rampayan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Jan 2022 11:06:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rampayan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bangunan SK Rampayan Akan Dipindahkan https://sabahmedia.com/2022/01/24/bangunan-sk-rampayan-akan-dipindahkan/ https://sabahmedia.com/2022/01/24/bangunan-sk-rampayan-akan-dipindahkan/#respond Mon, 24 Jan 2022 09:27:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11497
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Rampayan Manggatal yang berada dalam kategori skala tujuh atau daif akan dipindahkan ke sebuah tapak baharu berhampiran Kingfisher Likas disini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, peruntukan bagi membina bangunan baharu sekolah berkenaan telah pun diluluskan namun belum dapat dilaksanakan sebelum ini berikutan menghadapi masalah tanah.

“Namun kini tapak baharu SK Rampayan sudah pun kita perolehi iaitu diatas tanah rezab pendidikan seluar 50 ekar yang terletak berhampiran Kingfisher Likas manakala peruntukkan bagi pembinaan sekolah ini adalah sebanyak RM48 juta.

“Proses kini adalah dalam peringkat perancangan dan kita berharap urusan-urusan teknikal, pelaksanaan juga akan dapat dipercepatkan kerana sekolah ini berdepan dengan dua isu besar terutama bencana alam iaitu banjir dan sekolah ini berada dalam kategori skala tujuh iaitu daif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Institut Pendidikan Guru (IPG)  Kampus Gaya disini hari ini.

Mohamad berkata, sekolah berkenaan yang dikategorikan sebagai daif perlu dinaiktaraf  dengan bangunan yang baharu.

Katanya, selain dikategorikan sebagai sekolah daif, sekolah berkenaan juga tidak lagi dapat menampung keperluan murid-murid dan perlu segera dipindahkan ke lokasi yang lebih luas di tanah rezab pendidikan.

“Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kini dalam peringkat menyelesaikan beberapa urusan-urusan teknikal yang berkaitan,” katanya.

Terdahulu, Mohamad turut mengadakan lawatan kerja bagi meninjau SK Rampayan dan turut mengadakan lawatan ke IPG Kent Tuaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/24/bangunan-sk-rampayan-akan-dipindahkan/feed/ 0 11497