Reformasi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 May 2026 07:35:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Reformasi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah teliti reformasi sektor kesihatan, perkukuh autonomi negeri https://sabahmedia.com/2026/05/21/sabah-teliti-reformasi-sektor-kesihatan-perkukuh-autonomi-negeri/ https://sabahmedia.com/2026/05/21/sabah-teliti-reformasi-sektor-kesihatan-perkukuh-autonomi-negeri/#respond Thu, 21 May 2026 07:34:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97088
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah sedang memperhalusi beberapa pembaharuan penting dalam sektor kesihatan negeri termasuk cadangan pindaan Ordinan Kesihatan Awam (PHO), penerimaan Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Akta 371) serta penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan Negeri Sabah.

Usaha itu dilihat sebagai langkah memperkukuh tadbir urus dan autonomi kesihatan negeri selaras dengan keperluan semasa rakyat Sabah.

Perkara berkenaan menjadi fokus utama Bengkel Kesihatan anjuran Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, badan profesional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan sektor kesihatan di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Rabu.

Menteri KWKKR, Datuk Julita Majungki berkata, bengkel itu diadakan bagi mendapatkan pandangan menyeluruh daripada semua pihak sebelum sebarang cadangan dibawa ke peringkat Kabinet Negeri serta platform berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, pendekatan “team government” perlu dijadikan asas dalam memperkukuh sistem kesihatan Sabah tanpa menjejaskan peranan mana-mana agensi sedia ada.

“Kita bukan mahu mengambil alih tugas sesiapa, tetapi mahu memastikan perkara yang masih perlu diperbaiki dapat dilaksanakan bersama sebagai satu pasukan.

“Pandangan yang dikumpulkan hari ini akan diperhalusi sebelum dibawa ke peringkat pembuat dasar termasuk Kabinet Negeri dan jawatankuasa berkaitan,” katanya ketika merasmikan bengkel itu di sini, hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk status pindaan PHO, penerimaan Akta 371 di Sabah serta cadangan mewujudkan Majlis atau Jawatankuasa Khas Kesihatan Negeri Sabah.

Julita berkata, Sabah juga perlu melihat keperluan memperkukuh beberapa aspek perundangan kesihatan awam termasuk isu fluoridasi dan pengurusan pembentungan yang mempunyai implikasi langsung terhadap kesejahteraan rakyat.

Beliau turut memaklumkan beberapa cadangan berkaitan PHO dijangka dibawa untuk perbincangan lanjut bersama kementerian serta jawatankuasa teknikal MA63 dalam masa terdekat sebelum dimuktamadkan di peringkat lebih tinggi.

“Kalau kita perlu pergi ke Kabinet, kita pergi ke Kabinet. Kalau perlu ke Dewan Undangan Negeri untuk meluluskan enakmen tertentu, kita akan lakukan demi kepentingan Sabah,” katanya.

Bengkel sehari itu turut disertai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Persatuan Farmaseutikal Sabah (SPS), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR), Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah serta wakil sektor kesihatan lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/21/sabah-teliti-reformasi-sektor-kesihatan-perkukuh-autonomi-negeri/feed/ 0 97088
YPNM Sabah puji reformasi tenaga proaktif, perancangan strategik Kerajaan Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/06/ypnm-sabah-puji-reformasi-tenaga-proaktif-perancangan-strategik-kerajaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/06/ypnm-sabah-puji-reformasi-tenaga-proaktif-perancangan-strategik-kerajaan-sabah/#respond Tue, 06 Jan 2026 11:21:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89331
Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas inisiatif progresif dan berpandangan jauh dalam memperkukuhkan kestabilan bekalan air dan elektrik negeri.

Susulan kunjungan hormat Pengerusi YPNM Sabah, David Chan bersama ahli jawatankuasa kepada Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Menteri Kerja Raya (JKR) merangkap Timbalan Ketua Menteri I, di sini, baru-baru ini.

Dalam pertemuan tersebut, YPNM Sabah telah diberi taklimat mengenai beberapa inisiatif infrastruktur dan tenaga kritikal yang sedang dilaksanakan bagi memperkukuhkan daya tahan tenaga jangka panjang serta kemampanan bekalan tenaga Sabah.

Antara pencapaian utama ialah pelancaran oleh Sabah Electricity terhadap Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100MW hingga 400MWh, yang kini merupakan kemudahan BESS terbesar di Asia Tenggara.

Projek mercu tanda ini menandakan satu pencapaian penting dalam menstabilkan grid elektrik Sabah, khususnya dalam meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik di Pantai Timur dan kawasan pedalaman yang sebelum ini sering mengalami gangguan bekalan.

YPNM Sabah percaya bahawa kerjasama erat antara Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Sabah Electricity akan memberi manfaat besar kepada pengguna domestik dan sektor industri melalui pengurusan grid yang lebih cekap, perancangan tenaga yang lebih mantap serta penyampaian bekalan elektrik yang lebih stabil pada masa hadapan.

Daalam pada itu, Dr Joachim turut berkongsi pandangan mengenai penerokaan Teknologi Penukaran Tenaga Terma Lautan (OTEC) sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju tenaga boleh baharu Sabah.

Beliau berkata, inisiatif tenaga hijau ini berpotensi menjadikan Sabah sebagai perintis teknologi tenaga bersih generasi baharu di rantau ini.

Dalam masa yang sama, YPNM Sabah menegaskan kepentingan memastikan bekalan tenaga asas (baseload) yang stabil dan kos efektif demi melindungi kepentingan pengguna serta daya saing industri.

David turut mencadangkan agar Sabah mempertimbangkan pelaksanaan teknologi loji janakuasa arang batu bersih generasi baharu, dengan merujuk kepada pembangunan loji arang batu moden di Kalimantan sebagai contoh yang relevan.

“Arang batu masih merupakan antara sumber tenaga paling menjimatkan dalam jangka panjang. Apa yang penting ialah Sabah mengguna pakai teknologi arang batu bersih yang mesra alam, mampu milik dan berkeupayaan menjamin keselamatan tenaga jangka panjang,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa dasar tenaga tidak wajar dipolitikkan, sebaliknya perlu berpaksikan kepada prinsip kemampanan, kemampuan kos dan kebolehpercayaan bekalan kerana bekalan elektrik yang stabil dan mampu milik adalah penting untuk melindungi kebajikan pengguna, menyokong pertumbuhan ekonomi serta menarik pelaburan ke Sabah.

YPNM Sabah akan terus komited bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Sabah, ECoS dan Sabah Electricity dalam memperjuangkan penyelesaian tenaga yang seimbang, bertanggungjawab dan bersedia menghadapi masa depan demi kepentingan seluruh rakyat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/06/ypnm-sabah-puji-reformasi-tenaga-proaktif-perancangan-strategik-kerajaan-sabah/feed/ 0 89331
Reformasi Sabah Developement Bank: Keputusan Berani Memulihkan Keyakinan https://sabahmedia.com/2024/07/21/reformasi-sabah-developement-bank-keputusan-berani-memulihkan-keyakinan/ https://sabahmedia.com/2024/07/21/reformasi-sabah-developement-bank-keputusan-berani-memulihkan-keyakinan/#respond Sun, 21 Jul 2024 05:27:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57829
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Baru-baru ini, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, mengumumkan usaha kerajaan untuk membaik pulih dan menangani masalah yang melanda Sabah Developement Bank (SDBank).

Langkah ini mendapat pujian daripada rakyat Sabah yang kecewa dengan pengurusan lemah yang telah membebankan bank tersebut dengan hutang lapuk dan pinjaman tidak berbayar (NPL) bernilai berbilion ringgit.

Masalah pengurusan yang teruk ini telah menyebabkan dana yang sepatutnya digunakan untuk membaiki kemudahan negeri seperti air, jalan raya, dan bekalan elektrik disalahgunakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tujuan politik.

Rakyat Sabah yang terkesan menuntut keadilan dan menyokong tindakan kerajaan untuk melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat kes ini.

Sebagai seorang ahli perniagaan (penulis), langkah kerajaan negeri ini dilihat sebagai langkah yang tepat untuk memperkenalkan ketelusan dan tindakan yang diperlukan dalam ekonomi yang berfungsi.

Laporan terbaru daripada RAM Rating Services Berhad mengesahkan bahawa SDBank layak mendapat penarafan AA1/Stable/P1, menunjukkan inisiatif dan tindakan kerajaan dalam membuat keputusan yang bijak dari segi kewangan dan ekonomi.

Namun begitu, kekecewaan timbul kerana kurangnya sokongan dan pengiktirafan daripada badan-badan pembangunan ekonomi dan NGO di Sabah terhadap langkah penting ini.

Langkah kerajaan ini bukan sahaja ingin menangani eksploitasi yang telah berlaku selama beberapa dekad oleh pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab, tetapi juga membuka jalan untuk kestabilan kewangan bagi negeri dan rakyat Sabah.

Tindakan berani kerajaan ini telah memulihkan keyakinan rakyat Sabah, yang selama ini merasa kecewa dengan tahap rasuah yang telah dianggap normal.

Langkah ini juga menunjukkan bahawa kerajaan GRS bersedia menghadapi risiko politik demi kepentingan rakyat.

Tindakan ini telah menerima pujian dari pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai langkah yang penting dalam memulihkan keyakinan dan memacu pembangunan ekonomi Sabah ke arah yang lebih baik.

Laporan oleh: Just Another Sabahan

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/21/reformasi-sabah-developement-bank-keputusan-berani-memulihkan-keyakinan/feed/ 0 57829