Rakyat perlu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 Jun 2023 10:38:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rakyat perlu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rakyat perlu bersama kerajaan kekalkan kestabilan politik & ekonomi https://sabahmedia.com/2023/06/11/rakyat-perlu-bersama-kerajaan-kekalkan-kestabilan-politik-ekonomi/ https://sabahmedia.com/2023/06/11/rakyat-perlu-bersama-kerajaan-kekalkan-kestabilan-politik-ekonomi/#respond Sun, 11 Jun 2023 10:38:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36161
Read Time:2 Minute, 11 Second

TUARAN: Seluruh rakyat khususnya masyarakat di daerah Tuaran diseru untuk bersama-sama kerajaan mengekalkan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor
berkata dengan kerjasama dan sokongan berterusan daripada rakyat, maka kerajaan dapat memberi fokus terhadap kelancaran pembangunan di negeri ini.

Menurutnya, banyak lagi kemudanan infrastruktur seperti balai raya, bekalan air dan elektrik serta jalan raya di kampung-kampung yang perlu dinaiktaraf.

“Perancangan dan peruntukan bagi projek-projek ini telah dan sedang diatur. Sebagai wakil rakyat kawasan ini, saya akan memberi perhatian sewajar dalam setiap pemasalahan rakyat. Bukan hanya di kawasan ini, malah di seluruh negeri”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Suang Olung 2023 di Dewan Suworoh, Kampung Selupoh Tuaran, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, walaupun sentiasa sibuk kerana mentadbir negeri, namun hatinya tidak pernah melupakan penduduk kampung di kawasannya.

“Sebab itu pada hari ini, walaupun bulan Kaamatan yang diraikan sepanjang bulan Mei telah berakhir, saya tetap hadir menyantuni orang-orang kampung yang terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada saya selama ini. Terima kasih, ponsikou om Kotobian Tadau Tagayo Kaamatan”.

“Saya berasa gembira kerana dapat balik kampung dan turun padang untuk berjumpa dan bersama-sama meraikan Pesta Kaamatan Suang Olung. Saya anggap sambutan Kaamatan Suang Olung ini amat istimewa kerana ia menggabungkan 11 buah kampung. Usaha ini jelas membuktikan bahawa semangat perpaduan dan toleransi di kalangan penduduk ini sentiasa kukuh dan terpelihara”, tegasnya.

Hajiji berharap semangat dan usaha yang ditunjukkan dalam perayaan ini akan terus tersemat di dalam diri masyarakat untuk memacu peningkatan sosio ekonomi dan kemakmuran bersama.

Katanya, tema Kaamatan tahun ini iaitu ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’, jelas meminta rakyat bersama-sama memelihara dan meningkatkan lagi perpaduan, toleransi dan semangat kekitaan yang tinggi.

Menurutnya, Pesta Kaamatan merupakan perayaan yang diraikan setiap tahun oleh masyarakat Kadazandusun Murut dan Rungus (KDMR) dan merupakan satu budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman.

“Pesta ini bukan sahaja bertujuan menyatakan rasa kesyukuran di atas hasil tuaian yang baik tetapi juga memberi peluang kepada saudara mara untuk berkumpul dan mengeratkan silaturahim, sama ada dari suku kaum Dusun Lotud, Kadazan atau Bajau Sama.

“Semoga Perayaan Pesta Kaamatan Suang Olung ini akan terus memberikan inspirasi dan kekuatan kepada kita untuk memperkasakan lagi kestabilan, keamanan dan kemakmuran rakyat.

“Atas faktor tersebut, Kerajaan Negeri menyambut baik dan mengalu-alukan penganjuran program seumpama ini dan mencadangkan agar perayaan ini dilaksanakan secara bergilir mengikut kampung setiap tahun, serta akan melibatkan penyertaan lebih banyak lagi kampung-kampung lain”, tambahnya.

Selain merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Suang Olung, Hajiji turut merasmikan secara serentak Dewan Serbaguna Kampung Selupoh Pogun Lawid, Dewan Serbaguna Kampung Kiwatu di majlis itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/11/rakyat-perlu-bersama-kerajaan-kekalkan-kestabilan-politik-ekonomi/feed/ 0 36161
Rakyat perlu terus bersatu padu untuk maju – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/03/28/rakyat-perlu-terus-bersatu-padu-untuk-maju-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/03/28/rakyat-perlu-terus-bersatu-padu-untuk-maju-hajiji/#respond Tue, 28 Mar 2023 13:05:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31685
Read Time:53 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak rakyat negeri ini khusus umat Islam terus bersatu padu dan mengukuhkan kerjasama dalam menyambut bulan Ramadan Al-Kareem.

Katanya, dengan perpaduan yang kukuh dan utuh dikalangan rakyat berbilang kaum, kerajaan dapat merancang, membangun dan majukan negeri ini.

“Perpecahan akan merugikan kita. Untuk maju ke hadapan dan dihormati, kita mesti bersatu padu dan bekerjasama. Gunakan bulan Ramadan ini untuk kukuhkan perpaduan dan persefahaman”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Ramadan 1444H Tahun 2023 di Masjid Haji Abd Razak Sabandar Tuaran, hari ini.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, sejak menyandang jawatan Ketua Menteri, kesibukan tugas mentadbir negeri menyebabkan beliau mempunyai masa yang terhad bersama rakyat di kawasannya.

“Saya amat senang hati kerana dapat bertemu dengan rakyat di Kampung Sabandar dan berbuka puasa bersama dalam bulan Ramadan ini”, katanya.

Selain menyampaikan sumbangan kepada Masjid Haji Abd Razak Sabandar, Hajiji turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada seramai 77 orang asnaf, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal miskin dari kawasan Sabandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/28/rakyat-perlu-terus-bersatu-padu-untuk-maju-hajiji/feed/ 0 31685