Razeef – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 23 Jun 2025 12:03:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Razeef – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bakar karikatur Perdana Menteri tindakan terdesak selepas himpunan gagal – Razeef https://sabahmedia.com/2025/06/23/bakar-karikatur-perdana-menteri-tindakan-terdesak-selepas-himpunan-gagal-razeef/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/bakar-karikatur-perdana-menteri-tindakan-terdesak-selepas-himpunan-gagal-razeef/#respond Mon, 23 Jun 2025 12:03:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76040
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Ketua Cabang Keadilan Tuaran, Razeef Rakimin menyifatkan tindakan membakar karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 sebagai perbuatan terdesak untuk meraih perhatian selepas himpunan tersebut gagal mendapat sambutan.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan beberapa pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada hari kedua perhimpunan yang berlangsung Sabtu dan Ahad lalu, selepas jumlah kehadiran peserta dianggarkan sekitar 50 hingga 80 orang sahaja.

“Saya dan Keadilan Sabah konsisten menyokong hak berhimpun dan menyuarakan pendapat asalkan mengikut lunas undang-undang. Sokongan ini telah diberikan sejak mereka mula berdemonstrasi mengenai isu bekalan air dan rasuah. Namun, pendekatan provokatif yang digunakan kumpulan ini seperti sindiran melampau, cacian dan makian telah menjarakkan mereka daripada sokongan rakyat,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Razeef turut memaklumkan berlaku beberapa insiden semasa perhimpunan termasuk kekasaran terhadap peserta yang membawa sepanduk mendesak siasatan terhadap isu ketirisan RM1.5 bilion, selain kejadian pendemonstran meninggikan suara terhadap pegawai polis yang sekadar menjalankan tugas.

“Pegawai polis berkenaan hanya meminta dokumen pengenalan, namun ditengking. Nasib baik anggota itu tenang dan tidak termakan provokasi,” katanya.

Mengulas tindakan membakar karikatur Perdana Menteri, beliau berkata perbuatan itu bukan sahaja tidak rasional, malah menyasarkan pihak yang tidak sewajarnya.

“Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan RM3 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air di UMS. Beliau tidak mengambil satu sen daripada projek ini. Jadi mengapa beliau dijadikan sasaran dan bukannya individu yang dituduh terlibat dengan rasuah?”

Razeef turut menyelar tindakan cubaan membakar karikatur tersebut yang bukan sahaja gagal dua kali, malah hampir mencederakan peserta sendiri apabila api dinyalakan ketika petrol sedang dituang.

“Ini bukan soal membersihkan tapak selepas membakar sepanduk, ini soal keselamatan awam di lokasi yang turut dipenuhi pelancong, termasuk semasa acara Tamu Minggu Gaya Street. Tindakan melempar gelen petrol kerana gagal menyalakan api hanya menambah risiko,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa perbuatan sedemikian mencemarkan nama baik mahasiswa dan bertentangan dengan budaya sopan rakyat Malaysia.

“Rasuah bukan budaya kita, namun ekstrimisme dan vendalisma juga bukan budaya kita,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/bakar-karikatur-perdana-menteri-tindakan-terdesak-selepas-himpunan-gagal-razeef/feed/ 0 76040
Pelancaran Jentera PKR Sabah dipertikai, dakwa tidak dibincang di peringkat negeri – Razeef https://sabahmedia.com/2025/05/19/pelancaran-jentera-pkr-sabah-dipertikai-dakwa-tidak-dibincang-di-peringkat-negeri-razeef/ https://sabahmedia.com/2025/05/19/pelancaran-jentera-pkr-sabah-dipertikai-dakwa-tidak-dibincang-di-peringkat-negeri-razeef/#respond Mon, 19 May 2025 11:55:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74119
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin menjelaskan bahawa pelancaran jentera pilihan raya PKR Sabah yang diadakan Sabtu lalu tidak pernah dibincangkan bersama kepimpinan negeri dan mengejutkan banyak pihak termasuk beliau sendiri.

Menurut Razeef, secara tradisinya, pelancaran jentera pilihan raya parti akan disempurnakan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR yang juga merupakan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli. Namun, Rafizi dalam satu kenyataan semalam menyatakan bahawa beliau tidak dijemput untuk menghadiri atau melancarkan jentera tersebut.

Sebaliknya, majlis pelancaran itu dihadiri dan disempurnakan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Razeef berkata, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai majlis tersebut sehinggalah poster acara mula tersebar hanya dua hingga tiga hari sebelum program berlangsung.

“Saya pun tidak tahu. Walaupun saya pimpinan negeri dan ketua cabang, tidak ada sebarang makluman atau perbincangan di peringkat kami. Jadi apabila keluar poster itu, saya tanya Pengerusi Negeri, Datuk Mustapha Sakmud, sama ada pengarah pilihan raya dimaklumkan atau tidak, sebab ini berkaitan pelancaran jentera pilihan raya,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Menurut beliau, Mustapha memaklumkan bahawa keputusan pelancaran itu dibuat oleh Biro Politik parti. Namun Razeef menegaskan bahawa walaupun keputusan dibuat oleh Biro Politik, ia seharusnya dibincangkan dengan kepimpinan negeri agar segala gerak kerja dapat disusun dengan baik, termasuk soal mobilisasi dan atur cara.

Katanya, cara pelaksanaan majlis tersebut menimbulkan persepsi bahawa ia sekadar gimik politik dan lebih dilihat sebagai kempen peribadi Nurul Izzah, memandangkan tiada penyelarasan di peringkat negeri. Razeef juga memaklumkan bahawa pada hari yang sama sepatutnya berlangsung program jelajah Rafizi, dan dalam jadual asal tidak ada langsung dinyatakan pelancaran jentera pilihan raya.

Keadaan itu menyebabkan ramai pimpinan cabang berada dalam dilema dan tersepit antara dua program yang berlangsung serentak. Ada yang terpaksa membahagi kehadiran ke dua lokasi, dan ada yang berkejar dari satu program ke program lain.

Tambah Razeef, PKR Sabah sendiri belum pun memulakan perancangan rasmi untuk melancarkan jentera pilihan raya kerana struktur jawatankuasa cabang masih dalam proses pemantapan susulan pemilihan parti yang baru selesai. Menurutnya, selepas proses pelantikan jawatankuasa cabang dan jawatankuasa pilihan raya selesai, barulah pelancaran jentera dapat diadakan secara rasmi dan teratur.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa PKR Sabah cuba menunggang kehadiran Nurul Izzah dan Amirudin dalam program tersebut. Jelasnya, walaupun Pengerusi Negeri mengetahui mengenai penganjuran program itu, kebanyakan ketua cabang tidak dimaklumkan dan tidak terlibat dalam perancangannya.

“Isu ini menyebabkan wujud pelbagai persepsi. Ada yang kata kami menunggang Nurul Izzah, ada pula yang kata Nurul Izzah menunggang PKR Sabah. Tapi hakikatnya kami di negeri tersepit,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa dua program parti berlangsung serentak pada hari Sabtu, yang menyaksikan kehadiran Nurul Izzah dan Amirudin Shari ke Sabah bagi melancarkan jentera PKR negeri itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), manakala Rafizi Ramli mengetuai program Jelajah Hiruk di ITCC Penampang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/19/pelancaran-jentera-pkr-sabah-dipertikai-dakwa-tidak-dibincang-di-peringkat-negeri-razeef/feed/ 0 74119
PH-BN belum ada rundingan rasmi mahupun agihan kerusi – Razeef https://sabahmedia.com/2025/05/01/ph-bn-belum-ada-rundingan-rasmi-mahupun-agihan-kerusi-razeef/ https://sabahmedia.com/2025/05/01/ph-bn-belum-ada-rundingan-rasmi-mahupun-agihan-kerusi-razeef/#respond Thu, 01 May 2025 10:04:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73030
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Sabah menegaskan belum ada sebarang rundingan rasmi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berkaitan kerjasama mahupun agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah.

Penegasan itu susulan kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Suhaimi Nasir yang memaklumkan UMNO akan bertanding di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala baki 33 kerusi diserahkan kepada PH.

Ketua Penerangan Keadilan Sabah, Razeef Rakimin berkata, walaupun terdapat pertemuan tidak rasmi sebelum ini, tiada perbincangan melibatkan agihan kerusi diadakan setakat ini antara kedua-dua gabungan.

“Kami tidak tahu dari mana Suhaimi mendapat angka 40 kerusi dan tidak pasti dengan siapa beliau berbincang. Setakat ini belum ada pertemuan rasmi antara PH dan BN, apatah lagi membincangkan soal agihan kerusi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Razeef menambah, beliau telah menghubungi semua pimpinan utama PH dan mengesahkan bahawa tiada perbincangan atau rundingan rasmi yang telah berlaku.

“Pimpinan BN Sabah telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan sedemikian walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan PH, apatah lagi membincangkan perkara-perkara tersebut. Kami tidak faham apa tujuan mereka terus-menerus menyebarkan pembohongan seperti ini,” tegasnya, lapor portal Free Malaysia Today (FMT).

Sehubungan itu, beliau meminta UMNO menasihati pimpinan mereka di Sabah supaya tidak mengeluarkan kenyataan sepihak yang menyentuh isu kerjasama dan pembahagian kerusi.

Menurutnya, Keadilan dan PH Sabah sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berkongsi aspirasi sama untuk kemajuan negeri itu, namun menegaskan semua perkara perlu dibincangkan secara rasmi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/01/ph-bn-belum-ada-rundingan-rasmi-mahupun-agihan-kerusi-razeef/feed/ 0 73030
Azis tersilap fakta, Warisan sendiri yang pilih untuk melawan PH – Razeef https://sabahmedia.com/2025/03/12/azis-tersilap-fakta-warisan-sendiri-yang-pilih-untuk-melawan-ph-razeef/ https://sabahmedia.com/2025/03/12/azis-tersilap-fakta-warisan-sendiri-yang-pilih-untuk-melawan-ph-razeef/#respond Wed, 12 Mar 2025 04:31:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70236
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Penerangan Keadilan Pusat merangkap Ketua Penerangan Keadilan Sabah, Razeef Rakimin menegaskan bahawa Parti Warisan (Warisan) sendiri yang membuat keputusan untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Warisan, Datuk Azis Jamman yang menyatakan sokongan parti itu terhadap kerajaan perpaduan, sambil menyindir Pengarah Komunikasi Nasional PKR, Lee Chean Chung yang menurutnya tidak seharusnya mencampuri urusan parti lain dalam menentukan kerjasama politik.

“Saya mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan oleh Azis Jamman mengenai sokongan Warisan terhadap kerajaan perpaduan. Namun, saya ingin memperbetulkan beberapa fakta yang dikemukakan. Warisan sebenarnya adalah pihak pertama yang meninggalkan PH apabila memilih untuk bertanding secara solo pada PRU-15,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Menurut Razeef, keputusan Warisan untuk bergerak secara sendiri sudah pun bermula sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang menyaksikan semua calon mereka hilang wang deposit. Keyakinan parti itu bahawa mereka mampu memenangi lebih banyak kerusi tanpa PH juga terbukti meleset apabila mereka hanya memperoleh tiga kerusi, selain kehilangan lima kerusi yang disandang termasuk milik Azis Jamman sendiri serta Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking.

Beliau turut mengingatkan bahawa Warisan pernah menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum beralih menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Langkah Sheraton. Namun, sokongan itu didakwa bukan atas dasar kesetiaan, sebaliknya kerana Warisan tidak mempunyai pilihan lain.

“Warisan tidak boleh menuding jari kepada PH seolah-olah PH yang meninggalkan mereka, sedangkan mereka sendiri yang membuat keputusan untuk bertanding melawan PH di Sabah. Malah, Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal, dalam beberapa kenyataan sebelum ini juga dengan jelas menyatakan hasrat untuk menentang PH dalam Pilihan Raya Negeri akan datang,” katanya.

Mengulas lanjut, Razeef turut menyentuh insiden ‘Langkah Kinabalu’, di mana Warisan dan Barisan Nasional (BN) didakwa cuba menggugat kerajaan negeri Sabah. Beliau menegaskan bahawa PH memilih untuk berdiri teguh menyokong kerajaan negeri demi kestabilan politik dan pembangunan ekonomi pasca Covid-19.

“PH lebih berminat untuk membangunkan negeri ini berbanding mengambil langkah yang boleh mengganggu kestabilan politik. Oleh itu, Warisan tidak seharusnya menyalahkan PH dalam hal ini,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/12/azis-tersilap-fakta-warisan-sendiri-yang-pilih-untuk-melawan-ph-razeef/feed/ 0 70236
KEADILAN Sabah buat laporan polis sebar fitnah terhadap PM https://sabahmedia.com/2024/11/25/pkr-sabah-buat-laporan-polis-sebar-fitnah-terhadap-pm/ https://sabahmedia.com/2024/11/25/pkr-sabah-buat-laporan-polis-sebar-fitnah-terhadap-pm/#respond Mon, 25 Nov 2024 06:53:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64368
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah akan membuat laporan polis berhubung fitnah yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba melindungi dan menutup laporan rasuah terhadap beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Sabah Razeef Rakimin pada sidang media di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, kenyataan palsu ini dibuat beberapa laman Tiktok dan Facebook yang telah dikenalpasti.

“Dalam kenyataan palsu ini pemfitnah turut menyatakan Perdana Menteri melindungi beberapa ADUN yang dikaitkan dengan rasuah dan salahguna kuasa kerana ingin berunding dan meminta kerusi ADUN lebih banyak untuk ditandingi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya.

Menurut Razeef, kenyataan itu jelas fitnah dan berniat jahat terhadap Perdana Menteri yang dikenali sebagai penentang rasuah dan salahguna kuasa.

“Kita juga maklum ada pihak mendesak Perdana Menteri untuk menekan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menahan dan menyiasat individu terbabit.

“Sebagai makluman bukan sahaja menghalang siasatan, sebenarnya menggunakan kuasa Perdana Menteri menekan SPRM melakukan siasatan terhadap individu tertentu adalah campurtangan dan merupakan penyalahgunaan kuasa seorang Perdana Menteri.

“Oleh itu lebih baik kita beri ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dengan bebas tanpa campurtangan dan memastikan tatakelola pihak dalam agensi tidak diganggu gugat.

“Kita yakin Perdana Menteri tidak akan campur tangan dalam siasatan ini dan berikan ruang kepada SPRM untuk bergerak bebas menjalankan siasatan,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/25/pkr-sabah-buat-laporan-polis-sebar-fitnah-terhadap-pm/feed/ 0 64368
Pihak berkuasa diseru tegas banteras premis daftar & jual tambah nilai judi dalam talian – Razeef https://sabahmedia.com/2024/11/02/pihak-berkuasa-diseru-tegas-banteras-premis-daftar-jual-tambah-nilai-judi-dalam-talian-razeef/ https://sabahmedia.com/2024/11/02/pihak-berkuasa-diseru-tegas-banteras-premis-daftar-jual-tambah-nilai-judi-dalam-talian-razeef/#respond Sat, 02 Nov 2024 06:33:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63181
Read Time:2 Minute, 51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap premis-premis yang memberikan khidmat pendaftaran permainan judi secara dalam talian (online) dan menjual tambah nilai (top up) bagi permainan judi tersebut.

Razeef (dua kanan) bersama AJK Penerangan PKR Sabah semasa sidang media di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Penerangan Keadilan Pusat merangkap Ketua Penerangan Keadilan Sabah, Razeef Rakimin berkata, isu judi online semakin berleluasa terutamanya di kampung-kampung di kawasan pedalaman Sabah.

“Isu permainan judi online dengan hanya menggunakan telefon bimbit, kita tengok sekarang ini, seperti cendawan tumbuh selepas hujan terutamanya di kampung-kampung di kawasan pendalaman.

“Ada premis-premis kecil dibuka untuk pendaftaran dan juga untuk top up judi online ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Razeef pihaknya ada menerima laporan dari penduduk kampung mengenai aktiviti judi online ini melibatkan premis-premis kecil menjual barangan runcit dalam daerah-daerah yang dikenal pasti.

“Sebenarnya isu ini sudah berkali-kali juga dibawa dan dilaporkan kepada pihak berwajib tetapi tidak ada tindakan susulan,” ujarnya.

Pada sidang media sama, Razeef turut memaklumkan ada guru melaporkan kepada beliau terdapat beberapa orang murid di salah sebuah sekolah rendah dekat sini yang tidak mempunyai wang saku dan bekalan makanan ke sekolah.

“Apa yang menyentuh hati saya apabila ada sebuah sekolah, guru sekolah tersebut melaporkan bahawa beberapa murid ini, mereka hadir ke sekolah tanpa belanja sekolah dan tanpa bekalan makanan.

“Bila kita tengok, ibu bapa murid tersebut adalah pekerja sektor kerajaan. Dan bila kita tanya dengan orang-orang kampung, bapa dia terlibat dengan permainan judi online. Jadi, duit banyak habis di sana.

“Selain itu, saya juga terima laporan ada beberapa premis-premis kecil yang digunakan untuk jual barang-barang runcit, tapi sebenarnya menjalankan perniagaan judi online. Mereka top up dan sekarang ini lagi advance, main call (buat panggilan telefon) saja, call ataupun bank in saja untuk mereka top up bila sudah kalah,” jelasnya.

Jelas beliau sasaran utama permainan judi online ini adalah penduduk kampung yang kurang kesedaran mengenai keburukan tabiat berjudi yang boleh membawa kepada banyak kerugian.

“Isu ini perlu diberi kesedaran kepada golongan sasar sebab kebanyakan yang main judi online ini adalah orang-orang miskin yang tidak mampu pergi kasino, tidak mampu pergi pusat-pusat perjudian besar. Jadi mereka main.

“Kalau ikut statistik, lebih 90 peratus orang yang bermain judi ini kalah. Sebab itulah kalau kita tengok pusat-pusat judi ini berkembang pesat sebab mereka setiasa menerima banyak untung.

“Dan oleh kerana kita melihat ketagihan ini sudah melampau, mereka pun (peniaga) ambil kesempatan untuk buka perjudian secara kecil-kecilan secara online melalui telefon bimbit.

“Kalau ikut data juga, kebanyakan individu yang kalah judi online ini sama nilai kekalahan itu dengan pendapatan bulanan golongan miskin tegar. Jadi saya rasa pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas menangani isu ini,” tegasnya.

Menurut Razeef lagi, permainan judi online ini bukanlah benda yang baharu tetapi ianya sudah lama dan berkembang sejak 10 tahun yang lalu.

” Judi online, saya rasa sejak 10 tahun lalu pun memang saya sendiri sudah maklum. Saya sendiri sudah dengar bahawa ada kedai-kedai runcit yang buat judi online ini judi online ini kalau dulu anak-anak muda. Anak-anak muda yang malas nak cari kerja hanya berharap bantuan. Jadi akhirnya tidak mendapat keuntungan.

“Isu ini bukan isu baharu, sebab itulah saya lihat permainan judi online ini semakin berleluasa seolah-olah tidak dibanteras malah aktiviti perjudian online ini sudah masuk ke kampung-kampung,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/02/pihak-berkuasa-diseru-tegas-banteras-premis-daftar-jual-tambah-nilai-judi-dalam-talian-razeef/feed/ 0 63181