Putatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 May 2026 05:19:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Putatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masyarakat Putatan diseru jadi ‘Rakan Lestari’ jaga kemudahan awam https://sabahmedia.com/2026/05/24/masyarakat-putatan-diseru-jadi-rakan-lestari-jaga-kemudahan-awam/ https://sabahmedia.com/2026/05/24/masyarakat-putatan-diseru-jadi-rakan-lestari-jaga-kemudahan-awam/#respond Sun, 24 May 2026 05:19:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97225
Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTATAN : Masyarakat Putatan diseru untuk memikul tanggungjawab sebagai “Rakan Lestari” dalam usaha memelihara kebersihan, kehijauan, serta menjaga kemudahan awam daripada gejala vandalisme demi kesejahteraan komuniti setempat.

Pegawai Daerah Putatan, Masawi Salleh berkata, penganjuran Program Rakan Lestari 2026 bukan sekadar bertujuan mengindahkan kawasan taman permainan, malah menjadi platform penting bagi menyemai kesedaran mendalam mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.

“Inisiatif ini merupakan langkah strategik bagi menyokong aspirasi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ke arah mewujudkan masyarakat rendah karbon menerusi pembentukan komuniti hijau.

“Program ini juga berperanan sebagai medium untuk memperkukuh kerjasama komuniti setempat melalui aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, pengindahan kawasan, serta aktiviti rekreasi yang memfokuskan kepada persekitaran yang bersih dan kondusif,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Taman Permainan Taman Teluk Villa, di sini.

Masawi yang juga Pengerusi Majlis Daerah Putatan memberi amaran tegas terhadap perbuatan vandalisme yang bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah merugikan pihak berkuasa serta penduduk setempat.

“Taman permainan merupakan lokasi tumpuan komuniti, khususnya golongan kanak-kanak dan keluarga. Justeru, kemudahan rekreasi ini perlu dipelihara sebaik mungkin agar ia sentiasa dalam keadaan bersih, selamat, dan selesa untuk digunakan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan warga Putatan untuk menyokong kempen “Zero Plastic Bag” dengan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna, di samping membudayakan penggunaan beg guna semula serta amalan kitar semula bagi kelestarian jangka panjang.

Beliau menambah, kejayaan dalam usaha memelihara alam sekitar memerlukan komitmen kolektif daripada pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), dan komuniti setempat.

Masawi berharap program berkenaan dapat diteruskan serta diperluaskan ke kawasan perumahan lain bagi memastikan lebih ramai penduduk dapat bersama-sama memupuk budaya hidup yang bersih, hijau, dan harmoni.

Turut hadir, Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat Sabah Electricity, Junainah Abbie; Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Teluk Villa, Malai Mansor Malai Kassim; serta Jurutera Majlis Daerah Putatan, Goh Wang Siang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/24/masyarakat-putatan-diseru-jadi-rakan-lestari-jaga-kemudahan-awam/feed/ 0 97225
Golongan wanita Putatan di minta tingkat kesedaran awal kanser serviks – Shahelmey https://sabahmedia.com/2026/01/17/golongan-wanita-putatan-di-minta-tingkat-kesedaran-awal-kanser-serviks-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2026/01/17/golongan-wanita-putatan-di-minta-tingkat-kesedaran-awal-kanser-serviks-shahelmey/#respond Sat, 17 Jan 2026 09:26:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89908
Read Time:1 Minute, 7 Second

PUTATAN: Kesedaran terhadap aspek pengesanan awal kanser serviks mampu meningkatkan pengetahuan dan tingkah laku kesihatan masyarakat tentang kesihatan wanita terutamanya di daerah Putatan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kesedaran awam mengenai pentingnya pencegahan tersebut dari peringkat awal dan pada masa yang sama sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

“Secara global, kanser serviks atau kanser pangkal rahim berada pada tempat keempat penyebab kematian wanita.

“Kebanyakkan kes yang didiagnos berada di peringkat lewat iaitu tahap tiga dan tahap empat.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar golongan wanita agar membuat saringan dan ujian pap smear bagi mengesan awal kanser serviks, “katanya.

Beliau berkata demikian dalam perasmian Pelancaran Projek Pendidikan Kesihatan anjuran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Putatan.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang, Dr Eupharasia Anak Bari, Timbalan Pengarah Akademik ILKKM; Jaffir Hashim.

Mengulas lanjut, Shahelmey berkata, program bertema Pengesanan Awal Kanser Serviks Jaminan Kesejahteraan Wanita itu amat penting dalam memastikan demi peningkatan kesedaran kesihatan wanita di daerah tersebut.

“Inisiatif program ini amat dialu-alukan untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita khasnya mengenai kepentingan pengambilan ujian pap smear bagi pengesanan awal kanser serviks.

“Perkhidmatan pemeriksaan saringan kesihatan wanita boleh didapati di mana-mana premis kesihatan sama ada kerajaan atau swasta.

“Saya ingatkan, sentiasa mengambil peduli terhadap tahap kesihatan masing-masing, utamakan perkara itu dan buatlah saringan kesihatan dengan kerap, ” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/17/golongan-wanita-putatan-di-minta-tingkat-kesedaran-awal-kanser-serviks-shahelmey/feed/ 0 89908
Shah Alfie santuni komuniti pelbagai kaum, serlah kemahiran berbahasa Cina https://sabahmedia.com/2025/11/18/shah-alfie-santuni-komuniti-pelbagai-kaum-serlah-kemahiran-berbahasa-cina/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/shah-alfie-santuni-komuniti-pelbagai-kaum-serlah-kemahiran-berbahasa-cina/#respond Tue, 18 Nov 2025 09:25:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86276
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh J Evachel John

PUTATAN: Keupayaan calon muda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN N.24 Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, berkomunikasi dalam bahasa Cina walaupun pada tahap asas menarik perhatian ketika walkabout di pekan ini pagi tadi.

Dalam sesi walkabout dari Bank BSN hingga ke Dataran Pomoi, Shah Alfie dilihat selesa menyapa peniaga Cina dalam bahasa Mandarin, dan turut dibantu oleh jentera kempen yang fasih berbahasa itu.

Tindakan spontan berkenaan bukan sahaja mencetuskan reaksi positif, malah memperlihatkan kesungguhannya untuk mendekati masyarakat pelbagai kaum di Tanjung Keramat.

Shah Alfie semasa program walkabout di Putatan

Ketika ditemui media, Shah Alfie menjelaskan bahawa kemampuan bertutur Mandarin beliau hanya pada tahap asas.

“Saya boleh bercakap Cina sedikit-sedikit sahaja,” katanya sambil turut menterjemahkan kenyataannya dalam bahasa Mandarin.

Beliau yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris mengakui bahawa kemampuan asas berbahasa Mandarin tetap menjadi nilai tambah untuk mendekati pengundi Cina.

Shah Alfie semasa program walkabout di Putatan

Shah Alfie turut memaklumkan bahawa sebahagian jentera kempen beliau boleh berbahasa Cina, selain menerima bantuan daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dalam mengukuhkan gerak kerja di lapangan.

“Sebahagian jentera kami boleh berbahasa Cina, dan kami juga dibantu oleh LDP yang turut mengukuhkan pasukan kempen kami,” katanya.

Sebelum ini, LDP salah satu komponen GRS mengumumkan parti itu tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.

Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin berkata, parti itu akan memberi sokongan penuh kepada GRS bagi memastikan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi negeri.

Shah Alfie semasa program walkabout di Putatan

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/shah-alfie-santuni-komuniti-pelbagai-kaum-serlah-kemahiran-berbahasa-cina/feed/ 0 86276
Shah Alfie tekad lonjak ekonomi belia, masyarakat DUN Tanjung Keramat https://sabahmedia.com/2025/11/16/shah-alfie-tekad-lonjak-ekonomi-belia-masyarakat-dun-tanjung-keramat/ https://sabahmedia.com/2025/11/16/shah-alfie-tekad-lonjak-ekonomi-belia-masyarakat-dun-tanjung-keramat/#respond Sun, 16 Nov 2025 04:08:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86013
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J Evachel John

PUTATAN: Aspirasi meningkatkan aktiviti ekonomi belia dan masyarakat menjadi fokus utama calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Shah Alfie Yahya, dalam kempen beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Menurut Shah Alfie, agenda itu penting kerana masyarakat perlu beralih daripada bergantung kepada peluang kerja kepada mencipta peluang baharu.

“Selaras dengan salah satu visi kita iaitu aspirasi meningkatkan aktiviti ekonomi belia dan masyarakat.

“Ini adalah misi peribadi kita. Untuk benar-benar mempergiatkan ekonomi, kita perlu mengubah ‘mindset’ daripada pencari kerja kepada pencipta kerja.

“Inilah idealogi keusahawanan yang akan saya terapkan, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi tinjauan mesra atau ‘walkabout’ di Tamu Putatan dan perkarangan kedai pekan Taman Jumbo, di sini, hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tanjung Keramat, Ir. Ummar Ariff Abu Bakar.

Shah Alfie, yang juga calon nombor tujuh, berkata program turun padang itu antara lain memberi gambaran jelas mengenai keadaan ekonomi peniaga kecil di kawasan tersebut.

“Hasil ‘walkabout’, kita mendapati ramai peniaga menjadikan hari-hari cuti sebagai usaha meningkatkan hasil jualan dan ada juga mengambil kesempatan menjana pendapatan sampingan.

“Kami juga melakukan tinjauan rapat untuk mengetahui isu atau permasalahan yang ada, namun Alhamdulillah, semua agak berpuas hati dengan fasiliti yang ada.

“Insyallah kita akan sentiasa menyantuni mereka dan selaras dengan salah satu visi kita iaitu aspirasi memperkukuh aktiviti ekonomi belia dan masyarakat, “katanya.

Shah Alfie (tengah) mendengar masalah yang disampaikan oleh penduduk di kawasan tersebut

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/16/shah-alfie-tekad-lonjak-ekonomi-belia-masyarakat-dun-tanjung-keramat/feed/ 0 86013
PRU Sabah: 11 penjuru di Tanjung Keramat, adik Shahelmey curi tumpuan https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-11-penjuru-di-tanjung-keramat-adik-shahelmy-curi-tumpuan/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-11-penjuru-di-tanjung-keramat-adik-shahelmy-curi-tumpuan/#respond Sat, 15 Nov 2025 07:57:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85898
Read Time:1 Minute, 43 Second

Oleh J Evachel John

PUTATAN: Calon muda Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Shah Alfie Yahya yang juga adik kepada Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya melihat pertarungan 11 penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat sebagai cerminan keterbukaan proses demokrasi di Sabah.

Dalam kemunculan sulungnya di gelanggang politik, Shah Alfie tampil tenang dan matang, sambil menyifatkan persaingan sengit itu sebagai ruang untuk semua calon menunjukkan kemampuan sebenar masing-masing.

Shah Alfie Yahya

Beliau juga tidak menafikan bahawa persoalan pengalaman pasti berbangkit, namun yakin rekod khidmatnya menjadi asas kukuh untuk turun menyantuni pengundi.

“Aspirasi saya sudah tentu mendahului golongan belia yang membentuk kira-kira 60 peratus pengundi di DUN Tanjung Keramat, namun golongan usia lain juga tidak saya lupakan,” katanya.

Shah Alfie turut memaklumkan beliau membawa pengalaman tiga tahun sebagai Pegawai Khas Pejabat Parlimen Putatan, selain berperanan sebagai Setiausaha Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), sekali gus memberinya gambaran jelas terhadap isu dan keperluan masyarakat setempat.

Tambahnya, beliau percaya keyakinan serta strategi tersusun mampu membantunya meraih kemenangan, selain berharap kempen kali ini berlangsung dalam suasana harmoni dan profesional demi kepentingan pengundi.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan hubungan kekeluargaannya menarik perhatian awam, namun menegaskan pencalonannya bukan berdasarkan populariti semata-mata.

“Ini bukan isu besar. Pencalonan saya adalah urusan parti dan telah mendapat mandat pucuk pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gagasan Rakyat,” katanya.

Beliau menambah, meskipun perkara itu menjadi perbualan hangat, ia tidak akan dijadikan sandaran untuk meraih undi.

“Ia bukan penanda ukur untuk saya bersenang-senang atau menggunakan populariti sedia ada. Saya mahu menawarkan khidmat dengan acuan saya sendiri sebagai calon muda demi kelangsungan aspirasi anak muda tempatan di Putatan.”

Pada PRU Sabah nanti Shah Alfie berdepan 10 lagi calon lain iaitu Sugarah @ Segarah Miasin (KDM), Farish Adamz @ Kanny (Perikatan Nasional), Jeffery Nor Mohamed (BN), Saifullah Phang (Bebas), Mahadthir Asbollah (Parti Impian Sabah), Mil Kusin Abdillah (Anak Negeri), Azni Mohd Salleh (STAR), Rosdy Wasli (UPKO), Mohammad Firdaus Diun @ Awang (Warisan), dan Jasni Matlani (Parti Bumi Kenyalang).

Shah Alfie Yahya berarak bersama para penyokong ke Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Sri Putatan
]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-11-penjuru-di-tanjung-keramat-adik-shahelmy-curi-tumpuan/feed/ 0 85898
30 calon hadir di PPC Dewan Sri Putatan https://sabahmedia.com/2025/11/15/30-calon-hadir-di-ppc-dewan-sri-putatan/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/30-calon-hadir-di-ppc-dewan-sri-putatan/#respond Sat, 15 Nov 2025 06:27:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85869
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh J Evachel John

PUTATAN: Suasana di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Sri Putatan meriah apabila seramai 30 calon hadir mengemukakan borang penamaan masing-masing.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Masawi Salleh, mengumumkan bahawa semua borang yang diterima telah disemak dan tiada satupun ditolak.

Daripada jumlah itu, sembilan calon bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.22 Tanjung Aru, 10 calon bagi kerusi DUN N.23 Petagas dan 11 calon bagi DUN N.24 Tanjung Keramat.

Berikut senarai penuh calon mengikut DUN yang diumumkan oleh Masawi sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Calon DUN Tanjung Aru. Foto ihsan JAPEN

N.22 TANJUNG ARU (9 calon)

  1. Loh Ee Eng – Parti Bumi Kenyalang (PBK)
  2. Hiew Choon Yu – Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah)
  3. Wong Hong Jun – Parti Warisan Sabah (Warisan)
  4. Yee Wee Ping – Parti Impian Sabah (PIS)
  5. Dennison R. Indang – UPKO
  6. Mohamed Zaim Ansawi – Bebas (Kunci)
  7. Dr. Ritchie Jay Cheng – Bebas (Gajah)
  8. Suhaimi Buang – Perikatan Nasional (PN)
  9. Datuk Chan Foong Hin – Pakatan Harapan (PH)
Calon DUN Petagas. Foto Ihsan JAPEN

N.23 PETAGAS (10 calon)

  1. Aslin Samat – Parti Impian Sabah (PIS)
  2. Sabrezani Sabdin Ghani – Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri)
  3. Dr. Afifi Saif – Perikatan Nasional (PN)
  4. Lee Nyuk Soon @ Jason Lee – UPKO
  5. Patrick Manius – Bebas (Rumah)
  6. Awang Husaini Sahari – Pakatan Harapan (PH)
  7. Awang Ahmad Sah – Bebas (Gajah)
  8. Adelaide Cornelius – Parti KDM
  9. Annita Shiela F. Among – STARSabah
  10. Uda Sulai – Warisan
Calon DUN Tanjung Keramat. Foto ihsan JAPEN

N.24 TANJUNG KERAMAT (11 calon)

  1. Sugarah @ Segarah Miasin – Parti KDM
  2. Farish Adamz @ Kanny – Perikatan Nasional (PN)
  3. Jeffery Nor Mohamed – Barisan Nasional (BN)
  4. Saifullah Phang – Bebas (Kunci)
  5. Mahadthir Asbollah – Parti Impian Sabah (PIS)
  6. Mil Kusin Abdillah – Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri)
  7. Shah Alfie Yahya – Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
  8. Azni Mohd Salleh – STARSabah
  9. Rosdy Wasli – UPKO
  10. Mohammad Firdaus Diun @ Awang – Warisan
  11. Jasni Matlani – Parti Bumi Kenyalang (PBK)
]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/30-calon-hadir-di-ppc-dewan-sri-putatan/feed/ 0 85869
PRU Sabah : Pilih berdasarkan rekod pentadbiran, kestabilan politik – Shahelmey https://sabahmedia.com/2025/11/02/pru-sabah-pilih-berdasarkan-rekod-pentadbiran-kestabilan-politik-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2025/11/02/pru-sabah-pilih-berdasarkan-rekod-pentadbiran-kestabilan-politik-shahelmey/#respond Sun, 02 Nov 2025 04:45:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84750
Read Time:59 Second

PUTATAN : Pengundi di kawasan Parlimen Putatan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat diseru untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah Ke-17) yang bakal berlangsung pada 29 November ini.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya menekankan pentingnya pengundi membuat pilihan berdasarkan rekod pentadbiran, kestabilan politik dan keupayaan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata kecenderungan politik adalah hak setiap individu, namun rekod prestasi dan kestabilan kerajaan perlu diberi keutamaan dalam memastikan pembangunan negeri terus terjamin.

“Saya menyeru semua pengundi berdaftar, khususnya di Putatan dan Tanjung Keramat, untuk keluar mengundi.

“Pilihlah wakil rakyat yang terbukti berkhidmat dengan rekod cemerlang serta membawa kepada kestabilan politik di Sabah,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Talenttime Evergreen Songs Komuniti Madani Tg Keramat Putatan yang berlangsung di Dataran Tomoi pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan program bakat seni komuniti seperti Talenttime mampu menjadi platform memperkasa golongan berbakat di kawasan tersebut, selain mengukuhkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat.

Program berkenaan dianjurkan oleh JKDB dan JKKK dengan kerjasama Pejabat Parlimen P173 Putatan, dan menurut Shahelmey, inisiatif seumpama itu selaras dengan usaha membina masyarakat yang harmonis dan progresif. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/02/pru-sabah-pilih-berdasarkan-rekod-pentadbiran-kestabilan-politik-shahelmey/feed/ 0 84750
27 keluarga hilang tempat tinggal dalam dua kebakaran kurang 10 jam di Putatan https://sabahmedia.com/2025/06/17/27-keluarga-hilang-tempat-tinggal-dalam-dua-kebakaran-kurang-10-jam-di-putatan/ https://sabahmedia.com/2025/06/17/27-keluarga-hilang-tempat-tinggal-dalam-dua-kebakaran-kurang-10-jam-di-putatan/#respond Tue, 17 Jun 2025 06:53:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75722
Read Time:2 Minute, 20 Second

Oleh Normimie Diun

PUTATAN: Seramai 27 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas dua kejadian kebakaran berasingan berlaku dalam tempoh kurang 10 jam di daerah ini.

Kebakaran pertama berlaku di Kampung Petagas sekitar jam 4 petang semalam, membabitkan 13 buah rumah, sembilan daripadanya musnah sepenuhnya, satu terbakar 20 peratus dan tiga lagi mengalami kerosakan sekitar 10 peratus. Enam buah kenderaan turut musnah dalam kejadian itu.

Beberapa jam kemudian, satu lagi kebakaran dilaporkan berlaku sekitar jam 1 pagi di Jalan Bukit Vor, yang mengakibatkan dua buah rumah musnah keseluruhan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, susulan kejadian tersebut, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Seri Putatan telah diaktifkan bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas.

“Pada awalnya, PPS ini dibuka untuk 19 ketua isi rumah dari Kampung Petagas. Namun, selepas kebakaran kedua di Bukit Vor, lapan ketua isi rumah lagi dipindahkan ke pusat sama, menjadikan jumlah keseluruhan 27 keluarga terjejas,” katanya pada sidang media ketika melawat mangsa di pusat pemindahan pagi tadi.

Beliau memaklumkan semua mangsa keluar sehelai sepinggang dan telah menerima bantuan kewangan awal untuk membeli keperluan asas.

Tambah beliau, operasi PPS biasanya berlangsung selama tiga hari, namun boleh dilanjutkan berdasarkan keadaan serta perbincangan bersama mangsa.

“Bantuan jangka panjang seperti pembinaan semula rumah sedang diteliti dan permohonan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri,” ujarnya.

Mohamad Khairul

Sabah Media sempat menemui salah seorang mangsa, Mohamad Khairul Albi, 45, yang bekerja sebagai juruteknik komputer, berkata beliau menyedari kebakaran selepas melihat asap tebal dari rumah bersebelahan ketika sedang makan.

“Saya terus arahkan isteri dan anak-anak keluar menyelamatkan diri. Isteri hanya sempat ambil dokumen penting, saya pula sempat keluarkan kereta,” katanya.

Lebih memilukan, katanya, semua komputer pelanggan yang sedang dibaiki di rumah turut musnah dalam kebakaran itu.

“Saya bekerja sendiri sebagai juruteknik membaiki komputer dari rumah. Ketika kejadian, ada beberapa unit komputer pelanggan yang belum siap. Semuanya hangus dalam kebakaran,” katanya dengan nada kecewa.

Wan Roziah sebak apabila menceritakan detik-detik kejadian kebakaran yang memusnahkan kediamannya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Wan Roziah Wan Yahya, 49, berkata beliau terlihat asap ketika keluar mengambil pakaian di ampaian.

“Saya nampak asap hitam dari rumah selang satu dari rumah saya. Terus saya jerit ‘kebakaran’ dan mengarahkan adik saya membawa emak yang tinggal di rumah sebelah keluar menyelamatkan diri. Masa tu saya baru bangun tidur mahu mengambil pakaian di ampaian sebab cuaca macam mendung, suami pula tiada sebab bekerja, anak dua orang keluar ke rumah kawan,” katanya.

Wan Roziah berkata hanya beberapa dokumen penting seperti surat beranak dan motosikal sempat diselamatkan. Kad pengenalan, telefon bimbit dan kad bank semuanya musnah dalam kebakaran.

“Kami tinggal di rumah itu sejak kecil lagi. Banyak kenangan. Bila bercerita pun rasa sebak… tak mampu tahan air mata,” katanya sayu.

Kini, Wan Roziah dan keluarga bercadang menumpang sementara di rumah keluarga suami sambil menanti proses membina semula kediaman yang musnah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/17/27-keluarga-hilang-tempat-tinggal-dalam-dua-kebakaran-kurang-10-jam-di-putatan/feed/ 0 75722
Kebajikan komuniti nelayan setempat terus dibela https://sabahmedia.com/2024/11/30/kebajikan-komuniti-nelayan-setempat-terus-dibela/ https://sabahmedia.com/2024/11/30/kebajikan-komuniti-nelayan-setempat-terus-dibela/#respond Sat, 30 Nov 2024 15:26:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64675
Read Time:1 Minute, 19 Second

Putatan : Kerajaan Negeri Sabah sentiasa peka dan perihatin terhadap kebajikan kepada komuniti nelayan setempat dalam usaha merancakkan lagi ekonomi seranta berasaskan produk makanan laut.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, dalam menggalakan rantaian ekonomi yang disumbangkan oleh komuniti tersebut, kerajaan telah banyak memberikan inisiatif dan terbaru, industri perikanan turut mendapat tempat di dalam Bajet Sabah 2025.

Katanya, selain daripada elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan, mekanisme lain seperti subsidi minyak (mengikut saiz enjin bot), bantuan peralatan dan infrastruktur lain juga diagihkan.

“Golongan nelayan adalah komuniti yang memainkan peranan penting dalam masyarakat kita dan sehubungan dengan itu, bagi pihak kerajaan negeri, kebajikan serta hal-hal diperlukan oleh golongan ini amat diberikan perhatian.

“Malah pada pembentangan bajet Sabah pada 18 November lalu, perikanan merupakan salah satu fokus daripada keterjaminan makanan” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Santai Komuniti Tanjung Keramat di Dewan Muhibbah, Kampung Muhibbah, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkesempatan beramah mesra dan menyantuni kira-kira 100 komuniti nelayan tempatan yang hadir dalam majlis berkenaan.

Beliau pada masa yang sama turut melawat jeti nelayan di Kampung Muhibbah dan mengenalpasti keperluan para nelayan seperti penambahbaikan kayu kayan jeti serta penambahan peralatan bagi kemudahan memunggah hasil tangkapan ikan di lokasi terbabit.

“Pada masa yang sama, saya juga berharap kepada nelayan yang masih turun ke laut untuk mencari rezeki supaya meningkatkan tahap keselamatan masing-masing kerana sekarang adalah musim cuaca hujan dan ribut.

“Sentiasa peka dengan maklumat terkini dan elakkan perkara-perkara yang mengundang risiko,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/30/kebajikan-komuniti-nelayan-setempat-terus-dibela/feed/ 0 64675
Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2024/11/23/pam-rosak-paip-pecah-punca-gangguan-air-di-putatan-dan-sekitar-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2024/11/23/pam-rosak-paip-pecah-punca-gangguan-air-di-putatan-dan-sekitar-kota-kinabalu/#respond Sat, 23 Nov 2024 03:27:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64248
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Gangguan bekalan air yang melanda di beberapa kawasan Putatan dan Utara Kota Kinabalu adalah berpunca salah satu pam di Loji Rawatan Air (LRA) Telibong mengalami kerosakan dan berlaku paip pecah menyebabkan bekalan air dari LRA Moyog dan LRA Kasigui terpaksa diagihkan ke beberapa kawasan lain di sekitar Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, punca utama gangguan ini bermula apabila salah satu pam di loji air Telibong mengalami kerosakan.

“Situasi ini bertambah buruk apabila berlaku insiden paip pecah, yang mengakibatkan bekalan air dari Loji Moyog dan Loji Kasigui terpaksa diagihkan ke beberapa kawasan lain di sekitar Kota Kinabalu.

“Apabila keadaan mula pulih, tekanan air dipulihkan untuk kawasan Putatan. Namun, proses pelarasan semula tekanan dalam sistem paip telah menyebabkan beberapa paip lain pecah, sekaligus menjejaskan tekanan air di kawasan tertentu,” jelasnya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Smart Jawab SPM 2024 anjuran Pejabat Parlimen Putatan di Sekolah Menengah Maktab Sabah di sini, hari ini.

Shahelmey berkata, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) kini sedang berusaha keras untuk mengesan lokasi paip yang pecah dan memastikan tekanan air diselaraskan dengan baik bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Beliau turut memaklumkan bahawa keadaan bekalan air di kawasan Putatan sedang beransur-ansur pulih, dan tindakan pembaikan sedang giat dijalankan.

“Tambahan pula, usaha terbaru Jabatan Air berjaya mengesan beberapa lagi isu teknikal yang sedang dalam proses penyelesaian.

“Ini memerlukan sedikit masa, tetapi pihak berwajib komited untuk memastikan bekalan air kembali normal secepat mungkin,” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau selaku Ahli Parlimen Putatan turut memohon maaf kepada penduduk Putatan atas ketidakselesaan yang berlaku dan menyeru semua pihak untuk terus bersabar.

“Saya akan sentiasa memantau perkembangan ini dengan lebih dekat dan berkomunikasi dengan pihak Jabatan Air bagi memastikan penyelesaian segera.

“Penduduk Putatan diingatkan untuk menggunakan bekalan air secara berhemat sementara pihak berkuasa menyelesaikan isu ini sepenuhnya,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/23/pam-rosak-paip-pecah-punca-gangguan-air-di-putatan-dan-sekitar-kota-kinabalu/feed/ 0 64248