Rakyat Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Mar 2024 07:24:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rakyat Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Slogan Sabah Maju Jaya ajak rakyat Sabah cintai kemajuan dan kejayaan https://sabahmedia.com/2024/03/04/slogan-sabah-maju-jaya-ajak-rakyat-sabah-cintai-kemajuan-dan-kejayaan/ https://sabahmedia.com/2024/03/04/slogan-sabah-maju-jaya-ajak-rakyat-sabah-cintai-kemajuan-dan-kejayaan/#respond Mon, 04 Mar 2024 07:24:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50521
Read Time:2 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Slogan Sabah Maju Jaya (S.M.J) yang kini menjadi sebutan ramai, merupakan frasa ringkas dengan mesej besar mengajak setiap rakyat di negeri ini
mencintai kemajuan dan kejayaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, akronim Sabah Maju Jaya dipilih sebagai hala tuju pembangunan negeri ini kerana mahu mengangkat slogan yang telah lama berada pada Jata Negeri ke kedudukan yang lebih tinggi.

Namun beliau merasa sedikit terkilan apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang sering
mempersenda dan memperlekeh slogan keramat itu, melalui tulisan atau komen- komen di dalam media sosial.

“Niat dan hasrat kita ialah mengangkat dan menjulang tinggi slogan keramat Sabah
Maju Jaya dari Jata Negeri yang setiap masa terlihat dan terbaca oleh kita, tetapi ramai pula yang memperlekehkannya dan memandang rendah usaha murni yang kita
perjuangkan itu.

“Pada saya, mempersenda dan memperlekeh slogan Sabah Maju Jaya, samalah sifatnya seperti tidak menghormati, atau tidak menyayangi bahkan menghina negerinya sendiri”, katanya pada Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.

Hajiji berkata, negeri-negeri lain termasuk di negara jiran Indonesia, juga mempunyai
slogan mereka tersendiri. Contohnya Sarawak memperkenalkan slogan “Sarawak
Maju Makmur” bagi melonjakkan kemajuan negeri. Selangor menggunakan “Kita
Selangor Maju Bersama”.

Menurutnya, Terengganu menggunakan istilah “Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”. Melaka memperkenalkan slogan “Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat”, manakala Negeri Kedah menggunakan “Kedah Sejahtera – Nikmat Untuk Semua”. Negara Indonesia mengangkat slogan “Terus Melaju Untuk Indonesia Maju”.

“Hakikatnya, kita perlu bertekad cemerlang serta tekun berusaha, lebih-lebih lagi selaku anggota perkhidmatan awam yang komited dan bertanggungjawab untuk menjadikan Sabah lebih maju dan rakyatnya berkemajuan.

“Apa juga isu dan cabaran yang mendatang, kita perlu mengharunginya bersama dengan cekal dan bijaksana. Jangan mudah terpengaruh dengan adu domba atau
provokasi pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mahu melihat kita terus bertelingkah. Kita perlu berikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha menjadikan Sabah lebih maju dan berjaya”, tegasnya.

Hajiji berkata, setelah hampir tiga tahun pelaksanaannya, Hala Tuju SMJ telah dapat
membawa negeri Sabah ke landasan yang tepat untuk terus maju dan membangun
menerusi beberapa petunjuk ekonomi memperlihatkan kejayaan dan mencerminkan
kewibawaan dalam mentadbir dan mengurus ekonomi negeri.

“Selaras dengan komitmen dan semangat Hala Tuju SMJ, pada tahun lalu, kita berjaya
merekodkan hasil kerajaan negeri tertinggi dalam sejarah, yang berjumlah RM6.973
bilion. Sebenarnya, momentum itu telah kita mulakan sejak mengemudi kerajaan negeri dengan merekodkan jumlah hasil negeri yang besar iaitu RM5.449 bilion pada 2021 dan RM6.960 bilion pada tahun 2022. Sejak menerajui Sabah, Kerajaan Negeri telah berjaya mencatat rekod cemerlang disegi kutipan hasil tertinggi dalam sejarah selama tiga tahun berturut-turut.

“Kejayaan itu pasti didorong oleh kerja keras para penjawat awam yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang. Syabas kepada mereka
yang sentiasa bekerja keras, dan terima kasih kerana komitmen semua telah menghasilkan kejayaan yang berterusan”, tambahnya.

Selain memperoleh hasil negeri yang tinggi, Hajiji berkata, Sabah juga berjaya mencatat peningkatan pelaburan kumulatif berjumlah lebih RM33 bilion, disamping rekod dagangan antara yang tertinggi dalam sejarah, berjumlah RM118.1 bilion pada tahun 2022.

Hajiji opitimis, dengan beberapa pencapaian dan prestasi ekonomi negeri yang positif dan semakin pulih, Sabah mampu mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi sekitar empat
peratus tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/04/slogan-sabah-maju-jaya-ajak-rakyat-sabah-cintai-kemajuan-dan-kejayaan/feed/ 0 50521
Kerajaan negeri berusaha selesai isu berkaitan keperluan asas rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2024/03/04/kerajaan-negeri-berusaha-selesai-isu-berkaitan-keperluan-asas-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/03/04/kerajaan-negeri-berusaha-selesai-isu-berkaitan-keperluan-asas-rakyat-sabah/#respond Mon, 04 Mar 2024 06:58:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50515
Read Time:2 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus memastikan kehidupan rakyat Sabah terbela dengan usaha berterusan menyelesaikan isu berkaitan keperluan asas rakyat khususnya elektrik, air, perumahan dan lain-lain, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, isu itu telah menghantui rakyat Sabah sejak sekian lama, tanpa menunding jari kepada mana-mana pihak, kerajaan pimpinannya sejak September 2020 telah
melaksanakan pelbagai ikhtiar bagi menjamin kehidupan rakyat yang lebih selesa.

“Kita telah melancarkan Sabah Energy Roadmap & Master Plan 2040 pada bulan
September tahun lalu sebagai usaha beralih daripada sumber tenaga tidak boleh
diperbaharui seperti gas asli dan bergantung kepada rangkaian sungai di Sabah.

“Permintaan bekalan tenaga elektrik yang semakin meningkat pada masa ini boleh
diatasi dengan mempercepatkan pengeluaran hidroelektrik bagi memenuhi keperluan industri yang semakin pesat di negeri ini. Tenaga boleh diperbaharui seperti solar, biomas dan biogas akan melengkapkan lagi kapasiti penghasilan tenaga elektrik di Sabah”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.

Hajiji berkata, Projek Hidroelektrik Ulu Padas di Tenom yang dijangka siap pada 2029, aliran bekalan elektrik akan diperluaskan dengan menghubungkan rantau selatan dan tenggara Sabah sekali gus mencipta rangkaian tenaga yang lebih stabil.

Menurutnya, projek itu akan turut membantu menyelesaikan kekurangan bekalan air dalam tempoh masa panjang dengan penghasilan 6,000 juta liter air sehari. Projek itu juga akan menjadi “game changer” kepada negeri Sabah sekali gus menjamin kehidupan yang lebih baik dan sempurna pada masa akan datang.

Beliau berkata, bagi memastikan bekalan air menjadi lebih stabil, kerajaan juga telah
meningkatkan kapasiti bekalan air di Loji Rawatan Air Telibong 1 dan 2, sebanyak 130
juta liter air sehari hingga 160 juta liter air sehari yang mampu membekalkan air di kawasan Utara Kota Kinabalu termasuk di Tuaran, Taman Perindustrian Kota Kinabalu
(KKIP) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurutnya, kerajaan turut meningkatkan kapasiti bekalan air di Loji Rawatan Air
Kogopon di Papar kepada 80 juta liter air sehari meliputi kawasan Papar, Kimanis
hingga ke Selatan Kota Kinabalu. Projek itu yang bermula 5 bulan lepas dengan kos RM385 juta dijangka siap pada tahun 2026.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri
pada 7 Disember 2021 iaitu SMJ Petroleum Sdn Bhd (kini dikenali SMJ Energy Sdn Bhd) dan setakat Disember 2023, SMJ Energy mempunyai lebih RM5 billion jumlah aset.

Beliau berkata, SMJ Energy mempunyai pemerolehan aset pengeluar minyak dan gas
yang menguntungkan dengan aliran tunai yang kukuh melalui 50% faedah penyertaan
dalam Samarang Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), 25% dalam loji petrokimia
(Sabah Ammonia and Urea Plant (SAMUR)) di Sipitang, dan 10% pegangan pemilikan dalam LNG9 yang dikendalikan dalam Kompleks LNG Bintulu selepas pemerolehan Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP) pada bulan November 2023.

“Selain itu kita turut memperolehi pegangan sebanyak 25% dalam pembinaan kemudahan gas asli cecair terapung yang dikenali sebagai ZLNG di SOGIP, Sipitang.

“SMJ Energy juga telah berjaya menjual hasil minyak mentah sebanyak 3 kali iaitu pada Ogos 2023, Oktober 2023 dan Januari 2024 melalui 50% kepentingannya di Samarang PSC kepada syarikat minyak antarabangsa, dengan pendapatan kasar gabungan berjumlah kira-kira RM371 juta.

“Yang pasti, kita akan meneruskan usaha untuk mendapatkan lebih banyak kepentingan penyertaan dengan PETRONAS, insyaa Allah”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/04/kerajaan-negeri-berusaha-selesai-isu-berkaitan-keperluan-asas-rakyat-sabah/feed/ 0 50515
Kerajaan negeri sediakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/24/pemeriksaan-kesihatan-percuma-untuk-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/24/pemeriksaan-kesihatan-percuma-untuk-rakyat-sabah/#respond Wed, 24 Jan 2024 10:09:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48441
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kabinet Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

“Pada mulanya, ia akan dilaksanakan di 10 daerah,” kata Hajiji semasa mesyuarat pasca kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu, dekat sini hari ini.

Jelas beliau, ini akan melalui perkhidmatan mudah alih menggunakan van khas yang dilengkapi dengan peralatan perubatan canggih untuk sampai ke kawasan luar bandar.

Menurutnya, Kabinet juga telah meluluskan penubuhan Majlis Logistik Sabah.

“Majlis Logistik Sabah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya akan meneliti penggubalan dasar, pengurusan dan pemantauan isu logistik di Sabah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata Kabinet dalam mesyuaratnya hari ini juga bersetuju membenarkan penggunaan bahan binaan konvensional dan bukannya Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk pembinaan Rumah Mesra SMJ.

Beliau berkata antara punca kelewatan menyiapkan Rumah Mesra SMJ ialah
kontraktor tidak dapat melaksanakan projek menggunakan bahan IBS kerana kosnya.

“Dengan melonggarkan syarat, kita berharap pembinaan Rumah Mesra SMJ akan menjadi
lebih pantas,” katanya sambil menambah reka bentuk Rumah Mesra SMJ akan dikekalkan.

Dalam pada itu, Hajiji turut memaklumkan Kabinet telah memberi lampu hijau untuk menaikkan Paitan dan Sook menjadi daerah penuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/24/pemeriksaan-kesihatan-percuma-untuk-rakyat-sabah/feed/ 0 48441
Rakyat Sabah diseru beri restu dan sokong jalinan kerjasama PBS, STAR – Jeffrey https://sabahmedia.com/2023/12/25/rakyat-sabah-diseru-beri-restu-dan-sokong-jalinan-kerjasama-pbs-star-jeffrey/ https://sabahmedia.com/2023/12/25/rakyat-sabah-diseru-beri-restu-dan-sokong-jalinan-kerjasama-pbs-star-jeffrey/#respond Mon, 25 Dec 2023 11:18:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47117
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Rakyat Sabah diseru agar merestui dan menyokong kerjasama yang dijalinkan antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Presiden parti STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menyatakan perkara itu semasa Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2024 yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, hari ini.

Katanya, majlis ini adalah anjuran bersama PBS dan STAR merupakan program yang julung kali diadakan bersama-sama sebagai langkah pertama kerjasama mereka.

“Majlis ini julung-julung kali dibuat dan kami berterima kasih atas sokongan dokongan semua pihak serta kerjasama yang telah kita tunjukkan, ini juga adalah Hari Krismas yang bertuah bagi PBS dan STAR yang turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan beberapa menteri kabinet Sabah.

“Ia mempunyai potensi besar kerana kalau kita pilih kerjasama dengan penganjuran ini, sudah tentu banyak lagi kerjasama kita oleh buat di masa akan datang,” kata Jeffrey ketika ditemui pemberita pada majlis itu.

Namun, beliau turut memaklumkan bahawa ada beberapa pemimpin tertinggi PBS tidak dapat hadir ke majlis tersebut disebabkan masalah kesihatan.

“Dr Maximus tidak begitu sihat manakala Dr Joachim after covid dan bukan salah mereka, adalah lebih baik jika mereka ada sini tapi keadaan tidak mengizinkan jadi kita doakan mereka cepat sembuh,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran majlis hari ini, Jeffrey berkata, ia berjaya dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar.

“Penganjuran bersama majlis ini berjaya, memang kita setuju kita belajar dulu berjalan, baru kita belajar yang tinggi sikit… Ini baru langkah pertama dalam menganjurkan majlis, ada banyak lagi program-program yang kita akan adakan nanti.

“Justeru itu, kita mahu supaya rakyat memberi restu dan sokongan atas kerjasama ini supaya kita tidak berjauhan, berlawan-lawan hanya buang masa, buang duit dan tenaga, jadi kalau kita kumpulkan semua tu, ia akan jadi satu kekuatan.

“Malah ia juga memberi keuntungan kepada rakyat dengan kerjasama dua parti ini. Rakyat tidak bingung, rakyat rasa selesa dan bangga ada kerjasama seperti ini, merekapun tidak buang tenaga bertelingkah antara sesama mereka,” katanya.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menegaskan bahawa dengan adanya jalinan kerjasama kedua-dua parti ini akan menguatkan lagi sokongan daripada masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/25/rakyat-sabah-diseru-beri-restu-dan-sokong-jalinan-kerjasama-pbs-star-jeffrey/feed/ 0 47117
Rakyat Sabah dijemput ke sambutan Hari Krismas di Padang Merdeka, 12-15 Dis ini https://sabahmedia.com/2023/12/13/rakyat-sabah-dijemput-ke-sambutan-hari-krismas-di-padang-merdeka-12-15-dis-ini/ https://sabahmedia.com/2023/12/13/rakyat-sabah-dijemput-ke-sambutan-hari-krismas-di-padang-merdeka-12-15-dis-ini/#respond Wed, 13 Dec 2023 12:12:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46492
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Meneruskan tradisi menyebarkan keriangan pada musim cuti, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Kota Kinabalu Christmas Celebration 2023 (KKCC 2023) kali ke-18 yang diadakan di Padang Merdeka, bermula 12 hingga 15 Disember ini.

Sambutan kali ini yang bertemakan Krismas: Perpaduan dan Harmoni’ merupakan anjuran bersama Majlis Gereja-Gereja Sabah (MGGS), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), manakala Yes 5G sebagai penaja utama adalah terbuka kepada seluruh orang awam, bermula jam 6 petang hingga 10 malam setiap hari.

Acara perasmian sambutan KKCC 2023 telah diadakan pada 12 Disember 2023 (Selasa) dan dihadiri Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah; Brigadier Jeneral Datuk Al Hambra Tun Juhar, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah; Archbishop Datuk Melter Jiki Tais, Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah, Junainah Abbie, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, dan Wing K Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communication Sdn Bhd.

Dalam pada itu, selaku penaja utama sambutan Hari Krismas pada kali ini, Yes 5G sekali lagi akan menampilkan hiasan Pokok Krismas Yes setinggi 53 kaki untuk menghiasi suasana Padang Merdeka sekali gus menambahkan sentuhan keanggunan pada sambutan kali ini.

Oleh itu, para pengunjung dialu-alukan untuk mengunjungi kiosk Yes yang berada di kawasan karnival untuk mengalami kelajuan Yes 5G dan menikmati keistimewaan promosi Hari Krismas.

Terdapat juga permainan karnival, seperti “Feed the Snowman” dan “Ring in the Reindeer” di mana peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/13/rakyat-sabah-dijemput-ke-sambutan-hari-krismas-di-padang-merdeka-12-15-dis-ini/feed/ 0 46492
Pemimpin Gagasan Rakyat diseru beri khidmat kepada seluruh rakyat Sabah – Masidi https://sabahmedia.com/2023/11/13/pemimpin-gagasan-rakyat-diseru-beri-khidmat-kepada-seluruh-rakyat-sabah-masidi/ https://sabahmedia.com/2023/11/13/pemimpin-gagasan-rakyat-diseru-beri-khidmat-kepada-seluruh-rakyat-sabah-masidi/#respond Mon, 13 Nov 2023 02:53:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45129
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Semua pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diseru supaya memberikan khidmat kepada seluruh rakyat di negeri ini tanpa mengira latar belakang ideologi politiknya, kata Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun.

Katanya, bukan hanya berkhidmat kepada ahli parti tetapi juga memberikan perkhidmatan kepada seluruh masyarakat.

“Anggaplah perjuangan anda sebagai satu National Service untuk Sabah. Berjuang dengan ikhlas demi kebaikan masyarakat, bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata.

“Perjuangan ini bukan sahaja sebagai pemimpin atau ahli Gagasan Rakyat, tetapi perjuangan sebagai “Anak Sabah” yang mencintai negeri ini!,” katanya semasa menyampaikan ucapan Perasmian Serentak Pemuda, Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat sempena Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Masidi berkata, walaupun parti Gagasan Rakyat adalah parti baharu, beliau yakin pada penghujung tahun ini akan mencapai seramai 300 ribu ahli yang menyertai parti ini.

“Ini adalah kerana hasil keras dari semua pihak pemuda, wanita, beliawanis dari induk dan semua bahagian.

“Kita mahukan parti kita sebagai yang ‘fresh‘ (segar) dan melambangkan sebuah parti Sabahan itu sendiri sekali gus menjadikan parti yang terbaik dikalangan rakyat Sabah,” tegasnya.

Dalam pada itu, semua pemimpin Gagasan Rakyat diminta untuk menerapkan ‘mindset‘ dengan lebih progresif dan inklusif dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Masa kini memerlukan kita untuk berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza. Politik era kontemporari bukan semata-mata perjuangan kuasa, tetapi juga perjuangan ideologi, prinsip dan
integriti.

“Cabaran politik, terutamanya di Sabah, memerlukan kita untuk berada beberapa langkah ke depan. Oleh itu, pemimpin dan ahli PGRS mesti menerapkan mindset yang lebih progresif dan inklusif,” katanya.

Beliau turut menggesa setiap ahli PGRS menjadi contoh dalam berpolitik dengan integriti, mempromosikan dialog yang konstruktif dan menjauhi budaya politik yang tidak beretika.

“Kita harus melepaskan diri dari politik lama yang penuh dengan intrik dan konflik, dan bergerak menuju politik yang lebih matang, beretika dan berteraskan kerakyatan,” tambahnya.

Justeru itu, Masidi berkata, sebagai sebuah parti lokal, Gagasan Rakyat mempunyai tanggungjawab
khusus untuk mewakili suara dan aspirasi rakyat Sabah.

“Kita tidak hanya memperjuangkan hak Sabah di peringkat nasional, tetapi juga memastikan bahawa setiap keputusan dan inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri yang diterajui oleh YAB Presiden kita, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, merangkap Ketua Menteri Sabah, memenuhi keperluan dan harapan rakyat Sabah.

“Konsep ‘Sabah First’ bukan sekadar slogan, tetapi manifestasi dari komitmen kita untuk memastikan kepentingan Sabah sentiasa diutamakan.

“Sebagai parti lokal, PGRS harus berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah, memastikan bahawa suara mereka didengar dan aspirasi mereka direalisasikan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/13/pemimpin-gagasan-rakyat-diseru-beri-khidmat-kepada-seluruh-rakyat-sabah-masidi/feed/ 0 45129
Rakyat Sabah sembah tahniah kepada Agong baharu https://sabahmedia.com/2023/10/27/rakyat-sabah-sembah-tahniah-kepada-agong-baharu/ https://sabahmedia.com/2023/10/27/rakyat-sabah-sembah-tahniah-kepada-agong-baharu/#respond Fri, 27 Oct 2023 08:28:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44257
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, bagi pihak rakyat Sabah merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Darul Ta’zim, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

“Rakyat Sabah mengalu-alukan dan merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim mengambil alih takhta daripada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa 31 Jan 2024.

Ketua Menteri mewakili rakyat Sabah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah semasa lawatan baginda ke Sabah dalam Program Jelajah Kembara Borneo.

“Kami di Sabah akan sentiasa mengingati baginda, Permaisuri Agong dan keluarga baginda yang turun dan mendekati dengan rakyat di negeri ini. Semoga keluarga Diraja sentiasa sihat sejahtera,” katanya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial, mengumumkan bahawa Persidangan Raja-Raja
membuat keputusan itu semasa Mesyuarat ke-263 (Khas) di Istana Negara pada Jumaat.

Beliau turut mengumumkan bahawa Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/27/rakyat-sabah-sembah-tahniah-kepada-agong-baharu/feed/ 0 44257