Ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Jun 2026 00:12:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah perkasa modal insan melalui bantuan pendidikan, biasiswa https://sabahmedia.com/2026/06/30/sabah-perkasa-modal-insan-melalui-bantuan-pendidikan-biasiswa/ https://sabahmedia.com/2026/06/30/sabah-perkasa-modal-insan-melalui-bantuan-pendidikan-biasiswa/#respond Tue, 30 Jun 2026 00:12:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99099
Read Time:1 Minute, 50 Second

RANAU: Kerajaan Sabah terus komited memperkukuh pembangunan modal insan dengan memastikan setiap anak di negeri ini mendapat akses kepada pendidikan berkualiti menerusi pelbagai bantuan dan inisiatif pendidikan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sentiasa memberi perhatian serius terhadap pembangunan pendidikan sebagai asas melahirkan modal insan berkualiti dan berdaya saing.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif termasuk bantuan pendidikan, biasiswa, bantuan khas kepada mahasiswa Sabah serta program pembangunan modal insan dilaksanakan bagi memastikan tiada pelajar tercicir hanya kerana kekangan kewangan.

“Usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan tiada anak Sabah tercicir daripada mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti hanya kerana kekangan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC) Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Irsyadiah Ranau 2025, di sini.

Teks ucapan beliau disampaikan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, Johari Suhaimin.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, Sabah memerlukan generasi muda yang berilmu, berkemahiran, berintegriti dan berdaya saing bagi menjadi pemacu pembangunan negeri serta aset penting dalam membentuk masa depan Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga SMA Al-Irsyadiah Ranau atas pencapaian cemerlang sekolah berkenaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Katanya, sekolah itu muncul sebagai sekolah agama luar bandar terbaik di Sabah bagi kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) selepas mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.87.

Lebih membanggakan, SMA Al-Irsyadiah Ranau turut menduduki tempat ke-11 peringkat kebangsaan dan menjadi satu-satunya sekolah agama di Sabah yang tersenarai dalam kelompok 30 sekolah agama luar bandar terbaik di Malaysia berdasarkan keputusan SPM 2025.

Masidi berkata, kejayaan itu membuktikan kecemerlangan mampu dicapai walaupun sekolah beroperasi di kawasan luar bandar, hasil kerjasama erat antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan guru serta ibu bapa dan penjaga yang disifatkan memainkan peranan penting dalam membimbing, mendidik dan membentuk sahsiah pelajar sehingga berjaya mencapai keputusan membanggakan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah atas kejayaan yang dicapai hasil usaha, disiplin dan kesungguhan dalam menuntut ilmu.

“Teruskan berusaha dan jangan cepat berpuas hati kerana kecemerlangan hari ini merupakan asas kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/30/sabah-perkasa-modal-insan-melalui-bantuan-pendidikan-biasiswa/feed/ 0 99099
Laluan alternatif Ranau-Kota Kinabalu jadi pilihan, kurang kesesakan https://sabahmedia.com/2026/06/07/laluan-alternatif-ranau-kota-kinabalu-jadi-pilihan-kurang-kesesakan/ https://sabahmedia.com/2026/06/07/laluan-alternatif-ranau-kota-kinabalu-jadi-pilihan-kurang-kesesakan/#respond Sun, 07 Jun 2026 03:25:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97825
Read Time:2 Minute, 12 Second

RANAU: Jalan alternatif yang menghubungkan Ranau ke Kota Kinabalu melalui Randagong dan Bundu Tuhan sebelum menuju ke Kiulu atau Tambunan semakin menjadi pilihan pengguna jalan raya kerana menawarkan perjalanan yang lebih lancar dan fleksibel, terutama ketika berlaku kesesakan di laluan utama.

Beberapa pengguna yang ditemui berkata, laluan berkenaan bukan sahaja membantu menjimatkan masa perjalanan, malah memudahkan urusan kerja harian serta aktiviti ekonomi penduduk yang kerap berulang-alik antara Ranau dan Kota Kinabalu.

Affzan Afif Azman, 29, berkata laluan melalui Kiulu sering menjadi pilihannya apabila berlaku kesesakan di Jalan Tamparuli-Ranau.

“Apabila trafik sesak terutama pada hujung minggu atau musim cuti, laluan melalui Kiulu dapat menjimatkan antara 30 minit hingga satu jam berbanding menunggu dalam kesesakan di laluan utama,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Affzan, perjalanan yang lebih lancar memudahkannya menguruskan urusan kerja dan tiba di destinasi mengikut jadual yang dirancang.

Beliau yang berasal dari Taman Saujana Kinabalu turut berkata laluan tersebut memberinya peluang untuk singgah di kawasan Karanaan bagi bertemu saudara-mara dan rakan-rakan selain menikmati pemandangan kawasan yang jarang dilalui ketika menggunakan laluan utama.

Sementara itu, Haziq Zainulariffin, 29, berkata kewujudan jalan alternatif berkenaan memberi lebih banyak pilihan kepada penduduk dan pelancong yang berulang-alik antara Ranau dan Kota Kinabalu.

“Walaupun jaraknya mungkin sedikit lebih jauh, perjalanan lebih lancar dan konsisten. Pengguna tidak perlu terlalu bergantung kepada satu laluan sahaja.

“Namun, pemandu perlu sentiasa peka dan memandu dengan cermat ketika menggunakan jalan ini. Ia membantu mereka yang mempunyai urusan rasmi, perniagaan atau komitmen kerja merancang perjalanan dengan lebih baik,” katanya.

Haziq yang kerap berulang-alik dari Telipok ke Ranau pada hujung minggu dan musim cuti berkata laluan itu banyak membantu mengelakkan kesesakan yang sering berlaku di laluan utama.

Bagi Matthew J, 46, laluan alternatif melalui Penampang-Tambunan-Ranau pula membantu mengurangkan risiko kelewatan, khususnya apabila berlaku kesesakan di kawasan bandar.

“Laluan ini memberi pilihan kepada pengguna untuk mengelakkan kesesakan, terutama di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang pada waktu puncak. Ia membolehkan perjalanan menjadi lebih lancar serta membantu mereka yang mempunyai urusan kerja atau perniagaan tiba di destinasi tepat pada masanya,” katanya.

Matthew yang merupakan pembekal buah-buahan dan sayur-sayuran di sekitar Tambunan dan Penampang berkata kesesakan jalan raya kini menjadi cabaran biasa sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Ketiga-tiga mereka berpendapat laluan alternatif tersebut bukan sahaja menjimatkan masa perjalanan, malah membuka akses yang lebih baik ke kawasan luar bandar, memudahkan pergerakan penduduk setempat serta menyokong aktiviti ekonomi dan pelancongan di kawasan yang dilalui.

Mereka berharap usaha menaik taraf dan menyelenggara jalan berkenaan dapat diteruskan bagi memastikan laluan itu kekal selamat, selesa dan mampu menampung peningkatan jumlah pengguna pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/07/laluan-alternatif-ranau-kota-kinabalu-jadi-pilihan-kurang-kesesakan/feed/ 0 97825
Kaamatan wadah perpaduan, Ranau terus jadi ‘permata’ pelancongan Sabah https://sabahmedia.com/2026/05/09/kaamatan-wadah-perpaduan-ranau-terus-jadi-permata-pelancongan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/05/09/kaamatan-wadah-perpaduan-ranau-terus-jadi-permata-pelancongan-sabah/#respond Sat, 09 May 2026 13:18:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96399
Read Time:1 Minute, 20 Second

RANAU: Perayaan Pesta Kaamatan terus menjadi simbol keutuhan perpaduan masyarakat di Sabah, selain berperanan sebagai platform penting memartabatkan khazanah budaya ke peringkat global.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sambutan pada tahun ini yang bertemakan “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian” sangat signifikan dengan konteks masyarakat majmuk di negeri tersebut.

Menurut beliau, semangat ‘Pisompuruan’ (perpaduan) dan ‘Piunungan’ (keharmonian) adalah kunci utama yang membolehkan rakyat Sabah terus hidup dalam suasana aman serta saling menghormati antara satu sama lain.

“Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai hasil, tetapi ia merupakan simbol kesyukuran, perpaduan, serta keharmonian antara pelbagai kaum dan budaya. Keseimbangan ini membolehkan kita saling bekerjasama dan menyokong,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau Tahun 2026 di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai potensi daerah berkenaan, Masidi menjelaskan bahawa Ranau kini berada di kedudukan istimewa sebagai destinasi pelancongan utama menerusi pengiktirafan tapak UNESCO.

Katanya, keunikan semula jadi dan kepelbagaian biodiversiti di kawasan taman dibawah pengiktirafan itu menjadikan ia sebuah destinasi eko-pelancongan yang sangat berpotensi tinggi.

“Ranau amat bertuah kerana memiliki keunikan yang diiktiraf dunia. Selain keindahan alam, kekayaan budaya masyarakat Kadazan Dusun di sini turut menjadi daya tarikan utama.

“Melalui sambutan Kaamatan, kita berpeluang memperkenalkan adat resam, makanan tradisional serta seni persembahan kepada pelawat dari dalam dan luar negara,” tambah beliau lagi.

Masidi turut optimis bahawa dengan usaha berterusan semua pihak, Ranau akanterus berkembang sebagai pusat pelancongan berasaskan budaya yang unggul, selaras dengan aspirasi pembangunan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur yang berjaya menyatukan komuniti dalam menjayakan sambutan tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/09/kaamatan-wadah-perpaduan-ranau-terus-jadi-permata-pelancongan-sabah/feed/ 0 96399
JKNS mobilasi pegawai perubatan ke Hospital Ranau, atasi isu kesesakan pesakit https://sabahmedia.com/2026/02/08/jkns-mobilasi-pegawai-perubatan-ke-hospital-ranau-atasi-isu-kesesakan-pesakit/ https://sabahmedia.com/2026/02/08/jkns-mobilasi-pegawai-perubatan-ke-hospital-ranau-atasi-isu-kesesakan-pesakit/#respond Sun, 08 Feb 2026 00:45:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91217
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan beberapa langkah segera bagi menangani isu kesesakan pesakit dan tempoh menunggu yang panjang di Jabatan Pesakit Luar (JPL), Hospital Ranau, susulan aduan awam yang tular di media sosial baru-baru ini.

JKNS dalam satu kenyataan memaklumkan, kesesakan tersebut berpunca daripada pertindihan jadual lawatan kepakaran serta kekurangan pegawai perubatan.

Selain itu, peningkatan mendadak bilangan pesakit yang hadir secara ‘walk-in’ bagi mendapatkan rawatan turut menjadi antara punca kesesakan di hospital berkenaan.

Ketika ini, seramai 16 pegawai perubatan bertugas di Hospital Ranau, namun pihak jabatan mengakui keperluan kepada penambahan tenaga kerja bagi memastikan kelancaran perkhidmatan kesihatan di daerah berkenaan

Sebagai langkah penambahbaikan, JKNS telah memobilisasikan pegawai perubatan ke Hospital Ranau sebagai langkah sementara sehingga terdapat penambahan pegawai perubatan di Sabah.

Dalam masa yang sama, sistem temu janji pesakit akan ditambah baik bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan pembahagian waktu rawatan serta mengurangkan kesesakan di kaunter pendaftaran.

JKNS turut menegaskan bahawa pengoperasian kaunter pendaftaran akan terus dipantau bagi memastikan ia berfungsi mengikut jadual yang ditetapkan dengan kehadiran anggota bertugas yang mencukupi.

Jabatan itu menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada rakyat adalah selamat, berkualiti dan berterusan, sejajar dengan tanggungjawab menjaga kesejahteraan masyarakat di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/08/jkns-mobilasi-pegawai-perubatan-ke-hospital-ranau-atasi-isu-kesesakan-pesakit/feed/ 0 91217
Masidi calls for results, not noise, in Sabah revenue fight https://sabahmedia.com/2025/11/23/masidi-calls-for-results-not-noise-in-sabah-revenue-fight/ https://sabahmedia.com/2025/11/23/masidi-calls-for-results-not-noise-in-sabah-revenue-fight/#respond Sun, 23 Nov 2025 14:11:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86838
Read Time:3 Minute, 18 Second

RANAU: Datuk Seri Masidi Manjun revealed that Sabah has formally requested federal revenue statistics 19 times as part of negotiations for the state’s 40 percent revenue entitlement under MA63.

He made the disclosure during the “Siri Santai Tudan Bersama Anak Muda” session at the mini hall of Kampung Tudan on Sunday.

The Karanaan incumbent stressed that the repeated requests reflect Sabah’s determination to secure accurate data necessary to calculate what the state is rightfully owed.

Addressing youth and community members, he highlighted that without verified data, Sabah cannot establish a clear baseline for its claims.

“We asked for the numbers 19 times. Without the correct data, how do we claim what rightfully belongs to us?” he said, adding that negotiations require patience, firmness and clarity.

“This is not about shouting in public. It is about ensuring our people actually receive the money, not just applause.”

Masidi explained that although the Federal Government has become more open to discussions, the process remains technical and sensitive.

He reminded the audience that even if Sabah were to win a court case, it would not automatically lead to immediate payments, as financial settlements must still go through formal federal approvals.

For this reason, he emphasised the importance of maintaining a constructive relationship with Putrajaya rather than adopting confrontational tactics.

He revealed that federal agencies sometimes delayed providing revenue statistics or submitted incomplete data, forcing Sabah’s finance officers to calculate the state’s total entitlement independently. Despite these challenges, he insisted that cooperation remains the most effective approach.

“There is no heroism in shouting outside the office while our children still don’t get the funds,” he said. “True leadership is delivering results quietly, steadily and professionally.”

Masidi also criticised political figures who use coarse language and personal insults, saying such behaviour undermines dignity, divides communities, and contradicts the values of the Dusun people, traditionally known for politeness and restraint.

“Orang Dusun are people of respect. We do not curse others. If someone is already insulting people before they win, imagine what happens when they gain power. That is not the kind of leader we raise.”

He urged voters especially youth to recognise the difference between leaders who rely on noise and leaders who rely on wisdom.

Drawing from his experience negotiating with Petronas, he said both sides respected each other because the Sabah team maintained courtesy even while defending the state’s interests.

Masidi highlighted key initiatives linked to Sabah’s 40 percent revenue entitlement, including monthly financial assistance for residents aged 60 and above, a 10 percent housing deposit assistance scheme for eligible first-time buyers, and free tertiary education at state-owned institutions by 2027.

“These initiatives show how securing Sabah’s financial rights translates directly into tangible benefits for housing, education, and welfare,” he said.

He further cautioned the public against returning to parties associated with past controversies, including reports of identity cards “burning” between 2018 and 2020, which he said damaged community trust.

Comparing Sabah with Sarawak, Masidi noted the states have different historical and economic contexts.

Sarawak’s oil and gas industry began in 1910, giving it more than a century of head start, whereas Sabah’s involvement started much later. He added that Sarawak benefits from political unity, while Sabah remains fragmented among multiple local parties.

“Sarawak is strong because they are united and choose their leaders wisely. We can achieve the same, but only if we stand together,” he said.

He reminded the audience that political stability is essential for long-term development. Emotional rhetoric may entertain, he said, but it does little to advance Sabah’s interests.

In closing, Masidi urged Tudan’s youth to evaluate leaders based on capability, integrity and proven results.

“At the end of the day, the question is simple: Who can secure what belongs to Sabah? Who can negotiate with wisdom, not anger?” he said.

“Choose leaders who deliver outcomes, not those who merely make noise.”

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/23/masidi-calls-for-results-not-noise-in-sabah-revenue-fight/feed/ 0 86838
PRU Sabah : PH bantu kemenangan calon di tiga kerusi di Ranau https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-ph-bantu-kemenangan-calon-di-tiga-kerusi-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-ph-bantu-kemenangan-calon-di-tiga-kerusi-di-ranau/#respond Mon, 17 Nov 2025 04:16:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86104
Read Time:1 Minute, 24 Second

RANAU : Pakatan Harapan (PH)  akan memastikan kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  di sini melalui kerjasama yang kukuh.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranau, Taufik Dahlan berkata, adalah lebih baik untuk meneruskan kestabilan politik sedia ada di bawah pentadbiran GRS memandangkan banyak pembangunan telah berjaya dilaksanakan, sekali gus memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Katanya lagi, DUN di sini pernah memegang portfolio penting, seperti Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kewangan serta Pembantu kepada Ketua Menteri yang memainkan peranan besar dalam menerajui kemajuan daerah dan negeri .

“Saya amat yakin bahawa GRS akan kembali membentuk dan mentadbir kerajaan bagi meneruskan agenda pembangunan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat. 

“Kami akan memberikan sokongan sepenuhnya untuk memastikan kemenangan ini dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra di PDM Paka Ranau, di Dewan Mini Dewan Kampung Lingkudau.

Turut hadir, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga calon bagi DUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Taufik berkata, kedudukan politik DUN di sini amat baik kerana banyak pembangunan telah berjaya dilaksanakan.

Beliau, yang telah lama berkecimpung dalam politik dan pernah memegang jawatan penting di Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri, menegaskan bahawa keadaan politik di negeri ini di bawah pentadbiran semasa adalah sangat tepat.

Tambahnya lagi, pemimpin Sabah yang memegang jawatan persekutuan dan di kerajaan negeri mempunyai aspirasi yang sama untuk memajukan negeri ini. Taufik mengajak rakyat agar mengekalkan kestabilan politik yang sedia ada.

“Pihak pembangkang hanya melaungkan pelbagai slogan untuk meyakinkan rakyat dalam pilihan raya, namun ia hanyalah laungan kosong.

“Sekiranya mereka diberikan jawatan di DUN, tidak tentu mereka akan memegang portfolio penting  dalam kerajaan negeri seperti yang pernah dipegang sebelum ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-ph-bantu-kemenangan-calon-di-tiga-kerusi-di-ranau/feed/ 0 86104
PRU Sabah : Tiga penyandang pertahan kerusi di Ranau https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-tiga-penyandang-pertahan-kerusi-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-tiga-penyandang-pertahan-kerusi-di-ranau/#respond Sat, 15 Nov 2025 06:16:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85870
Read Time:1 Minute, 13 Second

RANAU: Tiga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen Ranau masing-masing mempertahankan kerusi mereka pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17).

Mereka adalah calon mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Datuk Seri Masidi Manjun (DUN Karanaan); Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (DUN Kundasang) dan Datuk Abidin Madingkir (DUN Paginatan).

Ketiga-tiga calon tersebut diumumkan semasa penamaan calon yang berlangsung di sini pada hari Sabtu.

Bagi DUN Kundasang, Dr Joachim berhadapan dengan 10 penjuru yang melibatkan pencabarnya yang terdiri daripada Datuk Jattry @ Jeffry Mohd Ali (KDM), Japirin Sahadi (PBRS), Datuk Japiril Suhaimin (SAPP), Dr Atong Bin Antong (PN), Nazarul Khaiwala Wahab (Parti Kerjasama Anak-Anak Negeri PKAN), Edward Jamkim @ Paul Arif (Parti Impian Sabah PIS), Jeffrey Bin Gopog (Warisan), Rogers Tiam @ Aloysius (UPKO), Jackson Musi (Bebas).

Bagi DUN Karanaan, Masidi berhadapan dengan tujuh penjuru yang melibatkan calon-calon lain iaitu Georgina L George (UPKO), Karim Bin Adam (KDM), Nadzimin Kamin (BN), Mohd Anuar Bin Abd Ghani (Star), Mukinin @ Mazlan Bin Daiman (Warisan) dan Naomi @ Neomi Francis (Bebas)

Manakala bagi DUN Paginatan, Abidin berhadapan dengan 10  penjuru yang melibatkan calon-calon Datuk Hj Jemadi @Junaidi Sahat (BN), Datuk Rusdin @ Musidi Bin Riman (KDM), Pedderin @ Feddrin Bin Tuliang @ Tuling (Star), Rubica Gabayoi (PKAN), Linus Bin Yubod @ Md Haidi B Md Badawi (PIS), Juhaili Bin Sidek (Warisan), Bensin @ Binsin Bin Dani (Perjuangan Rakyat), Vennex Bin Jasmin Miki (Parti Bangsa Malaysia) dan Ivan Mario Benedict (Bebas). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-tiga-penyandang-pertahan-kerusi-di-ranau/feed/ 0 85870
Penduduk di tiga kampung di Ranau bakal nikmati kemudahan jalan raya yang baharu https://sabahmedia.com/2025/11/12/penduduk-di-tiga-kampung-di-ranau-bakal-nikmati-kemudahan-jalan-raya-yang-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/11/12/penduduk-di-tiga-kampung-di-ranau-bakal-nikmati-kemudahan-jalan-raya-yang-baharu/#respond Wed, 12 Nov 2025 13:53:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85649
Read Time:1 Minute, 43 Second

RANAU: Penduduk Sabah, khususnya di daerah ini, bakal menikmati kemudahan jalan raya baharu yang menghubungkan Kundasang-Ranau melalui Kampung Tambiau, Kampung Sarapong dan Kampung Kenipir dengan nilai projek sebanyak RM56 juta yang dijangka dilaksanakan pada tahun hadapan.

Penyandang DUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jalan baharu tersebut menghubungkan jalan dari Kampung Mohimboyon ke Tambiau, Sarapong dan Kenipir.

“Para pengguna jalan raya boleh memilih jalan baharu ini sebagai alternatif selain daripada jalan utama Kundasang-Ranau bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya pada waktu sibuk atau hari cuti,” katanya.

Tambah beliau, jalan baharu yang sebelum ini telah diumumkan dan kini dalam pembinaan melibatkan laluan pintas dari Kampung Kibbas, Mohimboyon, Pahu dan Himbaan seterusnya menghubungkan Kiulu dan Tinompok.

“Pembinaan jalan baharu ini bertujuan memudahkan urusan orang awam dan para petani di kawasan berkenaan dalam mengangkut hasil pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran ke pasar, sekali gus meningkatkan sumber pendapatan mereka,” katanya.

Masidi berucap merasmikan Majlis Warga Emas dan Makan Malam Kesyukuran 2025, anjuran bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Ranau dan Persatuan Pengusaha Pertanian Kundasang, di Dewan Hakka, pada Selasa lalu.

Menurut beliau, kerajaan negeri Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di daerah ini, khususnya melibatkan infrastruktur seperti loji rawatan air dan pembinaan jalan raya baharu demi manfaat rakyat.

Dalam majlis tersebut, Masidi memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan RM5 juta setiap tahun bagi biasiswa khusus untuk pelajar berbangsa Cina di sekolah rendah Cina sehingga menengah peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Biasiswa ini akan membolehkan pelajar dari sekolah persendirian Cina untuk memohon biasiswa negeri, membolehkan lebih banyak peluang untuk pelajar dari sekolah persendirian Cina melanjutkan pelajaran dan mencapai aspirasi mereka dengan sokongan kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, selain daripada peruntukan kerajaan pusat, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.2 bilion untuk sektor pendidikan di negeri ini.

“Bantuan daripada kerajaan negeri diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama,” jelas beliau.

Turut hadir, Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Ranau Datuk Dr Jimmy Tham Yuk Leong, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau Benedict Gunda dan Pegawai Daerah Ranau Tinus Manggam

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/12/penduduk-di-tiga-kampung-di-ranau-bakal-nikmati-kemudahan-jalan-raya-yang-baharu/feed/ 0 85649
Penularan berita ancaman keselamatan di Ranau dalam siasatan https://sabahmedia.com/2025/10/31/penularan-berita-ancaman-keselamatan-di-ranau-dalam-siasatan/ https://sabahmedia.com/2025/10/31/penularan-berita-ancaman-keselamatan-di-ranau-dalam-siasatan/#respond Fri, 31 Oct 2025 08:00:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84583
Read Time:45 Second

RANAU: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penularan sebuah hantaran di media sosial yang mendakwa wujud ancaman keselamatan melibatkan kehadiran ‘pengait’ di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang ancaman keselamatan berlaku dan keadaan di Ranau adalah terkawal serta selamat.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan sentiasa merujuk kepada sumber rasmi sebelum menyebarkan maklumat di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, aktiviti harian penduduk berjalan seperti biasa dan pihak berkuasa sentiasa bersiap siaga memastikan keselamatan awam terpelihara.

“Kami menghargai keprihatinan masyarakat dan menyeru agar semua pihak kekal tenang serta terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menjaga keharmonian dan keselamatan bersama,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang insiden mencurigakan, kegiatan jenayah, salah laku atau dadah diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau di talian 088-875222 atau melaporkannya di balai polis terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/31/penularan-berita-ancaman-keselamatan-di-ranau-dalam-siasatan/feed/ 0 84583
Pemuda GRS Ranau sokong penuh calon parti hadapi PRN Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/24/pemuda-grs-ranau-sokong-penuh-calon-parti-hadapi-prn-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/24/pemuda-grs-ranau-sokong-penuh-calon-parti-hadapi-prn-sabah/#respond Fri, 24 Oct 2025 11:27:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84066
Read Time:1 Minute, 1 Second

RANAU: Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Ranau menyatakan sokongan penuh terhadap calon yang akan diketengahkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN) Sabah.

Ketua Pemuda GRS P179 Ranau, Rosdi Abd Ghani berkata, pihaknya berpegang kepada prinsip bahawa pembangunan dan kestabilan kerajaan negeri harus menjadi keutamaan dalam pemilihan calon.

“Pemuda GRS Ranau akan menggembleng tenaga dan menggerakkan jentera akar umbi bagi memastikan kemenangan calon GRS, tidak kira siapa yang dipilih.

“Kita percaya kemenangan bukan sekadar kerusi, tetapi mandat untuk membawa perubahan sebenar kepada rakyat demi masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Pemuda GRS Ranau di Pejabat PGRS Ranau, Khamis lalu.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil pemuda daripada komponen parti GRS lain, yang membincangkan gerak kerja serta komitmen menghadapi PRN Sabah bulan depan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menegaskan kerajaan GRS terus memberi tumpuan kepada pembangunan belia sebagai teras kemajuan negeri, selaras dengan pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau berkata, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan untuk memperkasa modal insan agar belia Sabah terus maju dalam pelbagai bidang.

“Ini dapat dilihat melalui bantuan pendidikan negeri Sabah yang meliputi biasiswa, sumbangan pelajar, dana pendidikan, peralatan serta bantuan tunai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/24/pemuda-grs-ranau-sokong-penuh-calon-parti-hadapi-prn-sabah/feed/ 0 84066