Raya haji – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 06 Jun 2025 03:58:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Raya haji – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Menteri ajak rakyat Sabah kukuhkan persaudaraan, perpaduan https://sabahmedia.com/2025/06/06/ketua-menteri-ajak-rakyat-sabah-kukuhkan-persaudaraan-perpaduan/ https://sabahmedia.com/2025/06/06/ketua-menteri-ajak-rakyat-sabah-kukuhkan-persaudaraan-perpaduan/#respond Fri, 06 Jun 2025 03:58:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75132
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Seluruh rakyat di negeri ini diajak untuk bersama-sama terus memperkukuhkan persaudaraan dan perpaduan.

Ketua Menteri, Datuk Seri  Hajiji  Noor berkata, umat Islam di negeri ini juga diminta untuk terus memperteguhkan lagi keimanan dan ketaqwaan terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan, serta menghayati kisah dan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS.

“Naratif AidilAdha yang berkait rapat dengan kisah dan sejarah amalan korban, melibatkan dua figura besar dalam Islam iaitu Nabi Ibrahim AS bersama anakanda baginda, Nabi Ismail AS membawa pengertian dan falsafahnya yang tersendiri, mencakupi tiga aspek utama dalam kehidupan umat manusia, iaitu perjuangan, pengorbanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT.

“Justeru, AidilAdha yang jatuh sempena bulan Haji ini, merupakan bulan suci yang di dalam mengandungi segala rahsia yang terkait dengan apa yang disebut sebagai Habluminallah dan Habluminanaas, iaitu hubungan insaniah dengan Tuhan yang Maha Pencipta, dan hubungan kita sesama umat manusia.

“Semoga sambutan AidilAdha kali ini akan terus memperkukuhkan persaudaraan dan perpaduan di kalangan kita rakyat Malaysia di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan Hari Raya Aidiladha 1446H, di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu beliau dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat, di mana jua berada. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/06/ketua-menteri-ajak-rakyat-sabah-kukuhkan-persaudaraan-perpaduan/feed/ 0 75132