racun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 04 Mar 2025 09:38:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png racun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Syarikat didenda miliki produk beracun, tidak berdaftar KKM https://sabahmedia.com/2025/03/04/syarikat-didenda-miliki-produk-beracun-tidak-berdaftar-kkm/ https://sabahmedia.com/2025/03/04/syarikat-didenda-miliki-produk-beracun-tidak-berdaftar-kkm/#respond Tue, 04 Mar 2025 09:38:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69806
Read Time:2 Minute, 12 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat dikenakan denda sebanyak RM6,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memiliki produk beracun tanpa lesen serta 28 produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Prima Intima Sdn Bhd selepas pengarah syarikat itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan pada Isnin.

Bagi pertuduhan pertama, syarikat tersebut didenda RM1,500 kerana memiliki lima jenis produk mengandungi racun “Lignocaine” untuk tujuan jualan tanpa lesen yang sah di bawah Akta Racun 1952. Kesalahan itu dilakukan pada 31 Mac 2022 di premis syarikat di Taman Pinetop Villa.

“Lignocaine” atau umumnya dikenali sebagai ubat bius tempatan adalah racun yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta Racun 1952.

Bagi kesalahan ini, syarikat didakwa mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Sekiranya mahkamah berpendapat perbuatan tertuduh bersifat keingkaran sengaja atau kecuaian yang berpotensi membahayakan nyawa manusia, hukuman boleh ditingkatkan kepada denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu didenda RM5,000 kerana memiliki 28 keluaran tidak berdaftar pada masa dan lokasi yang sama, melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pertuduhan dibuat di bawah Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan denda maksimum bagi kesalahan pertama ialah RM50,000, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda boleh meningkat sehingga RM100,000.

Ketua Penolong Pengarah Unit Cawangan Pengurusan Farmasi Nadia Aini Datu Rosmadi yang mengendalikan pendakwaan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa sebanyak 84 produk bernilai RM32,477 telah dirampas dalam operasi penguatkuasaan tersebut. Lima daripadanya disahkan mengandungi racun yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Akta Racun 1952, manakala 28 lagi merupakan produk tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan diambil susulan aduan awam.

Dalam hujahannya, pihak pendakwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh serta sebagai amaran kepada pihak lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“Penjualan dan penggunaan produk yang mengandungi racun jadual seperti Lignocaine tanpa mengikut indikasi yang tepat adalah dilarang dan boleh membahayakan keselamatan pengguna.

“Bagi produk tidak berdaftar, keselamatannya diragui kerana ia tidak diuji atau dinilai oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Selain itu, identiti pengeluar produk tidak dapat dikenal pasti. Sekiranya berlaku kesan sampingan kepada pengguna, tiada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan,” katanya.

Syarikat berkenaan diwakili oleh peguam Amli Nohin dan telah melunaskan denda yang dikenakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/04/syarikat-didenda-miliki-produk-beracun-tidak-berdaftar-kkm/feed/ 0 69806
BKRPB Sabah laksana operasi banteras penjualan racun haram https://sabahmedia.com/2024/07/16/bkrpb-sabah-laksana-operasi-banteras-penjualan-racun-haram/ https://sabahmedia.com/2024/07/16/bkrpb-sabah-laksana-operasi-banteras-penjualan-racun-haram/#respond Tue, 16 Jul 2024 05:43:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57604
Read Time:53 Second

Tawau: Operasi bagi membanteras aktiviti penjualan racun-racun haram atau racun yang tidak berdaftar telah dijalankan Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja (BKRPB) Sabah baru-baru ini.

Operasi Penguatkuasaan yang dijalankan di Batu 11, Jalan Apas, di sini itu turut dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cawangan Trafik Tawau.

Ketua Penolong Pengarah BKRPB Sabah, Salmah Labulla berkata, dalam operasi itu pihaknya telah memeriksa dua pacuan empat roda dan sebuah lori yang didapati membawa racun makhluk perosak di dalam kenderaan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, semua racun perosak yang mereka bawa adalah berdaftar dan mempunyai dokumen pembelian sah,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalan.

Salmah berkata, BKRPB Sabah serius dalam melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 bagi memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah berkualiti.

“Selain itu, kita juga mahu memastikan penggunaan racun di negara ini tidak akan mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.

“Semua racun makhluk perosak perlu diuruskan secara berkesan selari dengan kehendak pembangunan lestari dengan mengambil kira aspek keselamatan kepada manusia dan kesejahteraan alam sekitar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/16/bkrpb-sabah-laksana-operasi-banteras-penjualan-racun-haram/feed/ 0 57604
Jual terung mengandungi sisa racun perosak, pembekal sayuran didenda RM 1000 https://sabahmedia.com/2023/02/27/jual-terung-mengandungi-sisa-racun-perosak-pembekal-sayuran-didenda-rm-1000/ https://sabahmedia.com/2023/02/27/jual-terung-mengandungi-sisa-racun-perosak-pembekal-sayuran-didenda-rm-1000/#respond Mon, 27 Feb 2023 01:33:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30062
Read Time:1 Minute, 10 Second

MUAR: Sebuah syarikat membekal sayur-sayuran dan buah-buahan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menyedia atau menjual sayur terung yang disyaki mengandungi residu racun perosak melebihi 0.01 mg/kg, tahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Syarikat Sim Vefruit Enterprise yang beroperasi di Pagoh di sini, dijatuhi hukuman itu selepas wakilnya mengaku bersalah bagi pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat itu didakwa menyediakan untuk jualan atau menjual sayur terung yang mengandungi lebih daripada 0.01 mg/kg apa-apa residu racun perosak iaitu 0.120 mg/kg tolfenpyrad 0.120 mg/kg), jika racun perosak itu tidak dinyatakan bagi makanan itu dalam Jadual Keenam Belas atau Codex Alimentarius.

Perbuatan itu dilakukan di Megamart Sdn Bhd (Parit Bakar), Jalan Temenggung Ahmad, Parit Bakar di sini, jam 11.40 pagi, 24 Ogos 2022. 

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 397(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan dihukum bawah Peraturan 397(2) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Muar, Mohd Fauzi Mohd Salleh memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran. 

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda yang rendah kerana mempunyai tanggungan ibu, bapa dan bapa mentua yang sudah uzur serta anak-anak yang masih bersekolah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/27/jual-terung-mengandungi-sisa-racun-perosak-pembekal-sayuran-didenda-rm-1000/feed/ 0 30062