Rafida – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Mar 2025 21:55:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rafida – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tidak sangka boleh viral, terima kasih semua yang membantu – Bapa Rafida https://sabahmedia.com/2024/10/02/tidak-sangka-boleh-viral-terima-kasih-semua-yang-membantu-bapa-rafida/ https://sabahmedia.com/2024/10/02/tidak-sangka-boleh-viral-terima-kasih-semua-yang-membantu-bapa-rafida/#respond Wed, 02 Oct 2024 03:14:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61574
Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Sandakan : “Tidak sangka semua ini boleh viral, kami ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu anak saya, tiada terkecuali,” kata Zaiddin Hamid,46.

Zaiddin merupakan bapa kepada Rafida Zaiddin,19, yang sebelum ini tular selepas membawa beg karung untuk memuatkan barang-barang peribadi bagi mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sabtu lalu.

Bapanya yang bekerja sendiri mengakui terkejut dengan kisah anaknya yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Kami tidak sangka, kalau kami tahu kami tidak buat (tidak pakai) karung itu, saya punya anak pun terkejut, dia cakap kenapa viral.

“Dia bilang ada hikmah juga ini video-video viral. Harapan saya mudah-mudahan dia berbakti kepada ibu bapa, menjadi anak yang baik, berbakti pada negara dan juga Masyarakat,” katanya.

Beliau turut berharap agar anaknya dapat terus kekal ditempatkan di kolej kediaman agar dapat meringankan bebas kos kewangan khususnya dari segi penyewaan penginapan termasuk pengangkutan.

“Harapan saya agar dia terus kekal diasrama, sebab kalau keluar daripada asrama, kosnya terlalu banyak difikir, pasal kalau dia menyewa diluar , pengangkutan lagi akan difikirkan kosnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak khususnya Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan pihak pengurusan UMS.

Anaknya Rafida kini melanjutkan pengajian di UMS dalam jurusan perakaunan di Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/02/tidak-sangka-boleh-viral-terima-kasih-semua-yang-membantu-bapa-rafida/feed/ 0 61574
Saya tidak mahu sia-siakan peluang ini, ibu bapa sudah bekerja keras – Rafida https://sabahmedia.com/2024/10/01/saya-tidak-mahu-sia-siakan-peluang-ini-ibu-bapa-sudah-bekerja-keras-rafida/ https://sabahmedia.com/2024/10/01/saya-tidak-mahu-sia-siakan-peluang-ini-ibu-bapa-sudah-bekerja-keras-rafida/#respond Tue, 01 Oct 2024 07:13:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61547
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : “Ibu bapa saya sudah bekerja keras, saya mahu usaha sungguh-sungguh, tidak mahu sia-siakan peluang ini,” kata Rafida Zaiddin,19.

Rafida yang juga pelajar jurusan perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan.

Anak kelahiran Kampung Sim-Sim Sandakan itu sebelum ini tular selepas membawa beg karung untuk memuatkan barang-barang peribadi bagi mendaftar masuk ke universiti itu Sabtu lalu.

“Sebenarnya saya terkejut apabila banyak menerima panggilan mengenai isu viral (beg karung) jadi saya pun macam terkejutlah.

“Saya datang ke sini menaiki bas dengan perjalanan hampir tujuh jam dari Sandakan, jadi kalau naik kapal terbang ianya banyak lagi mahu bayar.  Pihak universiti pula maklumkan maksimum hanya dua beg.

“Apabila saya susun barang keperluan, semuanya ada enam beg dan bapa saya cari kalau ada karung dan dia muatkan dalam satu tempat kesemuanya dan selepas dikumpul semuanya dapat tiga beg,”katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Lafaz Ikrar pelajar baharu UMS di sini hari ini.

Antara barangan yang dimasukkan ke dalam beg karung berkenaan adalah seperti bantal, baldi dan beberapa barangan lain.

Manakala pakaian dan selimut diletakkan di dalam beg pakaian.

Anak bongsu dari dua beradik  itu turut mengakui terkejut namun besyukur dengan peluang dan rezeki yang diberikan khususnya bantuan yang disalurkan.

“Masih ramai diluar sana mahu belajar tapi tidak ada peluang, bagi saya inilah peluang saya dan ia tidak akan disia-siakan,” katanya.

Terdahulu, majlis lafas ikrar pelajar baharu UMS disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/01/saya-tidak-mahu-sia-siakan-peluang-ini-ibu-bapa-sudah-bekerja-keras-rafida/feed/ 0 61547
Keputusan peperiksaan Rafida cemerlang, layak mohon BKNS – Azrul https://sabahmedia.com/2024/09/30/keputusan-peperiksaan-rafida-cemerlang-layak-mohon-bkns-azrul/ https://sabahmedia.com/2024/09/30/keputusan-peperiksaan-rafida-cemerlang-layak-mohon-bkns-azrul/#respond Mon, 30 Sep 2024 10:20:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61512
Read Time:46 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pelajar jurusan perakauan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Rafida Zaiddin yang tular dimedia sosial sebelum ini dicadang untuk memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

Perkara itu dinyatakan Naib Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Azrul Ibrahim yang mengadakan pertemuan singkat dengan Rafida di UMS tengah hari tadi.

“Saya telah mengadakan pertemuan singkat bersama adik Rafida Zaiddin, pelajar baharu UMS yang tular jadikan karung guni sebagai bagasi ketika mendaftar masuk ke UMS dua hari lalu.

“Dari pertemuan ini, kita mencadangkan agar Rafida memohon BKNS selepas melihat keputusan peperiksaan yang cemerlang yang dicapai oleh beliau,” katanya.

Dalam pertemuan itu juga, Azrul turut menyampaikan salam dari Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada Rafida dan berharap agar dia boleh terus cekal mengejar kecemerlangan. Inshaa Allah kejayaan menanti di hadapan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pihak pengurusan UMS atas kerjasama yang diberikan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/30/keputusan-peperiksaan-rafida-cemerlang-layak-mohon-bkns-azrul/feed/ 0 61512