QSB – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Nov 2025 03:50:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png QSB – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 QSB terima dividen RM7 Juta daripada pelaburan di BHMFB https://sabahmedia.com/2025/11/08/qsb-terima-dividen-rm7-juta-daripada-pelaburan-di-bhmfb/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/qsb-terima-dividen-rm7-juta-daripada-pelaburan-di-bhmfb/#respond Sat, 08 Nov 2025 03:50:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85259
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) menerima bayaran dividen tahun 2024 berjumlah RM7 juta dari Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (BHMFB).

Majlis penyerahan bayaran dividen itu diadakan pada Jumaat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHMFB Datin Fauziah Abu Bakar Titingan kepada CEO QSB Datuk Ahmad Rizal Dahli dalam satu majlis di Pejabat BHMFB di sini.

Ia disaksikan oleh Pengerusi QSB Datuk Dr Yusof Yacob dan Pengerusi BHMFB Tan Sri Datuk Amar Dr. Abdul Aziz Husain.

Hadir sama, Timbalan CEO Kumpulan QSB Rudy Jaglul dan Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan, Kementerian Kewangan Negeri Sabah Christina Monis @ Marina.

Dr Yusof berkata, ia hari bersejarah buat QSB bila menerima dividen daripada pelaburan di BHMFB sebanyak RM7 juta iaitu dividen pendapatan pada 2024.

“Ia salah satu kegembiraan sebagai sebuah syarikat berkaitan kepada Kerajaan Negeri Sabah dimana pelaburan kita 50 peratus milik QSB dan 50 peratus milik kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, tahun ini  menerima dividen sebanyak RM7 juta yang mana keuntungan itu dibahagi kepada Qhazanah sebagai sebahagian pendapatan diterima daripada pelaburan anak-anak syarikat.

” Jadi syukur alhamdulillah, inilah hasil positif pelaburan dibuat Qhazanah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/qsb-terima-dividen-rm7-juta-daripada-pelaburan-di-bhmfb/feed/ 0 85259
Kemudahan Penghantaran Kojax Mudahkan Pelanggan Kojasa Mart https://sabahmedia.com/2022/02/11/kemudahan-penghantaran-kojax-mudahkan-pelanggan-kojasa-mart/ https://sabahmedia.com/2022/02/11/kemudahan-penghantaran-kojax-mudahkan-pelanggan-kojasa-mart/#respond Fri, 11 Feb 2022 06:47:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12107
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Pasar raya mini Kojasa Mart yang dikendalikan cabang pelaburan kerajaan negeri Qhazanah Sabah Berhad (QSB) kini menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit khusus untuk pelanggannya.

Perkhidmatan penghantaran barangan kepada pelanggan itu dikendalikan oleh Kojax Sdn Bhd yang merupakan satu lagi inisiatif QSB dalam mempelbagaikan perniagaan dan kemudahan kepada pelanggan.

Inisiatif itu dilancarkan Pengerusi QSB, Datuk Seri Salleh Said Keruak di Kojasa Mart, pusat komersial Anjung Selera di Likas, semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Kumpulan QSB Joehary Ismail berkata, perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan itu hanya mengenakan bayaran caj minimum untuk setiap pembelian yang dihantar kepada mereka.

Katanya,  perkhidmatan penghantaran Kojax akan disediakan untuk pelanggan dalam radius 20 kilometer dari cawangan Kojasa Mart.

“Perkhidmatan penghantaran Kojax ini akan dilengkapi dengan sistem tempahan secara dalam talian yang kini sedang dibangunkan.

“Sebagai contoh, pelanggan boleh membuat tempahan 10 kilogram beras, sebungkus kelupis atau karipap sejuk beku dan sos cili dari rumah dan mereka hanya perlu membayar dengan harga yang kecil untuk penghantaraan,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Hadir sama Pengarah Eksekutif QSB, Mohd Shukor Abdul Mumin; Pengerusi Kojasa Holding Bhd, Datuk Baharul Sawi dan Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Senator Noraini Idris.

Joehary berkata, sistem tempahan secara dalam talian itu amat berguna kepada pengusaha kedai runcit kecil dimana mereka boleh membuat pembelian borong tanpa perlu meninggalkan premis.

Katanya, kebanyakan pemilik kedai runcit mengendalikan sendiri premis masing-masing dan sukar bagi mereka untuk meninggalkan kedai apabila ada keperluan untuk menambah bekalan barangan.

“Inilah merupakan antara cara kami untuk membantu perniagaan skala kecil dengan harga barangan yang berpatutan dan memberi kemudahan untuk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kojax juga akan melihat peluang bagi menceburi bidang perkhidmatan makanan dan bungkusan serta perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pembersihan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/11/kemudahan-penghantaran-kojax-mudahkan-pelanggan-kojasa-mart/feed/ 0 12107
Kojasa Mart Buka Cawangan Kedua Di Anjung Selera https://sabahmedia.com/2021/12/13/kojasa-mart-buka-cawangan-kedua-di-anjung-selera/ https://sabahmedia.com/2021/12/13/kojasa-mart-buka-cawangan-kedua-di-anjung-selera/#respond Mon, 13 Dec 2021 02:11:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9800
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Selepas hampir sebulan membuka cawangan pertama, Kojasa Mart kini membuka cawangan keduanya bagi membolehkan penduduk sekitar bandar raya Kota Kinabalu membeli barangan keperluan harian dengan harga mampu milik.

Kedai kedua yang dibuka di Anjung Selera Likas itu dilancarkan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak disini semalam.

Pelancaran cawangan kedua itu merupakan titik perubahan kepada Kojasa Holdings Berhad yang memulakan program keusahawanan dengan skim francais dan akan membuka sekurang-kurangnya 30 kedai Kojasa Mart di seluruh Sabah tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) QSB Joehary Ismail berkata, Kojasa Holdings akan membangunkan skim keusahawanan dengan tujuan membawa usahawan muda bagi menceburi operasi cawangan Kojasa Mart pada masa hadapan melalui program pelesenan.

Katanya, skim itu akan berada di bawah Kojasa Trading Sdn. Bhd.

“Sementara kedai Kojasa Mart akan mempromosikan produk tempatan untuk meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kedai di pelbagai daerah akan memenuhi keperluan pelbagai pemilik kedai runcit.

“Usaha ini akan membantu menstabilkan harga barangan keperluan dan memastikan ia berpatutan untuk kumpulan berpendapatan rendah B40 dan M40.

“Ini mencerminkan teras misi QSB untuk menyelaraskan dirinya dengan hala tuju konsep Sabah Maju Jaya dengan memperkasakan generasi muda melalui penyertaan dalam perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.

Mengenai pembukaan cawangan kedua Kojasa Mart, Joehary menyatakan bahawa pelancaran itu dibuat hanya sebulan selepas kedai pertama dibuka di Suria Inanam dan setiap satu menjalankan fungsi berbeza.

“Pelancaran cawangan kedua kami adalah penting kepada syarikat kerana ia mencerminkan hala tuju pihak Pengurusan untuk menawarkan destinasi baharu untuk membeli-belah runcit terutamanya bagi penduduk yang ramai di Likas, Luyang dan kawasan lain di Kota Kinabalu.

“Kedai pertama sebaliknya direka untuk memenuhi pembelian pukal dalam talian oleh vendor perniagaan mikro, kecil dan sederhana. Di cawangan baharu ini, kami menyasarkan untuk menyediakan pelbagai barangan runcit termasuk hasil tempatan sebagai satu cara untuk meningkatkan pasaran domestik dalam kalangan usahawan tempatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/13/kojasa-mart-buka-cawangan-kedua-di-anjung-selera/feed/ 0 9800
Sabah Lancar Bas Elektrik, Mahu Lebih Banyak Pihak Teroka Pengangkutan Awam Berteknologi Hijau https://sabahmedia.com/2021/10/12/sabah-lancar-bas-elektrik-mahu-lebih-banyak-pihak-teroka-pengangkutan-awam-berteknologi-hijau/ https://sabahmedia.com/2021/10/12/sabah-lancar-bas-elektrik-mahu-lebih-banyak-pihak-teroka-pengangkutan-awam-berteknologi-hijau/#respond Tue, 12 Oct 2021 07:26:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7434
Read Time:2 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu lebih banyak pihak meneroka penggunaan bas elektrik (e-Bus) yang mampu digunakan sebagai landasan utama kepada pengangkutan awam berteknologi hijau di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pihaknya juga yakin penerokaan e-Bus itu akan mampu menjadi kenyataan bagi kegunaan penduduk di Kota Kinabalu dan di tempat lain di negeri ini.

Katanya, Sabah kini telah mengambil langkah terbaik dalam pengangkutan awam berteknologi hijau menerusi pelancaran e-bus sulung negeri Sabah yang diinisiatifkan oleh cabang pelaburan strategik kerajaan negeri Qhazanah Sabah Berhad (QSB).

“Ini adalah perkembangan yang baik untuk menjadikan pengangkutan awam kita berada pada landasan yang tepat untuk masa depan.  Jumlah kenderaan di jalan raya di negeri ini juga semakin meningkat.

“Kita perlu melakukan yang terbaik bagi mengatasi keadaan ini.  Di seluruh dunia, penggunaan kenderaan bertenaga elektrik semakin meningkat kerana ia dilihat lebih mesra alam untuk alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan e-Bus di Wisma Tun Fuad Stephens disini hari ini yang diwakili pembantunya Datuk Joniston Bangkuai.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif QSB Mohd Shukor Abdul Mumin; Pengarah QSB Datuk Dr. Johnson Tee, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Rizal Dahli, Pengarah Eksekutif Gemilang Coachwork, Pang Jun Jie, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Noredah Othman, Pengarah Lembaga Perlesenan Komersial Sabah Norsiah Patah dan Timbalan Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Sr. Lifred Wong.

Jafry turut memuji langkah QSB yang bekerjasama dengan Gemilang Coachwork Sdn Bhd iaitu salah sebuah pengeluar badan bas e-Bus dan aluminium terkemuka di Asia.

Dalam pada itu, Shukor berkata, Sabah akan melangkah lebih maju apabila projek perintis e-Bus ini dimulakan yang akan memanfaatkan tenaga hijau bagi menggerakkan pengangkutan awam di negeri ini.

“QSB berbangga apabila dapat memainkan peranan dan usaha kerajaan negeri mempromosikan ekonomi hijau sejajar dengan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ).

“e-Bus ini juga akan membantu mempromosikan gaya hidup yang lebih ekologi secara lestari dan membantu mengurangkan pelepasan karbon ke alam sekitar.  Kami juga akan berusaha untuk melaksanakan inovasi secara berterusan melalui pelaburan strategik dan untuk membantu kerajaan Sabah dalam usaha membangunkan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, QSB turut terbuka dan bersedia untuk melaksanakan inisiatif strategik untuk kepentingan rakyat di negeri Sabah.

E-Bus dijangka akan mula digunakan selepas koordinasi dengan pihak berkuasa dimuktamadkan bagi menampung pergerakan ribuan pengguna yang tinggal di Kota Kinabalu dan percubaan e-Bus dijangka bermula pada bulan Disember.

Selain menyediakan perjalanan ‘hijau’, e-Bus dengan kapasiti sehingga 66 penumpang akan mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga emas dan orang kurang upaya di kerusi roda kerana dilengkapi dengan laluan menaiki kenderaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/12/sabah-lancar-bas-elektrik-mahu-lebih-banyak-pihak-teroka-pengangkutan-awam-berteknologi-hijau/feed/ 0 7434