ravo – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 Oct 2021 02:54:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ravo – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RAVO Berjaya Vaksinasi Hampir 100% Penduduk Di 75 Lokaliti Sandakan https://sabahmedia.com/2021/10/22/ravo-berjaya-vaksinasi-hampir-100-penduduk-di-75-lokaliti-sandakan/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/ravo-berjaya-vaksinasi-hampir-100-penduduk-di-75-lokaliti-sandakan/#respond Fri, 22 Oct 2021 02:54:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7783
Read Time:1 Minute, 6 Second

SANDAKAN : Projek Penilaian Pantas dan Operasi Vaksinasi (Rapid Assessment Vaccination Operation) (RAVO) di Sandakan berjaya memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada hampir 100 peratus penduduk berumur 12 tahun ke atas di 75 lokaliti.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata projek yang diilhamkan oleh Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin itu, membawa hasil menggalakkan meskipun Sandakan masih menjadi antara daerah terendah kadar vaksinasinya di Sabah.

“Sepanjang 4 hingga 19 Okt lepas, kami telahpun berjaya membuat bancian di lokaliti-lokaliti yang kami rasa padat dengan penduduk dan bermasalah seperti semua lokaliti atas air (penempatan atas air) ataupun di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) kerana ada rekod kematian COVID-19 sebelum ini.

“Dalam tempoh tersebut, RAVO telah dilaksanakan di 75 lokaliti dengan 33,266 orang daripada 43,300 penduduk keseluruhan telah divaksin,” katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan penggalak vaksin COVID-19 di sini hari ini.

Dr Johari berkata projek RAVO itu akan diteruskan di lokaliti berbaki 525 lokaliti di daerah itu.

Menurutnya antara sebab statistik kadar vaksinasi yang rendah di Sandakan ialah kerana terdapat penduduk daerah itu yang mengambil vaksin di luar Sandakan namun rekodnya tidak termasuk dalam data Sandakan.

Beliau berkata data kadar vaksinasi berdasarkan denominator sedia ada tidak mencapai 60 peratus, namun bancian menunjukkan peratusan itu telah pun dicapai di Sandakan. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/ravo-berjaya-vaksinasi-hampir-100-penduduk-di-75-lokaliti-sandakan/feed/ 0 7783
Pekerja Ladang Sanggup Berhujan Tepi Jalan Untuk Vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/10/20/pekerja-ladang-sanggup-berhujan-tepi-jalan-untuk-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/10/20/pekerja-ladang-sanggup-berhujan-tepi-jalan-untuk-vaksin-covid-19/#respond Wed, 20 Oct 2021 07:14:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7709
Read Time:1 Minute, 57 Second

KALABAKAN: Tujuh pekerja Ladang Serudung di sini sanggup berhujan dan menunggu di tepi jalan semata-mata untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Mendengar ada pasukan projek Penilaian Pantas dan Operasi Vaksinasi (RAVO) kendalian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memasuki ladang itu untuk menjalankan vaksinasi terhadap penduduk, mereka segera keluar dari rumah serta menunggang motosikal selama 30 minit sebelum berhenti dan menunggu di tepi Jalan Branko Serudung.

Pasukan RAVO yang terlihat kelibat ketujuh-tujuh pekerja kemudian bertindak menghentikan kenderaan dan bertanya beberapa soalan sebelum memberikan suntikan vaksin kepada mereka.

Antaranya Wati Lancang, 45, yang sebelum ini tidak dapat menerima vaksinasi kerana menghidap penyakit darah tinggi. 

“Pada Ogos, saya ada cuba datang ke pusat pemberian vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Kalabakan tapi tidak boleh diberi vaksin kerana ada penyakit, jadi lama saya tunggu vaksin ini, ada masa saya risau (dijangkiti) COVID-19 ini dan saya takut kerana belum ada vaksin, sekarang selepas dapat vaksin, saya senang hati,” katanya ketika ditemui semalam.

Arif Appte, 45, pula berterima kepada petugas kesihatan kerana memudahkan penduduk di kawasan ladang yang terletak jauh dari bandar mahupun PPV. 

“Ada RAVO ini lagi menyenangkan kami, mereka masuk (ke) kawasan (ladang) dan saya tidak perlu pergi jauh atau mengeluarkan perbelanjaan lagi, saya tidak kisah disuntik di tepi jalan daripada tidak dapat vaksin,” katanya. 

Bagi Riska Hamzah, 27, dia terpaksa memberanikan diri kerana sebelum ini dia takut disuntik selain terpengaruh dengan dakyah negatif mengenai vaksin COVID-19. 

“Mendapat maklumat tepat mengenai vaksin serta melihat rakan serta keluarga juga sudah menerima vaksinasi maka saya pun pujuk diri untuk beranikan diri ambil vaksin,” katanya.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin pula berkata projek RAVO dan aktiviti ‘outreach’ lain dilaksanakan kerana menyedari masih ada penduduk di pedalaman yang belum divaksin.

“(Kami sanggup) walaupun terpaksa meredah hutan dan menempuh perjalanan sehingga lima jam masuk satu kawasan hari ini kerana kita tahu masih ada yang di pedalaman ini tercicir vaksinasi atas faktor kesihatan,” katanya sambil menambah seramai 141,000 penduduk Tawau dan Kalabakan dikesan belum divaksin.

Beliau berkata projek RAVO, dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat termasuk sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteer (MyVac), akan dilaksana selama seminggu di Tawau bermula semalam.

Program itu melibatkan 21 lokaliti termasuk Ladang Serudung serta Kampung Serudung Laut dan selepas itu diteruskan di Kinabatangan, Tongod dan Nabawan. – Bernama 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/20/pekerja-ladang-sanggup-berhujan-tepi-jalan-untuk-vaksin-covid-19/feed/ 0 7709
Sabah Laksana Projek RAVO Bagi Percepat 80% Vaksinasi Lengkap Dewasa https://sabahmedia.com/2021/10/09/sabah-laksana-projek-ravo-bagi-percepat-80-vaksinasi-lengkap-dewasa/ https://sabahmedia.com/2021/10/09/sabah-laksana-projek-ravo-bagi-percepat-80-vaksinasi-lengkap-dewasa/#respond Sat, 09 Oct 2021 00:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7319
Read Time:1 Minute, 5 Second

SANDAKAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan projek Penilaian Pantas dan Operasi Vaksinasi (RAVO) dalam usaha memperhebat vaksinasi Covid-19 secara ‘outreach’ di negeri ini yang belum mencapai 80% vaksinasi lengkap penduduk dewasa.

Pengarahnya Datuk Dr Rose Nani Mudin, berkata 25 kakitangan JKNS digerakkan termasuk lawatan rumah ke rumah, bagi menjalankan projek RAVO itu dengan bantuan pejabat kesihatan daerah, agensi kerajaan dan wakil rakyat.

“Kita mulakan RAVO di Sandakan yang terdapat 151,200 individu dewasa belum menerima vaksin.

“Selepas Sandakan, projek RAVO ini akan ke daerah-daerah yang belum mencapai tahap vaksinasi memuaskan seperti Tawau, Kinabatangan, Tongod, Nabawan, Keningau, Papar, Lahad Datu dan Kota Belud,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek RAVO di Kampung Forest, di sini.

Mengulas mengenai kadar vaksinasi di Sabah, Rose Nani, berkata setakat Rabu lalu, lebih 2.25 juta dewasa atau 72.9% sudah menerima satu dos vaksin, manakala 1.75 juta atau 63.3% sudah melengkapi dua dos.

Sementara 289,615 remaja sudah menerima satu dos vaksin, manakala 3,162 remaja menerima dos lengkap dan sedang menunggu lengkap interval selama 21 hari.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di Sabah akan ditutup secara berperingkat dengan hanya 13 PPV terpilih dilanjutkan operasi di seluruh negeri untuk memenuhi suntikan dos kedua sebanyak kira-kira 289,000 dos.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/09/sabah-laksana-projek-ravo-bagi-percepat-80-vaksinasi-lengkap-dewasa/feed/ 0 7319