rai kepelbagaian budaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 Feb 2024 06:28:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rai kepelbagaian budaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rakyat Sabah wajar berbangga dapat rai kepelbagaian budaya dan perayaan https://sabahmedia.com/2024/02/13/rakyat-sabah-wajar-berbangga-dapat-rai-kepelbagaian-budaya-dan-perayaan/ https://sabahmedia.com/2024/02/13/rakyat-sabah-wajar-berbangga-dapat-rai-kepelbagaian-budaya-dan-perayaan/#respond Tue, 13 Feb 2024 06:28:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49420
Read Time:53 Second

Tuaran : Rakyat Sabah daripada pelbagai kaum wajar untuk sentiasa berbangga kerana dapat hidup dalam keadaan aman harmoni sambil meraikan kepelbagaian budaya dan perayaan yang ada.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, perkara seumpama itu adalah wajah sebenar negeri Sabah yang tidak mengira agama, suku kaum, aliran politik, semua sama dalam satu perayaan yang diraikan.

“Ini harus kita teruskan, begitu juga budaya saling menghormati dan toleransi kaum yang membolehkan kita menyambut pelbagai perayaan dalam suasana harmoni,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Bukit Giling, di sini semalam.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, rakyat seharusnya bersyukur kerana dapat meraikan kepelbagaian dari segi kaum dan budaya.

Justeru katanya, rakyat perlu mengelakkan persengketaan, sebaliknya meneruskan budaya saling menghormati.

“Jangan kita terpengaruh dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menyemai kebencian sesama kita, tetapi teruskan semangat saling membantu sesama kita,” katanya.

Jahid turut memuji usaha penduduk kampung untuk mengadakan program tersebut, dengan harapan mudah-mudahan usaha tersebut akan menjadi ikutan serta dorongan kepada masyarakat mengikut kawasan masing-masing. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/13/rakyat-sabah-wajar-berbangga-dapat-rai-kepelbagaian-budaya-dan-perayaan/feed/ 0 49420