Rakyat Malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 15 Sep 2025 12:08:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rakyat Malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rakyat Malaysia diseru kekalkan perpaduan, hormati keperlbagaian kaum, budaya dan agama https://sabahmedia.com/2025/09/15/rakyat-malaysia-diseru-kekalkan-perpaduan-hormati-keperlbagaian-kaum-budaya-dan-agama/ https://sabahmedia.com/2025/09/15/rakyat-malaysia-diseru-kekalkan-perpaduan-hormati-keperlbagaian-kaum-budaya-dan-agama/#respond Mon, 15 Sep 2025 12:07:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81326
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, menyeru rakyat Malaysia untuk terus memelihara perpaduan serta menghormati kepelbagaian kaum, budaya dan agama demi menjadikan negara lebih kukuh serta harmoni.

Dalam perutusannya sempena sambutan Hari Malaysia ke-62, Tun Musa menegaskan bahawa Malaysia lahir daripada semangat persefahaman dan visi bersama sejak 16 September 1963, hasil penyatuan Malaya, Sabah dan Sarawak.

“Malaysia dikurniakan kepelbagaian yang kaya. Kepelbagaian ini tidak seharusnya menjadi punca perpecahan, sebaliknya kekuatan yang menyatukan kita. Perpaduan adalah asas yang membolehkan Malaysia kekal stabil dan terus maju,” katanya.

Beliau berkata Sabah dan Sarawak memainkan peranan penting dalam pembentukan serta pembangunan negara, termasuk menyumbang kepada kestabilan politik, pertumbuhan sosioekonomi dan kepelbagaian budaya.

Namun katanya, masih banyak usaha diperlukan khususnya di Sabah untuk mengurangkan jurang ekonomi dan memastikan pembangunan sampai ke seluruh negeri agar tiada rakyat yang tertinggal.

“Sabah yang lebih kuat akan menjadikan Malaysia lebih kukuh,” tambahnya.

Tun Musa turut mengingatkan bahawa tiada ruang untuk sikap fanatik perkauman atau agama dalam negara ini sekiranya rakyat ingin maju bersama.

Katanya, Sabah sendiri menjadi contoh teladan kepada keharmonian dengan masyarakat berbilang kaum dan agama hidup aman serta saling menghormati.

Beliau turut menyeru para pemimpin supaya tidak mengejar keuntungan politik dengan menimbulkan perpecahan, sebaliknya memberi tumpuan kepada idea bernas, penyelesaian praktikal dan dasar yang memperkasa rakyat.

Dalam pada itu, beliau dan Toh Puan turut menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa banjir serta tanah runtuh di Sabah akibat hujan berterusan yang meragut nyawa dan merosakkan kediaman, perniagaan serta infrastruktur.

“Dalam masa yang sukar ini, saya menyeru komuniti yang terjejas agar sentiasa berhati-hati, berwaspada dan mematuhi nasihat pihak berkuasa. Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan agar proses pemulihan dapat dilaksanakan melalui semangat ketabahan dan gotong-royong,” katanya.

Mengakhiri perutusannya, Tun Musa menegaskan bahawa Hari Malaysia adalah masa untuk memperbaharui komitmen terhadap solidariti, keadilan dan kemakmuran.

“Bersama-sama, dengan saling menghormati dan tujuan yang dikongsi bersama, kita akan terus membina sebuah Malaysia yang aman, progresif dan tidak mudah goyah. Selamat Hari Malaysia,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/15/rakyat-malaysia-diseru-kekalkan-perpaduan-hormati-keperlbagaian-kaum-budaya-dan-agama/feed/ 0 81326
UMSKAL Anjur Pertandingan Video Infografik Seni Warisan Rakyat Malaysia https://sabahmedia.com/2021/12/17/umskal-anjur-pertandingan-video-infografik-seni-warisan-rakyat-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/umskal-anjur-pertandingan-video-infografik-seni-warisan-rakyat-malaysia/#respond Fri, 17 Dec 2021 12:16:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10028
Read Time:2 Minute, 17 Second

LABUAN: Kursus Kokurikulum Tarian Rakyat (EA01603) Semester I, Sesi 2021/2022 Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Pertandingan Video Infografik Seni Warisan Rakyat Malaysia pada 11 Disember lalu secara dalam talian.

Pertandingan itu disertai seramai 12 peserta yang mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS) (2 penyertaan), UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), SMK Skudai, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Bukit Mertajam High School, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI).

Dannyraj S/O Palaraman, juara keseluruhan
Dannyraj S/O Palaraman, juara keseluruhan.

Turut menyertai pertandingan itu ialah Kota Kinabalu High School, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan orang awam.

Ketua Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMSKAL, Gabriel Moinjil berkata pertandingan video infografik berkenaan dengan seni warisan rakyat di Malaysia adalah julung kalinya dilaksanakan di UMSKAL dan sebagai satu pendekatan yang diambil oleh Kursus Kokurikulum Tarian Rakyat di bawah PKPP bagi meningkatkan pengetahuan pelajar dan masyarakat terhadap seni warisan yang terdapat di Malaysia.

Katanya, rasional program ini adalah mengambil kira adanya seni warisan yang unik yang terdapat di negara kita dan semakin dilupakan oleh generasi muda kerana kurangnya pendedahan dan sikap tidak ingin tahu.

Jelas beliau, dengan adanya pertandingan secara dalam talian dilaksanakan, video seni warisan rakyat Malaysia dapat direkodkan dan ditonton pada masa akan datang melalui media sosial seperti Youtube.

“Objektif pertandingan itu ialah meningkatkan pengetahuan perserta dan masyarakat berkenaan warisan seni pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia.

“Selain itu, membina dan meningkatkan minat, kreativiti, kebolehan dan potensi peserta dalam penyediaan video seni dan warisan.

“Pada masa sama, meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan memelihara seni warisan pelbagai etnik yang semakin dilupakan oleh di Malaysia,”kata Gabriel lagi.

Gabriel berkata selain untuk mencapai objektif tersebut, para pelajar juga dapat mempelajari kaedah untuk penganjuran program dan aktiviti walaupun dilaksanakan secara dalam talian.

Turut hadir Jurulatih Kursus Kokurikulum Tarian Rakyat Semester 1, Sesi 2021/2022, Mas Adi Alimin dan Pengarah Projek tersebut, Abiezer Aaron Mawilis (pelajar tahun 1).

Tiga hakim yang berpengalaman dari UMSKAL mengadili pertandingan tersebut.

Pada pertandingan itu, pelajar IKBN Seri Iskandar, Dannyraj S/O Palaraman muncul johan diikuti naib johan Dishaherra Kassun dari Universiti Malaysia Sabah dan ketiga pelajar English College, Vibushanen A/L Palanival.

Kesemua mereka menerima hadiah wang tunai dan sijil manakala peserta lain menerima sijil penyertaan.

Soalan kuiz berkenaan seni dan warisan juga dilaksanakan semasa pertandingan. Pemenang juga menerima wang tunai.

Sementara itu, kaedah pelaksanaan pertandingan ialah peserta perlu menghantar video infografik berkenaan seni warisan di Malaysia.

Kandungan video adalah penerangan berkenaan seni dan warisan yang berkaitan dan dipersembahkan secara kreatif untuk ditonton. Video yang berdurasi 3 hingga 5 minit perlu dihantar bermula pada 5 Disember hingga 10 Disember 2021 kepada penganjur.

Penilaian pertandingan dilaksanakan pada 11 Disember 2021 dan semua video peserta ditayangkan untuk dinilai oleh hakim.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/umskal-anjur-pertandingan-video-infografik-seni-warisan-rakyat-malaysia/feed/ 0 10028