rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 25 Jan 2026 10:45:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sokongan padu rakyat penting demi merealisasi agenda pembangunan negeri https://sabahmedia.com/2026/01/25/sokongan-padu-rakyat-penting-demi-merealisasi-agenda-pembangunan-negeri/ https://sabahmedia.com/2026/01/25/sokongan-padu-rakyat-penting-demi-merealisasi-agenda-pembangunan-negeri/#respond Sun, 25 Jan 2026 10:45:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90382
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu dan menjadi rakan kongsi untuk merealisasikan agenda pembangunan Kerajaan Negeri.

“Aspirasi saya sebagai Ketua Menteri adalah untuk melakarkan laluan pembangunan untuk Sabah dan rakyat. Justeru, sokongan berterusan adalah penting demi kesinambungan pembangunan rakyat dan negeri ini,” katanya di majlis perasmian Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Beliau turut memuji Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersekutu Kota Kinabalu (USCCAKK) kerana berjaya menganjurkan Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa Tahun Baharu Cina 2026 bagi menyambut Tahun Baharu Cina 2026.

Beliau berkata, USCCAKK telah secara konsisten menganjurkan acara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjadikannya satu sambutan kebudayaan tahunan yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh masyarakat Cina, malah oleh pelbagai lapisan masyarakat di Sabah, serta berperanan sebagai platform untuk memupuk toleransi dan saling menerima dalam membina masa depan bersama.

“Sebab itu, sambutan perayaan dan kebudayaan dalam kalangan masyarakat Sabah daripada pelbagai agama, etnik dan budaya adalah identiti unik di negeri ini.

“Di Sabah sendiri, sambutan kebudayaan dan perayaan setiap kaum sudah menjadi upacara tahunan dan amalan. la adalah asas untuk meningkatkan perpaduan dan keharmonian sedia ada dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan rakyat berbilang bangsa serta agama di negeri ini,” katanya.

Menurut Zodiak Cina, tahun 2026 merupakan Tahun Kuda Api dan dikaitkan dengan perubahan, inovasi dan keberanian serta menawarkan peluang besar.

“Justeru, semangat dan tenaga dalam Tahun Kuda ini perlu kita ambil untuk bersama-sama dalam membawa lebih banyak pembangunan ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Kerajaan Negeri ingin berkongsi visi harapan ini dan akan maju ke hadapan serta meneruskan agenda pembangunan untuk memulihkan ekonomi, melaksanakan rancangan serta mencari peluang yang baik untuk negeri dan rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/25/sokongan-padu-rakyat-penting-demi-merealisasi-agenda-pembangunan-negeri/feed/ 0 90382
Hajiji zahir penghargaan kepada rakyat, jentera parti dan pentadbiran negeri https://sabahmedia.com/2026/01/18/hajiji-zahir-penghargaan-kepada-rakyat-jentera-parti-dan-pentadbiran-negeri/ https://sabahmedia.com/2026/01/18/hajiji-zahir-penghargaan-kepada-rakyat-jentera-parti-dan-pentadbiran-negeri/#respond Sat, 17 Jan 2026 23:24:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89925
Read Time:1 Minute, 27 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah, jentera parti serta jentera pentadbiran negeri atas sokongan berterusan terhadap kepimpinan beliau dan Kerajaan Negeri dalam meneruskan agenda pembangunan Sabah.

Penghargaan itu dizahirkan menerusi Majlis Penghargaan dan Terima Kasih anjuran beliau yang berlangsung di Dewan Seri Sulaman, di sini, pada Sabtu, yang turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Juliah Salag.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Hajiji serta Kerajaan Negeri dalam memastikan kesinambungan pembangunan negeri berjalan lancar dan terancang.

Ketibaan Hajiji bersama Juliah disambut meriah dengan iringan persembahan kebudayaan, bacaan doa serta tayangan ucapan khas yang memaparkan mesej penghargaan dan komitmen berterusan Ketua Menteri kepada rakyat Sabah.

Dalam ucapannya, Hajiji merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Sabah, jentera parti, penjawat awam serta semua pihak yang terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan negeri dalam usaha membangunkan Sabah secara terancang, inklusif dan mampan.

Beliau menegaskan kestabilan politik dan pentadbiran negeri merupakan prasyarat penting bagi memastikan setiap dasar serta inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan demi kepentingan rakyat.

Hajiji turut menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh tadbir urus kerajaan negeri serta memastikan agenda pembangunan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 dapat dilaksanakan dengan lebih berfokus, menyeluruh dan berpaksikan keperluan sebenar rakyat.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan persembahan hiburan daripada barisan artis tempatan dan artis jemputan dari Kuala Lumpur, sekali gus menjadikan program itu sebagai platform untuk mendekatkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat dalam suasana santai namun penuh makna.

Antara artis yang membuat persembahan ialah Rozaimie, Marleynnie, Ray Kimara, MJ Abadey, Misha Omar dan Datuk Jamal Abdillah yang menghiburkan hadirin dengan pelbagai lagu popular sehingga ke penghujung acara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/18/hajiji-zahir-penghargaan-kepada-rakyat-jentera-parti-dan-pentadbiran-negeri/feed/ 0 89925
Prospek Ekonomi Suram Jejas Pasaran Buruh Negara https://sabahmedia.com/2025/05/03/prospek-ekonomi-suram-jejas-pasaran-buruh-negara/ https://sabahmedia.com/2025/05/03/prospek-ekonomi-suram-jejas-pasaran-buruh-negara/#respond Sat, 03 May 2025 07:33:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73107
Read Time:2 Minute, 55 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

KUALA LUMPUR – Ketidaktentuan prospek ekonomi negara yang semakin jelas susulan perang tarif global dilihat bakal memberi tekanan besar terhadap pasaran buruh tempatan, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat berkaitan keselamatan pekerjaan dan kadar gaji.

Laporan terbaharu Hiring, Compensation and Benefits 2025 oleh Jobstreet yang diterbitkan baru-baru ini memperincikan jangkaan dan perancangan majikan terhadap pasaran buruh untuk separuh pertama tahun ini. Laporan tersebut dibina berdasarkan tinjauan ke atas 2,279 responden terdiri daripada majikan dan profesional sumber manusia merentas pelbagai industri serta saiz organisasi.

Hampir separuh daripada organisasi kecil (48%), sederhana (49%) dan besar (47%) menyatakan hasrat untuk menambah pekerja dalam tempoh Januari hingga Jun 2025. Faktor utama yang mendorong pengambilan baharu ini ialah pengembangan perniagaan.

Sementara itu, 41% majikan memilih untuk mengekalkan jumlah pekerja sedia ada, manakala hanya 5% menyatakan hasrat mengurangkan pekerja – langkah yang didorong oleh keperluan mengurangkan kos operasi dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi.

Bagaimanapun, dapatan itu dibuat dalam tempoh ketika sentimen ekonomi masih positif, dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada paras 4.5% hingga 5.5% bagi tahun 2025.

Perang Tarif Ubah Segala-galanya

Namun situasi berubah drastik selepas Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan ‘perang tarif’ ke atas pelbagai negara, termasuk Malaysia yang dikenakan kadar tarif timbal balik sebanyak 24%. Negara ASEAN lain turut terkesan – Indonesia (32%), Thailand (37%), Myanmar (45%), Vietnam (46%), Laos (48%) dan Kemboja (49%).

Kesan segera daripada dasar perdagangan agresif itu ialah semakan semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia, yang kini diramalkan berada di antara 4% hingga 4.5% – lebih rendah daripada jangkaan awal.

Keadaan ini mendorong banyak majikan untuk menilai semula rancangan pengambilan pekerja mereka. Menurut pemerhati industri, langkah membekukan pengambilan atau pengurangan tenaga kerja dijangka menjadi lebih meluas.

Presiden Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 pekerja berisiko kehilangan pekerjaan khususnya di negeri berorientasikan eksport seperti Pulau Pinang, Johor dan Lembah Klang. MICCI turut menjangkakan pertumbuhan gaji pekerja akan turut terjejas.

PKS dan Industri E&E Terancam

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pula menyatakan lebih 60,000 pekerja Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bergantung kepada eksport ke pasaran Amerika Syarikat berada dalam risiko tinggi kehilangan kerja. Menurut MEF, sekitar 12,000 daripada 1.2 juta PKS negara mempunyai keterikatan langsung dengan pasaran eksport AS.

Dalam pada itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Letrik (KPPPL) yang mewakili lebih 10,000 pekerja dalam industri elektrik dan elektronik (E&E), turut menyuarakan kebimbangan bahawa sektor itu kini berada di bawah tekanan hebat yang berpotensi menjejaskan keselamatan pekerjaan ribuan pekerja tempatan.

Kadar Pengangguran Masih Stabil – Buat Masa Ini

Berdasarkan Sorotan Pasaran Buruh Suku Tahun Ke-4 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran negara masih kekal stabil pada paras 3.2%. Angka ini menunjukkan Malaysia masih berada dalam kategori guna tenaga penuh – istilah yang digunakan apabila kadar pengangguran berada di bawah 4%.

Namun kestabilan ini bakal terancam sekiranya jangkaan pemberhentian pekerja dalam sektor eksport menjadi kenyataan, justeru menyebabkan kadar pengangguran meningkat.

Malaysia telah mengekalkan kadar pengangguran rendah secara konsisten selama lebih 40 tahun, dari 1982 hingga 2023, yang mencerminkan keupayaan pertumbuhan ekonomi negara menyediakan peluang pekerjaan mencukupi.

Rundingan Perlu Membuahkan Hasil

Dalam menghadapi tekanan ini, kerajaan sedang menjalankan rundingan dengan pihak Amerika Syarikat bagi membincangkan semula kadar tarif yang dikenakan. Harapan kini disandarkan kepada diplomasi perdagangan untuk memastikan kesan jangka panjang terhadap ekonomi dan pasaran buruh negara dapat diminimumkan.

Kejayaan rundingan ini bukan sahaja penting bagi memulihkan keyakinan pelabur dan majikan, malah dapat mengurangkan keresahan rakyat terhadap ketidaktentuan ekonomi yang sedang melanda.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/03/prospek-ekonomi-suram-jejas-pasaran-buruh-negara/feed/ 0 73107
Sabah Makin Sejahtera: Bukti Usaha Membasmi Kemiskinan Berhasil https://sabahmedia.com/2025/04/28/sabah-makin-sejahtera-bukti-usaha-membasmi-kemiskinan-berhasil/ https://sabahmedia.com/2025/04/28/sabah-makin-sejahtera-bukti-usaha-membasmi-kemiskinan-berhasil/#respond Mon, 28 Apr 2025 03:22:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72787
Read Time:2 Minute, 54 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

Kesejahteraan rakyat Sabah terus memperlihatkan perkembangan membanggakan.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pertengahan April lalu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berkongsi berita baik — jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar di Sabah mencatat penurunan ketara berdasarkan data e-Kasih.

Dalam tempoh hanya setahun, dari 29 Februari 2024 hingga 28 Februari 2025, bilangan KIR Miskin Tegar di negeri ini berjaya dikurangkan sebanyak 89.9%, daripada 14,553 kepada hanya 1,464.

Untuk rekod, kategori Miskin Tegar merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan iaitu RM1,218 sebulan — tahap di mana keperluan asas makanan pun tidak mampu ditampung.

Agenda Lima Teras

Menelusuri kejayaan ini, kerajaan negeri berpegang pada lima teras utama dalam membasmi kemiskinan — menyediakan bantuan perumahan, pendidikan, peluang pekerjaan, bantuan kebajikan dan kewangan, serta latihan keusahawanan.

Malah, sejak Februari 2025, satu lagi inisiatif baharu, Program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur), dilancarkan melibatkan 72,060 KIR miskin dan miskin tegar, dengan dana RM358.5 juta diperuntukkan menerusi Belanjawan Sabah 2025.

Setiap keluarga yang layak menerima bantuan RM300 sebulan selama setahun bagi meringankan beban kos sara hidup.

Melakar Sejarah Baharu

Sabah selama ini bergelut dengan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 2022 menunjukkan insiden kemiskinan tegar di Sabah enam kali ganda lebih tinggi berbanding purata nasional — satu realiti legasi yang diwarisi turun-temurun.

Kini, pengurangan drastik ini mencerminkan perancangan rapi dan iltizam tinggi kerajaan negeri.

Dalam Belanjawan Sabah 2025, RM488.5 juta lagi diperuntukkan untuk memperkasakan program pembasmian kemiskinan, antaranya:

  • RM250 juta bagi membina 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya.
  • Bantuan one-off RM5,000 kepada peniaga gerai kecil tepi jalan.

Menambah kejayaan ini, kerajaan negeri turut meluluskan Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar 2025–2030 (RAER), dijangka menjana RM2–3 bilion nilai ekonomi serta melibatkan 100,000 isi rumah luar bandar.

Jangan Leka

Namun begitu, agenda ini tidak boleh dihentikan separuh jalan. Kadar kemiskinan bersifat dinamik — boleh berubah mendadak akibat kehilangan pekerjaan, kenaikan bilangan ahli keluarga atau faktor-faktor ekonomi lain.

Sebagai peringatan, sehingga akhir Mac 2025, Sabah merekodkan penerima tertinggi dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 — 497,815 penerima dengan nilai bantuan RM492.64 juta.

Di bawah SARA 2025, penerima menerima RM50–RM200 sebulan selama 9 hingga 12 bulan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak, telur, ubat-ubatan dan bahan persekolahan.

Bermula April 2025, Perdana Menteri mengumumkan perluasan program SARA sehingga melibatkan 5.4 juta penerima — lonjakan besar berbanding 700,000 sebelum ini.

Keluar Dari Lingkaran Kemiskinan

Namun, usaha membasmi kemiskinan bukan sekadar untuk melepaskan rakyat dari belenggu kemiskinan tegar. Sasaran sebenar ialah untuk mengangkat martabat hidup mereka — supaya menikmati kehidupan wajar dan selesa.

Menurut laporan Indikator Kos Sara Hidup Malaysia 2023 (DOSM), isi rumah di Sabah memerlukan sekurang-kurangnya RM4,414 sebulan untuk menjalani kehidupan asas yang sejahtera.

Menariknya, daerah Lahad Datu mencatatkan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) kelima tertinggi di Malaysia — RM5,608 sebulan, malah lebih tinggi daripada purata nasional RM4,729.

Sementara itu, Kinabatangan merekodkan PAKW makanan tertinggi di Malaysia iaitu RM2,040 sebulan.

Sebaliknya, median upah bulanan pekerja di Sabah hanya RM1,882 pada suku ketiga 2024 — ketiga terendah di Malaysia, dan jauh daripada mencukupi untuk kehidupan wajar.

Ini memperlihatkan cabaran sebenar: meningkatkan pendapatan rakyat secara mampan, bukan sekadar melalui bantuan kewangan jangka pendek.

Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera

Sabah kini berada di landasan betul untuk memerdekakan rakyatnya dari kemiskinan. Namun perjalanan ini menuntut keazaman berterusan agar semua lapisan masyarakat mampu menikmati kehidupan bermaruah dan sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/28/sabah-makin-sejahtera-bukti-usaha-membasmi-kemiskinan-berhasil/feed/ 0 72787
Indikator Ekonomi Madani Buktikan Pemerkasaan Ekonomi Negara Sedang Berjalan Dengan Baik https://sabahmedia.com/2024/10/17/indikator-ekonomi-madani-buktikan-pemerkasaan-ekonomi-negara-sedang-berjalan-dengan-baik/ https://sabahmedia.com/2024/10/17/indikator-ekonomi-madani-buktikan-pemerkasaan-ekonomi-negara-sedang-berjalan-dengan-baik/#respond Thu, 17 Oct 2024 14:52:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62367
Read Time:3 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU — Kerangka Malaysia MADANI yang mempunyai 6 nilai teras bersepadu dan holistik, dilihat mampu mencorak masa hadapan negara yang mampan, saksama serta inklusif.

Kerangka Malaysia MADANI yang telah dijadikan asas panduan kepada dasar negara kini giat dilaksanakan dan berjaya mencatatkan pelbagai kejayaan yang meletakkan negara di landasan pembangunan yang pesat.

Menyorot kembali antara inisiatif ketika pembentangan belanjawan 2024 lalu, Perdana Menteri telah menekankan mengenai Ekonomi MADANI di mana ianya menjadi induk kepada dasar-dasar yang telah diluncurkan iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMK12).

Peluncuran NETR menggariskan enam pemacu utama peralihan tenaga, antaranya melibatkan tenaga boleh baharu, hidrogen, mobiliti hijau serta pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Bagi menterjemah hasrat NETR, kerajaan turut menyediakan Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 bilion.

Selepas setahun lebih pelancarannya, banyak kemajuan dan pencapaian berjaya direkodkan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat.

Nyatanya pada ketika ini, kerajaan telah berjaya mengawal kadar inflasi sekaligus sedikit sebanyak telah melegakan rakyat yang terpaksa menempuh kenaikan kos sara hidup.

“Bersandarkan pencapaian kukuh untuk 6 bulan pertama tahun 2024, kadar pertumbuhan KDNK negara untuk keseluruhan tahun 2024 berpotensi melepasi unjuran Kerajaan Malaysia (antara 4% – 5%). Serta melepasi unjuran oleh pakar dan penganalisis ekonomi.

Pada tahun 2023, KDNK negara tumbuh pada kadar 3.6% dan menurut Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia/ Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) di laporkan berkata bahawa negara boleh mencapai pertumbuhan 5.1% untuk tahun 2024.

Tatkala ekonomi negara berkembang pesat, kadar inflasi juga telah berjaya di kawal dengan baik, tanpa sebarang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampau serta mendadak.

Pastinya ini telah menggambarkan kejayaan Ekonomi MADANI jika hendak dibandingkan dengan negara luar ketika ketidaktentuan ekonomi global dan krisis geopolitik serta perubahan iklim dunia memberi kesan serta cabaran kepada kos sara hidup.

Kejayaan ini juga adalah satu pencapaian yang membanggakan, memandangkan pertumbuhan pesat boleh melonjakkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Sebagai contoh, Negara Filipina yang telah mencatatkan pertumbuhan KDNK 6.3% turut mencatatkan kadar inflasi yang meninggi iaiatu pada kadar 3.7%.

Manakala data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), dalam tempoh masa 2 tahun (Ogos 2022 – Ogos 2024), kadar inflasi negara telah merekodkan trend menurun dan stabil dan pada Ogos 2024 kadar inflasi negara hanya mencatatkan angka 1.9%.

Dan sebagai perbandingannya, kadar inflasi negara mencatatkan angka 2.5% pada tahun 2023 dan 3.3% untuk tahun 2022

Ini membuktikan Kestabilan ekonomi negara adalah penting untuk kelangsungan kehidupan rakyat.

PERTUMBUHAN EKONOMI YANG KUKUH DAN TERUS BERKEMBANG

Dalam pada itu juga, Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dipacu oleh jumlah pelaburan yang besar, merangkumi pelaburan asing dan domestik.

Ini membuktikan kepercayaan dan keyakinan pelabur luar terhadap hala tuju kerajaan, termasuk daya-saing negara dari aspek kos dan tenaga kerja berkemahiran.

“Laporan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) menunjukkan jumlah pelaburan di luluskan/ total approved investment untuk 6 bulan pertama tahun 2024 adalah sebanyak RM 160 billion.

“Ini merupakan peningkatan 18%, berbanding tempoh masa yang sama tahun 2023 (RM 135.6 billion).

“Jumlah pelaburan RM 160 billion berkenaan meliputi pelaburan asing sebanyak RM 74.6 billion (46.6%), manakala pelaburan domestik pula RM 85.4 billion (53.4%).”

Lebih menarik prestasi perdagangan negara juga berada di tahap memberangsangkan.

Menerusi laporan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), dalam tempoh 7 bulan pertama tahun 2024 (Januari – Julai), nilai dagangan negara telahmencapai RM 1.652 trillion, merangkumi eksport (RM 862.23 billion) dan import (RM 789.71 billion).

Jumlah bagi tujuh bulan pertama ini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan dagangan negara pada tahun 2023 iaitu RM 2.6 trillion.

Maka tidak mustahil untuk negara melepas pencapaian tahun lalu sehinggalah bulan 12 akan datang.

Kemampuan Malaysia untuk meningkatkan nilai dagangan boleh dicapai sekiranya permohonan menyertai platform kerjasama ekonomi BRICS diluluskan.

PENGUKUHAN NILAI RINGGIT

Kepimpinan Anwar juga pernah dikritik teruk selepas kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia pada tahap RM4.79 berbanding nilai Dollar Amerika Syarikat pada Februari lalu.

Ia disimpulkan sebagai kejatuhan paling teruk dalam tempoh masa 26 tahun, iaitu sejak Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998.

“Dan dalam tempoh masa 7 bulan, nilai Ringgit telah mempamerkan prestasi yang begitu memberangsangkan. Pada 4 Oktober 2024, berbanding nilai Dollar Amerika Syarikat, nilai Ringgit telah mengukuh kepada RM 4.21.

“Ini merupakan pengukuhan 12% dalam tempoh masa tersebut. Malah, nilai Ringgit di jangka akan terus mengukuh kepada nilai sebenar sekitar RM 3.80.”

Antara kejayaan ini, telah membuktikan kerangka Ekonomi Madani telah membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Sekaligus dapat meyakinkan rakyat bahawa Malaysia berada di landasan yang kukuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/17/indikator-ekonomi-madani-buktikan-pemerkasaan-ekonomi-negara-sedang-berjalan-dengan-baik/feed/ 0 62367
Rakyat diseru terus pupuk semangat patriotisme, kekal perpaduan, jaga keharmonian – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/08/30/rakyat-diseru-terus-pupuk-semangat-patriotisme-kekal-perpaduan-jaga-keharmonian-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/08/30/rakyat-diseru-terus-pupuk-semangat-patriotisme-kekal-perpaduan-jaga-keharmonian-hajiji/#respond Wed, 30 Aug 2023 11:08:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41029
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum dan berbilang budaya agar terus memupuk semangat patriotisme, mengekalkan perpaduan dan menjaga keharmonian sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan adalah milik kita bersama, justeru rakyat perlu berdiri teguh dan jangan terpengaruh dengan sebarang perkara negatif yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan, sehingga membawa kepada perpecahan.

“Seluruh lapisan rakyat juga seharusnya memperingati dan menghargai jasa serta pengorbanan pahlawan dan pejuang negara, yang mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta”, katanya dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2023.

Hajiji berkata, seiring dengan objektif Malaysia Madani di bawah Kerajaan Perpaduan, agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya menerima baik segala langkah, tindakan dan perancangan yang boleh membina semula kekuatan negara ini, terutama dari segi kemajuan sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Marilah kita sama-sama menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, iaitu “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2023”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/30/rakyat-diseru-terus-pupuk-semangat-patriotisme-kekal-perpaduan-jaga-keharmonian-hajiji/feed/ 0 41029
Rakyat diminta terus bersatu padu memacu pembangunan Sabah https://sabahmedia.com/2023/01/01/rakyat-diminta-terus-bersatu-padu-memacu-pembangunan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/01/01/rakyat-diminta-terus-bersatu-padu-memacu-pembangunan-sabah/#respond Sun, 01 Jan 2023 08:28:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27242
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini diminta untuk terus bersama-sama berganding bahu, bekerjasama dan bersatu padu memacu pembangunan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yakin negeri ini akan terus menikmati keamanan, kejayaan dan kemakmuran jika semua rakyat terus bersatu padu.

“Negeri Sabah kini berada di landasan yang tepat untuk memperkasa pertumbuhan ekonomi dan merancakkan pembangunan melalui Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0, 2021-2025.

“Pelaksanaan pelan pembangunan yang komprehensif dan holistik ini telah menampakkan impak positif. Antaranya, termasuklah nilai pelaburan asing dan
domestik yang semakin bertambah, perkembangan positif sektor pelancongan serta pelaksanaan pelbagai program pembangunan di semua sektor.

“Melalui tadbir urus kewangan negeri yang baik pula, hasil negeri juga terus meningkat
dan telah mencapai angka RM6.6 bilion pada tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Istiadat Lafaz Sumpah Jawatan Yang Dipertua Negeri
Sabah Ke-10, Tun Juhar Mahiruddin untuk penggal keempat di Istana Seri Kinabalu di
sini, hari ini.

Hajiji berkata walaupun Hala Tuju SMJ berpaksikan kepada tiga teras utama, namun
sektor-sektor lain turut diberi perhatian.
Ini dapat dilihat katanya melalui Belanjawan Negeri Tahun 2023 yang berjumlah RM5.138 bilion, di mana hampir kesemua kementerian dan jabatan mendapat peningkatan peruntukan.

“Ini meliputi semua sektor, daripada sektor ekonomi, sosial, perindustrian, pertanian,
pelancongan, infrastruktur, modal insan hinggalah kepada pembangunan wanita, belia
dan sukan.

“Hala Tuju SMJ telah meletakkan semua kementerian dan agensi kerajaan, syarikat
berkaitan kerajaan, syarikat swasta dan rakyat keseluruhannya bergerak sebagai satu
pasukan untuk memastikan semua inisiatif menghala ke satu tujuan untuk bersama-
sama membangunkan negeri ini.

“Justeru, saya mengajak seluruh lapisan rakyat di negeri ini untuk terus bersatu padu
memacu pembangunan negeri ini. Saya yakin Sabah akan terus menikmati keamanan,
kejayaan dan kemakmuran di bawah naungan Tuan Yang Terutama Tun sebagai simbol
perpaduan seluruh pemimpin dan rakyat jelata yang berbilang kaum, agama dan
budaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/01/rakyat-diminta-terus-bersatu-padu-memacu-pembangunan-sabah/feed/ 0 27242
Data komprehensif kenal pasti penerima subsidi bersasar — Salahuddin  https://sabahmedia.com/2022/12/28/data-komprehensif-kenal-pasti-penerima-subsidi-bersasar-salahuddin/ https://sabahmedia.com/2022/12/28/data-komprehensif-kenal-pasti-penerima-subsidi-bersasar-salahuddin/#respond Wed, 28 Dec 2022 03:40:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27024
Read Time:1 Minute, 40 Second

BERNAMA

JOHOR BHARU — Kerajaan akan menggunakan data komprehensif yang dihimpunkan melalui kesemua pangkalan data bagi mengenal pasti penerima subsidi bersasar membabitkan minyak petrol.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pangkalan data itu tidak hanya daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tetapi ia juga diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara, Khazanah Nasional Bhd, Jabatan Perangkaan Malaysia serta kajian-kajian universiti.

Beliau berkata pusat data yang komprehensif adalah penting dan perlu dalam menjayakan mekanisme pemberian subsidi bersasar itu.

“Saya sebut dengan jelas sebelum ini bahawa, data JPJ adalah satu daripada data yang kita perlu, tetapi kita ada data dari LHDN, Khazanah, Jabatan Perangkaan Malaysia, Bank Negara dan kajian-kajian universiti.

“Kita perlu menghimpunkan kesemua data. Kementerian atau Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) harus melihat semua data itu sebelum kita membuat keputusan akhir,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Temu Rapat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), di sini malam tadi.

Beliau mengulas mengenai pandangan pakar-pakar ekonomi bahawa pemberian subsidi menggunakan pangkalan data JPJ dengan melihat kepada kuasa kuda (cc) kenderaan adalah tidak bersesuaian.

Salahuddin baru-baru ini dilaporkan berkata pangkalan data daripada JPJ misalnya boleh digunakan untuk subsidi petrol RON95, berikutan kerajaan dapat mengenal pasti golongan yang layak menerima subsidi berdasarkan jenis cc kenderaan dimiliki. 

Sementara itu, Salahuddin berkata KPDN sedang mengkaji inisiatif Nano Retailerssebagai langkah untuk membantu golongan suri rumah sepenuh masa menjana pendapatan sekali gus meningkatkan ekonomi mereka.

Beliau berkata inisiatif dengan kerjasama DPIM itu memberi peluang kepada suri rumah untuk menjual 11 barangan asas seperti gula, tepung, telur, beras, minyak masak dan barang-barang kering.

“Mereka ini, kita akan bantu dapat bekalan terus dari pengilang, jadi kita boleh selamatkan mereka dari tiga atau empat lapisan orang tengah.

“Di samping memberi pendapatan secara kecil-kecilan, golongan sasar B40 juga dapat dibantu dengan kadar harga yang murah berbanding kedai-kedai biasa,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan projek percubaan itu boleh dilaksanakan di setiap negeri dengan melibatkan beberapa kawasan sebelum diperluaskan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/28/data-komprehensif-kenal-pasti-penerima-subsidi-bersasar-salahuddin/feed/ 0 27024
KALAU TELUR MAHAL JANGAN BELI TELUR  https://sabahmedia.com/2022/12/26/kalau-telur-mahal-jangan-beli-telur/ https://sabahmedia.com/2022/12/26/kalau-telur-mahal-jangan-beli-telur/#respond Mon, 26 Dec 2022 12:25:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26963
Read Time:2 Minute, 47 Second

‘Kalau telur mahal jangan beli telur. Kalau ayam mahal jangan beli ayam, tangguhkan makan ayam’ .

Demikian cadangan beberapa pihak bagi menurunkan harga barang keperluan hidup rakyat. Pada asasnya mereka bercakap dalam bahasa ‘permintaan’ atau ‘demand’ . Ya betul ekonomi bermula dengan ‘demand’ yang kemudian ada kesannya kepada ‘penawaran’ dan ‘harga’.

Sangat logik bukan? Namun pernyataan sebegitu belum sampai pun pada tahap ilmu ‘ekonomi asas Tingkatan Enam atau untuk lulus Peperiksaan STP’.

Asas ilmu ekonomi Tingkatan Enam ada mengajar tentang permintaan, penawaran dan harga untuk persediaan peperiksaan STPM. Namun, jangan lupa ekonomi asas Tingkatan enam juga sudah mengajar pelajar berumur 17 tahun bahawa hukum permintaan dan penawaran ada menetapkan sesuatu andaian terhadap hukum ‘permintaan’ atau ‘law of demand’ . Tentu ramai masih ingat andaian ‘ceteris paribus’.

Ceteris paribus bermaksud, jika permintaan tinggi dan penawaran kurang maka harga akan tinggi atau turun hanya akan berlaku dengan syarat ada andaian bahawa faktor lain konstan, ‘other things being equal’ atau faktor lain tidak berubah.

Maksudnya hubungan ‘supply’ dan ‘demand’ tidak boleh berdiri sendiri tanpa andaian ‘ceteris paribus’. Jika tiada andaian ‘ceteris paribus’ maka hukum ‘demand’ dan ‘supply’ terbatal. Formula asas yang diajar di Tingkatan enam ialah mencari kelok normal seperti:

Qd = a – b(P)

Q = quantity demand
a = all factors affecting price other than price (e.g. income, fashion)
b = slope of the demand curve
P = Price of the good

Perhatikan ‘a’ ialah faktor lain yang mempengaruhi harga selain daripada hanya statistik korelasi antara permintaan dan penawaran.

Dalam kelas ekonomi Tingkatan Enam ada diajarkan tentang ‘exception’ kepada hubungan permintaan dan penawaran terhadap harga. Selain itu elok juga diingat tentang hubungan antara permintaan dan penawaran bukan dalam model ’causes’ dan ‘effects’ sebaliknya hanya model hubungan korelasi.

Terdapat banyak jenis barangan dalam ekonomi permintaan dan penawaran. Bukan semua barangan patuh kepada hukum jika harga tinggi permintaan akan menurun atau jika penawaran tinggi harga akan rendah dan permintaan akan meningkat.

Barangan asas seperti makanan tidak tertakluk kepada hukum penawaran terutamanya yang jangka hayat ‘perishable’ cepat. Ini juga sudah diajar dalam ekonomi asas tingkatan enam.

Begitu juga batas keperluan manusia. Misalnya jika keperluan kepada beras seorang Malaysia ialah dua genggam beras sehari maka agregat permintaan pada asasnya konstan begitu. Jika penawaran ditingkatkan, keperluan individu konstan. Jika penawaran dikurangkan, permintaan tetap konstan. Seorang tidak boleh mengurangkan daripada dua genggam kepada segenggam. Jika keperluan itu ditingkatkan atau dikurangkan, maka ceteris paribus tidak berlaku. Equalibriumnya sudah lain.

Kuliah kecil ini hanya ekonomi asas tentang tingkahlaku manusia ekonomi atau satu lagi andaian ekonomi menyebut hukum ‘permintaan’ hanya terpakai kepada ‘rational economic man’.

Tentulah formula untuk menentukan harga pada peringkat sebuah negara (minus government intervention) lebih sifistikated daripada itu. Tentulah cadangan supaya kalau ayam mahal jangan beli ayam atau jangan makan ayam tidak sesuai dicadangkan oleh mana mana anggota kerajaan.

Jika itu cadangannya habislah harapan rakyat terbanyak akan berkecai. Hancur luluh hati mereka jika itu saja penyelesaian yang ditawarkan oleh jentera negara yang mempunyai segala pakar. Cakap cakap sebarangan hanya akan menambah duka lara rakyat jelata.

Ada jalannya. Bersungguhlah mendalaminya sesuai dengan keazaman membawa REFORMASI kepada Negara Malaysia. Mempersendakan kesulitan hidup rakyat dengan jawapan jawapan gurauan santai adalah suatu tingkahlaku ‘ANTI-REFORMASI’ yang tidak dialu-alukan.

Pak Dinmu di Kampung
Kuala Kangsar
26 Disember 2022

Penafian – Artikel berkenaan adalah diambil daripada Facebook Rasmi Tan Sri Dr Noordin Kardi yang juga Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Tulisan penuh beliau boleh dilayari di sini

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/26/kalau-telur-mahal-jangan-beli-telur/feed/ 0 26963
Rakyat Perlu Waspada, Omicron Cepat Merebak – Joachim https://sabahmedia.com/2022/02/13/rakyat-perlu-waspada-omicron-cepat-merebak-joachim/ https://sabahmedia.com/2022/02/13/rakyat-perlu-waspada-omicron-cepat-merebak-joachim/#respond Sun, 13 Feb 2022 02:31:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12160
Read Time:57 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam menyeru agar semua rakyat lebih berhati-hati dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah di kemaskini oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Melihat kepada trend kadar jangkitan Covid-19 adalah menaik sejak lima hari ini, semua orang perlu lebih peka dan berhati-hati ketika keluar dari rumah kerana penularan virus Omicron terlalu cepat dan amat merbahaya,” kata Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

“Bagi penduduk kampung, semua perjumpaan dan perkumpulan perlu mengikuti ketetapan yang telah disarankan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu mengawal selia dan mengingatkan semua orang kampung.

“Walaupun negara tidak melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP), rakyat masih perlu berhati-hati,” katanya.

Kes jangkitan di daerah Ranau telah berlaku peningkatan sejak beberapa hari lalu.

“Kita perlu siap siaga menghadapi sebarang kenaikan drastik lagi selepas ini,” ujarnya.

Bagi daerah Ranau, kadar statistik dos lengkap vaksinasi sudah melebihi 80%.

Sementara itu, Dr. Joachim turut mengingatkan penduduk Kundasang agar bersiap sedia menghadapi hujan yang berterusan dan mengelak diri dan keluarga dari kejadian bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh, berikutan dengan cuaca hujan yang melanda sejak kelmarin.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/13/rakyat-perlu-waspada-omicron-cepat-merebak-joachim/feed/ 0 12160