun 2021. 

Antara ‘Jalan Tikus’ yang ditutup iaitu Jalan Nosoob – Hungab Susur keluar ke lampu isyarat Shell Kobusak, Jalan Penampang – Lido, Jalan Kobusak ke Susur Keluar simpang Taman Bangsawan Jalan Lintas, Jalan Penampang Lama – Jalan Gunung Bintang Luyang️ dan Jalan Bongun Kodondungan Ganang Ke Cyber City.


Manakala, lokasi pusingan ‘U’ yang turut ditutup iaitu dua pusingan ‘U’ sepanjang Jalan Penampang Bypass Kota Kinabalu – Penampang dan pusingan ‘U’ Jalan Chempaka berhampiran SJR Jalan Bundusan.

 
‘Jalan-jalan tikus’ dan pusingan ‘U’ ini ditutup serta merta bagi memperketatkan pergerakan sempadan melibatkan Daerah Penampang dan Kota Kinabalu. 

Oleh yang demikian, pihak polis berharap agar pengguna jalan raya  memberi kerjasama dan bersabar serta memahami tugas polis dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/09/4-lokasi-jalan-tikus-3-pusingan-u-ditutup-serta-merta/feed/ 0 830