Ramlan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 22 Sep 2026 22:14:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ramlan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelajar Sabah di Mesir diingatkan fokus pengajian, elak pengaruh negatif https://sabahmedia.com/2026/09/23/pelajar-sabah-di-mesir-diingatkan-fokus-pengajian-elak-pengaruh-negatif/ https://sabahmedia.com/2026/09/23/pelajar-sabah-di-mesir-diingatkan-fokus-pengajian-elak-pengaruh-negatif/#respond Tue, 22 Sep 2026 22:13:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103947
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di negara Timur Tengah diingatkan supaya sentiasa menjaga diri, memberi tumpuan kepada pengajian serta tidak mudah terpengaruh dengan budaya atau fahaman yang tidak selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Ramlan Awang Ali, berkata pelajar yang dihantar ke Mesir perlu menggunakan peluang berkenaan untuk menimba ilmu dan pengalaman yang kemudiannya dapat dimanfaatkan apabila mereka kembali ke Sabah.

Beliau berkata, pelajar juga perlu berhati-hati sepanjang berada di luar negara dan tidak mudah terikut-ikut dengan pengaruh yang boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pengajian.

“Pesanan kita, mudah-mudahan anak-anak pelajar yang kita hantar ini belajarlah rajin-rajin, baik-baik. 

“Jangan mudah terpedaya ataupun terikut-ikut dengan budaya-budaya yang kurang elok ataupun fahaman-fahaman yang mungkin bukan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang kita amalkan di negeri Sabah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Sabah yang akan berlepas ke Mesir bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dan Ma’had Qiraat Shubra, Al-Azhar.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin bagi mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Ramlan berkata, MUIS turut memastikan kebajikan pelajar Sabah di Mesir mendapat perhatian menerusi pemantauan berterusan bagi membantu mereka menghadapi sebarang keperluan sepanjang tempoh pengajian.

Katanya, pelajar yang tiba di Kaherah akan disambut oleh pelajar senior Sabah yang berada di sana selain dibantu pegawai yang ditugaskan menjaga kebajikan mereka.

“Di sana kita juga ada pegawai-pegawai yang memang ditugaskan untuk menjaga kebajikan mereka.

“Begitu juga dengan pelajar-pelajar senior dan Persatuan Mahasiswa di Al-Azhar yang boleh membantu sekiranya terdapat sebarang permasalahan,” katanya.

Menurutnya, Bahagian Pendidikan MUIS juga sentiasa memastikan keperluan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di luar negara dapat diusahakan dan diselesaikan secepat mungkin.

Beliau berkata, pendekatan itu penting supaya sebarang masalah berkaitan kebajikan atau keperluan pelajar tidak menjejaskan semangat mereka untuk meneruskan pengajian.

“Kita mahu mereka bersemangat belajar supaya bila balik ke Sabah nanti boleh membawa ilmu dan pengalaman masing-masing untuk diajar pula kepada rakyat di negeri Sabah kita,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, MUIS pada tahun ini menghantar pelajar ke Mesir bagi mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang termasuk Usuluddin dan Qiraat, berdasarkan tawaran pengajian yang diterima masing-masing.

Setakat sesi 2025/2026, kira-kira 96 pelajar Sabah berada di Al-Azhar sebelum kemasukan pelajar baharu menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 124 orang.

Selain Mesir, kira-kira 15 pelajar Sabah turut mengikuti pengajian di Jordan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/23/pelajar-sabah-di-mesir-diingatkan-fokus-pengajian-elak-pengaruh-negatif/feed/ 0 103947
SPR akan laksana kajian persempadanan bahagian pilihan raya tertakluk pindaan Perlembagaan Persekutuan https://sabahmedia.com/2026/09/13/spr-akan-laksana-kajian-persempadanan-bahagian-pilihan-raya-tertakluk-pindaan-perlembagaan-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2026/09/13/spr-akan-laksana-kajian-persempadanan-bahagian-pilihan-raya-tertakluk-pindaan-perlembagaan-persekutuan/#respond Sun, 13 Sep 2026 07:34:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103315
Read Time:54 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA :  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan kajian semula persempadan bahagian-bahagian pilihan raya tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun.

Beliau berkata SPR mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak pada Jumaat lepas.

Penambahan kerusi Parlimen itu kelak turut mengambil kira Bahagian Pilihan Raya Tanah Melayu dengan prinsip bahawa nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak turut ditingkatkan daripada kedudukan semasa.

“Dalam konteks persempadanan Bahagian Pilihan Raya di ketiga-tiga unit kajian itu pula, SPR akan melaksanakan kajian semula persempadan bahagian-bahagian pilihan raya tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata SPR akan memberikan penjelasan lanjut apabila terdapat keputusan rasmi serta perkembangan yang membolehkan perkara itu dimaklumkan kepada umum.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Anwar berkata keputusan itu turut melibatkan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan peningkatan penyertaan Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/13/spr-akan-laksana-kajian-persempadanan-bahagian-pilihan-raya-tertakluk-pindaan-perlembagaan-persekutuan/feed/ 0 103315