rasuah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 May 2024 00:16:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rasuah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 2 Individu Termasuk Penjawat Awam Disyaki Buat Tuntutan Palsu Ditahan SPRM https://sabahmedia.com/2024/05/21/2-individu-termasuk-penjawat-awam-disyaki-buat-tuntutan-palsu-ditahan-sprm/ https://sabahmedia.com/2024/05/21/2-individu-termasuk-penjawat-awam-disyaki-buat-tuntutan-palsu-ditahan-sprm/#respond Tue, 21 May 2024 00:16:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54728
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua individu termasuk seorang penjawat awam disyaki terlibat dalam kes berkaitan tuntutan palsu pada Disember 2018.

Menurut sumber, seorang wanita berusia 40an, yang merupakan pemilik syarikat, dan penjawat awam lelaki berusia 50an itu ditahan kira-kira 10 pagi di pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan semalam.

Sumber memaklumkan, kedua-duanya disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir mantan palsu bagi tujuan pembelian peralatan persekolahan bernilai kira-kira RM10,000 sedangkan pembelian berkenaan tidak dilaksanakan.

“Wanita itu dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melalui invois dan diperakui penerimaan oleh pegawai (penjawat awam itu) di institusi pendidikan (sekolah) berkenaan,” katanya

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy turut mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 471 dan 107 Kanun Keseksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/21/2-individu-termasuk-penjawat-awam-disyaki-buat-tuntutan-palsu-ditahan-sprm/feed/ 0 54728
Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah RM2,000 https://sabahmedia.com/2024/02/05/sarjan-mengaku-tidak-bersalah-terima-rasuah-rm2000/ https://sabahmedia.com/2024/02/05/sarjan-mengaku-tidak-bersalah-terima-rasuah-rm2000/#respond Mon, 05 Feb 2024 05:58:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49028
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas di sini hari ini, atas satu pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengedaran dadah yang dijalankan oleh seorang individu pada tahun 2021 di Daerah Kudat.

Zakaria Mohd Jasni, 40, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Jason Juga.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, hukuman di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama.

Menurut fakta pertuduhan, pada 18 Jun 2021 jam 12.20 petang bertempat di Fook Soon Seafood Product Sdn Bhd, di dalam daerah Kudat, tertuduh Zakaria sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Sarjan di Jabatan Siasatan Narkotik, Polis DiRaja Malaysia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat, secara rasuah cuba untuk memperoleh suatu suapan, iaitu wang berjumlah RM 2,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik individu lain sebagai balasan untuk tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwalnya iaitu tidak mengambil tindakan ke atas pengedaran dadah yang dijalankan oleh seorang individu di daerah Kudat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000.00 dengan deposit RM3,000.00 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan bahawa tertuduh perlu melapor diri di Pejabat SPRM setiap dua bulan sekali dan diarahkan tidak menganggu saksi. Manakala pasport antarabangsanya perlu diserahkan kepada pihak mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsham Saharom sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 4 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/05/sarjan-mengaku-tidak-bersalah-terima-rasuah-rm2000/feed/ 0 49028
12 jam tangan Rolex antara barang yang dirampas dalam perbicaraan rasuah Jabatan Air Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/25/12-jam-tangan-rolex-antara-barang-yang-dirampas-dalam-perbicaraan-rasuah-jabatan-air-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/25/12-jam-tangan-rolex-antara-barang-yang-dirampas-dalam-perbicaraan-rasuah-jabatan-air-sabah/#respond Wed, 25 Oct 2023 11:22:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44174
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Dua belas jam tangan Rolex adalah antara barangan berharga yang dirampas daripada bekas pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib, di mahkamah Khas Rasuah yang bersidang hari ini.

Penolong Pegawai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ekasuzieana Shafri, 36, berkata salah satu barangan mewah itu adalah untuk wanita.

Ekasuzieana, yang memberi keterangan di hadapan hakim Abu Bakar Manat dalam perbicaraan skandal rasuah terbesar Sabah itu turut mengesahkan jam tangan itu adalah antara jam tangan mewah dalam senarai rampasan harta alih bertarikh 4 Okt 2016 yang dibuatnya di pejabat SPRM Sabah.

Jenama lain ialah Audemars Piguet (lima), Roger Dubuid (satu), Jaegerle-Couctre (dua), Chronoswiss (satu), Prank Muller (satu), Cartier (tiga), Ulysse Nardin (satu), Patek Philippe (tiga), dan Corum (dua).

Dia juga telah merampas barangan berharga lain termasuk wang tunai, barang kemas seperti kerongsang, rantai, anting-anting, cincin, gelang dan gelang jed, beg tangan berjenama dan jongkong emas.

“Saya juga mengesahkan bahawa semua barang eksibit ini diambil dari rumah Ag Tahir di sebuah bilik tidur di tingkat 3,” kata saksi ke-44 pihak pendakwaan itu.

Tahir, 58, sedang dibicarakan bersama isterinya, Fauziah Piut, 55, dan bekas timbalan pengarah jabatan air negeri, Lim Lam Beng, 66.

Pada 29 Dis 2016, ketiga-tiga mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang melibatkan RM61.57 juta.

Bekas timbalan pengarah jabatan, Teo Chee Kong, yang pada mulanya merupakan suspek utama dalam kes berkenaan, dibebaskan daripada 146 pertuduhan pengubahan wang melibatkan RM32.93 juta, pada Mac 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/25/12-jam-tangan-rolex-antara-barang-yang-dirampas-dalam-perbicaraan-rasuah-jabatan-air-sabah/feed/ 0 44174