rebut peluang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 12 Mar 2023 07:11:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rebut peluang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Usahawan digesa tambah baik produk rebut peluang yang disediakan – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/03/12/usahawan-digesa-tambah-baik-produk-rebut-peluang-yang-disediakan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/03/12/usahawan-digesa-tambah-baik-produk-rebut-peluang-yang-disediakan-hajiji/#respond Sun, 12 Mar 2023 07:11:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30716
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Peniaga dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) digesa agar menambah baik produk dan kualiti pembungkusan bagi meningkatkan imej produk masing-masing dan seterusnya berupaya memacu jualan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam masa sama, beliau meminta semua usahawan merebut bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri mahu pun Persekutuan.

“Pelancaran syarikat pembungkusan QPACK Sabah juga adalah tepat pada masanya. Saya melihat peranan QPACK Sabah dalam industri pembungkusan di negeri ini mampu menjadi tonggak kepada perkembangan IKS dan secara tidak langsung merancakkan pola industri niaga di negeri ini.

“Dalam industri perniagaan, pembungkusan memainkan peranan yang penting bagi sesuatu produk itu kerana pembungkusan ini akan menjadi `trademark ’ serta imej kepada produk tersebut dan ini sekali gus menjadikan ia sebagai satu indikator pemasaran ke atas produk itu.

“Kepada usahawan di negeri ini, ambillah peluang untuk meningkatkan produk yang
dihasillkan, bukan saja dalam aspek kualiti malah pembungkusan yang menarik, agar dapat bersaing dengan produk dari luar,” katanya ketika merasmikan Pelancaran QPACK Sabah Sdn Bhd di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Ahad.

Hajiji berkata, peruntukan khas tambahan dalam Belanjawan 2023 sebanyak RM600 juta untuk komuniti peniaga kecil di Sabah dan Sarawak,adalah inisiatif yang baik yang perlu diambil peluang oleh peniaga serta usahawan IKS untuk meningkatkan perniagaan mereka.

“Sudah pasti peruntukan khas tambahan ini akan membantu peniaga kecil dan usahawan IKS di negeri ini, khususnya untuk menambah baik dan mempergiatkan promosi produk mereka.

“Selain peruntukan khas ini, kerajaan negeri turut memperuntukkan sejumlah RM6.17 juta kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan pada tahun ini, bagi mempergiatkan promosi produk-produk Sabah ke pasaran domestik dan antarabangsa.

“Dengan pelbagai peruntukan dan bantuan diberikan kerajaan selain pelancaran syarikat pembungkusan QPACK Sabah, saya berharap kita mampu melahirkan usahawan IKS yang dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Hajiji berkata kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada sebarang usaha yang dilakukan oleh individu atau syarikat termasuk QPACK untuk merancakkan pembangunan ekonomi di negeri ini.

“Saya melihat kehadiran syarikat seperti ini turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak di negeri ini. Saya berharap QPACK yang dimiliki anak jati Sabah ini akan menjadikan negeri ini sebagai salah sebuah hub evolusi pembungkusan terbesar suatu hari nanti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap peniaga dan usahawan IKS walau dari mana berasal, kampung mahu pun luar bandar, jika berusaha untuk maju ke hadapan, pasti akan berjaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/12/usahawan-digesa-tambah-baik-produk-rebut-peluang-yang-disediakan-hajiji/feed/ 0 30716
Belia mesti rebut peluang teroka bakat diri sebagai usahawan – Redonah https://sabahmedia.com/2023/02/21/belia-mesti-rebut-peluang-teroka-bakat-diri-sebagai-usahawan-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/02/21/belia-mesti-rebut-peluang-teroka-bakat-diri-sebagai-usahawan-redonah/#respond Tue, 21 Feb 2023 01:36:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29833
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA MARUDU: Golongan muda diminta lebih gigih meneroka bakat diri khususnya bagi merebut peluang yang terbuka luas dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata, proses meneroka bakat diri boleh dilakukan dengan menyertai pelbagai kursus, pengajian dan latihan kemahiran yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menurut beliau, dunia perniagaan hari ini memerlukan kebijaksanaan dalam mengetengahkan kemahiran dan kreativiti selain ilmu dalam bidang perniagaan.

“Seorang usahawan bukan sahaja menjalankan perniagaan untuk mencari pendapatan bagi menyara diri dan keluarga. Sebaliknya, usahawan sebenar mempunyai visi dan misi untuk mengembangkan perniagaannya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. 

Oleh itu, sasaran utama usahawan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda, sebenarnya ingin memastikan penawaran produk atau perkhidmatan itu dapat dimanfaatkan masyarakat, katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Penutupan Kuruss Master Class Of Professional Make Up Artistry di sebuah hotel di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Norcy BeautyLab Sdn Bhd, Norsiah Ahiddin dan 190 peserta.

Redonah berkata,  hasrat kerajaan hari ini ialah bagi memastikan golongan muda mampu bersaing dan merebut peluang khususnya dalam perkembangan ekonomi semasa tidak kira dalam apa juga peringkat sama ada kecil atau besar.

“Kesinambungan ekonomi dan belia adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang. Perniagaan sememangnya teras bagi bidang keusahawanan, namun tidak semestinya setiap orang yang berniaga memenuhi kriteria sebagai usahawan. 

“Masyarakat secara umumnya, sudah terbiasa dengan istilah ahli perniagaan yang sering disamakan dengan usahawan. Namun, hakikatnya tidak semua yang berniaga itu layak digelar usahawan dalam konteks sebenar,” katanya.

Menurutnya, seorang usahawan bukan sahaja menjalankan perniagaan untuk mencari pendapatan bagi menyara diri dan keluarga. Sebaliknya, usahawan sebenar mempunyai visi dan misi untuk mengembangkan perniagaannya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

”Sasaran utama usahawan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda, sebenarnya ingin memastikan penawaran produk atau perkhidmatan itu dapat dimanfaatkan masyarakat,” ujarnya.

Beliau mengambil contoh mengenai bakat dan minat yang ditonjolkan dalam dunia solekan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan jika diteroka dengan bersungguh-sungguh.

Malah katanya, oleh kerana itu, bidang solekan tidak lagi terhad dikuasai oleh kaum wanita sebaliknya mampu diraih peluang oleh kaum lelaki tanpa had.

“Saya berasa amat gembira melihat penyertaan yang memberangsangkan daripada kalangan wanita dari kawasan Kota Marudu ini. Walaupun dalam kesibukan menguruskan hal-hal harian, namun masih lagi berusaha untuk menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran.

“Kursus seperti ini adalah peluang kepada anda semua untuk memperbaiki diri dalam meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mengenai keusahawanan,” katanya. 

Tambah beliau, permintaan bagi pasaran bidang solekan amat besar, malah jika dilihat di media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube, banyak yang menampilkan diri dengan menunjukkan kemahiran masing-masing dalam dunia solekan yang mengikut citarasa masa kini dan menjadi ikutan orang ramai untuk nampak cantik dan lawa. 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/21/belia-mesti-rebut-peluang-teroka-bakat-diri-sebagai-usahawan-redonah/feed/ 0 29833