Rakyat Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Apr 2025 10:08:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rakyat Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 80 peratus pekerja syarikat pelabur wajib rakyat Sabah – Phong https://sabahmedia.com/2025/04/16/80-peratus-pekerja-syarikat-pelabur-wajib-rakyat-sabah-phong/ https://sabahmedia.com/2025/04/16/80-peratus-pekerja-syarikat-pelabur-wajib-rakyat-sabah-phong/#respond Wed, 16 Apr 2025 10:08:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72100
Read Time:49 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menetapkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah tenaga kerja sepenuh masa di syarikat pelabur mesti terdiri daripada rakyat Sabah.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phong Jin Zhe berkata, syarat itu bertujuan memastikan peluang pekerjaan yang diwujudkan hasil pelaburan terus memberi manfaat kepada anak tempatan.

“Pelabur juga diwajibkan menyediakan latihan kepada tenaga kerja tempatan bagi meningkatkan kecekapan dan kompetensi mereka selaras kehendak industri moden,” katanya semasa ucapan penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Beliau berkata, pihak kementerian secara berterusan akan menggalakkan pelabur melaksanakan program latihan berimpak tinggi, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Sebagai contoh, katanya, dua syarikat pelabur utama di Sabah iaitu SK Nexilis dan Kumpulan Kibing telah menghantar pekerja tempatan ke Korea Selatan dan China untuk menjalani latihan intensif bagi persiapan operasi teknologi tinggi di fasiliti masing-masing.

“Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kapasiti sumber manusia tempatan, malah menyumbang kepada pewujudan ekosistem industri yang lebih mampan dan berdaya saing,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/16/80-peratus-pekerja-syarikat-pelabur-wajib-rakyat-sabah-phong/feed/ 0 72100
Rakyat Sabah diminta kekalkan keharmonian https://sabahmedia.com/2023/10/07/rakyat-sabah-diminta-kekalkan-keharmonian/ https://sabahmedia.com/2023/10/07/rakyat-sabah-diminta-kekalkan-keharmonian/#respond Sat, 07 Oct 2023 13:51:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43279
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama perlu bersama-sama mengekalkan keamanan dan keharmonian negeri Sabah seperti
yang dihasratkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ini bagi memastikan rakyat dapat terus hidup selesa dan makmur lebih-lebih dalam usaha untuk terus membangunkan negeri ini.

“Kepelbagaian suku kaum, etnik, agama dan budaya di negeri ini adalah lambang keharmonian dan keunikan yang amat bernilai. Ia bukan sahaja menjadikan negeri ini unik dalam aspek keharmonian dan perpaduan, tetapi ia adalah khazanah yang perlu dikekalkan untuk generasi akan datang.

“Saya berharap suasana ini sentiasa kita jaga dan pertahankan dengan cara menjaga perpaduan dan saling hormat menghormati demi kesejahteraan hidup seluruh rakyat Sabah,” katanya pada Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah, pada Sabtu.

Hajiji juga mahu kerjasama semua barisan kepimpinan negeri agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan jujur, taat dan setia, berdedikasi dan berintegriti.

“Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat hendaklah digalas dengan sepenuh hati agar agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) mampu kita capai bersama dengan penuh kecemerlangan.

“Dalam masa sama, Kerajaan Negeri juga akan berusaha menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur kepada rakyat terutamanya golongan belia seperti latihan dan kursus bagi mempelajari dan meneroka kemahiran baharu sehingga mampu menjana pendapatan bagi membantu ekonomi keluarga,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/07/rakyat-sabah-diminta-kekalkan-keharmonian/feed/ 0 43279
Pemimpin, ahli PBS perlu berkorban demi parti & rakyat Sabah – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2023/06/18/pemimpin-ahli-pbs-perlu-berkorban-demi-parti-rakyat-sabah-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2023/06/18/pemimpin-ahli-pbs-perlu-berkorban-demi-parti-rakyat-sabah-dr-joachim/#respond Sun, 18 Jun 2023 04:01:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36587
Read Time:3 Minute, 12 Second

RANAU: Para pemimpin dan ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) diminta agar tidak hanya taksub dan berbangga dengan nama parti yang tertua di negeri ini tetapi tidak berbuat apa-apa demi parti.

Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, semua pemimpin dan ahli perlu berkorban demi PBS kerana mereka berjuang bersama dan ia adalah untuk rakyat Sabah.

“Kita perlu terus bersama-sama bekerja keras, bekerjasama demi parti dan rakyat Sabah. Kita utamakan kepentingan PBS dan rakyat Sabah, bukan kepentingan diri sendiri.

“Marilah kita perkuatkan lagi akar umbi kita, bukan kerana kita parti tertua di Sabah tetapi kerana kita parti berprinsip, berdisiplin dan bersatu,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS Bahagian N.36 Kundasang, Bahagian N.37 Karanaan dan Bahagian N.38 Paginatan kali ke-38 di Dewan Komuniti Kampung Kilimu, di sini, kelmarin (17 Jun).

Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini memghimpunkan seramai 500 perwakilan beserta pemerhati.

Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri, turut membawa semua pemimpin dan ahli mengimbau kembali perjalanan parti yang menurutnya telah melalui pelbagai fasa dan merekodkan kejayaan yang membanggakan dalam memperjuangkan beberapa agenda penting.

Antaranya, katanya, kejayaan PBS mempertahankan nama Pesta Kaamatan daripada dijadikan Pesta Rakyat; menjadi parti pertama mengusulkan undang-undang anti-lompat parti secara konsisten; menamatkan pengiliran Ketua Menteri dengan menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 2002 demi kestabilan politik Sabah; menyuarakan secara konsisten isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah; dan perjuangan sebagai sebuah parti berbilang kaum yang menjadi ikutan oleh parti-parti tempatan yang lain.  

Beliau turut meminta semua bahagian dan cawangan agar terus memperkukuhkan keahlian dan kesetiaan ahli PBS serta merancakkan promosi untuk menarik lebih ramai belia dan beliawanis menyertai parti.

“PBS ketika ini dalam usaha meremajakan parti dengan mengetengahkan barisan pelapis pemimpin muda. Sememangnya PBS mempunyai ramai pemimpin muda serta profesional yang berkelayakan dan berkualiti. Mereka inilah yang akan dapat mempromosi dan menarik lebih ramai belia-beliawanis dan profesional ke dalam parti…kita amat mengalu-alukan kemasukan para belia-beliawanis dan profesional ke dalam parti kita,” kata beliau yang juga merupakan salah seorang pemimpin yang menyertai parti itu dengan mendaftar sebagai seorang profesional pada tahun 2002.  

Selain itu, Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyeru semua ahli PBS untuk menyokong sesiapa sahaja antara mereka yang diangkat calon mewakili PBS pada Pilihan Raya Negeri dan Umum akan datang.

“Kita akan kempen sepenuhnya tanpa berbelah bagi,” katanya, sambil mengajak kepimpinan di semua peringkat dan semua ahli untuk terus bergerak ke hadapan dengan penuh yakin dan berani untuk meneruskan perjuangan parti.

“Gunakan kestabilan politik sekarang ini untuk kita memperkukuhkan kedudukan parti di peringkat bahagian dan cawangan, termasuk di Ranau. Inilah masanya kita masuk ke kampung-kampung dengan lebih kerap dan berseru kepada semua Sabahan bahawa PBS akan terus mempertahankan hak-hak Sabahan dan pada masa yang sama, kita memerlukan sokongan padu daripada mereka,” katanya.

Dr. Joachim mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK pelaksana program dan semua perwakilan daripada ketiga-tiga bahagian atas kejayaan mesyuarat tersebut.

Pada masa yang sama, katanya PBS komited untuk terus berjuang bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selagi GRS berkongsi perjuangan yang sama dengan PBS.   

“Kita bekerjasama dengan semua parti komponen GRS, kita hormat-menghormati sesama kita dan mengamalkan formula perkongsian kuasa yang telus, adil dan saksama dalam GRS,” tegas Dr. Joachim yang juga Ketua Bahagian PBS Kundasang.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Naib Presiden PBS, Datuk Johnny Mositun; Ketua Pemuda PBS merangkap Naib Presiden PBS Christoper Mandut; Ketua Wanita PBS bersama Timbalan, Datin Malianah Ugau dan Rosnah Ulap; Penolong Setiausaha Agung PBS, Jonnybone J. Kurum; Setiausaha Kerja PBS Pusat, Mesilus Roman; Ketua Bahagian PBS N.37 Karanaan, Datuk Bernard J. Dalinting; Ketua Bahagian PBS N.38 Paginatan, Arthur Sen serta barisan kepimpinan bahagian masing-masing; Ahli -ahli Majlis Tertinggi (AMT); Exco- Exco pergerakan pemuda; wanita serta ketua-ketua bahagian bersama timbalan serta pemerhati.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/18/pemimpin-ahli-pbs-perlu-berkorban-demi-parti-rakyat-sabah-dr-joachim/feed/ 0 36587
Membangun Masyarakat Madani – Rakyat Sabah rayu laksana segera projek memulihkan bekalan air https://sabahmedia.com/2023/06/03/membangun-masyarakat-madani-rakyat-sabah-rayu-laksana-segera-projek-memulihkan-bekalan-air/ https://sabahmedia.com/2023/06/03/membangun-masyarakat-madani-rakyat-sabah-rayu-laksana-segera-projek-memulihkan-bekalan-air/#respond Sat, 03 Jun 2023 10:31:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35687
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah meluahkan rasa syukur dengan peruntukan yang disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah air yang sekian lama membelenggu penduduk di negeri ini.

Sehubungan dengan itu, tinjauan Sabah Media sekitar Kota Kinabalu hari ini mendapati ramai yang mahu pihak yang berwajib supaya menggunakan peruntukan tersebut sewajarnya dengan melaksanakan tanggungjawab sebaiknya bagi menangani masalah bekalan air di Sabah.

Seorang peniaga, Alex Ka, 54, dari Kinarut berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendengar keluhan rakyat Sabah dan juga Kerajaan Negeri yang terajui oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana berusaha untuk menyelesaikan segala isu khususnya masalah bekalan air ini.

“Kami gembira dengan berita adanya peruntukan dari persekutuan yang diberi kepada Sabah untuk menangani masalah air di negeri ini.

“Saya harap apa yang lebih penting ialah pelaksanaannya, sudah ada bantuan jadi laksanakanlah, apa yang kami selalu hadapi di sini ialah masalah air, banjir dan sistem peparitan yang tidak baik, jadi pelaksanaan projek itu adalah yang paling penting,” tegasnya.

Manakala seorang tukang jahit, Hayana Gafar, 35, dari Kinarut berkata beliau turut gembira dan bersyukur dengan peruntukan untuk memulihkan bekalan air di Sabah.

“Kami di Kinarut ini memang menghadapi masalah air yang teruk, sekiranya peruntukan tersebut dapat disalurkan dengan cara yang betul kami sangat-sangat gembira dan bersyukur, “katanya.

Bagi seorang penjual kuih, Harinyu Kunmalun, 39, dari Kudat pula turut mengharapkan dengan peruntukan yang diberi, projek membaikpulih bekalan air di Sabah dapat dilaksanakan dengan segera.

Sementara itu, seorang pesara, Januid Napsid, 61, dari Beaufort berkata beliau juga mahu pihak berwajib dapat melaksanakan tanggungjawab dalam menyelesaikan isu bekalan air ini dengan secepat mungkin dengan peruntukan yang sudah diberikan oleh pihak persekutuan.

“Kalau di daearah Beaufort ini sudah sinonim dengan banyak masalah, banjir, jalan raya dan masalah air jadi kami merayu kepada pihak berwajib dengan adanya peruntukan yang diberi, pihak yang dipertanggungjawab selesaikanlah masalah air ini dengan segera,” ujarnya.

Selain daripada itu, sebagai warga Sabah, mereka menyokong saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melahirkan masyarakat madani dan menerapkan semangat perpaduan dikalangan seluruh rakyat Malaysia.

“Ini adalah untuk memastikan keharmonian hidup dikalangan masyarakat kita khususnya di negeri Sabah ini, kita ada pelbagai kaum, agama dan fahaman politik, semuanya hidup aman damai,” kata Alex.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/03/membangun-masyarakat-madani-rakyat-sabah-rayu-laksana-segera-projek-memulihkan-bekalan-air/feed/ 0 35687
Rakyat Sabah diajak bersatu tunjuk solidariti sokong ESSCOM sempena ulang tahun ke -10 https://sabahmedia.com/2023/03/31/rakyat-sabah-diajak-bersatu-tunjuk-solidariti-sokong-esscom-sempena-ulang-tahun-ke-10/ https://sabahmedia.com/2023/03/31/rakyat-sabah-diajak-bersatu-tunjuk-solidariti-sokong-esscom-sempena-ulang-tahun-ke-10/#respond Fri, 31 Mar 2023 09:33:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31880
Read Time:2 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Seluruh rakyat Sabah tanpa mengira bangsa dan agama diminta bersatu menunjukkan solidariti dan menyatakan sokongan terhadap peranan yang dimainkan oleh ESSCOM dalam mengekal dan meningkatkan tahap keselamatan serta menjaga kedaulatan negeri itu demi kesejahteraan hidup rakyat, khususnya di bahagian pantai timur Sabah.

Ketika membuat gesaan itu, Penasihat Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS), Mohd Zaki Harry Susanto berpendapat “ucapan Kounsikou” atau terima kasih kepada ESSCOM merupakan hadiah terbaik dan paling sesuai dilafazkan bagi menghargai sumbangan ESSCOM yang menyambut ulang tahun ke -10 pada 1 April ini.

Menurut Zaki penubuhan ESSCOM pada 1 April 2013 merupakan langkah tepat kerajaan persekutuan dalam memastikan kedaulatan negara serta kesejahteraan hidup masyarakat khasnya di Pantai Timur Sabah sentiasa terpelihara.

Beliau berkata pujian juga harus diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak atas keberanian beliau membuat keputusan drastik dan pantas untuk menubuhkan ESSCOM walaupun menerima kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai satu pembaziran.

“Kewujudan ESSCOM terbukti berupaya mengekang jenayah rentas sempadan sekaligus mengawal anasir negatif di kawasan pesisir Pantai Timur Sabah. Selama satu dekad, ESSCOM memainkan peranan yang amat penting malah sejak lima tahun kebelakangan ini, tiada lagi kedengaran kes penculikan atau ‘Kidnapping For Ransom’ (KFR) yang sekaligus mencerminkan keupayaan sebenar dan kejayaan ESSCOM.

“Pun begitu, kita mengharapkan tumpuan ESSCOM bukan hanya kepada ancaman di kawasan sempadan negara dengan Filipina tetapi juga perlu fokus kepada sempadan laut serta darat dengan Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Zaki mencadangkan
agar satu batalion baharu PGA atau tentera ditubuhkan di Kalabakan sebagai persediaan awal kepada limpahan aktiviti rentas sempadan susulan perpindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan.

“Mungkin juga kita boleh mewujudkan Pasukan Kawalan Sempadan yang bertindak mengawal sempadan negara dengan Indonesia di Sabah sepertimana peranan yang pernah dilaksanakan oleh ‘Border Scout’ di pedalaman Sabah sedikit masa lalu.

“Pasukan itu nanti boleh menggunakan keanggotaan dari kalangan anak tempatan yang sekaligus membuka ruang kepada mereka untuk menabur bakti di negeri sendiri,” katanya.

Zaki berkata rata-rata rakyat Sabah kini semakin yakin dengan keupayaan ESSCOM dan berharap agensi penyelaras itu terus beroperasi di bumi Sabah.

Selain sifar kes penculikan sejak enam tahun yang lepas, Zaki yang juga bekas pegawai kanan polis berkata kes pendatang tanpa izin yang cuba menyelinap ke tanah besar Sabah juga berkurangan hasil kawalan ketat anggota keselamatan ESSCOM termasuk perintah berkurung di perairan pantai timur pada waktu malam setiap hari. Pun begitu, Zaki turut berharap titik akhir perintah berkurung tersebut dilanjutkan sehingga ke kawasan Kalabakan.

Sempena sambutan ulang tahun ke-10, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua petugas dan bekas pegawai ESSCOM termasuk yang datang dari Semenanjung dan Sarawak yang bertungkus lumus menjayakan misi murni kerajaan Persekutuan bagi memastikan lebih 3 juta penduduk Sabah hidup selamat, aman damai dan harmoni.

Selepas insiden Tanduo, ESSCOM diberikan tanggungjawab melindungi keselamatan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan termasuk di kawasan perbatasan dan perairan Pantai Timur Sabah.

Penduduk dan masyarakat berada di dalam wilayah berkenaan dikenali sebagai komuniti ESSZONE.

ESSZONE meliputi 10 daerah di Pantai Timur Sabah, iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/31/rakyat-sabah-diajak-bersatu-tunjuk-solidariti-sokong-esscom-sempena-ulang-tahun-ke-10/feed/ 0 31880