Redonah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Nov 2025 00:05:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Redonah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Redonah tawar enam manifesto untuk pengundi Bandau https://sabahmedia.com/2025/11/24/redonah-tawar-enam-manifesto-untuk-pengundi-bandau/ https://sabahmedia.com/2025/11/24/redonah-tawar-enam-manifesto-untuk-pengundi-bandau/#respond Mon, 24 Nov 2025 00:05:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86848
Read Time:1 Minute, 4 Second

BANDAU: Enam manifesto menjadi petunjuk prestasi indeks (KPI) calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, Datuk Redonah Bahanda menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17.

Selain meningkatkan kesejahteraan masyarakat Bandau dengan menumpukan usaha melalui pembangunan infrastruktur Redonah akan terus aktif memperkukuh penyaluran bantuan kebajikan.

Redonah dalam kenyataan hari ini berkata, manifesto kedua ialah memantapkan pertumbuhan ekonomi Bandau dengan memberi fokus kepada perkembangan ekonomi setempat serta aktiviti perniagaan untuk meningkatkan pendapatan masyarakat.

Menurutnya, beliau juga akan menumpukan kepada usaha dalam menyelesaikan isu pemilikan tanah secara lebih berkesan, termasuk mempercepat proses dokumentasi, mengurangkan birokrasi serta menangani masalah pertindahan permohonan.

“Bagi manifesto keempat iaitu melestarikan budaya dan membentuk masyarakat Bandau yang harmoni, saya mahu memperkasa program seni, budaya dan warisan suku kaum yang terdapat di Bandar serta mempelbagai aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Redonah menambah, golongan Wanita dan belia tidak dilupakan apabila beliau akan membantu golongan ini melalui program keusahawanan, bantuan dan Latihan kemahiran serta pembangunan sosial yang lebih terancang.

Sementara bagi manifesto terakhir, Redonah mahu mengangkat mutu Pendidikan dan anak-anak Bandau.

“Menjamin masa depan generasi Bandau melalui Pendidikan dan sukan berkualiti. Yayasan Pendidikan Anak Bandau akan diwujudkan bagi menyediakan biasiswa, bantuan kewangan sukan serta sokongan pembangunan bakat untuk melahirkan anak-anak Bandau yang berilmu, cergas dan kompetetif,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/24/redonah-tawar-enam-manifesto-untuk-pengundi-bandau/feed/ 0 86848
Redonah pilih berkempen secara matang, elak kempen agresif https://sabahmedia.com/2025/11/17/redonah-pilih-berkempen-secara-matang-elak-kempen-agresif/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/redonah-pilih-berkempen-secara-matang-elak-kempen-agresif/#respond Mon, 17 Nov 2025 10:50:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86184
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA MARUDU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, Datuk Redonah Bahanda mengekalkan nilai-nilai positif termasuk berkempen secara matang menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU-17) Sabah ke-17 .

Redonah yang juga Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, beliau ingin mengekalkan nilai penuh kasih sayang, saling menghormati serta mengelak daripada berkempen secara agresif dan cara tidak baik.

Menurut Redonah, beliau teruja dan bersyukur apabila permulaan kempennya menjelang PRU DU Sabah 17 pada Isnin, iaitu Ziarah Sayang di Kampung Tambun Rikut dekat sini disambut baik oleh penduduk kampung. Kira-kira 20 buah rumah dikunjungi, dan lebih 100 orang penduduk disantuni.

Ketua Kampung Tambun, Tudin @ Jaludin bin Kamar, 69, berkata sejak lebih 20 tahun memimpin kampung tersebut, beliau sering menasihatkan penduduk kampung agar sentiasa menyokong dan memilih calon yang jelas mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik serta berada dipihak kerajaan demi kebaikan rakyat.

Tudin berkata, kerajaan GRS suda cukup baik, ditambah pula dengan calon yang prihatin dan berjiwa rakyat seperti Redonah. Adalah satu kesilapan besar kepada mereka yang berpihak kepada calon yang tidak ‘ketentuan’ dan tiada arah tuju, katanya.

Menurut Tudin, terdapat kira-kira hampir 1,000 pengundi daripada 2,000 orang penduduk di kampung tersebut termasuk kawasan Pekan Lama.

Salah seorang penduduk kampung, Nidah Jans, 32, berkata, walaupun agak keliru hendak memilih siapa yang wajar diundi nanti memandangkan terdapat 13 orang calon bersaing, namun kehadiran Redonah ke rumahnya semakin menguatkan pendiriannya untuk memilih GRS.

Kempen menerusi program Ziarah Sayang di Kampung Tambun Rikut itu, Redonah akan menyapa mesra penduduk kampung serta menerangkan serba sedikit mengenai kestabilan kerajaan GRS sebelum ini dan ianya wajar diteruskan demi kesinambungan pembangunan negeri Sabah khususnya.

Mohd Faiz Hafifi, 32, berkata, sejak dari dulu lagi Redonah banyak membantu khususnya dari segi pelbagai sumbangan walaupun pada ketika itu beliau belum menjadi wakil rakyat kawasan Bandau ataupun calon.

” Calon kononnya orang luar tidak sepatutnya dipertikai, kerana Matunggong iaitu tempat asalnya merupakan kawasan dibawah Parlimen Kota Marudu. Selain itu, sejak dari dulu ramai yang berharap agar beliau dicalonkan pada pilihan raya dan seterusnya diangkat menjadi wakil rakyat di kawasan DUN Bandau ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/redonah-pilih-berkempen-secara-matang-elak-kempen-agresif/feed/ 0 86184
Generasi muda perlu sedia hadapi cabaran minda – Redonah https://sabahmedia.com/2025/09/25/generasi-muda-perlu-sedia-hadapi-cabaran-minda-redonah/ https://sabahmedia.com/2025/09/25/generasi-muda-perlu-sedia-hadapi-cabaran-minda-redonah/#respond Thu, 25 Sep 2025 03:40:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81962
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA MARUDU: Generasi muda perlu bersedia menghadapi cabaran pertarungan minda dan perubahan persekitaran yang begitu pantas bagi memastikan kemerdekaan dapat terus dikekalkan.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda mengingatkan mereka agar tidak mengambil ringan perkara itu kerana segala pencapaian negara akan lenyap dalam sekelip mata akibat pelbagai ancaman seperti kegawatan politik, ekonomi dan sosial yang boleh tercetus dengan mudah.

Beliau berkata rakyat tidak boleh leka dengan perkara-perkara yang kurang membawa manfaat, sedangkan dunia kian berubah dan perlumbaan untuk menempa kejayaan berterusan dalam semua lapangan berlangsung tanpa henti.

“Ancaman kepada kemerdekaan pada masa ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Apabila sesebuah negara itu lemah dari segi tidak mampu meletakkan pandangannya di hadapan, itu bukan kemerdekaan yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sambutan Maulidur Rasul dan Pertandingan Sepanduk peringkat daerah Kota Marudu Tahun 2025 di Padang Pekan Kota Marudu kelmarin.

Majlis perasmian dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Kinabalu, Abdul Manap Abdul Ruhim.

Redonah turut mengajak rakyat pelbagai bangsa dan agama supaya menjadikan amalan musyawarah sebagai satu daripada ciri penduduk di negeri ini.

Katanya, amalan itu akan melahirkan masyarakat saling bekerjasama dan hormat menghormati antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan masyarakat penyayang.

“Amalan itu perlu menjadi budaya masyarakat Malaysia supaya negara terus kekal aman dan rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni,” ujarnya.

Dalam majlis itu, Tokoh Maulidur Rasul dinobatkan kepada Datuk Redonah Bahanda, manakala Tokoh Pendakwah, Ustaz Mohd Fadzril Jainil dan Tokoh Pendakwah Wanita, Natidah Zubair.

Sementara itu, pemenang Pertandingan sepanduk untuk kategori  Kementerian/Jabatan; Jabatan Kerja Raya, kategori komuniti; Masjid Nur Syifa Kg. Ongkilan, kategori pertubuhan/persatuan; Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Kg. Simpangan, kategori sekolah menengah ;  SMK Bandau, kategori sekolah rendah ; SK Langkon.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/25/generasi-muda-perlu-sedia-hadapi-cabaran-minda-redonah/feed/ 0 81962
Jangan tunda perubahan ini, beri ruang kepada wanita – Redonah https://sabahmedia.com/2025/07/26/jangan-tunda-perubahan-ini-beri-ruang-kepada-wanita-redonah/ https://sabahmedia.com/2025/07/26/jangan-tunda-perubahan-ini-beri-ruang-kepada-wanita-redonah/#respond Sat, 26 Jul 2025 05:20:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77943
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda menegaskan sudah tiba masanya wanita diberikan ruang yang lebih luas dalam politik dan pentadbiran negeri, termasuk menjadi ejen penyampai bantuan kerajaan secara langsung kepada rakyat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

“Wanita bukan lagi sekadar perayu undi atau penyokong di belakang. Kita juga adalah pemimpin generasi ini yang bersedia membentuk dasar, membuat keputusan dan membawa Sabah ke tahap yang lebih tinggi.

“Jangan tunda perubahan ini. Masa depan tidak boleh kita tunggu lagi. Ia mesti dimulakan sekarang,” katanya di hadapan lebih 1,000 perwakilan parti yang hadir pada persidangan ituy.

Redonah turut menyuarakan tiga harapan utama daripada sayap Wanita, Beliawanis dan Pemuda parti, iaitu penambahan calon wanita dan pemuda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, peluang latihan kepimpinan termasuk lantikan sebagai senator, serta peranan rasmi sebagai ejen penyampai bantuan kerajaan dalam hal ehwal wanita, belia dan masyarakat.

Katanya, perkara itu penting bagi memperkasakan peranan golongan wanita dan belia yang selama ini sentiasa turun padang dan menyantuni rakyat sejak awal penubuhan parti.

Dalam ucapannya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan parti dan kerajaan negeri atas pelaksanaan pelbagai program yang memberi impak besar kepada pembangunan wanita dan belia, termasuk peruntukan melebihi RM21 juta menerusi agensi seperti Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JheWA), Yayasan Usaha Maju (YUM) dan Sabah Credit Corporation.

Katanya, pelaksanaan program seperti Ziarah Sayang sejak tahun 2023 membuktikan jentera wanita, belia dan pemuda Gagasan Rakyat sentiasa berperanan aktif di akar umbi termasuk mendekati mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Beliau menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri ke-17 bakal menjadi penentu masa depan Sabah dan menyeru seluruh jentera parti untuk bersiap siaga menghadapi kemungkinan ia diadakan pada bila-bila masa.

“Persidangan ini bukan sekadar pertemuan tahunan, tetapi medan menyusun strategi menghadapi PRN. Kita mesti bangkit dengan satu hati, satu suara dan satu tekad.

“Pergerakan Wanita harus mendekati keluarga dan masyarakat, manakala Pemuda menjadi jambatan kepercayaan generasi muda. Kita bukan hanya tulang belakang parti, tetapi barisan hadapan dalam perjuangan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/26/jangan-tunda-perubahan-ini-beri-ruang-kepada-wanita-redonah/feed/ 0 77943
Jentera wanita Gagasan Rakyat diingat tidak terlalu yakin hadapi PRN17 – Redonah https://sabahmedia.com/2025/06/26/jentera-wanita-gagasan-rakyat-diingat-tidak-terlalu-yakin-hadapi-prn-17-redonah/ https://sabahmedia.com/2025/06/26/jentera-wanita-gagasan-rakyat-diingat-tidak-terlalu-yakin-hadapi-prn-17-redonah/#respond Thu, 26 Jun 2025 01:43:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76196
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda mengingatkan jentera pilihan raya supaya tidak berasa terlalu yakin dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, kemenangan sebenar hanya boleh ditentukan selepas pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada malam hari pengundian, dan bukan berdasarkan jangkaan semata-mata.

“Semua peringkat kepimpinan parti harus sentiasa ingat bahawa keyakinan melampau boleh membawa padah. Kemenangan hanya sah apabila SPR mengisytiharkannya secara rasmi. Sejarah pilihan raya menunjukkan apa sahaja boleh berlaku dan corak pengundian rakyat kadang-kadang sukar diramal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Exco Wanita Gagasan Rakyat Sabah di Alamesra, kelmarin.

Turut hadir Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Aziah Atoh (Darau), Penolong Setiausaha, Fahzean Mohidin (Kawang), Ketua Penerangan, Senatir Datuk Anna Bell Perian serta exco-exco Wanita Gagasan Rakyat Sabah.

Redonah berkata, sebelum menjelang hari mengundi pelbagai  faktor boleh memungkinkan kemenangan atau kekalahan kepada parti, malah sehingga menjelang malam hari mengundi pun tidak ada pihak boleh mendabik dada mereka boleh menang dan mampu menang.

Katanya, kemenangan pada PRN lepas pula tidak sesekali boleh dijadikan penanda ukuran untuk semua jentera berasa selesa dengan corak pilihan rakyat.

“Mungkin kemenangan yang dikecapi oleh kita bukan disebabkan kita kuat tetapi rakyat hanya mahu memberi peluang untuk memerintah. Jika silap perhitungan undi bakal beralih ke pihak lawan.

“Justeru, sewajarnya kita mengatur langkah awal, langkah yang hebat, dan langkah-langkah yang lebih mantap supaya momentum sokongan tidak hilang menjelang PRN-17,” tegasnya.

Beliau yakin Gabungan Rakyat Sabah hari ini masih mendapat sokongan dan menjadi harapan rakyat untuk terus memerintah terutama berdasarkan rekod dan pencapaian yang ada.

Katanya, apa yang penting sekarang ialah memastikan fikiran rakyat tidak dipesong oleh parti pembangkang yang cuba menarik sokongan.

“Oleh itu kita mesti bekerja supaya mereka akan terus memberi mandat kepada kita. Gerakan Wanita pula perlu lebih agresif dalam mendekati rakyat dan pengundi.

“Tindakan ini memerlukan perancangan yang rapi, kecekalan dan kesabaran yang tinggi. Tidak ada gerak kerja yang mudah kerana setiap usaha itu pasti ada cabaran dan dugaan,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/26/jentera-wanita-gagasan-rakyat-diingat-tidak-terlalu-yakin-hadapi-prn-17-redonah/feed/ 0 76196
Lupakan perselisihan, kukuhkan perpaduan dalam Gagasan Rakyat – Redonah https://sabahmedia.com/2025/06/17/lupakan-perselisihan-kukuhkan-perpaduan-dalam-gagasan-rakyat-redonah/ https://sabahmedia.com/2025/06/17/lupakan-perselisihan-kukuhkan-perpaduan-dalam-gagasan-rakyat-redonah/#respond Tue, 17 Jun 2025 00:34:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75680
Read Time:1 Minute, 31 Second

BANDAU: Jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah diminta mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan perselisihan dalaman menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang semakin hampir.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda berkata, semua pihak dalam parti perlu mengutamakan usaha mempertahankan kerajaan sedia ada, bukannya melayan isu-isu yang boleh melemahkan kekuatan parti.

Menurutnya, fokus utama perlu diberikan kepada perjuangan memastikan kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor memperoleh mandat baharu daripada rakyat demi meneruskan agenda pembangunan negeri Sabah.

“Gerak kerja kita perlu bersepadu, saling menyokong dan menutup kelemahan masing-masing serta menjayakan setiap program yang dirancang. Ibarat tiang rumah dan batu-bata yang saling mengukuhkan.

“Jika ada perbezaan pendapat, selesaikan di meja rundingan. Jangan gunakan media sosial untuk meluahkan perasaan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan kepada parti, sebaliknya memberi peluang kepada lawan untuk menjatuhkan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Bahagian Bandau yang diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu, Ahad lalu.

Persidangan itu dirasmikan Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat, Datuk Maijul Mahap yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau, serta dihadiri jawatankuasa bahagian dan ketiga-tiga sayap parti.

Redonah yang juga Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bandau berkata, perpaduan dalam kalangan jentera mencerminkan semangat saling menghormati dan kesetiaan terhadap kepimpinan.

“Tanpa perpaduan dan kesetiaan, segala usaha dan kerja keras kita akan menjadi sia-sia, apatah lagi dalam usaha mempertahankan kerajaan yang dipimpin Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Amat penting untuk kita semua meneruskan kecemerlangan yang telah dibuktikan oleh Ketua Menteri. Sabah kini stabil, makmur dan terus maju di bawah kepimpinan beliau,” katanya.

Beliau turut mengingatkan jentera bahawa pihak lawan sentiasa mencari kelemahan Gagasan Rakyat bagi mengelirukan rakyat dan menanam kebencian terhadap parti.

Justeru, katanya, semua jentera tidak boleh leka dan perlu memastikan maklumat yang tepat serta sahih disampaikan kepada rakyat, khususnya menjelang pilihan raya akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/17/lupakan-perselisihan-kukuhkan-perpaduan-dalam-gagasan-rakyat-redonah/feed/ 0 75680
Sabah terus komited perkasa wanita – Redonah https://sabahmedia.com/2025/05/25/sabah-terus-komited-perkasa-wanita-redonah/ https://sabahmedia.com/2025/05/25/sabah-terus-komited-perkasa-wanita-redonah/#respond Sun, 25 May 2025 14:35:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74507
Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah sentiasa komited dalam memperkasakan wanita melalui peruntukan yang signifikan dalam Belanjawan Negeri Sabah 2025.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda, berkata antara inisiatif utama yang telah diperuntukkan termasuklah RM9.73 juta yang disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), dengan peningkatan sebanyak 55.18 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuh kapasiti institusi yang menjaga hal ehwal wanita.

“Seterusnya, sebanyak RM11.6 juta diperuntukkan kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) bagi memperluas program kredit mikro, terutamanya kepada golongan usahawan wanita di seluruh Sabah.

“Selain itu, RM10 juta disediakan untuk Program Keusahawanan Wanita Muda, yang menawarkan pinjaman mikro dengan kadar faedah yang kompetitif bagi membantu wanita muda memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka,” katanya ketika berucap sempena Pertandingan Akhir Zandi Tavanus Peringkat Negeri Sabah 2024 di Dewan Kebudayaan Penampang, hari ini.

Redonah berkata peruntukan-peruntukan ini bukan hanya tertumpu kepada aspek ekonomi semata-mata, malah ia turut merangkumi pelbagai inisiatif seperti program kesedaran mengenai perkahwinan awal kanak-kanak, pembangunan keusahawanan wanita, dan perkhidmatan klinik guaman untuk membantu wanita memahami dan mempertahankan hak mereka.

Selain itu, Redonah berkata, Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM13.66 juta dalam Belanjawan Negeri Sabah 2025 untuk usaha pemeliharaan warisan budaya dan seni negeri.

“Peruntukan ini bertujuan untuk memartabatkan budaya etnik, memperkukuh identiti negeri, serta menyokong aktiviti seni dan budaya yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat Sabah.”

Redonah turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen Jawatankuasa Penganjur dan berharap program seperti ini akan terus menjadi pencetus inspirasi kepada para wanita dari seluruh pelosok Sabah untuk berani tampil ke hadapan mengangkat budaya dengan penuh keyakinan dan kebanggaan.

“Zandi Tavanus bukan sekadar sebuah pertandingan tetapi ia adalah jambatan yang menghubungkan tradisi silam dengan arus kemodenan; satu ruang di mana akar budaya tidak dilupakan, bahkan terus disuburkan dalam wajah zaman yang sedang berubah menuju masa depan.

“Kemenangan sebenar bukan hanya pada mahkota, tetapi pada keberanian untuk melangkah dan mengangkat maruah budaya dengan penuh yakin dan bangga,” katanya.

Turut hadir, pengerusi dan penyelaras Zandi Tavanus Negeri, Dr. Albert Oliver Vincent, serta johan Zandi Tavanus Peringkat Negeri Sabah 2024, Betsy Vine Sidion.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/25/sabah-terus-komited-perkasa-wanita-redonah/feed/ 0 74507
PRN17 Sabah: Redonah kemuka empat nama calon Wanita Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2025/02/11/prn17-sabah-redonah-kemuka-empat-nama-calon-wanita-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/02/11/prn17-sabah-redonah-kemuka-empat-nama-calon-wanita-gagasan-rakyat/#respond Tue, 11 Feb 2025 15:00:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68476
Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda, mengesahkan pihaknya telah mengemukakan empat nama calon wanita daripada parti itu untuk dipertimbangkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Redonah, peluang bertanding adalah satu penghormatan besar dan akan digunakan sebaik mungkin sekiranya diberi kepercayaan.

“Jika diberi peluang, insya-Allah saya tidak akan sia-siakan amanah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Ramah Mesra Ketua Wanita Gagasan Rakyat Datuk Redonah Bersama Media di sini, hari ini.

Beliau turut menekankan komitmennya dalam memperjuangkan kuota 30 peratus penglibatan wanita, terutama dalam sektor politik dan pembuatan keputusan.

Katanya, usaha ini akan diteruskan secara berperingkat bagi memastikan wanita lebih aktif di semua peringkat, termasuk pembangunan ekonomi dan kesihatan.

“Sudah semestinya sebagai wanita saya juga melihat kepada keutamaan kepada wanita khasnya dari segi kesihatan dan juga pembangunan ekonomi yang mana wanita ini bermula daripada rumah sudah semestinya kebanyakan wanita ini adalah salah satu penyumbang ekonomi.

“Itu adalah salah satu daripada yang akan saya perjuangkan sebagai pemimpin wanita dan saya rasa semua wanita itu pun akan memperjuangkan perkara yang sama,” tegasnya.

Dalam soal calon wanita, beliau memaklumkan empat nama telah dikemukakan kepada Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

“Antara calon tersebut termasuk saya sendiri, manakala tiga lagi calon melibatkan muka baharu dan lama,” jelas Redonah yang tidak menafikan beliau antara empat calon wanita Gagasan Rakyat yang dikemukakan kepada pucuk pimpinan Ketua Wanita GRS.

Ditanya mengenai kemungkinan kerjasama antara Parti Gagasan Rakyat Sabah, Pakatan Harapan (PH), dan UMNO seperti yang disarankan Perdana Menteri, Redonah menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan tertinggi.

“Kami akan akur dengan keputusan parti, walaupun secara peribadi ada cabaran dan perasaan bercampur-baur mengenai isu ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Redonah turut memaklumkan jentera Wanita Gagasan Rakyat kini sudah bersiap sedia dengan persiapan mencecah 70 peratus menjelang PRN.

“Kita ada 24,000 jentera Wanita di seluruh Sabah dan kini dalam proses kemas kini bagi memastikan semuanya bersedia sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin pendekatan yang lebih berfokus kepada komuniti setempat dan keluarga akan memberi kekuatan kepada jentera wanita untuk menghadapi cabaran pilihan raya nanti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/11/prn17-sabah-redonah-kemuka-empat-nama-calon-wanita-gagasan-rakyat/feed/ 0 68476
Kuota 30 peratus golongan wanita perlu dipenuhi sepenuhnya -Redonah https://sabahmedia.com/2024/11/10/kuota-30-peratus-golongan-wanita-perlu-dipenuhi-sepenuhnya-redonah/ https://sabahmedia.com/2024/11/10/kuota-30-peratus-golongan-wanita-perlu-dipenuhi-sepenuhnya-redonah/#respond Sun, 10 Nov 2024 11:25:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63547
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mahu kuota 30 peratus golongan wanita dalam membuat keputusan di peringkat tertinggi khususnya di negeri ini dapat dipenuhi dan dicapai sepenuhnya.

Ketuanya Datuk Redonah Bahanda berkata, pihaknya percaya kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sangat menghargai golongan wanita.

“Saya percaya di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah yang juga presiden parti sangat menghargai kaum wanita apabila beliau banyak membuka ruang kepada kaum wanita untuk memegang jawatan di peringkat tertinggi.  

“Dan kita berharap bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa sehingga kuota 30 peratus atau lebih dapat dicapai.  Jadi sudah pasti kalau kaum wanita mahukan agenda kuota 30 peratus ini tercapai maka kita perlu pastikan parti ini terus memerintah dan Datuk Seri Hajiji kekal memegang tampuk pemerintahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan usul pergerakan wanita pada Perhimpunan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)  di sini hari ini.

Dalam pada itu, Redonah turut melahirkan kebimbangan berhubung isu kebanjiran peniaga warga asing di Sabah yang pada mulanya datang ke negeri oni untuk melawat tetapi kemudian menjalankan perniagaan sehingga mewujudkan persaingan yang tidak sihat.

” Justeru kami berharap agar pihak Kerajaan negeri melalui agensi-agensi penguatkuasa untuk memperketatkan lagi pengawasan dan kawalan undang-undang.

“Seluruh wanita Gagasan Rakyat juga ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ketua Menteri di atas pemberian RM300 kepada setiap mahasiswa yang belajar di Sabah secara one-off dan banyak lagi bantuan-bantuan kepada anak-anak kita yang telah diberikan oleh Kerajaan Sabah seperti BUDI, BAKTI, TPNS, BALKIS dan banyak lagi.  

“Ini telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak berkompromi dengan isu-isu Pendidikan dan ini menjadi agenda utama Pembangunan Negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/10/kuota-30-peratus-golongan-wanita-perlu-dipenuhi-sepenuhnya-redonah/feed/ 0 63547
Redonah umum barisan exco Wanita Gagasan Rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2023/04/19/redonah-umum-barisan-exco-wanita-gagasan-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/04/19/redonah-umum-barisan-exco-wanita-gagasan-rakyat-sabah/#respond Wed, 19 Apr 2023 13:42:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33074
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda pada Isnin lalu mengumumkan barisan exco dan jawatan kuasa sayap parti itu bagi peringkat negeri.

Menurut beliau, jawatan bagi Pengerusi Tetap disandang oleh Sahramah Jamaludin, manakala Timbalan Pengerusi Tetap dipegang oleh Halijah Din.

Katanya, jawatan Naib Ketua pula disandang oleh Aziah Atoh manakala Penolong Setiausaha (Fahzean Mohiddin).

“Kita berharap barisan exco dan jawatankuasa yang ada melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komited dan beramanah dalam membantu parti melaksanakan pelbagai agenda dan program.

“Sebagai sayap parti, kita juga bertanggungjawab membantu kepimpinan kerajaan negeri khususnya dalam memastikan usaha membela nasib rakyat dapat dilaksanakan dengan mencapai sasaran dan matlamat,” katanya semasa perjumpaan khas exco Wanita Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi.

Sementara itu, bagi barisan kepimpinan lain, Penolong Bendahari dipegang Datuk Jamaliah Antalip dan Ketua Penerangan (Annabell@Suzieana Perian)

Bagi ahli jawatankuasa Exco Wanita Gagasan Rakyat negeri ialah Datuk Surinam Sadikun, Datuk Hajah Amelia Ajun, Salmi Sarinoh, Dayang Norhayati Titing, Hasrina Wati Golkhan, Dayang Hairena Awang Basir, Hasma Nurdin, Maria Wahaya dan Saridah Ab. Lakata.

Turut tersenarai, Salmah Sait, Luvita Koisun, Sabini Ansumor, Jahiah@Jalilah Apiang, Erveana Ansari, Kathie Renjus, Aneh Jamri, Dr. Davina Datuk Markus Majihi, Saturah Jamrah@Masturah, Lailawati Ahmad Bahrom dan Dayang Masni Datu Saribu dan Shazlinah Lai Wun Fong.

Bagi Biro-biro Wanita Gagasan Rakyat, Redonah memegang Biro Politik, Aziah (Biro Keahlian), Fahzean (Biro Latihan), Dr. Davina (Biro Kesihatan) dan Kathie (Biro Kebajikan).

Sementara Jahiah@Jalilah (Biro Pendidikan), Shahlinah (Biro Keusahawan), Lailawati (Biro IT dan Media), Dayang Norhayati (Biro Sukan dan Kebudayaan) dan Dayang Masni (Biro Agama).

Mastura (Biro Wanita dan Masyarakat), Erveana (Biro Undang-undang), Luvita Koisun (Biro Perumahan dan Bandar).

Turut diumumkan ialah Ketua-ketua Penyelaras iaitu Hasrina Golkhan (Kudat, Kota Marudu), Jamaliah Antalip (Kota Belud, Tuaran), Salmi Sarinoh (Sepanggar, Putatan), Salmah Sait (Penampang, Kota Kinabalu) dan Dayang Hairena Awang Basir (Papar, Kimanis).

Sementara Datuk Surinam Sadikun (Beauford, Sipitang), Datuk Amelia Ajun (Keningau, Ranau), Sabini Ansumor (Pensiangan, Tenom), Hasma Nurdin (Batu Sapi, Sandakan, Libaran), Dayang Norhayati Titingan (Kinabatangan, Beluran), Saridah Ab Lakata (Lahad Datu, Semporna), Maria Wahaya (Kalabakan, Tawau).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/19/redonah-umum-barisan-exco-wanita-gagasan-rakyat-sabah/feed/ 0 33074