Regatta Lepa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 28 Jun 2026 09:12:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Regatta Lepa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah miliki keunikan bertaraf dunia melalui budaya dan alam semula jadi https://sabahmedia.com/2026/06/28/sabah-miliki-keunikan-bertaraf-dunia-melalui-budaya-dan-alam-semula-jadi/ https://sabahmedia.com/2026/06/28/sabah-miliki-keunikan-bertaraf-dunia-melalui-budaya-dan-alam-semula-jadi/#respond Sun, 28 Jun 2026 09:06:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99031
Read Time:1 Minute, 16 Second

SEMPORNA : Sabah mempunyai kelebihan kompetitif menerusi warisan budaya yang kaya, biodiversiti bertaraf dunia selain komuniti yang masih mengekalkan nilai dan tradisi warisan sebagai asas pembangunan pelancongan mampan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, gabungan ketiga-tiga elemen itu merupakan kelebihan yang tidak dimiliki oleh banyak destinasi lain di dunia.

Beliau berkata, seluruh komuniti, khususnya generasi muda diseru agar menjadi penjaga kepada kedua-dua warisan iaitu warisan budaya dan warisan alam sekitar.

“Pemeliharaan budaya bukan hanya tanggungjawab kerajaan. Begitu juga penjagaan alam sekitar. Ia memerlukan penglibatan aktif masyarakat sebagai pemilik sebenar warisan tersebut.

“Jika budaya dipelihara, identiti kita akan terus kukuh. Jika alam sekitar dipelihara, sumber kehidupan dan sektor pelancongan kita akan terus berkembang.

“Apabila kedua-duanya bergerak seiring, maka kita bukan sahaja mampu mengekalkan relevansi warisan ini, malah menjadikannya sebagai kekuatan strategik yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi, kesejahteraan sosial dan imej Sabah di persada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Regatta Lepa Semporna kali ke-31 di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Jafry berkata, Kementeriannya akan terus komited dalam memperkasakan program-program pelancongan berasaskan komuniti, pemeliharaan warisan budaya serta pemuliharaan alam sekitar.

Beliau berkata, penganjuran Regatta Lepa setiap tahun telah memberikan impak sosioekonomi yang signifikan kepada masyarakat setempat.

“Kehadiran pelawat dari dalam dan luar negara telah merancakkan aktiviti ekonomi tempatan, meningkatkan pendapatan para usahawan, pengusaha pelancongan, peniaga kecil, pengusaha kraftangan serta penyedia perkhidmatan di daerah Semporna.

“Inilah bukti bahawa warisan budaya yang dipelihara dengan baik mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/28/sabah-miliki-keunikan-bertaraf-dunia-melalui-budaya-dan-alam-semula-jadi/feed/ 0 99031
Regatta Lepa Ke-31 dijangka tarik 50,000 pengunjung https://sabahmedia.com/2026/06/16/regatta-lepa-ke-31-dijangka-tarik-50000-pengunjung/ https://sabahmedia.com/2026/06/16/regatta-lepa-ke-31-dijangka-tarik-50000-pengunjung/#respond Mon, 15 Jun 2026 22:35:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98277
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Penganjuran Regatta Lepa edisi ke-31 di Semporna tahun ini dijangka menarik kira-kira 50,000 pengunjung sepanjang penganjuran selama tiga hari bermula 26 Jun ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, acara itu bukan sekadar perayaan tahunan, sebaliknya menjadi medan penting dalam memelihara warisan masyarakat Bajau Semporna yang terkenal dengan kehidupan maritimnya.

Beliau berkata, Regatta Lepa turut menjadi peluang untuk memperkenalkan keunikan budaya, seni tradisional dan identiti masyarakat Bajau kepada pelancong tempatan serta antarabangsa.

“Regatta Lepa adalah antara acara kebudayaan yang paling ikonik di Sabah. Ia bukan sahaja mengekalkan warisan budaya, malah membantu memperkukuhkan industri pelancongan negeri.

“Semporna sendiri kini menjadi antara lokasi tumpuan pelancong dan penganjuran acara seperti ini mampu memberi manfaat kepada komuniti serta pemain industri pelancongan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Regatta Lepa ke-31 di sini pada Isnin.

Jafry berkata, pelbagai aktiviti telah dirangka sepanjang acara itu termasuk pameran lepa berhias, pertandingan perahu tradisional, sukan laut, program kebudayaan dan aktiviti komuniti.

Katanya, majlis perasmian Regatta Lepa dijadualkan berlangsung pada 26 Jun dan dijangka disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan penutupan dijangka disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Sementara itu, Jafry berkata, antara pengisian utama Regatta Lepa termasuk aktiviti sukan laut pada 27 Jun, pertandingan Ratu Lepa serta Larian Lepa dan Lepa Golf pada 28 Jun.

Beliau berkata, pertandingan Ratu Lepa yang menjadi acara wajib setiap tahun turut mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 30 penyertaan diterima.

“Pendaftaran Ratu Lepa bermula pada 21 Jun dan penyertaan bukan sahaja daripada Semporna, malah turut melibatkan peserta dari luar daerah,” katanya.

Dalam pada itu, Jafry turut memberi jaminan aspek keselamatan dan kebersihan menjadi keutamaan bagi memastikan kelancaran penganjuran acara berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui agensi berkaitan sentiasa mengambil langkah memastikan kawasan pelancongan di Semporna berada dalam keadaan baik termasuk meningkatkan pemantauan keselamatan dan kebersihan.

Katanya, usaha pembersihan yang dilaksanakan turut melibatkan masyarakat setempat bagi mewujudkan kesedaran bersama mengenai kepentingan menjaga imej destinasi pelancongan.

“Kita mahu memastikan Semporna terus menjadi destinasi yang selesa, bersih dan selamat untuk dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Regatta Lepa merupakan acara tahunan yang telah berlangsung selama 31 tahun dan kekal sebagai simbol warisan budaya masyarakat Bajau serta antara platform utama mempromosikan pelancongan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/16/regatta-lepa-ke-31-dijangka-tarik-50000-pengunjung/feed/ 0 98277
Banyak pengisian baharu yang menarik sempena Regatta Lepa ke-29 https://sabahmedia.com/2024/11/14/banyak-pengisian-baharu-yang-menarik-sempena-regatta-lepa-23-24-nov-ini/ https://sabahmedia.com/2024/11/14/banyak-pengisian-baharu-yang-menarik-sempena-regatta-lepa-23-24-nov-ini/#respond Thu, 14 Nov 2024 10:58:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63755
Read Time:2 Minute, 58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pihak penganjur Regatta Lepa harus sentiasa memikirkan sesuatu pengisian yang baharu agar pesta itu sentiasa segar dan lebih menarik di masa akan datang, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datuk Joniston Bangkuai.

Joniston berkata, pesta Regatta Lepa Ke-29 tahun ini sebagai acara tambahan yang baharu, penganjur telah menjemput penyertaan persembahan kebudayaan daripada Tuaran, Kudat dan Kota Belud serta kumpulan kebudayaan daripada Nusantara, Indonesia.

“Selain itu, penganugerahan Tokoh Regatta turut diadakan. Ini adalah pengiktirafan kepada individu yang telah memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan budaya, tradisi dan sebagainya bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi nasional dan juga antarabangsa serta penglibatan dalam kerja-kerja amal yang dilakukan.

“Saya rasa ia adalah sesuatu pengisian baharu yang diperkenalkan pada tahun in.

“Inilah yang saya katakan tadi harus sentiasa ada pembaharuan dalam menganjurkan Regatta Lepa ini supaya sentiasa segar kerana penganjuran pesta ini sudah 29 tahun dan tahun depan ke-30 tahun, saya percaya pihak penganjur sudah ada memikirkan pengisian yang baharu,” katanya.

Joniston berkata demikian mewakili Menteri KePKAS, Datuk Christina Liew pada sidang media Regatta Lepa ke-29 di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Regatta Lepa Alexander Liew.

Menurut Joniston, Regatta Lepa kali ke-29 anjuran KePKAS dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna akan berlangsung dari 23 hingga 24 November 2024 di Padang Bandaran Semporna dan Dataran Regatta Lepa, Semporna dengan tema “Regatta Lepa: Lambang Perpaduan Masyarakat Madani”.

“Acara ini akan menampilkan pelbagai program menarik, termasuk Majlis Perasmian, “Sangom Maglami-lami,”Acara Akhir Sukan Laut, Perarakan Lepa Tradisi dan Lepa Berhias, serta Majlis Malam Penangguhan Regatta Lepa Semporna Kali Ke-28 Tahun 2023, dan banyak lagi.

“Regatta Lepa ialah acara tahunan yang diadakan di Semporna untuk meraikan kekayaan adat dan budaya suku kaum Bajau.

“Acara ini menarik ribuan pelancong dari dalam dan luar negara, menjadi satu platform penting untuk mempamerkan keunikan warisan budaya masyarakat Bajau Laut,” jelasnya.

Tambah beliau, objektif utama Regatta Lepa adalah melestarikan tradisi dan warisan budaya Bajau, termasuk memelihara kemahiran pembuatan bot tradisional Lepa-lepa yang diwarisi turun-temurun.

“Selain itu, acara ini turut bertujuan merancakkan ekonomi tempatan melalui pelancongan dan mengukuhkan reputasi Semporna sebagai destinasi budaya yang mempesonakan.

“Regatta Lepa merupakan salah satu warisan dan tarikan unik negeri Sabah yangterkenal di peringkat antarabangsa.

“Acara ini memainkan peranan penting sebagai pengikat budaya dan penyatu masyarakat, memperkuatkan identiti serta keharmonian di kalangan komuniti Bajau dan etnik lain,” ujarnya.

Beliau berharap acara ini akan menjadi titik tolak yang bermakna bagi perkembangan industri pelancongan Sabah, menjadikan Semporna bukan hanya dikenali dengan keindahan pulau-pulau tropika dan dunia lautnya yang memukau, tetapi juga sebagai pusat kebudayaan yang hidup dan bertenaga.

“Saya mengundang semua pihak, termasuk penggiat industri, komuniti setempat, dan pihak berkuasa, untuk terus berusaha dan bekerjasama bagi mencapai visi bersama ini.

“Matlamat kami adalah untuk mengukuhkan kedudukan Sabah, khususnya Semporna, sebagai destinasi pelancongan terkemuka yang dikenali di seluruh dunia,” katanya.

Pada hari pertama, pengunjung boleh menikmati pelbagai acara menarik seperti persembahan tarian kebudayaan, pertandingan pemilihan “Budjang Manis” dan “Lalla Dorogan”,persembahan Igal-igal, serta penampilan khas Ratu-Ratu Lepa bersama Ratu Cilik.

Selain itu, terdapat juga sketsa budaya masyarakat Bajau dan gerai jualan serta pameran yang mempamerkan produk tempatan.

Pada hari kedua, pengunjung boleh menyaksikan acara akhir sukan laut suku kaum Bajau, serta pertandingan dan perarakan Lepa Tradisi dan Lepa Berhias ke Dataran Regatta Lepa Semporna.

Penutupan acara akan diserikan dengan persembahan daripada artis tempatan danjemputan, pengumuman pemenang pertandingan, penyampaian hadiah, dan pertunjukan bunga api yang mengagumkan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman Facebook Pejabat Daerah Semporna atau Hello Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/14/banyak-pengisian-baharu-yang-menarik-sempena-regatta-lepa-23-24-nov-ini/feed/ 0 63755
Regatta Lepa Usaha Hidupkan Budaya & Cara Hidup https://sabahmedia.com/2021/12/14/regatta-lepa-usaha-hidupkan-budaya-cara-hidup/ https://sabahmedia.com/2021/12/14/regatta-lepa-usaha-hidupkan-budaya-cara-hidup/#respond Tue, 14 Dec 2021 08:00:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9861
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Pesta Regatta Lepa pada tahun ini lebih berfokuskan kepada usaha untuk mengabadikan budaya dan cara hidup.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Kesenian Bajau Semporna (PEKAS), Datuk Seri Nasir Sakaran Dandai berkata, cerita atau kisah kepahlawanan masyarakat berzaman yang lalu, wajar dicontohi, diteladani dan dihargai.

“Kepahlawanan itu seharusnya dikaitkan dengan tekad, usaha, kepatuhan, keyakinan dan semangat kental menempuh badai halangan dan ombak kegusaran yang sentiasa mendalangi rasa ingin memajukan diri dan masyarakat kita.

“Kita amat bersyukur kerana kesan dari kebijaksanaan kepimpinan dan kerajaan serta kerjasama pada rakyat, maka pandemik COVID-19 semakin dapat dikawal.

“Oleh yang demikian, ini membolehkan sektor ekonomi kembali rancak dan hubungan sosial masyarakat kembali seperti sediakala dalam norma baharu,” katanya semasa menghadiri Majlis Makan Malam Pesta Regatta Lepa 2021 di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan aktiviti sempena Pesta Regatta Lepa yang akan diadakan di Semporna pada 16hb Disember hingga 18hb Disember ini adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang disarankan pihak kesihatan dan keselamatan.

Majlis perasmian sambutan Regatta Lepa 2021/2022 disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/14/regatta-lepa-usaha-hidupkan-budaya-cara-hidup/feed/ 0 9861
TYT Lancar Sambutan Regatta Lepa 13 Disember Ini https://sabahmedia.com/2021/12/08/tyt-lancar-sambutan-regatta-lepa-13-disember-ini/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/tyt-lancar-sambutan-regatta-lepa-13-disember-ini/#respond Wed, 08 Dec 2021 09:21:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9555
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin akan melancarkan sambutan Regatta Lepa 2021/2022 pada 13 Disember ini.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Kesenian Bajau Semporna (PEKAS), Datuk Nasir Sakaran berkata pelancaran itu akan diadakan secara hibrid selaras dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh pihak berkuasa.

Menurut Nasir, hampir dua tahun Regatta Lepa tidak diadakan disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dengan penganjuran kali ini akan dapat meneruskan penonjolan tradisi suku kaum bajau di Semporna.

“Pelbagai pengisian semasa pelancaran tersebut kita adakan seperti persembahan tarian Igal-igal, persembahan kebudayaan kaum bajau semporna dan nyanyian dalam bahasa bajau.

“Majlis pelancaran serta sambutan akan diadakan di Semporna pada 17 dan 18 Disember juga tidak melibatkan kehadiran audien yang ramai tetapi diadakan secara hibrid,” jelas Nasir pada media selepas mengadakan kunjungan di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Hadir mengiringi Nasir dalam kunjungan tersebut ialah Pegawai Daerah Semporna, Juraimin Jadil. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/tyt-lancar-sambutan-regatta-lepa-13-disember-ini/feed/ 0 9555