Rahman dahlan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 04 Apr 2026 12:53:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rahman dahlan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rahman Dahlan letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Tuaran https://sabahmedia.com/2026/04/04/rahman-dahlan-letak-jawatan-ketua-umno-bahagian-tuaran/ https://sabahmedia.com/2026/04/04/rahman-dahlan-letak-jawatan-ketua-umno-bahagian-tuaran/#respond Sat, 04 Apr 2026 12:53:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94259
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tuaran berkuat kuasa serta-merta.

Bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, keputusan berkenaan telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, serta kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, langkah itu dibuat atas pertimbangan peribadi dan bukan berpunca daripada sebarang kemelut dalam UMNO Sabah.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk hala tuju politik dan peranan saya selepas ini,” katanya memetik laporan FMT di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau difahamkan masih kekal sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, landskap politik semasa UMNO Sabah memerlukan suntikan kepimpinan baharu daripada golongan lebih muda bagi memastikan kelangsungan parti.

Mengulas mengenai hala tuju politiknya, beliau menegaskan masih kekal bersama UMNO setakat ini, namun mengakui menerima tawaran daripada parti lain.

Kedudukan Abdul Rahman dalam UMNO Sabah berdepan pasang surut sejak 2020 susulan perbezaan pendapat yang dilihat antara beliau dengan ketuanya ketika itu, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pada 2024, mereka berbalas kenyataan susulan tindakan Abdul Rahman menjemput Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor ke perasmian mesyuarat UMNO Tuaran yang dirasmikan Zahid.

Ketika itu, UMNO dan GRS berseteru namun kedua-duanya kembali bekerjasama untuk menubuhkan kerajaan Sabah pasca PRN pada November lepas.

Pada PRN itu, Abdul Rahman sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN) di DUN Tempasuk tetapi menarik diri selepas namanya diumumkan Bung Moktar.

Beliau memberi alasan kerana ingin memberi laluan kepada muka baharu serta anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti di DUN itu.

Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Dis tahun lepas dan tempatnya digantikan Adun Sukau Jafry Ariffin manakala ahli MKT Mohd Hasnol Ayub menggantikan Abdul Rahman sebagai timbalan ketua Umno Sabah. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/04/rahman-dahlan-letak-jawatan-ketua-umno-bahagian-tuaran/feed/ 0 94259
UMNO Sabah Bahagian Tuaran Tegas Pertahan Autonomi dalam Penentuan Kerusi Pilihan Raya https://sabahmedia.com/2025/03/28/umno-sabah-bahagian-tuaran-tegas-pertahan-autonomi-dalam-penentuan-kerusi-pilihan-raya/ https://sabahmedia.com/2025/03/28/umno-sabah-bahagian-tuaran-tegas-pertahan-autonomi-dalam-penentuan-kerusi-pilihan-raya/#respond Fri, 28 Mar 2025 05:19:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71238
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, tampil menyuarakan pendirian tegas berhubung isu penentuan kerusi yang bakal ditandingi oleh UMNO Sabah Bahagian Tuaran pada pilihan raya akan datang. 

Menurut beliau, keputusan mengenai kerusi tersebut adalah hak dan tanggungjawab UMNO Sabah Bahagian Tuaran serta Presiden UMNO Malaysia, dan bukan keputusan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu tanpa melalui proses perbincangan yang sewajarnya.

Abdul Rahman yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Sabah itu turut menekankan bahawa konsep autonomi dalam parti bukanlah bererti seorang individu sahaja boleh membuat keputusan sesuka hati. 

Tegasnya, jika seorang sahaja yang memonopoli keputusan, itu bukanlah autonomi tetapi autokrasi.

“Autonomi bukan bermakna satu orang saja membuat keputusan. Kalau seorang saja siok-siok membuat keputusan, itu bukan autonomi, itu autokrasi. Jadilah demokrat, bukan autokrat,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini. 

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pihak dalam parti untuk menghormati prinsip demokrasi dan memastikan segala keputusan dibuat secara musyawarah dan berasaskan semangat kolektif dalam parti. 

Menurutnya, adalah penting bagi UMNO Sabah Bahagian Tuaran untuk mempertahankan hak autonomi mereka dalam membuat keputusan secara bersama dan bukannya dikuasai oleh individu tertentu.

Kenyataan tegas ini dilihat sebagai mesej jelas kepada pihak-pihak tertentu agar menghormati proses demokrasi dalam parti dan memastikan keputusan dibuat secara inklusif dan adil. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/28/umno-sabah-bahagian-tuaran-tegas-pertahan-autonomi-dalam-penentuan-kerusi-pilihan-raya/feed/ 0 71238
Kita Alukan Pelaburan B Grimm Group Ke Sabah – Rahman Dahlan   https://sabahmedia.com/2023/07/28/kita-alukan-pelaburan-b-grimm-group-ke-sabah-rahman-dahlan/ https://sabahmedia.com/2023/07/28/kita-alukan-pelaburan-b-grimm-group-ke-sabah-rahman-dahlan/#respond Fri, 28 Jul 2023 08:32:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39116
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU – Pengerusi Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengalukan-alukan pelaburan yang mahu dibuat syarikat Gegrasi Thailand, B Grimm Group ke Negeri Sabah.

Melalui satu hantaran di laman Instagramnya hari ini, Rahman berkata Syarikat berkenaan mempunyai kepentingan besar di dalam bidang industri tenaga, hartanah, pengangkutan dan perkhidmatan kesihatan.

“Kami berbincang mengenai minat beliau untuk melabur di Negeri Sabah terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan bidang yang diminati beliau iaitu projek penanaman semula pokok kayu”

Tambahnya, Dato’ Dr Harald Link  dinamakan sebagai salah seorang dari 10 orang yang paling berjaya di Thailand dengan nilai harta peribadi beliau sebanyak US 3.3Bilion atau RM 15 Bilion, dan beliau juga adalah peminat tegar dan pernah bermain sukan POLO katanya.

tangkap layar hantaran rahman dahlan di laman sosial instagram
https://www.instagram.com/p/CvOzK2Urire/?hl=ms

Jelas Rahman lagi, Dr Harald  amat mengambil berat soal alam sekitar dan fenomena perubahan iklim dalam mana-mana projek dan perniagaan beliau, dan itu memang kita alu-alukan di negeri Sabah.

Insyallah saya akan membantu beliau untuk mempermudahkan urusan pelaburan beliau di negeri Sabah ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Syarikat reNIKOLA di mana B.Grimm Power Thailand mempunyai kepentingan sebanyak 45% di dalam syarikat itu menyasar untuk mengumpul sehingga AS$438 juta (RM2 bilion) untuk membiayai perancangan projeknya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ini termasuk projek solar di Asia Tenggara, kata pengarah urusannya Boumhidi Adel kepada Reuters.

Beribu pejabat di Kuala Lumpur, syarikat itu memiliki dan mengendalikan loji tenaga solar berskala besar di seluruh Semenanjung Malaysia.

reNIKOLA sedang mencari untuk mengembangkan projek tenaga boleh diperbaharuinya dalam operasi dan pembangunan kepada satu gigawatt-puncak (GWp) dalam tempoh tiga tahun akan datang daripada loji 178 megawatt puncak (MWp) sedia ada yang beroperasi sekarang, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/28/kita-alukan-pelaburan-b-grimm-group-ke-sabah-rahman-dahlan/feed/ 0 39116
Apakah tiada langsung perasaan simpati kepada Rakyat Sabah Soal Rahman Dahlan https://sabahmedia.com/2023/01/08/apakah-tiada-langsung-perasaan-simpati-kepada-rakyat-sabah-soal-rahman-dahlan/ https://sabahmedia.com/2023/01/08/apakah-tiada-langsung-perasaan-simpati-kepada-rakyat-sabah-soal-rahman-dahlan/#respond Sun, 08 Jan 2023 02:35:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27557
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU – Apakah tiada langsung, walau pun sekelumit, perasaan simpati kepada rakyat Sabah yang sedang bergelut dengan cabaran kehidupan dan ekonomi soal Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Katanya rakyat Sabah berhak mendapat kestabilan politik

“ Rakyat Sabah pun berhak mendapat kestabilan politik. Mereka berhak untuk mendapat ruang untuk bernafas dari semua kekalutan politik”

“ Mereka marah, mual dan muak dengan politik. “

Takkan asyik berpolitik 24jam tegasnya di dalam satu hantaran di laman facebooknya hari ini.

Tambah Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Tuaran itu berkata “Kesabaran” dalam berpolitik adalah tuntutan demokrasi. Ianya salah satu tiang seri demokrasi. Kalau tiada kesabaran, demokrasi akan pincang

Suasana politik Sabah kembali panas sejak bermula dengan jemputan media untuk pengumuman khas Parti Warisan (WARISAN) sebelum ditangguhkan, disusuli tindakan UMNO Sabah mengumumkan menarik diri daripada kerajaan negeri.

Situasi panas berterusan  dengan WARISAN pula mengadakan sidang media berhubung kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, sama seperti isu dibangkitkan UMNO Sabah.

Ketegangan politik dijangka berterusan hingga beberapa hari lagi iaitu selagi pihak yang menimbulkan suasana berkenaan belum beralah dalam tindakan mereka.

Dijangkakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diminta menyatakan pendirian mengenai siapa yang disokong mereka untuk menjadi Ketua Menteri Sabah berikutan kemelut politik yang berlaku ketika ini.

Sumber berkata, pihak Istana Seri Kinabalu juga akan memanggil semua ADUN bagi menyatakan pendirian masing-masing di hadapan Juhar.

“Langkah ini bagi mengetahui sama ada sokongan yang diterima Hajiji yang dibawa ke Istana Seri Kinabalu sama dengan pengakuan yang dibuat sendiri ADUN terbabit di hadapan Juhar nanti,”

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/08/apakah-tiada-langsung-perasaan-simpati-kepada-rakyat-sabah-soal-rahman-dahlan/feed/ 0 27557
Beri masa dan ruang untuk kerajaan membuat kerja – Rahman Dahlan https://sabahmedia.com/2022/12/04/beri-masa-dan-ruang-untuk-kerajaan-membuat-kerja-rahman-dahlan/ https://sabahmedia.com/2022/12/04/beri-masa-dan-ruang-untuk-kerajaan-membuat-kerja-rahman-dahlan/#respond Sat, 03 Dec 2022 22:36:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25794
Read Time:2 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Keadaan ekonomi negara yang tidak stabil perlu diperbetulkan, hubungan antara kaum yang semakin meruncing perlu diredakan, suhu politik yang tinggi sejak beberapa tahun ini perlu diturunkan dan hubungan antara semua pemimpin dan pengikut yang agak tegang perlu dikendurkan segera, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya semalam, Abdul Rahman berkata, jemaah menteri yang baru diumumkan dan beliau mahu supaya kita memberi masa dan ruang untuk kerajaan itu membuat kerja.

“Jemaah menteri telah diumumkan
seperti biasa ramai yang memberi komen, telahan, sindiran, kritikan dan tidak kurang yang bersimpati, memahami dan merasai tekanan dan situasi yang menyelubungi keputusan PRU15 sehinggakan sebuah kerajaan perpaduan terpaksa diwujudkan.

“Kita bagilah masa dan ruang untuk kerajaan ini membuat kerja dan mari kita bersama pantau prestasi mereka. Cabaran yang bakal mendatang ini bukan calang-calang kesannya kepada negara dan rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sekarang masa untuk melihat ke depan kerana terlalu besar risikonya untuk kita terus berbalah kerana masa depan negara dan rakyat yang menjadi pertaruhan.

“Kita boleh saja terus berpolemik dan berdebat, berbahas 24 jam mengenai politik. Dan dalam suasana politik negara yang kucar kacir sekarang ini, saya kira akan ada juga hujah dari semua pihak yang akan betul.

“Tapi apa pilihan kita sekarang ini? Mahu berbahas dari siang sampai ke subuh atau kita tidurkan mata dan rehatkan badan kita secukupnya supaya esok boleh bangun dengan minda cergas dan bertenaga untuk mencari jalan penyelesaian kepada semua masalah yang berdepan dengan kita.

“Siapapun jadi PM dan apapun konfigurasi jemaah menteri baik dari PH, PN, BN, GPS, GRS, Warisan dan yang lain, akan mengundang kritikan dan polemik yang tidak kesudahan,” ujarnya.

Beliau turut prihatin kepada keadaan rakyat sekiranya mereka terus memikirkan soal politik sehingga lupa akan tanggungjawab dan meneruskan kehidupan sebenar.

“Mereka kadang-kadang lupa…. Esok anak bini nak makan apa? Minggu depan ada kerja lagi tak? Bulan depan syarikat masih boleh berniaga tak atau nak tutup? Tahun depan, kerajaan kena kurangkan subsidi tak? Berapa lama kita boleh bertahan sebelum kena jual harta dan rumah untuk menyara kehidupan keluarga?

“Ini semua persoalan ngeri yang saya harap tidak akan terjadi. Dan cara mengelaknya ialah dengan kita kurangkan berpolitik buat sementara waktu. Bagilah ruang kerajaan bernafas untuk mencari jalan terbaik menangani isu-isu kritikal negara.

“Percayalah kalau kita masih tidak mahu “stand down” atau “berehat” dari berpolitik sepanjang masa, mimpi ngeri itu akan menjadi kenyataan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/04/beri-masa-dan-ruang-untuk-kerajaan-membuat-kerja-rahman-dahlan/feed/ 0 25794