ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Apr 2024 03:52:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPDN pastikan bekalan gula stabil sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal di Sabah https://sabahmedia.com/2024/04/09/kpdn-pastikan-bekalan-gula-stabil-sepanjang-ramadan-dan-menjelang-syawal-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/04/09/kpdn-pastikan-bekalan-gula-stabil-sepanjang-ramadan-dan-menjelang-syawal-di-sabah/#respond Tue, 09 Apr 2024 03:48:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52397
Read Time:2 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Tinjauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini ke Gudang Sazarice Sdn Bhd di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) II adalah untuk melihat pengurusan stok bekalan gula putih bertapis.

Ini adalah susulan daripada langkah-langkah awal yang telah diambil oleh KPDN dan dua pengilang gula untuk memastikan bekalan adalah mencukupi untuk kegunaan domestik dan industri sepanjang bulan Ramadan dan bulan Syawal di seluruh negara.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, hanya terdapat dua pengilang gula tempatan iaitu Syarikat Malaysia Holding Berhad (MSM) dan Central Sugar Refinery (CSR).

Justeru, katanya, mengambil kira pemprosesan gula putih bertapis hanya dibuat di kilang-kilang di Semenanjung Malaysia, maka menjadi satu keperluan untuk melaksanakan strategi tambahan untuk memastikan kestabilan bekalan bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana melibatkan faktor penghantaran melalui pengangkutan laut.

Menurut Armizan, melalui strategi tambahan tersebut, bekalan gula di pasaran Sabah telah ditingkatkan bagi bulan Mac 2024 bersempena bulan Ramadan dan persiapan menjelang bulan Syawal iaitu sebanyak 6,980.32 metrik tan (MT) berbanding dua bulan sebelumnya iaitu 5,156.34MT bagi bulan Februari dan 4,781.52MT bagi bulan Januari.

“Bagi bulan April 2024, sasaran adalah untuk memastikan penghantaran sebanyak 6,119.80MT, tidak termasuk penghantaran ke Wilayah Persekutuaan Labuan iaitu sebanyak 190MT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau lagi, penghantaran pertama melalui pengangkutan laut telah berlepas pada 3 April lalu.

“Dalam memastikan kestabilan bekalan gula di negeri ini, KPDN mengambil langkah proaktif dengan memantau rangkaian agihan pengeluaran bekalan di semua peringkat agar stok sentiasa mencukupi di pasaran untuk memenuhi permintaan pengguna.

“Ini meliputi tindakan mewujudkan jaringan kerjasama langsung bersama pihak pengilang, pemborong dan sehingga ke peringkat peruncit,” katanya.

Tambah beliau, pihak KPDN Negeri Sabah turut menjalinkan kolaborasi bersama pihak
pelabuhan bagi membantu dan mempercepat kebenaran kapal-kapal untuk memunggah barang-barang kawalan termasuk gula khususnya melibatkan permohonan daripada mana-mana pemborong barang kawalan di Sabah.

Dalam pada itu, katanya, KPDN juga telah melaksanakan kerjasama dengan sebanyak 25 pemborong utama gula bagi MSM dan 13 pemborong gula bagi CSR yang berperanan mengedarkan gula putih bertapis kepada para peruncit berlesen di seluruh Negeri Sabah.

“Selain itu, sebanyak 161 Dedicated Retailer (DDR) dan 89 Dedicated Wholesaler (DDW) telah dilantik dan dipantau setiap hari sebagai penanda aras sebarang kekurangan bekalan gula di pasaran,” ujarnya.

Menurut Armizan lagi, KPDN Sabah juga telah melaksanakan OPS Kristal sejak awal tahun 2024.

“Tujuan operasi ini adalah untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas kedudukan bekalan gula di peringkat rantaian borong dan runcit pada setiap hari.

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 5 April 2024, sebanyak 18 kes dikesan melibatkan pelanggaran undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Manakala jumlah aduan yang diterima daripada pengguna daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2024 adalah sebanyak 17 aduan yang berkaitan dengan isu kekurangan bekalan gula di pasaran.

“Aduan-aduan ini telah diselesaikan dengan segera dengan mengarahkan pemborong- pemborong utama gula mengedarkan gula ke kawasan-kawasan terlibat,” jelas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/09/kpdn-pastikan-bekalan-gula-stabil-sepanjang-ramadan-dan-menjelang-syawal-di-sabah/feed/ 0 52397
Dua lagi tapak Bazar Ramadan baharu dibuka di Bandaraya Kota Kinabalu – Junainah https://sabahmedia.com/2024/03/13/dua-lagi-tapak-bazar-ramadan-baharu-dibuka-di-bandaraya-kota-kinabalu-junainah/ https://sabahmedia.com/2024/03/13/dua-lagi-tapak-bazar-ramadan-baharu-dibuka-di-bandaraya-kota-kinabalu-junainah/#respond Wed, 13 Mar 2024 07:08:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50994
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Bagi merancakkan aktiviti ekonomi tempatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah membuka dua lagi tapak bazar ramadan di pusat bandar raya yang boleh dijadikan pilihan orang awam untuk mendapatkan juadah berbuka puasa sekeluarga.

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, tapak bazar yang dimaksudkan beroperasi di Padang Merdeka dan City Park (hadapan bangunan Mahkamah Lama).

Katanya, kedua-dua bazar ramadan berbeza sekali dengan bazar-bazar kendalian DBKK yang lain.

“Bagi bazar ramadan di Padang Merdeka, DBKK membenarkan para pengunjung duduk
santai di kawasan padang tersebut untuk berbuka puasa setelah membeli juadah berbuka mereka.

“Manakala bazar ramadan di City Park juga menyediakan ruang untuk para pengunjung duduk menjamu selera dengan kelengkapan kerusi meja yang dibuka khas untuk orang awam berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Junainah turut menyeru semua warga bandaraya untuk tidak melepaskan peluang merasakan pengalaman baharu berbuka puasa di kawasan terbuka bazar ramadan dan menikmati suasana berbuka puasa bersama-sama dengan para pengunjung yang lain serta berkongsi kepada keluarga dan rakan taulan pengalaman mereka.

Selain dua lokasi bazar ramadan baharu yang tersebut di atas, lokasi bazar ramadan tahun-
tahun sebelum ini di bawah kendalian DBKK kekal beroperasi pada tahun ini seperti di
Lintasan Deasoka, Sembulan, Indah Permai, Pekan Tanjung Aru, Damai, Pasar Malam
Inanam, Kingfisher dan Manggatal.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/13/dua-lagi-tapak-bazar-ramadan-baharu-dibuka-di-bandaraya-kota-kinabalu-junainah/feed/ 0 50994
Program Jualan Rahmah dianjur sepanjang bulan Ramadan https://sabahmedia.com/2024/03/10/program-jualan-rahmah-dianjur-sepanjang-bulan-ramadan/ https://sabahmedia.com/2024/03/10/program-jualan-rahmah-dianjur-sepanjang-bulan-ramadan/#respond Sun, 10 Mar 2024 08:07:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50848
Read Time:1 Minute, 5 Second

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini memperluaskan Agenda Payung Rahmah Madani melalui pelaksanaan Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan PJR Ramadan melibatkan sebanyak 450 lokasi secara berjadual di seluruh negara.

“PJR Ramadan akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga di antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal,” katanya pada sesi walkabout Program Jualan Rahmah Madani di Kinarut hari ini.

Menurut Armizan, selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan, PJR Ramadan akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian
lain seperti ayam, daging lembu, ikan dan pelbagai hasil laut, beras dan telur ayam.

“Bekalan produk yang terlibat pada jualan murah ini juga melibatkan kerjasama daripada agensi Kerajaan lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” jelasnya.

Tambah beliau lagi, usaha murni yang dijalankan oleh KPDN bersama pihak-pihak berkepentingan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah kerajaan Madani dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat bagi membeli keperluan asas pada harga yang lebih murah khususnya pada bulan Ramadan.

“Orang ramai boleh datang beramai-ramai untuk mengunjungi PJR Ramadan
sekitar lokasi masing-masing. Maklumat pelaksanaan PJR Ramadan boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/10/program-jualan-rahmah-dianjur-sepanjang-bulan-ramadan/feed/ 0 50848