Raikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 May 2023 02:02:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Raikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji raikan bakal haji daerah Tuaran 2023 https://sabahmedia.com/2023/05/27/hajiji-raikan-bakal-haji-daerah-tuaran-2023/ https://sabahmedia.com/2023/05/27/hajiji-raikan-bakal-haji-daerah-tuaran-2023/#respond Sat, 27 May 2023 02:02:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35193
Read Time:29 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meraikan dan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada seramai 38 orang bakal haji daerah Tuaran tahun 2023 di Dewan Bangunan Rumah Kebudayaan Bajau Sama, Kampung Lok Batik pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menasihatkan bakal jemaah haji agar mengekalkan disiplin dan patuh kepada peraturan yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Dalam masa sama jaga juga kesihatan supaya urusan ibadat haji berjalan lancar, ikut tertibnya dan dipermudahkan di sana nanti,” katanya.

Hajiji turut mendoakan agar urusan haji bakal-bakal haji dipermudahkan dan beroleh haji yang mabrur.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/27/hajiji-raikan-bakal-haji-daerah-tuaran-2023/feed/ 0 35193
Masyarakat KDRMS Muslim Raikan Kaamatan Secara Maya https://sabahmedia.com/2021/06/07/masyarakat-kdrms-muslim-raikan-kaamatan-secara-maya/ https://sabahmedia.com/2021/06/07/masyarakat-kdrms-muslim-raikan-kaamatan-secara-maya/#respond Mon, 07 Jun 2021 05:47:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=720
Read Time:1 Minute, 17 Second

7 Jun 2021

KOTA KINABALU:  Walaupun sudah memeluk agama Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang muslim namun ia bukan penghalang bagi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Sungai (KDMRS) terus menyambut pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun di negeri ini.

Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara, sambutan kali ini diadakan secara maya dan turut mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 9,000 masyarakat KDMRS dan institut agama membabitkan 43 kawasan atau daerah seluruh negara menyertainya.

Menurut Pengerusi KDMRS Muslim, Nicholas Sylvester, sambutan ini ada objektifnya yang tersendiri terutama bagi masyarakat KDMRS di negeri ini.

“Antaranya adalah untuk memberi pengetahuan, kefahaman serta penghayatan aspek budaya Momogun Muslim yang selari dengan syariat Islam.

“Selain itu, kita mahu ketengahkan identiti patuh syariah masyarakat KDMRS muslim kepada masyarakat di Sabah dan Semenanjung,” katanya selepas menyertai sambutan perayaan Tadau Kaamatan Harmoni Om Aidilfitri Online 2021 KDRMS Muslim pada Sabtu lalu.

Katanya lagi, menerusi sambutan ini walaupun diadakan secara dalam talian ia turut mewujudkan jalinan hubungan persaudaraan antara masyarakat KDMRS dengan seluruh masyarakat majmuk.

“Kita juga mahu memberi kefahaman kepada masyarakat majmuk bahawa perayaan kebudayaan ini tetap boleh diraikan dalam batas-batas Islam.

“Secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat persahabatan, keharmonian dan kesejahteraan dalam hidup berbilang kaum di Sabah,” katanya.

Terdahulu, sambutan yang dianjurkan oleh KDMRS Muslim bersama Hidayah Centre Foundation turut mendapat kerjasama daripada Gabungan Dakwah Malaysia, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Turut hadir,  Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah merangkap Menteri Kewangan 2 Sabah, Datuk Masidi Manjun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/07/masyarakat-kdrms-muslim-raikan-kaamatan-secara-maya/feed/ 0 720