rasuah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 05 Nov 2025 11:20:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rasuah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah RM4,000 https://sabahmedia.com/2025/11/05/polis-mengaku-tidak-bersalah-terhadap-pertuduhan-rasuah-rm4000/ https://sabahmedia.com/2025/11/05/polis-mengaku-tidak-bersalah-terhadap-pertuduhan-rasuah-rm4000/#respond Wed, 05 Nov 2025 11:19:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85033
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk membebaskan seorang tahanan.

Sarjan Sazaly Sahaji, 45, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Sazaly yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, secara rasuah menerima RM4,000 daripada seorang lelaki bernama Al Sadam Madusin sebagai balasan untuk melepaskan seorang tahanan dikenali sebagai Disa pada 28 Julai 2024 jam lebih kurang 10 pagi bertempat di Restoran Maimunah Maju, Kepayan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Disember ini bagi pengurusan kes pra-perbicaraan, manakala perbicaraan ditetapkan pada 2 dan 3 Mac tahun depan.

Sazaly dibenarkan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan deposit RM5,000 serta dua penjamin tempatan, sementara menunggu kesnya selesai.

Mahkamah turut memerintahkan Sazaly melapor diri di Balai Polis Inanam sekali sebulan, tidak mengganggu saksi pendakwaan, serta tidak memohon atau menggunakan pasport sepanjang tempoh perbicaraan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Dk Afiqah Alya Ak Johari mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin dan beberapa syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam bela Sylyester Kuan memohon jumlah jaminan yang lebih rendah, dengan alasan Sazaly yang merupakan ketua keluarga kini digantung tugas dan perlu menyara tiga orang anak.

Sylyester turut memohon agar dua penjamin yang sama digunakan seperti dalam dua kes dadah melibatkan Sazaly yang masih belum selesai.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/05/polis-mengaku-tidak-bersalah-terhadap-pertuduhan-rasuah-rm4000/feed/ 0 85033
Pengurusan kes babit Lesen Carigali Mineral ditetapkan  5 Disember https://sabahmedia.com/2025/10/21/pengurusan-kes-babit-lesen-carigali-mineral-ditetapkan-5-disember/ https://sabahmedia.com/2025/10/21/pengurusan-kes-babit-lesen-carigali-mineral-ditetapkan-5-disember/#respond Tue, 21 Oct 2025 04:34:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83801
Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Khas Rasuah menetapkan 5 Disember untuk pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) kes rasuah melibatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah yang berhubung lesen mencarigali mineral di Sabah.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menetapkan tarikh tersebut terhadap Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, dan Adun Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, semasa prosiding PTCM hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip meminta tarikh PTCM lanjut kerana pihak pendakwaan masih belum menerima cakera padat (CD) daripada Jabatan Forensik.

“Dalam prosiding sebelum ini, kami telah memaklumkan kepada mahkamah dan pihak peguam bahawa hanya CD sahaja belum diserahkan. Namun, sehingga kini kami masih belum menerimanya daripada Jabatan Forensik. Oleh itu, kami memohon penangguhan selama sebulan bagi membolehkan CD tersebut diserahkan kepada pihak peguam,” katanya.

Tambah Rustam, dalam kes Andi juga, pihak pendakwaan baru dimaklumkan pada pagi ini bahawa terdapat beberapa dokumen lain yang juga belum diserahkan kepada pihak peguam.

“Justeru, kami memerlukan PTCM dilanjutkan bagi meneliti dan menyemak dokumen-dokumen berkenaan selain CD tersebut, dan menyerahkan kepada pihak peguam.”

Pada 30 Jun lalu, Dr Yusof dan Andi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mereka.

Dr Yusof, 69, didakwa menerima RM200,000 daripada ahli perniagaan Datuk Tei Jiann Cheing, yang juga dikenali sebagai Albert Tei pada 6 Mac tahun lalu di Rooftop Bar & Grill, Hotel Hilton, Kota Kinabalu. Wang itu didakwa sebagai dorongan untuk meluluskan permohonan lesen Nusa Kini Sdn Bhd.

Andi, 44, pula didakwa menerima RM150,000 daripada Tei pada 12 Mei tahun lalu di kediamannya di Jalan Pantai, Sembulan. Wang itu didakwa sebagai dorongan untuk memproses permohonan lesen penerokaan Sinaran Hayat Sdn Bhd.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah rasuah atau RM10,00 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Peguam Rizwandean M Borhan bersama Datuk Ram Singh, Shahlan Jufri dan Elhanan James mewakili kedua-dua adun berkenaan. Peguam Datin Jahara Patimbangi turut mewakili Andi.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/21/pengurusan-kes-babit-lesen-carigali-mineral-ditetapkan-5-disember/feed/ 0 83801
Penjawat awam berdepan 30 pertuduhan rasuah melibatkan lebih RM87,000 https://sabahmedia.com/2025/10/08/penjawat-awam-berdepan-30-pertuduhan-rasuah-melibatkan-lebih-rm87000/ https://sabahmedia.com/2025/10/08/penjawat-awam-berdepan-30-pertuduhan-rasuah-melibatkan-lebih-rm87000/#respond Wed, 08 Oct 2025 03:30:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82761
Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah atas 30 pertuduhan rasuah melibatkan lebih RM87,000.

Tertuduh, Normila Ladahali, 49, yang bertugas sebagai Pemangku Pegawai Tadbir Gred N41 di Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Beliau berdepan 18 pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 12 pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagi 18 pertuduhan pertama, Normila didakwa secara rasuah cuba memperoleh suatu suapan berjumlah RM55,311.30 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk memberikan kerja-kerja di Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah kepada beberapa buah syarikat.

Wang tersebut didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank milik dua anak tertuduh antara Nov 2022 dan Oktober 2023 di cawangan Maybank Alam Mesra, dekat sini.

Bagi 12 pertuduhan lain, Normila didakwa
telah mencuba untuk mendapatkan benda yang berharga berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM32,500 daripada dua individu yang mempunyai urusan rasmi dengannya.

Wang tersebut didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank milik dua anak tertuduh antara April 2022 dan Jun 2023 di cawangan Maybank Alam Mesra, dekat sini.

Mahkamah menetapkan 27 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM20,000 dengan deposit RM2,000 serta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan, termasuk arahan melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, serta larangan mengganggu saksi pendakwaan.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi.

Seksyen 17 (a) boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10, 000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/08/penjawat-awam-berdepan-30-pertuduhan-rasuah-melibatkan-lebih-rm87000/feed/ 0 82761
Pendapat : Isu Air Sabah Berpunca Kerakusan Pemimpin https://sabahmedia.com/2025/08/18/pendapat-isu-air-sabah-berpunca-kerakusan-pemimpin/ https://sabahmedia.com/2025/08/18/pendapat-isu-air-sabah-berpunca-kerakusan-pemimpin/#respond Mon, 18 Aug 2025 01:10:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79503
Read Time:2 Minute, 53 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

Kota Kinabalu — Salah satu punca utama isu air yang masih berlarutan di Sabah berpunca daripada kerakusan, kecuaian serta ketidakcekapan kepimpinan dan pengurusan, baik di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.

Situasi ini menuntut reformasi menyeluruh yang melibatkan model pelaksanaan, kawal selia serta tatakelola yang lebih kukuh dan telus. Perubahan secara sedikit demi sedikit tidak akan melonjakkan mutu perkhidmatan air di Sabah dengan segera dan mampan.

Akibat kelemahan sedia ada, rakyat di bandar dan luar bandar terus berdepan bekalan air yang tidak stabil dan kualiti air yang rendah. Masalah itu bukan sahaja menjejaskan kehidupan harian rakyat dan aktiviti perniagaan, malah turut merencatkan pembangunan ekonomi negeri.

Sebagai contoh, meskipun negara menerima pelaburan bernilai berbilion ringgit dalam sektor pusat data (data centre), Sabah masih belum memiliki satu pun pusat data kerana isu air dan elektrik yang tidak selesai. Perkara itu turut dibangkitkan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Julai lalu.

Pada Oktober 2016, negara pernah dikejutkan dengan penahanan pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) serta rampasan wang tunai berjumlah RM114 juta bersama pelbagai barangan mewah. Kes itu melibatkan dana projek persekutuan bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 untuk pembinaan infrastruktur pengagihan bekalan air di Sabah.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rampasan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah rasuah negara dan dipercayai lebih banyak wang disimpan di bank luar negara. Kes tersebut berlaku sebelum skandal 1MDB terbongkar.

Pada Disember 2016, bekas Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS didakwa di mahkamah. Pada Februari 2022, bekas Timbalan Pengarah dilepas tanpa dibebaskan, manakala kes bekas Pengarah masih berlanjutan sehingga kini.

Lebih mengejutkan rakyat, sejumlah besar wang tunai ditemui secara terbuka – termasuk lebih RM23 juta di pejabat Pengarah berkenaan serta lebih RM21 juta di kediamannya. Malah, RM9 juta dan RM4 juta ditemui di dalam bonet dua buah kereta.

Pada Disember 2024, hakim ketika memutuskan Pengarah itu perlu membela diri menyatakan bahawa aktiviti rasuah melalui Skim Kutipan Berpusat yang beroperasi sejak 2005 hingga 2016 tidak mungkin berlaku tanpa pengetahuan dan penglibatan beliau.

Menurut keterangan saksi, skim itu melibatkan kutipan komisen 10.75 peratus daripada kontraktor dan diagihkan kepada pegawai JANS, termasuk Pengarah (2.4%), Timbalan Pengarah (1.5%), Juruukur Bahan (1.5%), Ketua Jurutera Air Operasi dan Penyelenggaraan (1.5%) serta Ketua Kewangan (0.7%).

Kerakusan itu menyebabkan kos projek meningkat mendadak dan menelan dana kerajaan yang sepatutnya boleh digunakan untuk lebih banyak projek air di Sabah. Akibatnya, rakyat terus sengsara sehingga kini.

Menurut pandangan umum, mustahil skim itu dapat beroperasi begitu lama tanpa pengetahuan pihak berkuasa di peringkat negeri dan persekutuan. Tambahan pula, ketika memberi keterangan di mahkamah pada Jun 2025, bekas Pengarah terbabit mendakwa hanya RM3 juta daripada wang tunai yang dirampas adalah miliknya, manakala selebihnya milik pihak lain. Dakwaan itu menimbulkan persoalan baharu mengenai pemilik sebenar wang berkenaan.

Walaupun keterangan tersebut menguatkan spekulasi bahawa lebih ramai individu berprofil tinggi terlibat, ia kekal sebagai persepsi kerana tiada pihak lain didakwa setakat ini.

Apa yang jelas, skandal rasuah JANS tidak boleh berulang dan mesti menjadi pengajaran dalam sejarah. Skandal itu telah merompak kesejahteraan rakyat serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi Sabah hingga hari ini.

Sehubungan itu, industri air negeri perlu dirombak sepenuhnya dengan penubuhan badan kawal selia bebas, manakala JANS bertindak sebagai pelaksana. Langkah ini diyakini mampu memastikan pengurusan lebih telus, cekap dan berkesan.

Namun, sebarang peraturan dan teknologi baharu tidak akan berjaya tanpa modal insan yang bersih, cekap dan amanah.

“The weakest link is always the human,” demikian rumusan yang harus diinsafi. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/18/pendapat-isu-air-sabah-berpunca-kerakusan-pemimpin/feed/ 0 79503
Kempen ‘No Bribe. Clean Vibes.’ dilancar, didik belia tolak rasuah https://sabahmedia.com/2025/07/08/kempen-no-bribe-clean-vibes-dilancar-didik-belia-tolak-rasuah/ https://sabahmedia.com/2025/07/08/kempen-no-bribe-clean-vibes-dilancar-didik-belia-tolak-rasuah/#respond Tue, 08 Jul 2025 12:16:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76944
Read Time:1 Minute, 48 Second

Kuala Lumpur : Usaha membanteras rasuah negara terus digerakkan secara proaktif apabila bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, melancarkan kempen anti-rasuah peringkat kebangsaan bertajuk ‘No Bribe. Clean Vibes’.

Kempen itu dilancarkan di Saito University College iaitu sebuah institusi terkemuka dalam bidang pendidikan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.

Program itu turut diinisiatifkan oleh Amlac Academy di bawah kepimpinan Tan Sri Dzulkifli sendiri selain memberi fokus kepada pemerkasaan generasi muda melalui pendidikan integriti, akauntabiliti dan kesedaran anti-rasuah.

“Cara terbaik untuk kita memerangi rasuah adalah dengan menyebarkan kesedaran kepada golongan belia.

“Mereka adalah pemimpin masa depan. Kita mesti membekalkan mereka dengan ilmu berkaitan anti-rasuah agar mereka mampu menolak budaya ini dalam apa jua peranan yang mereka sandang nanti,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor II Saito University College Profesor Madya Lim Tou Boon.

Beliau turut menyatakan komitmen penuh universiti dalam mendukung kempen tersebut.

“Kami menyambut baik usaha murni Amlac Academy dalam menanam nilai integriti dalam kalangan pelajar. Universiti mempunyai tanggungjawab sosial untuk melahirkan graduan yang bukan hanya cemerlang akademik, tetapi juga utuh dari segi moral,” katanya.

Turut memberikan sokongan kepada kempen itu ialah tokoh-tokoh penting dalam arena penguatkuasaan negara seperti Datuk Izani Wan Ishak, bekas Pengarah Bahagian Siasatan Tadbir Urus SPRM dan Dato’ Zairol Hisham Abu Bakar, bekas pegawai kanan Bank Negara Malaysia serta Ketua Pegawai Operasi NRRET.

Kempen ini akan diteruskan dengan siri kesedaran Law & Order, di mana Dzulkifli akan menjelajah ke institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Sesi-sesi ini bakal menyaksikan beliau berdialog secara langsung bersama pelajar mengenai isu rasuah, pengubahan wang haram dan etika perkhidmatan.

Amlac Academy turut membuka peluang kerjasama kepada institusi pengajian tinggi, terutamanya yang menawarkan program dalam bidang undang-undang, perniagaan, kewangan, tadbir urus dan penguatkuasaan, untuk menjadi tuan rumah kempen “No Bribe. Clean Vibes.” di kampus masing-masing.

“Kami mahu kempen ini sampai kepada seramai mungkin pelajar di Malaysia. Institusi yang berminat boleh menghubungi Amlac Academy bagi menjayakan inisiatif ini bersama-sama,” kata Dzulkifli.

Kempen ini dilihat sebagai satu usaha konkrit dan segar dalam melahirkan generasi Malaysia yang berprinsip, bebas rasuah dan bersedia memikul tanggungjawab kepimpinan negara dengan berani dan beretika.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/08/kempen-no-bribe-clean-vibes-dilancar-didik-belia-tolak-rasuah/feed/ 0 76944
STAR nafi dakwaan rasuah terhadap Jeffrey Kitingan, dakwa fitnah bermotif politik https://sabahmedia.com/2025/06/29/star-nafi-dakwaan-rasuah-terhadap-jeffrey-kitingan-dakwa-fitnah-bermotif-politik/ https://sabahmedia.com/2025/06/29/star-nafi-dakwaan-rasuah-terhadap-jeffrey-kitingan-dakwa-fitnah-bermotif-politik/#respond Sun, 29 Jun 2025 12:19:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76366
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, menerima RM1.78 juta berkaitan skandal perlombongan seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita baru-baru ini.

Ketua Penerangan STAR, Mohd. Anuar Tan Sri Ghani Gilong berkata, tuduhan tersebut adalah palsu, tidak berasas dan bermotif politik untuk mencemarkan reputasi serta menggugat kestabilan kerajaan Sabah.

“Dakwaan ini merupakan rekaan pihak-pihak tertentu yang terdesak dan berniat jahat. Ia adalah taktik lama yang sering digunakan sejak tahun 1960-an untuk menimbulkan kekeliruan dalam politik Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Jeffrey tidak pernah menerima sebarang dana berkaitan permohonan perlombongan mahupun terlibat dalam sebarang skandal seperti yang didakwa.

STAR juga menegaskan bahawa parti itu tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti perlombongan atau memohon lesen perlombongan. Malah, sebagai penyokong Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA), STAR komited terhadap prinsip perlindungan alam sekitar dan menolak aktiviti perlombongan.

“Presiden dan ahli-ahli STAR telah memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk memberikan kenyataan terperinci berkaitan siasatan yang dijalankan,” jelasnya.

Tambah Anuar, STAR mengutuk sekeras-kerasnya tindakan media tertentu yang cuba membicarakan isu ini di mahkamah awam, bukan melalui saluran undang-undang yang sah.

Beliau turut memetik kenyataan terdahulu oleh “pemberi maklumat” bahawa STAR dan PBS telah dibersihkan daripada sebarang salah laku atau penerimaan dana rasuah.

“STAR tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan atas laporan tidak bertanggungjawab ini,” tegasnya.

Anuar menjangkakan lebih banyak fitnah dan dakwaan palsu akan timbul menjelang Pilihan Raya Negeri, sambil menyifatkan ia sebagai cubaan terancang untuk mengubah landskap politik Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/29/star-nafi-dakwaan-rasuah-terhadap-jeffrey-kitingan-dakwa-fitnah-bermotif-politik/feed/ 0 76366
Ketua AMK Keadilan Kecam Tindakan Bakar Karikatur Wajah PM https://sabahmedia.com/2025/06/23/ketua-amk-keadilan-kecam-tindakan-bakar-karikatur-wajah-pm/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/ketua-amk-keadilan-kecam-tindakan-bakar-karikatur-wajah-pm/#respond Mon, 23 Jun 2025 02:51:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76001
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim mengecam tindakan peserta demonstrasi di Sabah yang membakar karikatur menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkannya sebagai “biadab” dan “berlebihan”.

Menurut Kamil, aksi tersebut bukan sahaja mencemarkan semangat demokrasi, malah menggambarkan kegagalan penunjuk perasaan untuk menyampaikan hujah secara matang dan bertanggungjawab.

“Tindakan ini berlebihan dan biadab. Ia tidak boleh dianggap sebagai protes aman kerana membahayakan diri dan orang awam. Lebih parah, ia langsung tidak memahamkan masyarakat umum tentang mesej yang ingin disampaikan,” kata Kamil dalam satu kenyataan

“Paling utama, ini tanda kekalahan dalam perlawanan hujah. Hanya aksi kosong untuk kelihatan berani bagi mencuri perhatian,” tambahnya.

Kamil yang juga setiausaha politik kepada perdana menteri di Kementerian Kewangan berkata beliau akan menolak pendekatan sedemikian tanpa mengira siapa yang menjadi sasaran aksi tersebut.

“Muka sesiapa pun (saya tak setuju). Saya secara peribadi menolak pendekatan seperti ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah turut  tampil menyatakan pendirian tegas menolak tindakan membakar lukisan karikatur yang menyerupai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 yang diadakan baru-baru ini.

karikatur yang dibakar kumpulan benci rasuah semalam

Ketua Penerangan AMK Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus berkata, tindakan tersebut bukan sahaja tidak menghormati prinsip perbezaan secara matang dan beradab, malah bertentangan dengan semangat serta sejarah panjang perjuangan Perdana Menteri dalam menentang rasuah dan salah guna kuasa sejak era 1998.

Beliau menegaskan bahawa AMK Sabah kekal komited menjadi suara progresif anak muda yang memperjuangkan agenda antirasuah, reformasi institusi dan pembinaan Malaysia yang adil serta bersih.

Semalam tular video Insiden tersebut yang berlaku pada penghujung protes pelajar anjuran Sekretariat Rakyat Benci Rasuah di Kota Kinabalu.  Karikatur yang dibakar itu turut disertakan kain rentang bertulis “Madani Pelindung Rasuah Sabah”, sebagai kritikan kepada pentadbiran Anwar yang didakwa gagal menunaikan janji reformasi institusi.

Jurucakap kumpulan itu, Fadhil Kasim berkata tindakan tersebut bertujuan menggariskan kekecewaan rakyat terhadap beberapa pelantikan kontroversi, termasuk perlantikan semula Tan Sri Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/ketua-amk-keadilan-kecam-tindakan-bakar-karikatur-wajah-pm/feed/ 0 76001
Wartawan Malaysiakini Mengaku Tidak Bersalah atas Tuduhan Rasuah https://sabahmedia.com/2025/03/14/wartawan-malaysiakini-mengaku-tidak-bersalah-atas-tuduhan-rasuah/ https://sabahmedia.com/2025/03/14/wartawan-malaysiakini-mengaku-tidak-bersalah-atas-tuduhan-rasuah/#respond Fri, 14 Mar 2025 04:00:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70372
Read Time:53 Second

SHAH ALAM – Wartawan portal berita Malaysiakini, B. Nantha Kumar, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM20,000 daripada seorang warga asing.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima wang tersebut daripada seorang warga Pakistan di sebuah hotel di sini, sebagai dorongan untuk tidak menerbitkan artikel berkaitan sindiket yang melibatkan pekerja asing.

Hakim Mohd. Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Selain itu, mahkamah turut mengarahkan pasport Nantha Kumar diserahkan kepada mahkamah sebagai sebahagian daripada syarat jaminan.

Sebagai tambahan, beliau perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan sehingga kes selesai. Sebutan kes telah ditetapkan pada 23 April ini.

Pertuduhan terhadap wartawan tersebut dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Jika didapati bersalah, beliau boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alis Izzati Azurin Mohd Rusdi, manakala tertuduh diwakili oleh peguam P. Purshotaman.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/14/wartawan-malaysiakini-mengaku-tidak-bersalah-atas-tuduhan-rasuah/feed/ 0 70372
Didakwa Terima Rasuah, Wartawan Malaysiakini akan Didakwa Jumaat Ini https://sabahmedia.com/2025/03/12/didakwa-terima-rasuah-wartawan-malaysiakini-akan-didakwa-jumaat-ini/ https://sabahmedia.com/2025/03/12/didakwa-terima-rasuah-wartawan-malaysiakini-akan-didakwa-jumaat-ini/#respond Wed, 12 Mar 2025 10:32:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70254
Read Time:47 Second

PUTRAJAYA – Wartawan Malaysiakini, B Nantha Kumar, dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat ini atas tuduhan menerima rasuah RM20,000 daripada seorang ejen pekerja asing warga Pakistan.

Menurut laporan Malaysiakini, Nantha dimaklumkan mengenai pendakwaan itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tengah hari tadi.

“Saya yakin akan dibuktikan tidak bersalah. Ini adalah cubaan untuk membungkam saya dan menghalang pendedahan rasuah yang saya lakukan,” kata Nantha dalam kenyataan ringkasnya.

Beliau sebelum ini ditahan SPRM pada 28 Februari lalu sebelum dibebaskan pada 4 Mac selepas direman selama empat hari.

Siasatan terhadap Nantha melibatkan dakwaan bahawa beliau meminta dan menerima wang sebagai balasan untuk tidak menerbitkan dua artikel yang mendedahkan kegiatan sindiket pekerja asing. Namun, wartawan itu menafikan tuduhan tersebut serta dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, bahawa beliau pada asalnya meminta RM100,000 sebelum jumlah itu dikurangkan kepada RM20,000.

Nantha menegaskan bahawa beliau melakukan penyamaran bersama seorang pengarah imigresen negeri untuk membongkar sindiket berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/12/didakwa-terima-rasuah-wartawan-malaysiakini-akan-didakwa-jumaat-ini/feed/ 0 70254
Dakwaan rasuah ADUN Sabah: SPRM sahkan video tiada kredibiliti, tak boleh guna pakai https://sabahmedia.com/2025/02/16/dakwaan-rasuah-adun-sabah-sprm-sahkan-video-tiada-kredibiliti-tak-boleh-guna-pakai/ https://sabahmedia.com/2025/02/16/dakwaan-rasuah-adun-sabah-sprm-sahkan-video-tiada-kredibiliti-tak-boleh-guna-pakai/#respond Sun, 16 Feb 2025 14:13:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68844
Read Time:1 Minute, 0 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru sahaja selesai merakam keterangan lima saksi termasuk seorang ahli politik dari Sabah berhubung siasatan dakwaan skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata lima individu itu dipanggil susulan isu baharu mengenai siasatan berkenaan yang ditimbulkan di sebuah portal dan SPRM Sabah sedang meneliti rakaman keterangan itu.

Katanya, siasatan dakwaan skandal rasuah itu dibuat berdasarkan video dikeluarkan sebuah portal serta di media sosial.

Menurutnya, sehingga ke hari ini pemberi maklumat yang mendedahkan video itu masih belum berkongsi sebarang bukti dengan SPRM.

“Video ini telah kita kemukakan kepada bahagian forensik SPRM.

“Laporannya baru-baru ini menunjukkan lapan video di dalam portal itu adalah video yang tidak boleh diguna pakai kerana berlaku editing serta ia juga tidak boleh digunakan dalam penyiasatan dan juga mahkamah kerana tidak ada kredibiliti,” katanya.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan mengenai beberapa rakaman video memaparkan ADUN berkenaan didakwa menerima ratusan ribu ringgit bagi menyokong permohonan sebuah syarikat untuk projek di sebuah negeri.

Azam berkata SPRM tidak bercadang memanggil portal yang menyiarkan video terbabit untuk mengetahui bagaimana ia diperoleh kerana menghormati kebebasan portal itu untuk membuat laporan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/16/dakwaan-rasuah-adun-sabah-sprm-sahkan-video-tiada-kredibiliti-tak-boleh-guna-pakai/feed/ 0 68844