ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 11 Mar 2026 03:10:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ramadan perkukuh perpaduan, santuni masyarakat pelbagai lapisan https://sabahmedia.com/2026/03/11/ramadan-perkukuh-perpaduan-santuni-masyarakat-pelbagai-lapisan/ https://sabahmedia.com/2026/03/11/ramadan-perkukuh-perpaduan-santuni-masyarakat-pelbagai-lapisan/#respond Wed, 11 Mar 2026 01:52:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93038
Read Time:3 Minute, 20 Second

Oleh Normimie Diun

PENAMPANG: Manfaat bulan Ramadan bukan sahaja dirasai umat Islam, malah turut dikongsi bersama masyarakat bukan Islam yang tidak dipinggirkan dalam pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan di Sabah.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, suasana itu jelas dapat dilihat menerusi penganjuran Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadan 2026 di Kapayan di sini pada Selasa.

Menurutnya, majlis berkenaan menyantuni seramai 66 golongan asnaf yang terdiri daripada ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan warga emas.

“Syabas dan tahniah kepada dua NGO di kawasan Penampang khususnya di Kapayan iaitu Pertubuhan Masyarakat Interaktif Suara Sabah (MISUR) dan Pertubuhan Kebajikan Cahaya Sabah atas inisiatif menganjurkan program ini.

“Program seperti ini cukup bermanfaat kerana walaupun masyarakat Islam adalah minoriti di kawasan Kapayan, namun kita melihat ramai tetamu bukan Islam turut hadir memeriahkan majlis iftar dan bersama-sama meraikan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan majlis berkenaan.

Nizam yang juga Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, penyertaan masyarakat pelbagai agama dalam majlis berkenaan mencerminkan semangat saling hormat-menghormati dan perpaduan yang telah lama menjadi amalan masyarakat di negeri ini.

Katanya, walaupun masyarakat Sabah terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan suku kaum, keharmonian dan persefahaman yang kukuh terus dipelihara.

“Program seperti ini bukan sahaja menyantuni golongan memerlukan, malah mampu mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Apabila masyarakat bersatu hati dan menjaga keharmonian, ia akan memudahkan kerajaan melaksanakan agenda pembangunan demi manfaat rakyat dan negeri,” katanya.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia mampu meningkatkan lagi persefahaman serta semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Nizam berkata kementeriannya turut menyokong penganjuran program berkenaan dan akan terus memberi sokongan kepada inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan belia.

“Saya melihat ramai anak muda turut hadir dalam program hari ini dan ini selaras dengan komitmen kementerian untuk membangunkan belia.

“Kita yakin jika belia dipimpin ke arah yang betul, mereka mampu mencipta kejayaan bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, ramai anak muda Sabah telah membuktikan kemampuan mereka dengan mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk sukan dan seni hingga mengharumkan nama negeri di peringkat serantau dan antarabangsa.

Nizam turut memaklumkan program berkenaan merupakan penganjuran kali ketiga selepas dilaksanakan sejak 2024.

“Program ini bermula pada 2024 dan diteruskan pada 2025 serta tahun ini. Insya-Allah kita berharap ia dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, pengerusi penganjur yang juga Ketua Penerangan Bahagian Gagasan Rakyat Kapayan, Dr Abdul Rashid Hassan berkata, program tersebut merupakan inisiatif berterusan yang merangkumi pelbagai program kemasyarakatan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya turut terlibat dalam usaha membantu menaik taraf sebuah masjid di kawasan Kapayan yang sekian lama tidak dirasmikan.

“Kita telah turun membantu merasmikan masjid berkenaan dan berjaya menaikkan tarafnya sebagai masjid perdana di kawasan ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga melaksanakan program kebajikan melibatkan institusi penjara di kawasan Kapayan.

Katanya, usaha itu termasuk membantu meningkatkan prasarana bagi menyokong program pemulihan banduan, khususnya membabitkan Orang Bebas Bersyarat (OBB).

“Kita turut bertemu dengan OBB bagi memahami keperluan mereka, termasuk dari segi kemudahan dan prasarana yang boleh membantu proses pemulihan serta integrasi semula dalam masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rashid berkata pihaknya juga merancang untuk memperluaskan program berkaitan kepada lebih banyak komuniti dan agensi di kawasan Kapayan.

Menurutnya, antara yang akan diberi perhatian termasuk anggota agensi beruniform seperti polis dan jabatan berkaitan penerbangan yang beroperasi di sekitar kawasan berkenaan.

“Di Kapayan ini terdapat pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Penerbangan Awam dan beberapa agensi lain.

“Kita mahu mendekati mereka supaya sebarang keperluan atau bantuan yang diperlukan dapat disalurkan melalui kerajaan demi manfaat masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata pendekatan itu diharap dapat memperkukuh hubungan antara komuniti, agensi dan kerajaan dalam usaha memastikan kebajikan masyarakat terus diberi perhatian.

Dr Abdul Rashid turut meluahkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengamal media yang membantu dalam penyebaran berita mengenai program-program yang telah dilaksanakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/11/ramadan-perkukuh-perpaduan-santuni-masyarakat-pelbagai-lapisan/feed/ 0 93038
Umat Islam di Malaysia mula puasa Khamis ini https://sabahmedia.com/2026/02/17/umat-islam-di-malaysia-mula-puasa-khamis-ini/ https://sabahmedia.com/2026/02/17/umat-islam-di-malaysia-mula-puasa-khamis-ini/#respond Tue, 17 Feb 2026 12:15:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91839
Read Time:1 Minute, 36 Second

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa Ramadan pada hari Khamis, 19 Februari 2026.

Pengumuman rasmi tarikh permulaan puasa itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Beliau berkata, tarikh tersebut ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan bahawa jawatankuasa berkaitan telah diperkenankan untuk melaksanakan cerapan anak bulan Ramadan di 29 lokasi strategik di seluruh negara.

Antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.

Turut menjadi tempat cerapan anak bulan ialah Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Di Perak, lokasinya di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung, Pulau Pinang (Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh) serta Kedah (Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar).

Lokasi lain ialah di Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu, serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.

Selain itu, Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Bintulu di Sarawak, Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah dan di Pahang melibatkan Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands serta Menara Kuantan 188 juga menjadi lokasi melihat anak bulan.

Turut terlibat adalah di Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/17/umat-islam-di-malaysia-mula-puasa-khamis-ini/feed/ 0 91839
Ujian sehari sebelum Ramadan bagi mangsa kebakaran di Kg Cempaka Likas https://sabahmedia.com/2025/03/01/ujian-sehari-sebelum-ramadan-bagi-mangsa-kebakaran-di-kg-cempaka-likas/ https://sabahmedia.com/2025/03/01/ujian-sehari-sebelum-ramadan-bagi-mangsa-kebakaran-di-kg-cempaka-likas/#respond Sat, 01 Mar 2025 10:17:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69632
Read Time:2 Minute, 42 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Ujian di bulan Ramadan dirasai lebih berat lagi oleh keluarga mangsa kebakaran yang beragama Islam di Kampung Cempaka Likas di sini.

Sebanyak 80 buah rumah musnah.

Ketika semua umat Islam mula menunaikan ibadat puasa bermula esok, mangsa-mangsa kebakaran ini akan memulakan ibadat puasa mereka di Dewan Serbaguna Likas dan Dewan Cenderakasih Likas dengan serba kekurangan.

Kebakaran pada awal pagi Sabtu itu telah memusnahkan sebanyak 80 buah rumah menyebabkan seramai 669 orang terdiri daripada 139 buah keluarga kehilangan tempat tinggal.

Hamzani menunjukkan rumahnya yang musnah dalam kebakaran itu.

Hamzani Jair, 44, berasa sedih sehingga menitiskan air mata apabila tujuh ahli keluarga hilang tempat untuk berteduh. Dia hanya berjaya menyelamatkan dokumen penting dan membawa ahli keluarganya keluar dari rumah dengan segera ke tempat yang selamat.

“Semasa melihat rumah musnah terbakar, memang perasaan itu sebak sampai menitiskan air mata. Banyak dalam fikiran saya, lebih-lebih lagi esok pagi kita sudah mula berpuasa dan tidak lama lagi kita akan buat persediaan menyambut hari lebaran.

“Tapi bagi saya apa yang penting kami semua selamat dan kami redha apa yang berlaku. Ini adalah ketentuan Allah dan ujian untuk kami dalam bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui Sabah Media di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Hamzani semakin sebak bila memberitahu persediaan awal baju raya untuk anak-anak juga telah terbakar.

“Persediaan awal baju raya untuk anak-anak juga turut terbakar. Kami sekeluarga akan tinggal di dewan penempatan buat sementara waktu sehingga mendapat tempat tinggal lain,” katanya.

Dia juga bercadang mencari rumah di kawasan berdekatan memandangkan anak-anak bersekolah di kawasan itu. Dia juga memberitahu bahawa pakaian seragam, buku dan keperluan sekolah lain juga telah terbakar.

Menceritakan kejadian pagi itu, dia hanya tersedar apabila terdengar jeritan jiran sebelah meminta tolong. Malangnya, mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu memadamkan api kerana air tidak mencukupi disebabkan tekanan air rendah.

Sementara itu Mansor Azman, 44, juga bersedih dengan masalah yang menimpa ke atas keluarganya. Dia juga hanya berjaya menyelamat dokumen penting sebelum keluar dari rumah bersama sepuluh ahli keluarganya.

“Saya hanya sedar kebakaran apabila terdengar suara huru hara di luar rumah dan saya juga terhidu bau asap, bila saya tengok di luar rumah, saya nampak api sudah dekat dengan rumah kami.

“Buat masa ini kami tinggal di dewan sementara dulu dan seterusnya mencari tempat tinggal baharu untuk kami sekeluarga. Ini penting bagi membolehkan kami sekeluarga menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi ketika ditemui di lokasi kebakaran memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 5.41 pagi dan tiba di lokasi kebakaran pada jam 5.58 pagi.

Dengan keanggotaan seramai 11 dari BBP Lintas dan dibantu seramai 16 daripada BBP Kota Kinabalu, mereka berjaya mengawal api pada jam 7:32 pagi dan tiada mangsa maut dilaporkan dalam kebakaran itu.

Tambahnya, kesemua rumah yang musnah adalah jenis setinggan tidak kekal, dibina di keluasan kawasan 250 meter persegi.

Agustavia menjelaskan bahawa pasukan Bomba mengalami kesukaran memadam api kebakaran disebabkan tekanan air pili bomba agak rendah.

“Pada masa yang sama, kami juga cuba mendapatkan sumber bekalan air terbuka di sungai berdekatan. Walaupun air sungai agak cetek disebabkan air laut surut tetapi usaha itu berjaya mengawal api daripada terus merebak di kawasan lain,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/01/ujian-sehari-sebelum-ramadan-bagi-mangsa-kebakaran-di-kg-cempaka-likas/feed/ 0 69632
Surau, masjid digalak adakan program keagamaan sepanjang Ramadan https://sabahmedia.com/2025/02/27/surau-masjid-digalak-adakan-program-keagamaan-sepanjang-ramadan/ https://sabahmedia.com/2025/02/27/surau-masjid-digalak-adakan-program-keagamaan-sepanjang-ramadan/#respond Thu, 27 Feb 2025 06:21:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69476
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu: Semua surau dan masjid di negeri ini digalakkan untuk mengadakan program keagamaan termasuk bertadarus Al-Quran bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan terus bekerjama dalam melaksanakan program keagamaan di seluruh negeri.

“Alhamdulilah kita melihat bahawa masyarakat atau umat Islam berlumba-lumba untuk melaksanakan ibadah, terawih beramai-ramai, kemudian bersedakah dan melaksanakan program bersama.

“Ini semua salah satu daripada hasil kesedaran umat Islam dan kita juga berharap agar semua tempat di seluruh daerah, di seluruh negeri Sabah ini termasuk di surau, di masjid mengadakan program khususnya seperti bertadarus Al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis kesyukuran dan penyampaian sijil penghargaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran 2025 dan Pelancaran Ambang Ramadan Tahun 1446H/ 2025M di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, pihak JHEAINS dan MUIS akan turut berusaha untuk menyediakan keperluan dari sudut penceramah dan sebagainya.

“Pada tahun ini sempena Nuzul Al-Quran kita akan adakan program besar untuk menyemarakkan program sempena Ramadan ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penguatkuasaan pada Ramadan, Arifin berkayta, penguatkuasaan akan terus dilaksanakan seperti biasa dan tahap kesedaran umat Islam bagi menghormati bulan Ramadan amat tinggi.

“Jarang kita lihat kes-kes berhubung dengan orang seperti sebelum-sebelum ini seperti makan dikhalayak ramai, ini kesedaran sudah ada dan di samping itu kita juga mengadakan kempen untuk menghormati bulan Ramadan sehingga jarang kita temui kes-kes umpama ini kerana umat Islam sudah sedar dan semakin meningkat kesedaran untuk menghormati bulan yang mulia ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/27/surau-masjid-digalak-adakan-program-keagamaan-sepanjang-ramadan/feed/ 0 69476
Ramadan 2025: Implementing Peak Hour Truck Ban to Ease Congestion in Kota Kinabalu Sabah https://sabahmedia.com/2025/02/25/ramadan-2025-implementing-peak-hour-truck-ban-to-ease-congestion-in-kota-kinabalu-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/02/25/ramadan-2025-implementing-peak-hour-truck-ban-to-ease-congestion-in-kota-kinabalu-sabah/#respond Tue, 25 Feb 2025 08:45:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69336
Read Time:2 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: As Sabah prepares for the holy month of Ramadan in March 2025, a study conducted last year by lecturers from Politeknik Kota Kinabalu and University Malaya remains highly relevant.

The study, which surveyed 406 road users, strongly supports implementing a peak-hour truck ban on the Sepanggar KKIP and Tuaran Bypass roads to alleviate traffic congestion.

The study found that a significant 84.5% of respondents identified heavy vehicles as a primary cause of congestion on these critical routes.

There is a strong majority of 79.5% respondents supported implementing a ban during peak hours, citing the potential for reduced congestion, improved travel times, and enhanced safety.

The study identified the most effective restriction times as 5:00 AM to 7:00 AM and 4:00 PM to 6:00 PM – periods that align directly with increased traffic during Ramadan as people travel for pre-dawn meals (Sahur) and to break their fast (Iftar).

“The implementation of effective peak hour truck restrictions, aligning with public opinion, could lead to significant improvements in traffic flow and safety, creating more pleasant and enjoyable driving experiences,” noted Anbukkarasu Paramasivam, the corresponding author of the study.

The Sepanggar KKIP and Tuaran Bypass roads are vital arteries connecting Kota Kinabalu to surrounding districts like Tamparuli, Sulaman, Kiulu, and Tuaran.

According to the study, a significant 57.9% of respondents use both roads, with 78.8% traveling these routes daily, underscoring their importance to the region’s commuters.

Recent developments in Kuala Lumpur provide compelling evidence for the effectiveness of such bans.

The Malaysian Highway Authority (LLM) expanded restrictions on heavy vehicles during peak hours on selected Klang Valley highways, effective February 19, 2025.

This initiative has already shown promising results, with traffic congestion reduced by up to 42% across affected highways. 

The North-South Expressway Central Link (NSE) experienced an 18% reduction in congestion during the morning rush on the first day of implementation, and by the afternoon, congestion had dropped by 31% to 42%.

These findings align with police monitoring, which reported a 30% improvement along the NSE during the first day of the restriction. 

While there was initial pushback from haulier associations, logistics companies have reacted positively to the ban during engagement sessions.

The success of this policy in Kuala Lumpur underscores its potential to improve peak-hour traffic in Kota Kinabalu.

Implementing a similar ban during Ramadan 2025 could significantly improve traffic flow and safety, aligning with public support and successful examples from other regions.

With Ramadan 2025 approaching, the Sabah State Government has a timely opportunity to address a pressing issue and improve the daily lives of its citizens.

Implementing a well-planned peak-hour truck ban, informed by this local research and the experiences of other cities, would reduce the potential congestion during Ramadan, demonstrating responsive governance and ensuring a smoother, safer, and more enjoyable commuting experience for everyone during this holy month.

The Sabah State Government should act quickly to engage stakeholders, develop a comprehensive plan, and implement this much-needed policy before Ramadan 2025 commences.

By doing so, they can capitalize on the momentum from last year’s study and make a tangible difference in the lives of Sabahans.

By,

Anbukkarasu Paramasivam, 
CMILT
Senior Lecturer
Commerce Department
Logistics and Supply Chain Management
Polytechnic Kota Kinabalu

And

Dr. Elayaraja Aruchunan
Senior Lecturer
Department of Decision Science
Faculty of Business and Economics
Universiti Malaya

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/25/ramadan-2025-implementing-peak-hour-truck-ban-to-ease-congestion-in-kota-kinabalu-sabah/feed/ 0 69336
DBKK agih 1,020 pek bubur lambuk https://sabahmedia.com/2022/04/14/dbkk-agih-1020-pek-bubur-lambuk/ https://sabahmedia.com/2022/04/14/dbkk-agih-1020-pek-bubur-lambuk/#respond Thu, 14 Apr 2022 01:21:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14224
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengagihkan sebanyak 1,020 pek bubur lambuk kepada pengunjung sekitar bazar Ramadan Lintasan Deasoka disini semalam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, agihan bubur lambuk itu merupakan acara tahunan yang dilaksanakan bersama Syarikat Nestle Sdn Bhd pada bulan Ramadhan. 

“Selama dua tahun bazar Ramadan tidak diadakan dan apabila ia dibuka semula pada tahun ini, sambutan amatlah menggalakkan cuma bezanya tahun sebelumnya kita memasak. 

“Kali ini, Persatuan Bulan Sabit Merah memasak bubur lambuk, bahan-bahan disediakan oleh Maggi dan beras ditaja oleh Sazarice,” katanya ketika ditemui pada majlis agihan bubur lambuk diperkarangan DBKK disini semalam.

Noorliza berkata, sempena Ramadan, semua lokasi bazar mempunyai kawalan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

“Untuk bazar Ramadhan pada tahun ini, DBKK dengan kerjasama Bank Negara memperkenalkan ‘Bayaran Tanpa Tunai’ di hampir semua lokasi bazar Ramadan di Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya.

Pada tahun ini, sebanyak 16 lokasi bazar ramadan dibuka pihaknya iaitu Indah Permai, Sembulan, Tanjung Aru, Pasar Malam Inanam, Pasar malam Inanam Point, Pasar Malam Manggatal, Pasar Malam Kingfisher, kawasan boardwalk di belakang Marriott Hotel (tapak baharu),  University Apartment, Wisma Merdeka, Asia City, Taman Putera Jaya, Metro Town, Wawasan Plaza dan Bataras Kolombong.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Cawangan Sabah), Datuk Asnan Yunus Chung, Pengurus Jualan dan Operasi Am Sabah – Brunei (Nestle Products Sdn Bhd), Quek Teng Hiong dan Ketua Jabatan Pemasaran Sazarice, Rayner Kilik.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/14/dbkk-agih-1020-pek-bubur-lambuk/feed/ 0 14224
Terus patuhi SOP, elak penularan jangkitan COVID-19 – Mohamad https://sabahmedia.com/2022/04/09/terus-patuhi-sop-elak-penularan-jangkitan-covid-19-mohamad/ https://sabahmedia.com/2022/04/09/terus-patuhi-sop-elak-penularan-jangkitan-covid-19-mohamad/#respond Sat, 09 Apr 2022 06:28:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14088
Read Time:1 Minute, 8 Second

BONGAWAN : Pematuhan prosedur standard operasi (SOP) perlu terus dipatuhi oleh semua jemaah yang menunaikan solat di masjid dan surau meskipun diberi kelonggaran termasuk merapatkan sejadah tanpa bersentuhan.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, ia bagi memastikan semua jemaah yang datang berada dalam keadaan selamat selain dapat mencegah dari berlaku penularan jangkitan COVID-19.

“Saya berharap khususnya pada bulan Ramadan ini semua masjid dan surau dapat terus diimarahkan dengan aktiviti mahupun program yang bermanfaat untuk para jemaah.

“Namun kita juga perlu terus menjaga SOP bagi membolehkan jemaah yang datang berada dalam keadaan yakin dan selamat.  Ini adalah satu tanggungjawab semua khususnya jawatankuasa masjid dan surau,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Kimanis di Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan disini semalam.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, sumbangan yang diserahkan itu merupakan aktiviti tahunan sepanjang Ramadan.

“Sumbangan ini adalah bagi membantu masjid dan surau melaksanakan aktiviti bermanfaat seterusnya mengimarahkan suasana Ramadan.

“Penyerahan sumbangan ini bukan sahaja tertumpu kepada masjid dan surau, tetapi kita jugaakan tuut menyampaikan sumbangan kepada kelompok tertentu termasuklah anak yatim dan asnaf,”katanya.

Katanya, pihaknya juga akan melaksanakan program ziarah kasih Ramadan bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan.

Pada majlis itu, Mohamad menyerahka sumbangan berupa wang tunai dan kurma kepada 14 buah masjid dan 58 buah surau d sekitar kawasan Parlimen Kimanis.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/09/terus-patuhi-sop-elak-penularan-jangkitan-covid-19-mohamad/feed/ 0 14088
Bazar Ramadan di Sabah kembali meriah https://sabahmedia.com/2022/04/03/bazar-ramadan-di-sabah-kembali-meriah/ https://sabahmedia.com/2022/04/03/bazar-ramadan-di-sabah-kembali-meriah/#respond Sun, 03 Apr 2022 13:59:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13884
Read Time:2 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Bazar Ramadan di beberapa kawasan sekitar bandar raya Kota Kinabalu,Putatan dan Kota Belud sempena hari pertama Ramadan kembali meriah dengan kehadiran pengunjung hari ini.

Rata-rata pengunjung tidak mahu melepaskan peluang untuk meninjau makanan dan minuman di bazar Ramadan selepas dua tahun tidak dapat ke bazar berikutan pandemik COVID-19.

Antara bazar Ramadan yang sering mendapat sambutan luar biasa adalah di Bazar Ramadan Asia City; Bazar Ramadan Lintasan Deasoka dan Bazar Ramadan Sembulan berikutan gerai yang banyak serta kelainan menu di lokasi berkenaan.

Tinjauan mendapati, seawal jam 3 petang orang ramai sudah mula mengunjungi bazar Ramadan berkenaan meskipun dalam cuaca mendung, para pengunjung tetap datang untuk mencari juadah kegemaran untuk berbuka puasa.

Bagi pengunjung Noor Fazila Riani Abd Majid mengakui kali pertama merasai kemeriahan bazar Ramadan di Kota Kinabalu selepas hampir dua tahun tiada pengoperasian bazar akibat COVID-19.

“Sebelum ini saya bekerja di Semenanjung beberapa tahun selain di Sydney hampir dua tahun dan kembali ke kampung di Lahad Datu pada awal Jun 2019.  Selepas itu, saya ke Kota Kinabalu untuk bekerja sehinggalah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal 2020.

Noor Fazila Riani Abd Majid ketika membeli juadah berbuka di bazar Ramadan Asia City

“Jadi, inilah pengalaman pertama saya merasai bazar Ramadan di Kota Kinabalu, namun saya terkejut bila mana kehadiran pengunjung agak berbeza berbanding sebelum ini ketika saya berada di Semenanjung,”katanya.

Meskipun rasa teruja namun Noor Fazila meluahkan rasa sedih apabila sebilangan peniaga turut mengenakan harga jualan pada kadar yang tinggi.

Sementara itu di Putatan, beberapa kawasan yang menjadi lokasi bazar turut menjadi tumpuan pengunjung dengan menghidangkan beberapa juadah berbuka puasa.

Bagi pengunjung Siti Zaleen Yussof mengakui sangat teruja apabila dapat membeli pelbagai juadah berbuka puasa di bazar Ramadan berbanding sebelum ini yang hanya memasak dirumah berikutan COVID-19.

“Secara peribadi, saya gembira dapat melihat dan memilih pelbagai juadah yang ada di bazar kerana tahun-tahun sebelum ini saya hanya memasak di rumah untuk keluarga.

“Selain memasak juadah sendiri, ada juga yang saya beli secara online namun kemeriahan untuk turun ke bazar itu amat berbeza,”katanya kepada Sabah Media disini hari in.

Zaleen yang membeli juadah di bazar Ramadan Dewan Sri Putatan disini turut berharap agar pengoperasian bazar akan terus kekal selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga perlu terus dipatuhi.

Kemeriahan sama turut dirasai di bazar Ramadan Kota Belud yang terletak di perkarangan Majlis Daerah Kota Belud.

Bagi Rick Laham Rudin merakamkan penghargaan terima kasih kepada kerajaan yang telah melonggarkan SOP termasuklah membenarkan bazar Ramadan dibuka.

Rick Laham Rudin

“Syukur Alhamdulilah kerana kita dapat merasai kembali perasaan berada di bazar Ramadan.     Terima kasih kepada kerajaan yang telah membenarkan operasi sedemikian.

“Ini satu kejayaan bagi kita lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Para peniaga juga boleh menambah pendapatan dan masyarakat boleh bersilaturrahim dengan rakan-rakan, ini suatu yang kita rindui,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/03/bazar-ramadan-di-sabah-kembali-meriah/feed/ 0 13884
Perkukuh silaturrahim, perpaduan di bulan Ramadan – Arifin https://sabahmedia.com/2022/04/03/perkukuh-silaturrahim-perpaduan-di-bulan-ramadan-arifin/ https://sabahmedia.com/2022/04/03/perkukuh-silaturrahim-perpaduan-di-bulan-ramadan-arifin/#respond Sun, 03 Apr 2022 10:29:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13882
Read Time:1 Minute, 47 Second

MEMBAKUT : Umat Islam khususnya di negeri ini disaran untuk terus memanfaatkan bulan Ramadan dengan memperkukuh silaturahim dan perpaduan.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bulan mulia ini juga seharusnya dijadikan peluang untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan, kejiranan dan kemasyarakatan.

“Manfaatkan Ramadan ini untuk meningkatkan amalan masing-masing kerana Ramadan adalah bulan untuk kita meraih sebanyak mungkin pahala dan ganjaran.

“Di samping itu, gunakanlah ruang ini untuk menambah ilmu pengetahuan dengan membaca, mendengar dan menghayati Al-Quran,” katanya dalam Program Sumbangan Kurma Sempena Bulan Ramadhan 1443H/2022 disini semalam.

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, umat Islam turut digesa agar mengimarahkan masjid dan surau bersama ahli keluarga dan komuniti setempat sepanjang Ramadan.

“Kita sudah pun diberikan kelonggaran untuk solat berjemaah di masjid dan surau, jadi manfaatkanlah sebaik-baiknya terutama pada bulan ramadan ini,” katanya.

Pada majlis itu, Arifin menyampaikan set cenderahati Ramadan berupa kurma, sejadah mini dan buku kecil Yassin kepada lebih 4,000 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut melalui agihan oleh 35 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan satu Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar  (JKDB).

Sementara itu, Pengerusi JKDB Pekan Membakut, Chia Moi Fah, 52, berbangga dengan keakraban keluarga Malaysia di kawasannya yang tetap berkongsi kemeriahan setiap perayaan tanpa mengira kaum.

“Sebagai orang berbangsa Cina yang hidup dengan majoriti penduduk muslim berjumlah 252 orang, saya sangat berbangga. Kalau Tahun Baharu Cina, mereka (muslim) akan turut raikan kami, bila hari raya kami pula yang akan berkunjung ke rumah mereka,” katanya.

Manakala, Pengerusi JPKK Kampung Binsulok, Misiran Ismail, yang menerima 520 set cenderahati untuk agihan setiap keluarga di kampung berkenaan berharap warganya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Bagi pihak warga Binsulok, saya mengucapkan terima kasih dengan sumbangan ini dan berharap warga di kampung saya supaya tetap mematuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Bagi Pengerusi JPKK, Mohd Daud Teo Abdullah, 49, Kampung Jambatan Baru Membakut yang menerima 157 set cenderahati untuk diagihkan berasa lega dengan kelonggaran solat jemaah di surau dan masjid setelah lebih dua tahun akibat pandemik COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/03/perkukuh-silaturrahim-perpaduan-di-bulan-ramadan-arifin/feed/ 0 13882
‘Aura’ Ramadan kembali terasa selepas kebenaran tunai solat tarawih berjemaah https://sabahmedia.com/2022/04/02/aura-ramadan-kembali-terasa-selepas-kebenaran-tunai-solat-tarawih-berjemaah/ https://sabahmedia.com/2022/04/02/aura-ramadan-kembali-terasa-selepas-kebenaran-tunai-solat-tarawih-berjemaah/#respond Sat, 02 Apr 2022 15:05:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13832
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU : Kebenaran menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau malam ini memberikan kelegaan kepada jemaah selepas hampir dua tahun tidak dapat melaksanakannya ekoran pandemik COVID-19.

Selain itu, kebenaran pelaksanaan solat berjemaah dengan cara merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah lain yang dikuatkuasakan bermula semalam turut mengembalikan ‘aura’ Ramadan yang tidak dapat dirasai sebelum ini.

Bagi seorang jemaah Masjid Al-Hilal Putatan, Madzaral Sebalun berkata, beliau berasa syukur apabila umat Islam khususnya di Sabah dapat menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau.

“Syukur alhamdulillah, doa kita dimakbulkan.  Moga keadaan akan terus bertambah baik.  Ini juga adalah satu saat yang ditunggu dan satu kegembiraan bila mana kita dapat berjemaah dan merapatkan sejadah tanpa bersentuhan berbanding sebelum ini.

Madzaral Sebalun

“Sebelum ini ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hanya menunaikan solat tarawih dirumah bersama keluarga,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Seorang penduduk Kampung Tanjung Aru Lama Mohd Adam Arinin turut mengakui rasa bersyukur apabila dapat menunaikan solat tarawih di masjid bersama penduduk kampung berhampiran.

“Dua tahun lalu, saya hanya mampu mendengar bacaan solat tarawih dari rumah ekoran pelaksanaan PKP yang tidak membenarkan solat berjemaah di masjid mahupun surau selain hanya jawatankuasa masjid sahaja dibenarkan.

“Ketika diumumkan kebenaran merapatkan sejadah, secara peribadi saya rasa terharu dan gembira.  Alhamdulillah tahun ini saya dan jemaah lain dapat menunaikan bersama,” katanya yang menunaikan solat di Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru.

Kegembiraan sama turut dikongsi Mohd Shahrul Thani yang turut menzahir rasa syukur dapat melaksanakan tarawih di Masjid Jamek Kampung Ulu Putatan selepas dua tahun berdepan pandemik COVID-19.

Mohd Shahrul Thani

“Sebelum ini ketika PKP, saya hanya solat tarawih bersama keluarga namun tahun ini saya rasa teruja kerana telah diberi kebenaran berjemaah selain turut dapat merapatkan sejadah,” katanya.

Bagi Mohd Redzuan yang menunaikan solat tarawih di Masjid Nurul Iman Sabindo turut berasa lebih yakin dan selesa apabila dapat menunaikan secara berjemaah di masjid selepas kerajaan memberi kebenaran.

Mohd Redzuan

Sebelum ini, Kerajaan negeri membenarkan solat berjemaah di masjid atau surau dengan kapasiti penuh dan jarak di antara jemaah berdasarkan saiz sejadah, bermula semalam.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah memberi kebenaran itu..

Katanya, ketetapan itu juga terpakai untuk prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat tarawih.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/02/aura-ramadan-kembali-terasa-selepas-kebenaran-tunai-solat-tarawih-berjemaah/feed/ 0 13832