Rakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Apr 2022 07:49:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KBSS Sedia Menjadi Rakan Strategik KWSP https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/#respond Thu, 07 Apr 2022 07:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14023
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah sedia menjadi Rakan Strategik kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Sabah dalam program I – Saraan ataupun lebih dikenali sebagai caruman sukarela.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, kementeriannya menyambut baik cadangan yang diusulkan oleh KWSP Sabah untuk menjadi salah satu rakan strategik.

“Kementerian saya amat mengalu-alukan usaha ini memandangkan ianya amat bermanfaat khususnya untuk para atlit sukan dan kaum belia,” kata Ellron.

Melihat kepada keperluan serta jasa dan pengorbanan para atlet, usaha ini juga dilihat merupakan satu langkah baik bagi menjamin masa depan golongan atlet sukan terutamanya mereka sudah bersara.

“Saya menyokong penuh usaha ini kerana melihat kolaborasi ini juga merupakan satu peluang untuk kita ketengahkan I- Saraan kepada atlet-atlet sukan, memandangkan ada dalam kalangan yang sudah bersara tidak mempunyai simpanan masa depan yang tetap bagi menjamin hidup mereka” tambah Ellron.

Untuk merealisasikan hasrat itu, Ellron berkata kementeriannya akan mewujudkan satu jawatankuasa di peringkat kementerian serta akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan wakil persatuan-persatuan sukan di negeri Sabah untuk membincangkan keperluan caruman ini kepada para atlet sukan.

I-Saraan merupakan satu program dibawah KWSP telahpun dilancarkan pada tahun 2018 adalah satu inisiatif bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig untuk menerima khas melalui caruman sukarela bagi tujuan persaraan.

“Melalui I-Saraan, ahli akan mendapat dividen tahunan sehingga 15% setahun atau sehingga jumlah maksimum RM250 setahun. Selain itu mereka turut diberikan insentif khas serta pelepasan cukai dan bantuan kematian” kata Sabarudin @ Sabree Hassan selaku Ketua Cawangan KWSP Sabah.

Beliau turut menambah amaun caruman sukarela sehingga maksimum RM60000 setahun dan para ahli boleh mencarum pada bila-bila masa.

Terdahulu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin menerima kunjungan hormat daripada pihak KWSP Sabah yang diketuai oleh Ketua Cawangan Sabarudin @Sabree Hassan, Ketua Caruman dan Kewangan, Peter @ Awang Damit Mahmud, Timbalan RAS KWSP Sabah, Mohd Rusdi Md Nasir dan Timbalan Ketua Caruman, Paul Sibining dan Kewangan KWSP di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Wisma MUIS.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/feed/ 0 14023
Status Rakan Sekutu Sabah & Sarawak Akan Dikembalikan https://sabahmedia.com/2021/10/19/status-rakan-sekutu-sabah-sarawak-akan-dikembalikan/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/status-rakan-sekutu-sabah-sarawak-akan-dikembalikan/#comments Tue, 19 Oct 2021 06:22:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7667
Read Time:1 Minute, 31 Second

KUALA LUMPUR: Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) bersetuju kepada cadangan pindaan pada Perkara 1 (2) dan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata keputusan tersebut dipersetujui semasa mesyuarat MKMA63, yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob yang berlangsung hampir tiga jam, semalam (Isnin).

“Pindaan ini akan mentakrif semula maksud Persekutuan,” katanya.

Cadangan tersebut telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang juga mengetuai Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu MKMA63.

Beliau mendedahkan pindaan tersebut berbeza berbanding usul kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018, dan perbezaan utama dalam tambahan pindaan yang diusulkan ialah mentakrifkan semula ‘persekutuan’ dalam Perkara 160 (2).

“Pindaan ini akan menentukan status semua negeri di Malaysia sejajar dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, MA63 dan status setelah Singapura keluar pada tahun 1965,” jelas Wan Junaidi.

Maximus berkata, MKMA63 bersetuju agar cadangan pindaan rang undang-undang dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang.

“MKMA63 akan terus membincangkan perkara-perkara tertunggak dan memastikan hak rakyat Sabah dan Sarawak dipulihkan, terutamanya melalui jawatankuasa penyelesaian masalah di bawah MKMA63,” ujar Maximus.

Di samping itu, MKMA63 turut bersetuju memberi kuasa kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan lesen untuk menangkap ikan laut dalam.

Dalam mesyuarat itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengemukakan kertas cadangan memohon persetujuan dari MKMA63 untuk memberi kuasa kepada Jabatan Perikanan di Sabah bagi mengeluarkan lesen kapal dan peralatan penangkapan ikan untuk tempat penangkapan ikan di Zon C, yang kini  dikendalikan oleh jabatan di peringkat persekutuan.

“Pada awalnya cadangan tersebut diajukan oleh Kerajaan Negeri Sabah, tetapi Majlis (MKMA63) telah bersetuju agar cadangan itu dan diperluas ke Sarawak juga,” kata Maximus.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/status-rakan-sekutu-sabah-sarawak-akan-dikembalikan/feed/ 1 7667
Jabatan Hidupan Liar dan Rakan NGO sumbang 125 bakul makanan di daerah Nabawan dan Kinabatangan https://sabahmedia.com/2021/08/07/jabatan-hidupan-liar-dan-rakan-ngo-sumbang-125-bakul-makanan-di-daerah-nabawan-dan-kinabatangan/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/jabatan-hidupan-liar-dan-rakan-ngo-sumbang-125-bakul-makanan-di-daerah-nabawan-dan-kinabatangan/#respond Sat, 07 Aug 2021 07:02:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4213
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar turut sama membantu dengan memberikan bakul makanan kepada golongan yang terjejas dan memerlukan ketika pandemik COVID-19 melanda negara ini.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Jabatan Hidupan Liar berjaya mengumpul wang sebanyak RM12,855.00 hasil sumbangan kakitangan jabatan bersama rakan kongsi NGO seperti Orangutan UK Appeal, Oregon Zoo, HUTAN, Eco Health Alliance, Danau Girang Field Centre, 1Stop Borneo Wildlife dan WWF Malaysia (Sabah).

Dengan jumlah wang yang terkumpul, 125 bakul makanan berjaya disediakan untuk diedarkan kepada golongan terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Penyerahan bakul makanan tersebut dijalankan serentak di dua lokasi yang berlainan. Sumbangan sebanyak 100 bakul makanan telah diserahkan oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga kepada Wakil Penerima di Dewan Kg Simatuoh, Nabawan.

Manakala 25 bakul makanan pula diedarkan kepada golongan ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Daerah Kinabatangan yang diwakili oleh Sylvia Alsisto dan Hussien Muin.

Usaha ini merupakan inisiatif dan kerjasama semua kakitangan Jabatan Hidupan Liar untuk membantu meringankan beban golongan sasar sekaligus merapatkan hubungan antara jabatan dengan masyarakat di daerah Nabawan dan Kinabatangan amnya.

Justeru itu, pihak Jabatan Hidupan Liar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Daerah Nabawan dan Pejabat Daerah Kinabatangan yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program penyerahan bakul makanan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/jabatan-hidupan-liar-dan-rakan-ngo-sumbang-125-bakul-makanan-di-daerah-nabawan-dan-kinabatangan/feed/ 0 4213
COVID-19: Jangkitan dalam kalangan keluarga, rakan sekerja dan komuniti cetus dua kluster di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/08/covid-19-jangkitan-dalam-kalangan-keluarga-rakan-sekerja-dan-komuniti-cetus-dua-kluster-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/08/covid-19-jangkitan-dalam-kalangan-keluarga-rakan-sekerja-dan-komuniti-cetus-dua-kluster-di-sabah/#respond Thu, 08 Jul 2021 12:58:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2795
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sekerja dari pelbagai lokaliti berbeza di sekitar Mukim Lumadan mencetuskan Kluster Lumadan di Beaufort.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan dua kluster hari ini iaitu Kluster Lumadan, Beaufort dan Kluster Istimewa Dua, Sandakan.

Katanya, berdasarkan siasatan KKM, Kluster Lumadan tercetus kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan penjarakan fizikal semasa aktiviti permainan atas talian (online gaming) dalam kalangan belia dikenal pasti menjadi punca penularan.

Menurutnya, kes indeks adalah lelaki, 19, disahkan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag 100% di Klinik Subha Beaufort pada 29 Jun 2021, selepas bergejala demam dan batuk sejak 24 Jun 2021.

“Hasil saringan kontak rapat, sembilan ahli keluarga dan jiran didapati positif.

“Bermula dari 29 Jun 2021 hingga 8 Julai 2021, terdapat 46 kes termasuk dua kes baharu hari ini daripada 110 saringan yang dijalankan. Kadar positif adalah sebanyak 41.81 %,”jelas Masidi.

Manakala Kluster kedua iaitu Kluster Istimewa Dua, Sandakan melibatkan jangkitan dalam komuniti di lokaliti Kg. Istimewa, Sandakan.

Kata Masidi, sebelum ini, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan pernah melaporkan kejadian kluster di kampung yang sama pada 14 November 2020.

“Namun pada kali ini, kes indeks merupakan lelaki, 48, dikesan positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 25 Jun 2021 di Klinik Kesihatan Sandakan.

“Saringan yang dijalankan terhadap 261 kontak mendapati 27 orang disahkan positif termasuk dua kes baharu, sementara 229 orang didapati negatif dan lima orang lagi masih menunggu keputusan.

“Berikutan dengan kes itu, pengesanan kontak rapat dan siasatan lanjut masih giat dijalankan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/08/covid-19-jangkitan-dalam-kalangan-keluarga-rakan-sekerja-dan-komuniti-cetus-dua-kluster-di-sabah/feed/ 0 2795