Ram Singh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Nov 2025 11:26:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ram Singh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jangan politikkan kes Zara – Peguam https://sabahmedia.com/2025/11/26/jangan-politikkan-kes-zara-peguam/ https://sabahmedia.com/2025/11/26/jangan-politikkan-kes-zara-peguam/#respond Wed, 26 Nov 2025 11:26:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87122
Read Time:2 Minute, 32 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Pasukan guaman ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memohon agar perhimpunan #JusticeForZara Rally 3.0 tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Peguam Shahlan Jufri berkata pasukannya memahami sentimen masyarakat dan menghargai sokongan yang diberikan, namun meragui tujuan asal perhimpunan itu kerana ia dijadualkan pada minggu terakhir kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.

“Kami memahami sentimen masyarakat dan menghargai sokongan yang diberikan, namun prosiding inkues kini berada dalam fasa kritikal dengan saksi-saksi utama sedang memberi keterangan.

“Sebarang perhimpunan awam yang melibatkan elemen protes atau tekanan massa dibimbangi boleh ditafsirkan sebagai percubaan mempengaruhi prosiding, sekaligus menjejaskan persepsi terhadap kebebasan dan ketelitian Mahkamah,” katanya.

Shahlan berkata keutamaan mereka ketika ini ialah memastikan segala prosiding termasuk inkues dan kes jenayah yang sedang menuju tarikh bicara berjalan secara bebas daripada tekanan luar.

“Sehubungan itu, kami menasihatkan agar sebarang aktiviti awam yang berkaitan kes ini hanya dilakukan selepas mendapatkan nasihat undang-undang dan dengan penuh berhati-hati.

“Pihak kami berharap perhimpuan tersebut tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik kerana ianya tindakan yang amat tidak wajar dan tidak matang serta tidak menghormati perasaan Ibu Zara dan ahli keluarga sekiranya ianya dikaitkan dengan mana-mana parti politik,” katanya.

Menurut Shahlan lagi, pasukannya mendapati terdapat seorang ahli politik daripada sebuah parti politik Semenanjung yang berkempen di Sabah telah mengeluarkan kenyataan di media sosial yang bersifat menghina mahkamah (contempt).

“Seperti yang sedia maklum, prosiding hina mahkamah terhadap dua orang individu yang mana individu tersebut adalah terdiri daripada tokoh politik tempatan dan pempengaruh telah dijadualkan pada hari Isnin 1 Disember 2025.

“Selain daripada dua individu itu, pihak kami juga mendapati seorang ahli politik dari Semenanjung telah membuat kenyataan bersifat menghina mahkamah di media sosial. Pasukan guaman kini sedang meneliti kenyataan-kenyataan tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak sekiranya ia menjejaskan hak keluarga atau merosakkan integriti prosiding mahkamah.

“Kami menyeru semua pihak, khususnya tokoh politik dan pengguna media sosial, untuk menghormati proses undang-undang dan mengelakkan retorik yang boleh memberi kesan negatif terhadap prosiding mahkamah,” katanya.

Pasukan guaman turut mengingatkan bahawa inkues Zara adalah prosiding mahkamah yang masih berjalan dan kenyataan-kenyataan yang bersifat spekulatif, menuduh pihak tertentu tanpa asas, atau cuba menggambarkan dapatan awal yang belum diputuskan mahkamah boleh dianggap sub judice dan boleh mengganggu proses keadilan.

“Hormatilah perasaan Ibu Zara dan ahli keluarga Zara yang akan menyambut bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri tanpa Zara,” katanya sambil berharap semua calon-calon berkempenlah secara berhemah.

Mengenai permohonan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantalkan inkues, Shahlan berkata, mereka berharap permohonan itu akan ditolak.

“Pihak kami tidak mahu mengulas mengenai alasan atau isu undang-undang.

“Tapi kami percaya inkues yang berjalan sejak hari pertama hingga kini mengikut undang-undang yang sedia ada, bukannya mengikut suka hati pihak mahkamah atau pihak-pihak lain. Ia mengikut peruntukan undang-undang yang sah.

“Perlu diingatkan permohonan tersebut tidak pernah mendapat kebenaran atau restu daripada Ibu Zara, yang merupakan pihak berkepentingan utama dalam inkues ini. Pihak tersebut tidak pernah meminta kebenaran, sama sekali,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/26/jangan-politikkan-kes-zara-peguam/feed/ 0 87122
Ram Singh buat laporan polis berhubung kebocoran maklumat, gesa siasatan https://sabahmedia.com/2025/09/19/datuk-ram-buat-laporan-polis-berhubung-kebocoran-maklumat-gesa-siasatan/ https://sabahmedia.com/2025/09/19/datuk-ram-buat-laporan-polis-berhubung-kebocoran-maklumat-gesa-siasatan/#respond Fri, 19 Sep 2025 11:22:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81648
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Peguam Datuk Ram Singh hari ini membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat melibatkan seorang saksi kanak-kanak dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Ram, yang mewakili saksi kanak-kanak dikenali sebagai Pelajar A, berkata maklumat yang bocor, termasuk kenyataan saksi, telah menyebabkan tekanan yang tidak sepatutnya kepada anak guamnya serta keluarga.

Menurutnya, insiden itu turut menyebabkan prosiding inkues yang memasuki hari ke-10 ditangguhkan ke Isnin selepas emosi saksi kanak-kanak terbabit agak terganggu.

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Luyang kira-kira jam 4 petang berhubung perkara ini.

“Saya membuat laporan ini agar pihak polis menyiasat kebocoran maklumat sulit ini, mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab, dan mengambil tindakan sewajarnya demi melindungi saksi serta memastikan integriti prosiding inquest ini tidak terus tergugat,” katanya.

Menurut Ram, beliau dimaklumkan pagi tadi bahawa kenyataan saksi pelajar yang sepatutnya diberikan di Mahkamah Koroner, telah dibocorkan di media sosial serta disebarkan secara meluas melalui WhatsApp.

Beliau menambah, sebuah video yang dimuat naik di TikTok turut mendedahkan nama lima orang pelajar.

Tegasnya, tindakan itu melanggar undang-undang yang berkaitan dengan perkindungan saksi khususnya bawah Akta Kanak-kanak 2001 serta peruntukan lain yang berkaitan dengan kerahsiaan prosiding mahkamah.

Terdahulu semasa prosiding, Koroner Amir Shah Amir Hassan melahirkan rasa kecewa terhadap kebocoran itu.

Beliau turut menasihatkan Ram supaya membuat laporan polis agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/19/datuk-ram-buat-laporan-polis-berhubung-kebocoran-maklumat-gesa-siasatan/feed/ 0 81648
Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah https://sabahmedia.com/2024/12/22/ram-singh-dilantik-sebagai-presiden-persatuan-memanah-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/12/22/ram-singh-dilantik-sebagai-presiden-persatuan-memanah-negeri-sabah/#respond Sun, 22 Dec 2024 00:48:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65816
Read Time:2 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Datuk Ram Singh telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah (PMNS) yang baharu semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berlangsung di Dewan Kelab Belia dan Sukan (KBS), Kepayan pada Sabtu (21 Dis).

Pasukan kepimpinan baharu ini berikrar untuk mengembalikan kegemilangan persatuan dengan menjanjikan pembangunan sukan yang terancang, tadbir urus yang telus, dan perwakilan yang adil seperti yang dinyatakan dalam manifesto mereka.

Dalam ucapan sulungnya, Ram menekankan kepentingan perpaduan dan kerjasama antara semua persatuan memanah daerah.

Beliau berharap jawatankuasa baharu dapat menyediakan sokongan yang tersusun bagi pembangunan sukan memanah di seluruh negeri.

“Kami akan memastikan tadbir urus yang telus dan perwakilan yang baik untuk menyokong ahli persatuan serta mempromosikan sukan memanah di Sabah,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa ini adalah kali pertama sebuah persatuan sukan memanah negeri memperkenalkan manifesto untuk memastikan perjalanan persatuan berjalan dengan lancar dan adil.

Ram yang juga Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu turut menyeru kerjasama penuh antara semua ahli persatuan untuk menjaga nama baik sukan memanah, memperhebatkan penyertaan di semua peringkat pertandingan, dan memastikan pemanah negeri dari pelbagai daerah mampu menyumbang pingat emas di semua peringkat.

Beliau juga mengulangi komitmen persatuan untuk membantu Pasukan Para Memanah Sabah mencapai kecemerlangan.

Persatuan ini kini mempunyai beberapa jurulatih berpengalaman dan bertauliah yang telah melahirkan pemanah kebangsaan dan antarabangsa.

Pada masa akan datang, persatuan merancang untuk menganjurkan kursus dan seminar kejurulatihan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ketika ini, terdapat lapan persatuan memanah daerah yang bersekutu iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Kudat, Ranau, Keningau, Tuaran, dan Lahad Datu.

Ram turut menggalakkan pembentukan lebih banyak persatuan memanah daerah bagi mengukuhkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

Untuk merealisasikan agenda ini, persatuan akan berusaha mendapatkan dana bagi melaksanakan program yang telah dirancang dan memastikan pengagihan sumber dilakukan secara adil.

Sementara itu, barisan kepimpinan baharu yang mewakili pelbagai daerah adalah seperti berikut:
Presiden: Datuk Ram Singh (Kota Kinabalu)
Timbalan Presiden: Sulaiman Sadude (Tawau)
Setiausaha Agung: Kartini Kamis (Kota Kinabalu)
Penolong Setiausaha: Rizwan Dahlan (Lahad Datu)
Bendahari: Christinillus Lobinjang (Penampang)

Manakala Ahli Jawatankuasa:

  1. Mohd Nasri Patang Nagari (Tawau)
  2. Amran Atong (Lahad Datu)
  3. Dr. Andrew Wong Vun Fah (Penampang)
  4. Siti Cynthia Dewi Shawal (Keningau)
  5. Davie Mojunting (Kudat)
  6. Chong Yew Kim (Keningau)
  7. Samson @ Henry Yanga (Ranau)
  8. Mohammad Shafie Zulkifli (Lahad Datu)
  9. Rithzal Nasir (Kota Kinabalu)

Manifesto kepimpinan baharu merangkumi beberapa objektif utama iaitu:

  1. Pemilihan Adil: Memastikan pemilihan wakil negeri dibuat secara telus berdasarkan prestasi pemanah individu.
  2. Pertandingan Berpusingan: Menganjurkan Kejohanan Memanah Terbuka Sabah secara giliran di setiap daerah, dengan sebahagian hasil digunakan untuk pembangunan daerah tersebut.
  3. Perolehan Telus: Memastikan pembelian peralatan dan kemudahan memanah dilakukan secara telus.
  4. Dana Seimbang: Mengagihkan dana persatuan secara adil kepada semua daerah yang bersekutu.
  5. Wakil Setiap Daerah: Memastikan semua daerah yang bersekutu mempunyai wakil dalam jawatankuasa eksekutif.
  6. Hubungan Erat: Menggalakkan hubungan yang baik antara ahli daerah dan PMNS.
  7. Latihan & Seminar: Menganjurkan kursus dan seminar untuk membangunkan tenaga kerja yang cekap dalam sukan memanah.
  8. Kerjasama dengan NAAM: Bekerjasama erat dengan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dalam pembangunan sukan memanah di Sabah.
  9. Pusat Pembangunan: Menubuhkan dua hab pembangunan memanah di pantai timur dan pantai barat dengan kemudahan lengkap bagi menyokong pertumbuhan sukan secara seimbang.

Dengan rancangan ini, Persatuan Memanah Negeri Sabah berhasrat untuk mengangkat sukan memanah ke tahap yang lebih tinggi di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/22/ram-singh-dilantik-sebagai-presiden-persatuan-memanah-negeri-sabah/feed/ 0 65816