rasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 16 Aug 2021 08:27:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kibar Jalur Gemilang Dan Bendera Negeri Dengan Rasa Bangga Dan Patriotisme – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/08/16/kibar-jalur-gemilang-dan-bendera-negeri-dengan-rasa-bangga-dan-patriotisme-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/08/16/kibar-jalur-gemilang-dan-bendera-negeri-dengan-rasa-bangga-dan-patriotisme-hajiji/#respond Mon, 16 Aug 2021 08:26:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4713
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyeru kepada rakyat Malaysia di seluruh Sabah untuk mengibarkan Jalur Gemilang (bendera kebangsaan) dan bendera negeri dengan rasa bangga dan patriotisme pada bulan Kebangsaan.

“Mari kita ketepikan semua perbezaan dan bersatu untuk mengatasi semua cabaran yang dihadapi negara khususnya dalam memerangi wabak COVID-19, ”katanya semasa pelancaran bulan Kebangsaan Peringkat Negeri dan Kibar Jalur Gemilang di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) dekat sini pada Isnin.

Beliau berkata, bulan Kebangsaan harus menjadi platform bersama bagi semua rakyat Malaysia memanfaatkan kekuatan untuk negara dan Sabah maju.

Dalam majlis itu, Hajiji menyampaikan bendera kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Negeri, Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Tan Sri T C Goh mewakili dewan Perdagangan dan Industri, Dr Rahimatsah Amat bagi pihak badan bukan kerajaan dan Kinabalu Parks Senior Park Ranger, Engelbert Panil.

Sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun ini, Jalur Gemilang dan bendera negeri akan dikibarkan di puncak Gunung Kinabalu oleh renjer taman diketuai oleh Engelbert.

Lebih daripada 20,000 bendera kebangsaan dan negari sedang diedarkan kepada orang ramai dan sektor swasta sempena bulan Kebangsaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/16/kibar-jalur-gemilang-dan-bendera-negeri-dengan-rasa-bangga-dan-patriotisme-hajiji/feed/ 0 4713
Zahir Rasa Cinta Negara Melalui Kibaran Jalur Gemilang https://sabahmedia.com/2021/08/08/zahir-rasa-cinta-negara-melalui-kibaran-jalur-gemilang/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/zahir-rasa-cinta-negara-melalui-kibaran-jalur-gemilang/#comments Sun, 08 Aug 2021 05:50:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4272
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai disaran menzahirkan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, langkah itu sebagai pencetus semangat  patriotisme dalam kalangan masyarakat khususnya di Sabah.

“Sempena bulan kebangsaan ini, kibaran Jalur Gemilang di rumah, pejabat mahupun di premis perniagaan dan kenderaan akan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

“Bagi sambutan kempen kibar Jalur Gemilang, Jabatan Penerangan Sabah melalui 25 daerah akan mengagihkan bendera kepada masyarakat untuk dikibarkan.

“Di samping itu, pelbagai program juga akan dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bagi memupuk rasa cinta negara seperti kempen komuniti merdeka, pidato kenegaraan dan pertandingan keceriaan yang dilaksanakan sehingga bulan September ini,” jelas beliau.  

Beliau ditemui media dalam Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian 2021 di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), pada Sabtu.

Program tersebut merupakan anjuran bersama serta agensi di bawah KKMM iaitu Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Ujar beliau, sepanjang sambutan bulan kebangsaan yang bermula 1 Ogos hingga 16 September, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui Info On Wheels (IOW) juga akan terus dilaksanakan di setiap daerah.

“Melalui IOW, JaPen bukan sahaja terlibat secara langsung dalam program jangkauan luar, malah medium ini juga akan digunakan untuk menyebarkan kempen tersebut seterusnya menanam semangat patriotisme dalam jiwa masyarakat,” katanya lagi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah (RTM), Nor’ain Bakir dan wakil-wakil agensi KKMM. – Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/zahir-rasa-cinta-negara-melalui-kibaran-jalur-gemilang/feed/ 1 4272