Razali razi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 03 Dec 2025 00:35:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Razali razi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelantikan ini satu tanggungjawab besar untuk bela suara rakyat – Razali Razi https://sabahmedia.com/2025/12/03/pelantikan-ini-satu-tanggungjawab-besar-untuk-bela-suara-rakyat-razali-razi/ https://sabahmedia.com/2025/12/03/pelantikan-ini-satu-tanggungjawab-besar-untuk-bela-suara-rakyat-razali-razi/#respond Wed, 03 Dec 2025 00:34:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87639
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Mohamed Razali Razi menyifatkan amanah yang diberi sebagai satu tanggungjawab besar untuk terus membela suara rakyat.

Beliau merakamkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan, sambil menegaskan bahawa pelantikan itu bukan sekadar penghormatan peribadi, sebaliknya satu peringatan bahawa perjuangan masih panjang.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki dan amanah yang tidak pernah saya bayangkan, hari ini (semalam) saya diberi kepercayaan untuk berkhidmat sebagai ADUN Dilantik. 

“Pelantikan ini bukan satu penghormatan kepada saya semata-mata, tetapi satu peringatan bahawa perjuangan ini masih panjang.

“Politik bukan pentas untuk mencari kemewahan, tetapi ruang untuk membawa suara rakyat yang kadang-kadang tenggelam di tengah hiruk pikuk percaturan kuasa. Amanah ini adalah satu tanggungjawab yang saya pikul dengan hati yang rendah diri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran yang dimuat naik di Facebooknya di sini pada Selasa.

Razali yang juga Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, setiap langkah yang di ambil sejak hari pertama turun ke lapangan, berjumpa warga kampung, mendengar keluhan, berkongsi harapan, semuanya adalah perjalanan yang telah ditentukan Allah S.W.T.

“Bukan kerana saya hebat, tetapi kerana Allah mahu membuka pintu rezeki supaya saya dapat membantu lebih ramai orang dan seperti yang saya selalu sebut, segala usaha ini adalah untuk Darau. 

“Untuk keluarga-keluarga yang saya temui di jalan kampung, untuk anak-anak muda yang membawa impian besar, untuk ibu bapa yang menaruh harapan agar masa depan anak mereka lebih terjamin. Darau bukan hanya kawasan, ia adalah jiwa perjuangan saya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/03/pelantikan-ini-satu-tanggungjawab-besar-untuk-bela-suara-rakyat-razali-razi/feed/ 0 87639
Darau tetap di hati saya, terima kasih semua pengundi – Razali Razi https://sabahmedia.com/2025/11/30/darau-tetap-di-hati-saya-terima-kasih-semua-pengundi-razali-razi/ https://sabahmedia.com/2025/11/30/darau-tetap-di-hati-saya-terima-kasih-semua-pengundi-razali-razi/#respond Sun, 30 Nov 2025 03:21:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87496
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Razali Razi menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengundi kawasan itu walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17 tidak memihak kepadanya.

Razali berkata, beliau menerima keputusan rakyat Darau dengan hati terbuka serta penuh rasa hormat, sambil menyifatkan pengalaman sepanjang kempen sebagai satu perjalanan yang amat bermakna.

“Terima kasih kerana memberi saya peluang berkempen, masuk kampung, duduk bercerita dan mendengar sendiri harapan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini malam tadi.

Razali tewas kepada Azhar Matussin dari parti Warisan Sabah dengan majoriti tipis sebanyak 63 undi.

Beliau memperoleh undi sebanyak 8,297 undi berbanding Azhar yang memperoleh undi 8,360 undi.

Sementara itu, Razali atau lebih mesra dipanggil Datuk Bob turut mengucapkan tahniah kepada Azhar Matussin atas kemenangan, selain menghargai semua calon lain yang bertanding iaitu Meriah Osman, Joe Arfan, Nordin Thani dan Nabila Norsahar. 

Meskipun tewas dalam pertandingan kali ini, Razali menegaskan kasih sayangnya kepada Darau tidak akan pernah berubah.

“Walaupun saya tidak menang, Darau tetap di hati saya. Saya akan terus bekerja, terus membantu dan terus turun kampung seperti selalu,” katanya.

Tambahan beliau, amanah untuk berkhidmat bukan hanya datang melalui jawatan, sebaliknya lahir daripada keikhlasan dan rasa tanggungjawab kepada rakyat.

“Selagi saya mampu, selagi rakyat Darau masih memanggil nama saya, saya akan ada untuk membantu,” tegasnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/30/darau-tetap-di-hati-saya-terima-kasih-semua-pengundi-razali-razi/feed/ 0 87496
PRU Sabah : Datuk Bob yakin mampu tawan kerusi DUN Darau https://sabahmedia.com/2025/11/14/pru-sabah-datuk-bob-yakin-mampu-tawan-kerusi-dun-darau/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/pru-sabah-datuk-bob-yakin-mampu-tawan-kerusi-dun-darau/#respond Thu, 13 Nov 2025 16:21:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85720
Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU :  Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau Datuk Mohamed Razali Razi menaruh keyakinan tinggi terhadap peluang untuk menewaskan penyandang kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17).

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kerja keras yang telah digerakkan sejak beberapa bulan lalu, selain maklum balas positif daripada rakyat di peringkat akar umbi yang menunjukkan keinginan kuat terhadap perubahan.

“Potensi untuk menang? Of course, we are confident. We have been working hard. Kita turun ke lapangan, we deliver. That’s very important,” katanya.

Razali ketika berucap pada program kembara Jentera Sayap GRS di Kampung Likas – Foto Shane Sabbie

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Kembara Jentera Sayap Darau di Kampung Likas di sini pada Khamis.

Katanya, denyut nadi masyarakat jelas menunjukkan keinginan terhadap perubahan positif, hasil gerak kerja berterusan yang telah dilakukan bersama jentera parti.

“Saya dapat mendengar dan melihat sendiri bahawa orang-orang di kampung ini mahu perubahan yang membawa kebaikan kepada mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan golongan belia agar tidak terlalu berlebih-lebihan meraikan kempen pilihan raya sehingga melupakan tujuan sebenar perjuangan.

“Kita jangan bawa PRU ini sebagai satu pesta. Pokoknya adalah untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa parti kita mengamalkan semangat inklusiviti. Kamu boleh berseronok, tapi jangan lalai,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa program turun padang bukan hanya bermula selepas pengumuman calon, sebaliknya sudah menjadi budaya kerja mereka sejak dua tahun lalu.

“Kita bukan baru turun selepas diumumkan calon. Lebih dua tahun kami konsisten turun setiap Sabtu dan Ahad untuk bertemu rakyat. Inilah budaya kerja kita yang berbeza dengan parti-parti sebelum ini,” katanya.

Beliau yakin pendekatan mendekati rakyat secara berterusan akan menjadi kekuatan utama GRS dalam mendepani saingan kali ini.

Pada PRU Sabah ke-16, kerusi DUN Darau dimenangi penyandang Azhar Matussin yang mewakili Parti Warisan Sabah dengan jumlah undi 5,805 undi.-  SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/pru-sabah-datuk-bob-yakin-mampu-tawan-kerusi-dun-darau/feed/ 0 85720