raja ratu pecut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Oct 2025 00:50:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png raja ratu pecut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SAGA XI : Airiel, Siti Norjahera dinobat raja dan ratu pecut https://sabahmedia.com/2025/10/15/saga-xi-airiel-siti-norjahera-dinobat-raja-dan-ratu-pecut/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/saga-xi-airiel-siti-norjahera-dinobat-raja-dan-ratu-pecut/#respond Wed, 15 Oct 2025 00:50:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83295
Read Time:2 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU :  Atlet muda Kalabakan, Airiel Amani Kahar dan Siti Norjahera Beliamor yang mewakili Sandakan berjaya dinobatkan sebagai Raja dan Ratu pecut Sukan Sabah (SAGA) ke-11 di sini pada Selasa.

Airiel membuktikan kehebatannya apabila mencatat masa 10.70 saat untuk menjuarai acara akhir 100 meter lelaki di Stadium Tawau.

Bagaimanapun catatan itu masih jauh daripada rekod kejohanan 10.46 saat milik pelari Tambunan, Hanssen Yap Soon Fu, yang gagal mara ke pusingan akhir kali ini.

Airiel Amani berjaya dinobatkan sebagai Raja Pecut SAGA ke-11 2025

Di tempat kedua ialah Carlson Camilus dengan masa 10.72 saat, manakala rakan sepasukan dari Ranau, Muhammad Muzaffar Shah Abdul Sahidiu, meraih pingat gangsa dengan catatan 10.77 saat.

Airiel mengakui tidak menjangka kemenangan itu berikutan saingan sangat sengit, terutamanya daripada dua pelari Ranau.

“Namun saya berjaya mengatasi rasa gugup dan mencatat rekod peribadi baharu. Saya ucapkan terima kasih kepada jurulatih dan keluarga atas sokongan mereka,” katanya.

Sementara itu, dalam acara 100 meter wanita, pelari Sandakan Siti Norjahera Beliamor menepati jangkaan apabila merangkul pingat emas selepas menewaskan cabaran sengit daripada Bibi Jalina Aloysius dari Tuaran.

Siti Norjahera ketika ditemubual Jabatan Penerangan – Foto JAPEN SABAH

Pelari negeri itu menamatkan larian dengan masa 12.48 saat, meninggalkan Bibi Jalina yang tersadung di garisan penamat untuk meraih perak dengan masa 12.52 saat.

Pingat gangsa pula dimenangi oleh Dayangku Nursyafinaz Syazikah Awangku dari Putatan dengan catatan 12.69 saat.

Siti Norjahera turut menambah koleksi emas keduanya apabila membantu kuartet 4×100 meter wanita Sandakan memenangi pingat emas dengan catatan 49.94 saat.

Bersama rakan sepasukan Nur Anatasia Emilia Mohammad Faiezal, Stevinnie Savior Francis dan Nur Aziqah Sapri, pasukan Sandakan menewaskan Putatan (50.08s) dan Tuaran (50.48s) yang masing-masing meraih perak dan gangsa.

Sandakan turut menggandakan kejayaan dalam acara 4×100 meter lelaki apabila pasukan yang dibarisi Aliff Zulmizan Mohd Aliawal, Mukhriz Ameer Izzudin Abdul Rauf, Muhammad Fareez Adam Mohammad dan atlet kebangsaan Pengiran Aidil Auf Hajam menjuarai perlumbaan dengan catatan rekod baharu 41.42 saat.

Ini merupakan kali kedua pasukan itu memperbaharui rekod kejohanan selepas mencatat 41.83 saat di peringkat separuh akhir, sekali gus memadamkan rekod lama 42.47 saat milik Tawau yang bertahan selama 10 tahun.

Pasukan Tambunan yang dibarisi Hanssen, juara bertahan 200m Dexter Bedie, Deaxtwr Pius dan Deal Bonie berada di tempat kedua dengan 41.98 saat, manakala pasukan Kalabakan yang diketuai Airiel bersama Mohamad Fikri Harun, Muhamad Fitri Fawwaz Abdul Fattah dan Muhammad Rafiel Mohammad Asni meraih gangsa dengan 42.25 saat.

Secara keseluruhan, lima rekod baharu berjaya dipecahkan semalam, termasuk dua oleh kuartet Sandakan, menjadikan enam rekod keseluruhan selepas dua hari acara balapan dan padang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau.

Rekod lain yang dipecahkan termasuk acara 400 meter berpagar lelaki, apabila pelari Sandakan Dexter Palmin mencatat 55.00 saat, mengatasi rekod lama 55.22 saat milik Deaigo Emanuell Wayring.

Acara lempar cakera lelaki turut menyaksikan rekod baharu dicipta oleh Syed Ali Syed Ahmad dari Putatan dengan jarak 42.37 meter, mengatasi rekod lama 42.22 meter milik Mirach Han dari Sandakan.

Pelari Nur Syifa Raisha Adnan Firdaus dari Kota Belud turut mencatat sejarah apabila menjuarai acara 800 meter wanita dengan masa 2:23.46 saat, sekali gus menghapuskan rekod lama 2:24.48 saat milik Hizzilawanty Jamain. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/saga-xi-airiel-siti-norjahera-dinobat-raja-dan-ratu-pecut/feed/ 0 83295
SAGA X : Perebutan gelaran Raja, Ratu Pecut bakal diketahui esok. https://sabahmedia.com/2023/12/18/saga-x-perebutan-gelaran-raja-ratu-pecut-bakal-diketahui-esok/ https://sabahmedia.com/2023/12/18/saga-x-perebutan-gelaran-raja-ratu-pecut-bakal-diketahui-esok/#respond Mon, 18 Dec 2023 13:59:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46735
Read Time:2 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Perebutan gelaran sebagai Raja dan Ratu Pecut Sukan Sabah (SAGA) kali ke-10 bakal terjawab esok menerusi acara 100 meter yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tuaran.

Saingan bagi perebutan gelaran itu dijangka akan tertumpu kepada atlet mewakili Sandakan Pengiran Aidil Auf Hajam @ Pg Roslie bagi kategori Lelaki.

Pengiran Aidil pada peringkat separuh akhir mencatat masa terpantas 11.00s bagi memenangi saringan dua dihadapan Edrick Feivel Florentius dari Penampang dengan 11.18s dan Mohammad Ariff Aiman dari Lahad Datu dalam 11.24s.

Saingan terdekat Aidil adalah merupakan pemenang pingat emas 100 meter Majlis Sukan Sekolah Menengah  (MSSM) 2022 dan baru-baru ini memenangi gangsa dalam Kejohanan Bawah-20 Asia pada Jun, iaitu Dexter Rebie dari Tambunan yang memenangi saringan separuh akhir.

Dexter mencatat masa 11.17s untuk menjadi kedua terpantas, menewaskan Carlson Camilus dari Ranau dalam masa 11.22s dan Rio Nell Erron Ojella dari Keningau 11.62s.

Dalam saringan ketiga, seorang lagi pelari pecut Tambunan merangkul tempat teratas iaitu Hanssen Yap Soon Fu dengan 11.23s manakala Adam Tan Chee Heong dari Tuaran dan Mohammad Azri Mohammad Abli menduduki tempat kedua dan ketiga masing-masing 11.33s dan 11.49s.

Untuk rekod, hanya dua peserta teratas dalam setiap saingan saringan mara secara automatik ke perlawanan akhir esok.

Mereka ialah Pengiran Aidil, Edrick, Dexter, Carlson, Hanssen dan Adam manakala dua tempat ketiga terpantas Arief dan Ari akan menyertai mereka dalam perlumbaan peringkat akhir.

Dalam kategori wanita, Shayna Heather Tahing dari Penampang adalah yang terpantas pada separuh akhir (13.34s) dan dia akan disertai Arinisia Jewa (13.90s) dari Kota Kinabalu pada perlawanan akhir dari saringan tiga.

Finalis lain ialah dua pelari terbaik dalam saringan dua iaitu Nur Aziqah Sapri dari Sandakan (13.61s) dan Sheryna Natasha dari Kota Belud (14.03s).

Pemenang saringan pertama, Esther Joanne Ailos dari Tuaran dengan masa kedua terpantas 13.36s, Theresia Anastasius dari Tambunan dalam 13.52s juga layak ke peringkat akhir.

Dayangku Nursyafinaz Syazirah dari Kinabatangan (13.71s) dan Rizkah Abdullah dari Penampang (13.85s), yang menduduki tempat ketiga dan keempat dalam saringan satu, melengkapkan barisan wanita.

Sementara itu, Nur Denisha Shazlia Abdullah dari Kalabakan memenangi emas pertama olahraga SAGA dalam acara 5,000m wanita.

Dia mencatat masa 20:56.71s untuk mengenepi Efyna Ares Lizod dari Pitas (20.59.66s) dan Ledia Engku dari Ranau (21:37.94s).

Dua lagi emas yang ditawarkan adalah dalam acara 400m lari berpagar lelaki dan wanita.

Elvin Esak dari Ranau memenangi perlawanan akhir lelaki dengan masa 56.01s diikuti Aidan Andrew Daniel (56.05s) dari Tambunan dan Muhammad Firdaus Darus Salam (57.78s) dari Kalabakan.

Frenynila Sherly Lucius dari Kota Marudu memenangi emas wanita dengan 66.78s manakala Veeroniza Seibit dari Ranau dengan 68.95s dan Goloria Eilisa Soeneh dari Kalabakan dengan 70.23s masing-masing memperoleh perak dan gangsa. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/18/saga-x-perebutan-gelaran-raja-ratu-pecut-bakal-diketahui-esok/feed/ 0 46735