Rai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Apr 2023 05:26:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Majlis Sedekah Jariah rai 338 golongan asnaf https://sabahmedia.com/2023/04/16/majlis-sedekah-jariah-rai-338-golongan-asnaf/ https://sabahmedia.com/2023/04/16/majlis-sedekah-jariah-rai-338-golongan-asnaf/#respond Sun, 16 Apr 2023 05:26:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32859
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Seramai 338 golongan anak yatim, ibu tunggal dan warga emas diraikan pada majlis Sedekah Jariah anjuran Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBKK), di sini, hari ini.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan keperluan asas makanan itu disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapa Sakmud.

Majlis turut dihadiri tiga penyumbang utama iaitu Kumpulan BTC Berhad, Kain Mewah dan Jalen Distributor Sdn Bhd.

Mustapa berkata, tujuan utama penganjuran majlis itu adalah bagi meraikan golongan asnaf terutamanya anak yatim dan ibu tunggal bagi memastikan mereka tidak merasa terpinggir.

Katanya, ia diharap dapat memberi keceriaan kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam menyambut bulan Ramadan dan hari raya Aidilfitri.

“Kita amat berbesar hati dan berterima kasih kepada syarikat-syarikat yang sudi tampil untuk menghulur sumbangan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Hubungan akrab antara sektor korporat dan masjid seperti ini perlu terus diperkukuhkan lagi untuk manfaat bersama semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian Sedekah Jariah, di Dewan Hadhari MBKK, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi MBKK, Datuk Ab Jamal Tun Sakaran; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BTC Berhad, Datuk Abdul Kadir M.E Sikkandar dan wakil-wakil syarikat penyumbang lain.

Mustapa berkata, apa yang pasti, sumbangan ini sudah tentu dapat meringankan bebanan penerima terutamanya dalam persiapan menjelang sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.

Sementara itu, Mustapa berkata, pihaknya sudah merangka usaha untuk mencapai sasaran ‘menoktahkan’ golongan miskin tegar di Parlimen Sepanggar.

Katanya, seramai 492 golongan miskin tegar sudah dikenalpasti melalui perangkaan yang dibuat oleh pihak berwajib.

“Kita akan menyusun atur pelbagai program termasuk memberi latihan kemahiran kerja dan peluang pendapatan tambahan dalam sektor pertanian, makanan serta perkhidmatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/16/majlis-sedekah-jariah-rai-338-golongan-asnaf/feed/ 0 32859
UMS Bakal Rai Lebih 4000 graduan Pelbagai Peringkat Pengajian Pada Konvokesyen Kali Ke-23 https://sabahmedia.com/2021/12/04/ums-bakal-rai-lebih-4000-graduan-pelbagai-peringkat-pengajian-pada-konvokesyen-kali-ke-23/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/ums-bakal-rai-lebih-4000-graduan-pelbagai-peringkat-pengajian-pada-konvokesyen-kali-ke-23/#respond Sat, 04 Dec 2021 05:16:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9289
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka akan melahirkan seramai 4,405 graduan dalam pelbagai bidang kepakaran bagi tahun 2021.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail berkata, daripada keseluruhan jumlah tersebut, 521 pelajar terdiri daripada graduan Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

“Bagi pelajar di peringkat prasiswazah, dijangka 3,663 graduan akan menerima skrol ijazah sarjana muda, di samping 134 graduan di peringkat diploma, dan 87 graduan peringkat Diploma Pascasiswazah.

“Ini merupakan usaha berterusan universiti bagi memenuhi keperluan negara dan tuntutan masyarakat bagi menghasilkan graduan yang berkepakaran dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian satu kenyataan di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, Rasid memaklumkan, senarai muktamad para graduan itu akan diisytiharkan Yang DiPertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun (Dr.) Hj. Juhar Datuk Hj. Mahiruddin sebelum penghujung tahun 2021.

“Untuk makluman, istiadat konvokesyen yang biasanya diadakan pada bulan November setiap tahun ditangguhkan berikutan ancaman dan isu keselamatan ekoran penularan pandemik Covid-19.

“Dengan mengambil kira beberapa faktor seperti kelancaran dan hal-hal keselamatan yang saya nyatakan tadi, maka majlis istiadat konvokesyen bagi graduan UMS 2021 dirancang untuk dilaksanakan pada Jun 2022,” jelas Rasid.

Sementara itu, hampir kesemua 4,639 graduan prasiswazah dan pascasiswazah UMS yang diisytiharkan Canselor UMS pada 30 Disember 2020 telah pun menerima skrol dan transkrip keputusan masing-masing.

Menurut Rasid, skrol tersebut dihantar melalui pos, dan terdapat juga yang hadir mengambil sendiri di UMS.

“Satu berita gembira untuk graduan yang tamat pengajian pada tahun berkenaan, UMS merancang untuk mengadakan majlis istiadat konvokesyen bagi kesemua anda pada bulan Mac 2022.

“Penangguhan majlis ini, yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan November 2020 adalah disebabkan halangan dan isu keselamatan kesihatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Jika keadaan mengizinkan, majlis istiadat konvokesyen bagi graduan tahun 2022 pula akan dilaksanakan pada bulan November, sekali gus menjadikan tiga majlis konvokesyen diadakan UMS pada tahun hadapan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Rasid turut memaklumkan bahawa komposisi graduan UMS adalah terdiri daripada 40-45 peratus berasal dari luar Sabah, termasuk pelajar antarabangsa.

“Justeru, keadaan ini memerlukan perancangan yang lebih rapi, berbanding rakan Istitusi Pengajian Tinggi yang lain terutama keperluan perjalanan dan pergerakan rentas negeri dalam kalangan graduan dan keluarga mereka.

“Pada masa ini, semua proses persiapan sedang giat dijalankan, dan harapan kita semoga ketiga-tiga istiadat majlis konvokesyen UMS ini dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan yang dibuat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/ums-bakal-rai-lebih-4000-graduan-pelbagai-peringkat-pengajian-pada-konvokesyen-kali-ke-23/feed/ 0 9289